Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad
Showing posts with label akukah??. Show all posts
Showing posts with label akukah??. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Mimpi Kahwin...

...dengan Yusry KRU

Apehal la pulak mimpi kawen Yusry KRU padahal tak pernah minat pon dengan dia. Em tapi tak nafikan macam best la mimpi aku tu semalam ha ha ha. Aku hanya mimpi part basuh pinggan mangkuk dengan dia je kiranya baru selesai kenduri la kot. Norman pon ada tapi bukan Norman Hakim OK. Norman KRU la abang Yusry ha ha kesian dia kena buli dengan mak aku. Mak aku suruh buat itulah, buat inilah. Muka pasrah je dia. Sampai sekarang bila pikir-pikir, aku masih tak faham macam mana boleh mimpi sampai sebegitu rupa.HEH.

Hari ini aku di rumah macam biasalah, menguruskan kerja-kerja rumah yang sampai bila-bila pon takkan selesai. Pagi, masak nasi goreng untuk Adib. Amin pulak ke sekolah, ada latihan nasyid. Mak meniaga kat Kepong. Sepatotnya aku ikot mak meniaga hari ni, tapi disebabkan Amin ada latihan kat sekolah, kenalah duduk rumah jaga Adib. Kalau tidak, sape pulak nak bagi makan kat dia. Adib kuat betol makan sekarang ni. Ada can jadi macam kami semua ha ha.

Hari ni Atok, Pakteh and Along datang rumah. Lama tak jumpa Atok. Atok tanya, dah kerja belom, bila konvo dan macam-macam lagilah. Aku serba salah pulak nak ajak Atok pergi konvo aku. Bukan apa, takot tak muat kereta je tapi kalau dia nak ikot, pandai-pandailah plan nanti. Yelah, mungkin Atok pon teringin nak tengok cucu sulung dia naik pentas kan sebab aku yang pertama dalam keluarga. Atok tak merasa tengok ayah, pak-pak sedara dan mak usu pegang ijazah. Masa nak balik tadi, Atok hulur duit kat kami adik beradik.HAISH, malu pulak aku. Patotnya aku yang bagi dia duit ha ha. Takpelah, belom rezeki lagi.

Tadi sementara tunggu Atok, Pakteh dan Along sampai, aku basuh gelas yang mak keluarkan dari tempat persembunyian. Masa nak terak (camni ke ejaan dia?) gelas tu, terlepas plak dari tangan aku sebab licin. Aku cuba tangkap dan berjaya. Berjaya mendapatkan luka sepanjang 1inci dan tak tahulah sedalam mana. Aduh! Yang pastinya, memang banyak gila darah kau tahu tak! Lama jugak nak bagi itu darah stop. Kebas dan lenguh. Tu yang aku rasa sampai sekarang ni. Agaknya terpotong urat ke salur darah ke aku tak tahulah.

Nak tengok? Tak perlulah kot. Scary i tell u.

Tadi dok godek-godek FB. Sekali ternampak video klip munajat cinta. Best lirik lagu ni kan. Aku suka part yang ni :

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya....

OK teringat kat Wani pulak dah. Dia suka sangat mainkan lagu ni kalau buat kerja.

Selalu sangat teringat kat kawan-kawan sekarang ni. Diorang ingat tak kat aku? Ingat kat Alia, Ikin, Nadia, Wana, Ilya, Shak, Farah, Zul, Aimi (senang cerita budak SCV la)...dan ramai lagi la.
Rasa macam nak buat entry khas untuk diorang :D

OKlah, mau tidur sudah.
Selamat malam sayang...

p/s : Tidak dilupakan, rindu pada Dato' K.


Tuesday, March 1, 2011

Di Sebalik Lagu 'Doa Seorang Kekasih'

Doa Seorang Kekasih

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


......................


Allahu Akbar...Lagu ataupon doa ni kalau didengar berkali-kali pon takkan jemu. Bila kita selalu ucapkan dibibir, mudah-mudahan dimakbulkan oleh Allah. Sebenarnya lagu atau doa ni mempunyai kisah disebaliknya...


Dulu, aku ni peminat setia kumpulan inteam. Aku tak tahu kenapa aku minat sangat-sangat ha ha. Walaupon pada masa tu ramai jugak yang tak suka lagu-lagu hits yang dorang nyanyikan adalah lagu bertemakan cinta, aku punya hujah tersendiri. Bagi aku, apa salahnya muzik nasyid dimasukkan elemen sedemikian kan. Itukan lumrah alam. Sebenarnya, mereka-mereka yang tak suka tu, bukan beli pon album inteam kan. Dalam album tu banyak lagi lagu-lagu dakwah dan bukan hanya cinta kepada manusia.


Oleh sebab terlalu minat, aku join forum sahabat hijjaz. Kat forum tu ada banyak topik yang dibincangkan contohnya berkaitan wanita, petua, tazkirah dan macam-macam lagilah. Masa aku tingkatan dua (tahun 2002), aku post doa seorang kekasih (masa tu aku letak tajuk dia 'doa buat kekasih') kat ruangan wanita. Dalam masa tiga hari lepas tu, aku dapat emel daripada Abg Faizal Osman. Dia mintak izin nak amik doa tu dan buat lagu. Bayangkanlah punya seronoknya aku kan ha ha! Masa tu, aku harap sangat-sangat biar lagu tu inteam yang nyanyi :P


Agak lama la aku tunggu lagu tu keluar. Mula-mula aku ingatkan lagu 'Nur Kasih' tu lah lagunya. Sebab lagu tu pon doa jugak kan tapi aku pelik la kenapa pendek je padahal panjang kot doa yang aku bagi tu. Dalam tahun 2004, barulah keluar lagu / doa ni. Masa tu aku dah tingkatan empat dah! Lama betol la tunggu lagu ni keluar tapi tak kesahlah kan asalkan inteam yang nyanyi :D


Kalau korang yang beli kaset inteam '04 dan baca kat bawah lirik lagu ni, mesti korang akan perasan yang description dia macam ni :


Lagu : Abai Os

Lirik gubahan semula : Abai Os


Nampak? Secara keseluruhannya, lirik tu tak banyak sangat perubahannya. Kalau beli CD, tak tulis pulak lirik gubahan semula tu. Aku tak pasti la sampai sekarang ni masih macam tu ke tak cetakannya. Rasanya cetakan awal je kot yang tulis 'lirik gubahan semula' tu.


Sekarang, bila aku ingat-ingat balik, rasa macam rugi pulak aku tak mintak royalti ha ha ha. Kalau nak bangkitkan perkara ni pon, aku takde bukti sebabnya emel lama aku dah tak guna - kalau tak,boleh la tunjuk bukti emel Abg Faizal Hijjaz pastu claim royalti he he. Apa-apa pon, aku takkan lupakan kenangan ni. Walaupon tak dapat royalti, aku hanya harap sesiapa yang dengar lagu ni dan amalkan doa ni, aku pon turut kena tempiasnya. Boleh jugak buat saham kat akhirat nanti :D


OK pergi baca doa ni sekarang!


Jom beli tudung kat sini



Sunday, February 27, 2011

Sedetik Lebih Selepas Dapat Lesen

Saya suka lagu ni tapi tak suka Anuar Zain :D

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Lagu ni sangat sesuai untuk melayan perasaan. Ya, hanya melayan perasaan. Jangan mengharap apa-apa.


------------


Sejak lulus ujian memandu Selasa lalu, aku tak rasa excited pon. Biasa je rasanya. Selalunya orang baru dapat lesen ni kan tak sabar-sabar nak lenjan kereta mak bapak sendiri tapi aku tak pulak. Kecut mungkin. Heh, memang pon ha ha. Tapi apa-apa pon, syukur Alhamdulillah pass ujian memandu ritu. Fuhh, nasib baik tak kena ulang ke apa. Kesian jugak kat budak lain yang aku jumpa kat sana, kali kedua test pon tak lepas jugak. Kesian sey. Syukur sangat-sangat la aku lepas. Kalu tak, tak pasal-pasal je membazir kan nanti. Terima kasih abang dan kakak JPJ yang baik! Mak aku cakap, susah nak dapat JPJ baik. Memang rezeki aku la.. :D


Khamis lepas hantar Mak dengan Adib kat Greenwood sebab dorang nak balik Terengganu. Bayangkan aku kecut perut wey. Kejap-kejap pegi toilet ha ha. Mak aku heart attack masa aku drive. Gila la kaki dia plak duk gerak-gerak konon-konon tekan brek. Heh. Percayalah sikit pada anakmu ini wahai emakku!


OK, pada sesiapa yang pernah lalu dan kenal sangat Greenwood tu, anda memang tahu la kan macam mana jalan dia. Sesak, kenderaan berat-berat sokmo kat situ. Manelah mak aku tak sakit jantung ha ha. Tula nak aku hantar lagi kan..Alhamdulillah semuanya selamat. Nothing happened. Masa ni rasa seronok gila kau! Siap berangan lagi nak pegi lunch dengan Dato' K (ha ha ha ha)


Dengan konfidennya aku mesej Dato' K, ajak makan sekali kalau aku ade kekutan nak drive. Agak lama jugak mengumpul kekuatan itu. Siap boleh sauna lagi kau ha ha (OK, aku beli sauna pants Rabu lepas. Faham-faham la nak konvo kan :P) Lepas tu, terus decide, pegi! sebab lapar gile wey. Tak makan dari pagi.


Maka, dengan penuh tekad, aku pon memandulah kereta milik emakku itu sampai ke Giant Batu Caves. OK ni pon jalan dia advanture jugak tahu. Kalau tak tahu, pergi cuba sendiri tengok. Tapi kalu anda dah expert memandu, tak payah la kan. Ni untuk beginner macam aku je ha ha. Tak aci OK kalu korang main auto ni. Aku main kereta manual je ha ha ha T______T


Disingkatkan cerita, lunch lah kami berdua di KFC. Akhirnya, dapat gak lunch dengan Dato' K sama-sama. First time OK sejak dia kerja padahal nak setahun dah dia kerja kat kawasan situ T_____T Better late than never kan :D pandai-pandai je aku ni :))


Bagi aku, ni kejayaan la. Drive sorang-sorang kat tempat yang sesak, kereta laju-laju belaka. Fuhh. Mencabar OK tapi sangat puas! Tak sia-sia bak kata mak aku ha ha. Mak ingat Nur ni lembap sangat ke T_____T


Pencapaian demi pencapaian.


Semalam (Sabtu), hantar Amin ke sekolah. Then ke petrol pam, isi minyak. Biasalah kan, typical beginner driver - takot minyak habis tengah jalan. Janganlah gelak! Dah kat situ meter dia macam nak cecah tanah dah. Aku ni kan biasalah cepat gelabah. Pass isi minyak yeay! Balik rumah dengan hati yang sudah tidak risau lagi :D


Sampai-sampai depan rumah, ingat nak park depan umah je. Pastu Cik Ros (jiran selang 2buah rumah), tanya,nak bukak pagar ke? Aku jawab la takpe, park sini je. Dia kata, belajar la masuk parking dalam pagar. Cik Man (jirang sebelah rumah) pon ada jugak masa tu - ada ke dia ingat aku pegi jual tudung ha ha. Berbekalkan semangat daripada Cik Ros dan Cik Man, aku pon cuba la. Alhamdulillah, berjaya! Macam tak percaya kau! ha ha ha. Terima kasih Cik Ros dan Cik Man :D


Kesimpulannya, kalau kita nak mahir memandu ni, kita kenelah berani, konfiden dan yang paling penting sekali, selalu praktis supaya mudah ingat steps yang cikgu memandu kita ajar. Bila dah selalu drive, lama-lama mudah je. Betol tak? Bak kata mak aku, brek je kalu apa-apa :))


Itu saja cerita minggu ini. Kesian, terima kasih.

:D


Macam biasa, silalah melawat blogshop saya : NUR FASHION STYLE



Monday, January 31, 2011

Cahaya Yang Berpengetahuan Dan Berpengalaman

11 hari sudah berlalu sejak 20 januari 2011 yang lalu...

Apa yang berlaku pada hari itu? :)

23 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Di malam yang hening, kedengaran tangisan seorang bayi yang baru pertama kali menjengah dunia. Bayi comel itu diberi nama Nur Adibah yang bermaksud 'cahaya yang berpengetahuan dan berpengalaman'. Besar harapan ayah emak apabila memberikan nama itu kepada bayi tersebut.

sobs sobs sobs..isk touching la plak :P

OK. Dalam erti kata lain, 11 hari yang lalu adalah hari jadiku :) Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang untuk menghirup udara segar ciptaan yang Maha Esa dan dapat menghabiskan masa bersama keluarga setelah berhempas pulas menyelesaikan pengajian :)

HEAVEN!!

Sekarang.
Masih di rumah. Merancang untuk menjalankan perniagaan, insyaAllah. Tapi masih dalam dilema sama ada nak buat itu atau nak buat ini. Tidak tahu lagi macam mana. Bincang-bincang dengan emak. Dapat greenlight. Tapi kadang-kadang orang lama ni kejap dia OK nanti kejap lagi dia TAK OK pulak. Pening kepalaku dibuatnya. Langkah pertama harus ku ambil. Tapi bagaimana?? Ooh Allah, berikan aku jalan.

Surat daripada UTM dah sampai beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah, segala penat lelah bakal diiktiraf tidak lama lagi. Senat dengan berbesar hati menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua (Tinggi). Seronok bila baca surat tu. Dalam keluarga belah ayah, aku orang pertama bakal dapat ijazah. Tak sangka sebenarnya dah habis belajar ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya tapi percayalahh...kasihmu lama tersulam..eh eh ternyanyi pulak I. Biaselah, excited lebih :D

Konvo nanti nak pakai baju ape eh??Cant wait!

p/s : Nak bunga besar dan banyak ye! :D

Entry tamat tanpa perenggan penutup. Macam tergantung sikit la entry ni hu hu.

Saturday, December 11, 2010

All Iz Well

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah

itu saje yang aku mampu katakan lepas selesai segala bebanan projek sarjana muda.Sekarang,hanya perlu tunggu kepulangan supervisor daripada USA untuk check thesis dan lepas tu boleh la jilid.insyaAllah.

Ya Allah,permudahkanlah....

Kini,sedang menikmati saat-saat terakhir di UTM..Sudah mampu tido lena tanpa rase sakit perot akibat terlalu risau, risau risau risauuuuu...eh ni lagu neh!

Seronoknye!
Syukur pada-Mu Ya Allah..

**kawan-kawan, all da best sume!keep in touch k!nak kawen jgn lupe ajak! :P

Wednesday, October 6, 2010

Jemputan Pernikahan =)

Setiap hari bukak blog ni tapi takde hati nak update.Bukak blog pon sebab nak tengok and baca entry orang yang update blog die kat blog list he he he.Dalam masa genting sekarang ni,tak tahu dah nak cerita ape kat sini.Sangat-sangat busy!(tapi kadang2 macam xsedar diri ha ha)

Bayangkan dalam mase 20hari je budak-budak SCV ni ade 3 projek besar yang perlu disiapkan iaitu PSM2,projek akhir games dan projek akhir multimedia networking!(wahhhh)

*baru sedar banyak gile keje tapi gatai pegi jalan2 ape sume hu hu.

takpe,lupakan sebentar keje2 tu sume,meh kite release tension jap (release tension bukan bermakna pergi karaoke ye kawan2 <-- ni tujukan kat sape neh??? ha ha)

tumpang lalu wani

----------------------

Oh ye,First time taw time konvo pegi DSI,Isnin lepas.Dengan hujan lebatnya masyaAllah,tak mematahkan semangat jua hatiku ini.Berbekalkan sejambak bunga dan seorang peneman,berjalanlah kami menuju ke destinasi yeah yeah...puncak cinta tertinggi yeah yeah (tetibe nyanyi lagu Siti)

Aku menunggumu......aku takkan jemu.....tetibe penggali kubur sambung nyanyi ha ha ape aku merepek neh???

dah,cerita konvo tamat.Mane bleh cerita lebih2.

-----------------------

PSM2??erkk
thesis dah siap??erkkk
em,tukar cite lain bleh tak?tadi kate nak release tension ape dahhhhh...

----------------------

haaa..Ahad lepas g rumah makcik Wana kat Mutiara Rini.Besar oh rumah tu,murah plak tu tapi skang dah naik harganye.Family makcik ni baik sangat n sangat peramah.Nampak la dorang memang sayang anak2 dorang walaupon anak2nye dah besar sumenye.Anak2 dorang pon nampak baik je dengan parents dorang...bahagia kan?? *suke2

Makcik Wana hidangkan Nasi Ayam yam yam yam.Sedap oooo.....


Nasi Ayam sedap

close up ayam :)

Ini Wana sedang senduk nasi

Lepas makan,kami duk bergambar kat wakaf sebelah rumah Makcik Wana ni.Photographer of coz la Ilya ya ya yaaa...

Post macam dalam majalah Mingguan Wanita kan ha ha

lakonan semata-mata

Wana dan Mak Lang nye

Ilya dan saya (ehem)


Lepas solat Maghrib kat rumah Makcik Wana,kami ke Danga Bay.

Feeling cite Stairway to Heaven


Sarang-heyo
----------------------

Nak sambung Master ke tak eh??????

---------------------

Esok 10/10/2010.
Angkasawan negara kawen.
Junior sekolah aku pon kawen.
Ah,malas la nak pikir! (tetibe)

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

*muke siyes tapi gelak

p/s : maaf Ila sebab tak dapat attend majlis Ila esok.Akak busy sangat2 kat sini.Semalam memang nyaris2 nak balik tapi tetibe dapat kesedaran supaya duduk UTM ni jangan balik buat keje siapkan PSM projek ape sume!

Selamat Pengantin Baru...
Moga kekal hingga ke Syurga...Ameen

Sunday, April 25, 2010

Crazier Crazier

Baby you showed me what livin' is for
I don't wanna hide anymore
Oh Ohh

song title : crazier

Pagi Isnin,minggu terakhir latihan praktikal bagi saya,minggu pertama latihan praktikal bagi si dia.sape si dia ni?si dia lah!my dear dia..bukan deer ok.

merepek @#$%^&*()

jangan jadikan ini sebagai entry sampah ye Adibah.jangan jangan.

tak tahu nak buat ape skang ni.hati perasaan sumenye dah melayang layang ke rumah.dah tiada hati dan perasaan dah kat tempat keje ni.nak balik nak balik!!nak laksanakan misi dan visi yeaay!

misi dan visi ketika di rumah

-jogging setiap hari (1jam sehari)
-time tengok tv,buat sit up setiap kali iklan.
-minum air suam + limau nipis.
-no sugars please.
-lompat tinggi tinggi 100x sehari.

boleh ke agak agak ye??memang dah plan baik punye dengan Amin,adikku.die kene teman gi jog kat tasik sebab em,em, saya takot nak pegi sorang sorang!bahaya kot.banyak kes la kat kawasan rumah tu memang kalau nak keluar,harus sentiasa berhati-hati tahap dewa.

penah kene kan biaselah.macam trauma sikit.setiap kali berjalan mesti tengok belakang.dengar je bunyi motor mesti tengok belakang.kalau bawak beg pon siap kepit kepit beg tu and kat tangan pon pastikan tak pegang handphone atau pon beg dompet.fuhhh,memang mencabar.sebab tu saya tak suke keluar sorang sorang.mesti nak ade orang temankan.

cewah,siap highlight lagi (penjelasan la konon supaya tidak dituduh anak manja oleh Wani dan orang lain =p )

ok,berbalik kepada misi di atas,adakah saya mampu??
tolong la Adibah,kuatkan semangat kau!kau pasti boleh!

saya dah cuba Atkins Diet tapi entah la.
orang kate,kalau nak diet,kene ikot kesesuaian tubuh seseorang manusia jugak.
mungkin saya lebih sesuai dengan cara latihan latihan kecergasan macam ni sebab dulu selalu work out kat gym kolej (jalan atas treadmill je) dan memang turun la.nampak ketara.padahal dalam mase 2minggu tu,bukan pergi setiap hari pon and saya makan macam biase,tak de control control.so,secara konklusinya,saya anggap cara yang sesuai bagi saya adalah senaman dan pemakanan yang sihat.maybe saya akan combine semuanya sekali gus,Atkin's Diet + Senaman.


sekian,terime kasih.


chaiyok2!!

Thursday, April 15, 2010

Topeng Power Rangers & Sang Loser Laser

minggu yang penuh onak dan duri serta sembilu kasih.over

currently status : baru lepas present AR (sang kancil and the crocodiles) kat client.

bertungkus lumus menyiapkan AR semalam dengan teammate (sang Alia and the Nicholas)

first time balik kerja pukul 8.30 malam.tidak pernah dalam sejarah praktikal saya,balik lambat walaupun sesaat (perghh).

info : waktu bekerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.TQ.



sinopsis minggu ini.

minggu yang sangat sangat sangat menguji kesabaran.sangat busy.tibe tibe plak ada sorang insan yang busy body.ko pesal???

gile pendek sinopsis.heh



cerita panjang dan penuh minggu ini.


isnin

hari yang indah.disebabkan sound dah settle dalam AR,diri ini hanya bersenang lenang di dalam ofis.tapi,hati tidak berapa senang pada hari itu.takpelah,malas nak ambil tahu apa yang orang duk canang pasal diri ini kat orang lain.malas.


selasa

hari yang indah kuasa dua.tibe tibe rase macam nak tahu apa yang dicanangkan merata rata itu.bila dah tahu cerite,rase macam kelakar pon ada sebab memang tak logik dan cerite itu tak betul so abaikan je orang macam tu.HAHA.oh kerja plak macam biasa,teammate masih suam suam kuku.padahal boss dah bgtaw,client nak datang jumaat ni.tapi masing masing still rileks macam HEBAT je.


rabu

hari yang tak berapa nak indah.hari ni ntah kenapa rasa macam sedih sangat sangat bila ingat balik apa yang terjadi.ditambah plak dengan banyak lagi rahsia yang kalau pikir balik,Oh,biarlah,dia memang macam tu.Akhirnya airmataku tak dapat ditahan tahan lagi,maka berlakulah pertumpahan airmata darah di hadapan kawan kawan.nanges mengongoi~~huhuhuhu

tiba tiba,datang sorang staff baru kerja 2minggu,tegur saya;

"nama kau sape??",

saya diam.(ni sebab sedih kot so,macam malas nak layan).

"nama kau sape??",dia tanye lagi.

"Adibah",jawab saya.

"laser jugak ye kau",kata dia.

"..........",

lepas tu saya balas,"kau tak tahu ape ape diam!!",

tapi saya tak tahu la dia dengar ke tak saya cakap macam tu.tangisan makin kuat.T_________T


kawan kawan dah cuak bila saya nanges makin kuat + pelik dengan perangai staff tu.


kau bayangkan bila orang yang kau xkenal tibe tibe cakap kau laser??ape masalah die??aku takde pon cakap ape ape.aku takde pon mengumpat orang ke,menghasut orang ke tapi tak semena mena orang kata aku laser???!!!


khamis.

cuba maafkan orang lain dan cuba maafkan staff itu tapi dia sangat menyampahkan.selama ni saya takde pon nak mengata pasal dia tapi lepas je kejadian mulut laser dia tu,saya jadi tak suke kat dia.sangat mengjengkelkan.sangat annoying.teammate AR semuanya dah gelabah sebab kerja tak siap lagi.masing masing pressure bila tak dapat hasil yang diinginkan.keadaan makin panas bila si staff laser ni sibuk duk main bukak tutup laci.kalau bukak slow slow tu tak kesah la kan.ni macam nak pecah laci tu dikerjakannya.tak tahulah apa yang dicari dalam laci tu.hish!!

hati ni hanya mampu bersabar je dengan kerenah staff laser tu.

dan akhirnya,semalam kami telah buat OT without elaun.HUHUHU.semata mata nak siapkan AR tu.yelah,esok kan client datang nak tengok.semua khusyuk duk hadap coding.si staff laser balik lambat sikit la.dia tegur kami tapi kami yang perempuan ni tak layan pon.nick je layan tapi macam nak tak nak je sebab nick sibok fokus kat coding model.padan muka.(aku memang jahat sikit.sikit je)


dia pon blah.


lebih kurang 15minit lepas tu,pak guard datang ketuk pintu ofis.katanya kawan kitorang accident kat garaj.ohhh....dalam fikiran,saya dapat rase dah tu si staff laser.boss pon turun la nak tengok keadaan staff baru dia tu.Alia dan Sab dah gelabah dah.tangan Alia dah sejuk dah time tu.yelah,takot jugak cedera parah berdarah darah ke kan.maka,kami pon turun la ke garaj,nak tengok keadaan si staff loser eh laser tu.em,kami nampak dia elok je.takde cedera parah mahupun ringan.yang kami nampak,sebuah kereta waja yang kemek dilanggar oleh innova staff loser itu.kesiannn.HAHA


nampak je dia ok,kami pon buat pusingan U.em,kami lapar so pegi beli makanan tanpa memikirkan hati,perasaan dan perut staff laser itu.ngeee~

jahatkah kami??dia yang patot mintak maaf kan.
takpe,aku maafkan tapi aku takkan lupakan dan aku takkan pandang muka kau,takkan cakap dengan kau,takkan layan lawak bodoh kau yang suka bodek boss!!

bluwekkk!!


jumaat.

hari yang tenang.sebab ape?sebab staff loser takde hari ni.yeaayyy!!tak perlulah aku dengar suara dia.dengar bunyi laci dibukak tutup dengan kasar.dengar cerita pasal kepala sawit what so ever~~geli.

tenang bila dah lepas present kerja.walaupun ada lagi kerja sebenarnya.tapi takpe,bak kata Nick,kite buat bende ni sehari je.so,rileks la...HAHA

kami kan HEBAT.terbukti semalam. :D

ok,lepas makan tengahari ni baru nak start dengan storyboard AR yang baru.harap harap dapat siapkan dalam masa 2minggu terakhir ni.ameen~~

teammate AR,chaiyok2!!!


Thursday, April 8, 2010

Muhasabah Cintaku

Alhamdulillah,hari ni happy sebab buka buka fb je terus ade orang tag gmba time sekolah dulu..serius cntik gile gmba tu.buat aku bertambah tambah rindu kat zaman sekolah dulu.



Ade ke patot anak dara duk kat tangga!patot la sampai sekarang takde orang masuk meminang!rupenye pernah duduk lepak lepak kat tangga,amek gamba ni.takpe takpe nasib baik gamba ni sweet gile.cube cari mane aku?? =p


Selain tu,hari ni jugak aku jumpa kembali my friend sejak sekolah rendah dulu eh eh,ke sejak tadika ek??aku lupe la.hehe.Memang rapat sangat dengan die.Sekolah agama sama,kelas sama,duduk pun sebelah sebelah je,em,kami juga adalah pengawas kat sekolah agama ini.
Sekolah kebangsaan pun sama tapi kelas lain. tidak dilupakan,kami adalah ahli kumpulan nasyid sekolah.oh ye,aku pengawas pusat sumber,die pon same!oh!

Itulah dia Siti Nadirah binti Khairudin.ambik kau aku letak nama penuh.


Si Nadirah ni aku ingat lagi mulut die becok sikit.ade je bende yg die nak cerite.aku suke kawan dengan die sebab die suke wat aku tergelak. Tapi sayang la lepas je UPSR,kitorang sekolah lain lain tempat sebab umah die kat Greenwood,aku plak kat Seri Gombak.
Perghh..lame tu xjumpe ko Nadirah oi!


Memang tercari cari gak die tapi xjumpe jumpe.


Nadirah,untuk pengetahuan ko,ko pernah lalu depan umah aku taw.time tu ko dengan kawan kawan ko taw. Tp aku tak ingat la bile kalau tak silap aku time tu kite form 2 kot.
Aku tak sempat nak panggil masa ko lalu tu pastu bila aku lari lari keluar aku tgk ko dah jauh.ko tak denga aku panggil.T_____T
Tapi takpe,sekarang kite dah jumpe walaupon hanya kat fb.


hooray!


Maybe nanti kite boleh keluar sama sama ke kan kan?
Tahniah kerana menjadi follower yang ke-100..nanti la ade rezeki aku blanje k!
Tak pon aku bagi ciuman jelah kat ko,ok tak?hehehe


oh,Jumaat yang bahagia walaupun minggu ini diuji dengan pelbagai dugaan.
Kemaafan itu sangat indah!


Esok insyaAllah balik kampung sebab Ahad ni nak pergi hantar rombongan meminang untuk Pakcikku.Kawen jugak akhirnya Pakcik aku yang sorang ni.

Tetibe teringat satu peristiwa :

Mamat : "Pakcik,bile Pakcik nak kawen??"

Pakcik : "Ko sibuk apasal?xpayah nak sibuk sibuk!"


HAHAHAHA.
Terdiam Mamat lepas tu.
Takpe Mat,lepas ni ko tak payah risau bile tanya soalan kawen kat Pakcik.
Pakcik Kayo!tetibe je.

Happy Ending.
=)

Monday, April 5, 2010

Kenangan 3 April

Sabtu lalu,pagi pagi lagi saya dah bersiap siap memasang badan dan muka serta duit.ehem.
Tujuan utama hari ini ialah untuk enjoy namun(ada namun disitu ye) perlulah mensetelkan hal-hal peribadi sebelum tujuan utama dapat dilaksanakan.


Hal peribadi 1 : destinasi pertama pada hari Sabtu yang indah ini adalah Wisma Celcom.(sebab tulah pasang duit awal awal pagi)

Hal peribadi 2 : destinasi seterusnya adalah Menara Maxis.(em,ni xperlu duit tapi perlu kesabaran jek)

Hal peribadi 3 : singgah Digi Center.(ini tipu)


Alhamdulillah.setel jugak akhirnya pasal handphone ni.T______T
Setelah berjuang,bertarung nyawa dan bertaruh duit,akhirnya pada pagi tadi sim card celcom dah tak aktif lagi.
Dengan itu,saya kembali ke takuk lama iaitu menggunakan talian maxis.Tahniah!
(ok,ni malas nak cerite.kenangan pahit)


Destinasi seterusnya adalah jeng jeng jengg...actually ada misi dan visi ye hari tu.bersemangat waja membawak diri ke Wangsa Walk.
em,misi dan visi terpaksa dirahsiakan.harap maaf.


tapi tapi tapi


Orang kata,sambil menyelam janganlah tak minum air[?]
Saya ke sana bersama jiran keSAYANGan yang juga bercita-cita waja menjayakan misi dan visi.
Actually,kami ada 2 pilihan sama ada ke The Mines atau pon Selayang Mall.
At last,Wangsa Walk menjadi pilihan kami kerana teringin nak tengok Dato' Siti.
Sekadar tengok je tak de pon nak amek gambar ke ape.Tengok,wowowowo kejap,simpan dalam hati pastu blah pegi makan.
Sweet gile wei die!


Seriously hari itu best sangat tapi sedih sebab TYB pulang ke pangkuan bahan-bahan kimia.


selingan sebentar.


All da best for ur final k.chaiyok2!! i know u can do it.. =)


ok.iklan tamat. =p


Entry pon tamat disini.
Harap terhibur.
Maaf xde gambar Tok Ti kat Wangsa Walk.
Gambo Taylor Swift minum air aku ade la."ko ade??"



hi..saya Taylor Swift celup minum air.
jemput minum.


p/s : rindu Arwah Din Beramboi.Al-fatihah.

Thursday, April 1, 2010

Time Can Heal Most Anything

Assalamualaikum.(tak jawab dosa)


Saya tidak berjaya lagi habiskan buku ni sejak dapat pada 20 Mac 2010 lalu.
Masih mencari masa untuk tenangkan fikiran,hati untuk serap segala pengisian dalam buku ini.
Tak tahu kenapa masih belum habiskan baca sebab dah lame berada dalam genggaman.
Semenjak dua menjak ni selalu je lepas balik kerja tidur awal.
Tapi yang pasti,saya akan habiskan juga baca buku ini.mesti!



Berbeza dengan 'Aku Terima Nikahnya', dalam masa 3 hari saja saya khatam buku ni. Recommended!

Selain 2 buah buku ini,ade lagi 2 buah buku daripada TYB.
Terima kasih ye!
Jangan risau taw awak.Saya pasti akan habiskan baca.pasti! ;)
2 dah khatam.ade 2 je lagi..hehehehehe

------------

Tak tahu la kenape semalam rase macam sedih je.hmm..sekarang dah ok dah.jangan wat lagi perangai macam tu sudah la.huhuhu..cengeng betol aku ni!

Dulu time sekolah,saya ada perangai pelik.em,ni perangai time form 5..
Baiklah,perangai pelik,10 terbaik!!
(macam pakcik Tonarida la plak.sape suke tgk Hagemaru??boleh geng ngn aku)

Setiap malam Rabu atau Khamis,saya pasti akan menangis.tak tahu ape sebabnye.adeii
sungguh pelik bukan?sebenarnye ade sebab tapi xperlu la bagitau kat sini kan kan?hahaha
Yang kelakarnye,Maryam sangat memahami.die dah taw dah,kalau saya tetibe landing kat katil die sambil tutup2 muka,die dah taw dah.die mesti akan tenangkan saya.pujuk saya.ayat die macam ni,"nangis la dib,nangis la..aku paham..",.Thanks my friend!

ok,tu je perangai pelik yang saya ingat setakat ni.

yeah yeah,memang tepat tekaan anda.memang i xde idea nak update blog.bagus!keep up ur good work!

T______________T

dah dah xpayah nangis!
cengeng!!

(gambar ehsan pakcik google)

Thursday, March 25, 2010

Saya Budak GMM


ini entry penerangan dan luahan hati.ececehh

"Awak study mane?",seorang rakan bertanya kepada saya.

"UTM skudai",jawab saya.ringkas.

"ooo..course ape?",tanya beliau lagi.

"science computer majoring in graphics multimedia software",jawab saya lagi.

"oooo...amek grafik ke...nape amek kat UTM?nape x amek kat UiTM?",tanya beliau lagi dan lagi.

"................",brrrrr...

Saya dah xtaw nak jawab macam mane dah.hanya mampu senyum.kalau saya explain pon tiada gunanya kerana orang x akan faham.


erk....


Saya serba salah bila bercerita tentang course yang saya ambil di Universiti Tersohor Malaysia ini.Bila orang dengar perkataan 'grafik',pasti mereka akan fikir,ohh..belajar photoshop,flash dan mcam2 lagi.Hakikatnya,saya xreti pon nak edit2 gune photoshop,xreti nak wat video guna flash kerana kami tidak pernah di ajar bende2 tu.


Lecturer pernah kata,"kalau kamu nak blaja benda2 macam tu,xpayah masuk U pon xpe,kat luar melambak-lambak kursus macam tu.kat internet pon banyak.xperlu nak tunggu 3 setengah tahun."
Maksudnya : kau belajar benda tu sendiri!xkuasa aku nak ajar!!@#$%^&*()_+


fuhh..jadi,ape yang kami belajar??jeng jeng jengg...


kami belajar buat software.
kami belajar buat games.
kami belajar buat website.
kami belajar buat animasi.
kami belajar buat model dan simulasi.
kami belajar image processing.(kami BUAT photoshop sendiri ye untuk projek image processing.BUAT ye bukan GUNA.lain tu)
kami belajar macam-macam.

Untuk makluman,course grafik di Universiti Tersohor Perak juga silibusnya adalah sama dengan Universiti Tersohor Malaysia. Kesimpulannya,course grafik di UTM dan UTP adalah tidak sama dengan course grafik di Universiti lain.
*setakat yang saya taw la ye.

**UTP ialah Universiti Teknologi Petronas.


yeaaayy!!


sungguh best belajar benda2 ni.walaupon hidup terseksa,merana sebab assignment sume susah tak boleh blah tapi semuanya sangat fun!
saya belajar sesuatu yang baru,sesuatu yang mengujakan!
saya selalu teruja bila buat sesuatu projek dah dapat run @ dapat lihat output yang memberangsangkan.


meh meh nak promote sikit!!


kepada pelajar lepasan SPM dan juga matrikulasi,kalau anda berminat dengan games,software ataupon anda dah bosan belajar benda yang sama dan juga suka mencuba sesuatu yang baru,anda boleh la cuba mohon course ini di UTM.

untuk maklumat lanjut,layari website GMM.


oh ye,kami juga ada driving simulator dan bilik Xbox/ps3 ye kat jabatan Grafik dan Multimedia.
siapa2 student UTM yang rasa nak main game,boleh la datang.kat situ ada banyaaaaaaaaaaaaaakkk sangat game.
em,tapi mintak kebenaran dulu lah ye.kalau lecturer xbagi,nasib kau lah.HAHAHA


inilah bilik Xbox tu.ko main la game sampai lebam.

ini encik Azhar,pembantu ketua jabatan GMM.dia terror main game ni.cube tengok tu...tertib je dia main kan kan? =p

driving simulator hanya di GMM.
"hai!saya pemandu anda.itu adalah pintu utama UTM.jom kita terjahh.."

ape ni?ape ni?
em,ini adalah AR.itu si lebah biru mencari madu...


Maklumat lanjut untuk kursus-kursus lain yang ditawarkan,boleh klik : FSKSM Official Website


Haa..ada 1 lagi benda aku xpuas ati,apesal orang susah sangat nak bezakan UTM dengan UiTM??hisshh!!


update : okeh la senang cerita course ni lebih kurang macam software engineering macam kat u lain tapi bukan sebab kat sini pon ade software engineering jugak.aish,susah la nak explain.


Wednesday, March 17, 2010

sang kancil melompat-lompat,sapekah pemenangnye??

Pada satu hari,sang kancil yang penipu cerdik sedang berjalan-jalan di dalam hutan.tetibe,die ternampak banyak pokok rambutan yang masak ranum dan merah warnanya.sang kancil pon berpikir,'mesti manis rasanya..'

gulpp!!
(bunyi sang kancil menelan air liur)


sang kancil teringin makan buah rambutan itu tapi bagaimana?die perlu menyeberangi sungai untuk sampai ke seberang sane.ye,rambutan itu berada di seberang sungai yg deras airnye.kancil pikir punye pikir...akhirnye die mendapat satu idea.

tiinggg!!
(bunyi idea muncul)

'haa..aku boleh gunekan sang buaya untuk menyeberang ke sana..',pikir sang kancil.....



mane buaya ni??jap ye sayang mak cari sang buaya seekor lagi. jap taw taw..(sambil cari2 buaya)


~~~oh,aku berangan rupenye..maaf ye..ingtkan td tengah bacakan buku cerita kat anak2 tadi.mentang2 tengah wat keje pasal Augmented Reality(AR) berangan plak die ye.hep,biase tu die. =p

teruje actually bile dapat keluarkan kotak[?] yang sebenarnye sang kancil.em,mungkin sang kancil dah melompat kot..*think positive


ok,pasti korang xpaham kan ape bende aku duk merepek ni T____T


meh meh rapat rapat adik,kakak,abang boleh blah ok.


kelmarin,saya dah dapat kerja baru.disebabkan kerja Google Earth saya dah selesai,jadi dapat la kerja lain kan..dan xsangka rupenye kene wat Augmented Reality.wah,menarik ni walaupon ni bukan tajuk PSM saya tapi saya suke!


em,suke hanya sementara.ceh ceh.derita untuk menyiapkan bende ni yang kite xtaw.bagaimanakah nasib ku?eceh.


semalam punyelah banyak dugaan dalam proses men'setting' laptop ni.ye,sebelum wat keje ni,kene la set laptop korang dulu taw.ade sape2 yang berminat nak wat dan cube??pastikan anda ade webcam,perisian c++ dan tidak dilupakan openGL.anda boleh rujuk ARtoolkit website untuk cara2 set.fuhh!



setelah berpeluh-peluh men'setting' laptop semalam,akhirnye hari ni keluar jugak.apekah??
nampak x kotak berwarna baldu biru itu?muke aku muke teruje!


eh eh,ni gambar sape ni??????

ehem2,pemenang contest ye ni.tahniah2!!

*tepuk tangan*

kak,tunggu parcel sampai ye.em,nak alamat umah.hehehehe


sambung.

em,petang ni nak pegi UTM puncak letaknyaa.. as i told u before,nak uruskan ptptn kan..harap2 semuanya berjalan dengan lancar.ameen

p/s : pagi tadi dapat khabar sedih.Al-fatihah buat ayah sahabatku,Zaidah.saya harap awak tabah dan kuat ye.saya taw awak boleh. =')


Wednesday, January 20, 2010

lisa surihani sambut birthday

Woha!
tajuk nak hebat je...
tp serius sgt hari mmg rase cm artis..hehe
yelah,birthday la katekan..
22tahun dah aku...tua dah...huhu

lame xletak pic kat blog...hehe


mari potong kek!!


susah la bile dh popular ni..ramai yg nak bergambo..hehe


sedapnye strawberi ni...nyum2~~


shak makan xhengat~~
ni kes kebuluq la ni....


alolololo...comelnye nick ngn farah..sedap?hehe..

inilah kek yg dibeli oleh rakan2 di CoRE
thanks taw!
em,kek telah dipotong untuk membodek diberikan kepada boss dan staff lain..(^^)



Kisah malam sebelumnye...
setelah jam menunjukkan pukul 12tengah mlm,20 januari 2010..
ak ngah syok online,budak2 ni tutup lampu bilik..
xpelah,dorang nak tido dh kot..ak wat bodoh je la en..xpandang pon muke dorang..
sombong gile...
tibe2 sayup2 kedengaran suara comel 2 orang gadis sunti mendendangkan lagu dengdang~~permainan baru happy besday to you~~hehe



ni kek die..haha..sedap~~
cocopie kiri kanan tu adalah hadiah dr Shak n Alia..
thanks.. =)


Party!!hehe..mkn megi je..tp sedap taw!
mcm bibik je gmba ni..


perjumpaan bibik2 sedunia =p



Megi sedap!!
slurrrrrrpppppppp!!



Akhir kata,terime kaseh buat semua..surprise korang mmg menjadi!terharu mak~~

=)

~~suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke~~

22 years-old

---------
selamat hari jadi buat Nur Adibah binti Ahmad Saifuddin,
nombor kad pengenalan 880120-14-xxxx
haip,mane bleh bgtaw sasukei je!(tetibe masuk watak kartun naruto)
eh,sapekah gerangan di atas??akulah tu!

Semoga makin bertambah usia,makin bertambah lah amalan buat bekalan di Akhirat..

Oh,sungguh xsangka dah 22tahun dah.
besar dah anak Ahmad Saifuddin dan Wan Saniah ni.
dah boleh kawen ni!oh,mama...saya mau kawen...(gatal kejap =p)

Thanks buat kawan2 yang wish..sgt terharu.. T____T
siap call lg ape sume..thanks banyak2..
housemates,hehe..thanks!
Ayah,thanks call Nur just nak wish,"happy birthday sayang!"
terkejut Nur,xsangka plak ayah ckp mcm tu..hehe
Mak pon msg pagi td,wish besday..hehe
I love both of U..
Adik2,thanks jugak sbb wish..ingt jugak korang kat aku ye..
siap awek2 korang skali wish besday aku..hehe
I love U all adik2ku..walaupon korang nakal xnak denga ckp ak tp kdg2 boleh wat aku terharu..
T__T

Buat yang jauh dimata namun dekat dihati..(bukan tv9 ye)
thanks sbb sudi dendangkan lagu untuk i walaupon penat bru balik dr show..
sedap suara awk taw.gugur jantung i~~
masih terngiang2 lg suara u di telinga i bile nyanyi lagu bingkisan rindu ni...oh!

Bingkisan Rindu - FarEast
---------------
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

p/s : tetibe je hari ni duk ulang2 lagu ni.padahal sebelum ni xpenah pon rase nak denga..hehe

Monday, January 18, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

lame dah nak tgk cite ni..tp xtaw nape xtertengok..hehe.n akhirnye ptg td,dpt jugak tgk..tgk kat youtube je pon..senang...xpayah susah2 nak download ke ape..n ape yg ak bleh ckp,mmg best ar cite ni..baru je habis tgk yg first..lepas ni nak sambung plak tgk yg ke-2...hehehe..xpuas hati la sbb furqan kawen gak ngn anna..suke tgk azzam tu..tetibe je rase nak makan tempe bile tgk die buat tempe..hehehehe...

sedap what tempe?dulu mase kecik2,mmg anti gile ah ngan tempe..xtaw la nape..first time mkn tempe,pening kepale + smpai muntah2..ak pon xingat bile ak start suke mkn tempe ni..maybe duk sebilik ngn budak yg suke tempe kot..tu yg terkenan tu..tempe..oh!!

oklah,nak sambung tgk cite ni sambil berangan mkn tempe.beranagn je sbb perot dah penuh ngn cheese..woha!!

Monday, August 31, 2009

Seharian di lab


ok..hepi merdeka day!!
Malaysiaku tercinta..selamat hari merdeka.
walaupon engkau sudah merdeka,aku masih x merdeka lagi.
semalam sambut merdeka dalam gelap sebab UTM black out.
sebbaik kejap je kalu lame adoiii la..panasnye..i xtahan ok panas2 ni
.*gedik*

sebenarnye hari ni dalam sejarah aaaaaaaaaaaaaa...
hari ni dalam sejarah,buat pertame kalinye aku duduk kat lab..
bukan sejam bukan 2 jam tapi sehari suntuk!!!
sangat la rajinnye kan??HAHA
saya mmg rajin.terime kaseh.

mata i dah ngantuk..kelayuan...
hari ni tdo la depan pc..itu pon kalu keje dah siap..
malangnye....ye tuan2 dan puan2.
malangnye keje ku masih tidak siap lagi...
macam mane nak siap?kalu kejap2 bukak facebook,pastu bace blog org..
pastu denga lagu..pas denga lagu main game kat fb plak.adooiiii la.
ni ha siap bleh update blog lagi ape hal??HEHE...

ini semua buat kawan2..
*ceh,mcm la korang heran sgt
HAHA...
ok,i nak sidai muka ngntok i..




ni time pagi.
masih bersemangat nak wat keje!!


malam menjelma...
ngantok dah ni.tp perlu kuatkan semangat!!


cube memahami ape yang tersurat di sebalik paper work itu..


ni muke paham ke confuse??
pelik ak...hmmm..

ok dah abeh dah...sambung PSM bab 2!

zzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz

aik??? ;P

oh ye,lupe nak bagitau.first time tdo kat lab.xtakot pon sebab ramai.
mcm ade kenduri ok kat cni.

Saturday, August 15, 2009

kemungkinan...

saya bawakan khusus buat anda,perbualan ym antara saya dan farah pada15 ogos 2009..mari kita sama2 saksikan..

skecher_88: wehh
skecher_88: da siap ip?
skecher_88: aku dgr gossip terbaru
skecher_88: kemungkinan
adibahmad88: blum siap
adibahmad88: ape???
adibahmad88: kemungkinan ape??
skecher_88: semua ipts
skecher_88: cuti 6 minggu
skecher_88: haha
adibahmad88: kat paper ke??
adibahmad88: ipts??
adibahmad88: kte ipta la....
adibahmad88: termasuk x??
adibahmad88: huhu...
skecher_88: kemungkinan
skecher_88: semua ipta
skecher_88: cuti 6 minggu
skecher_88: haha
adibahmad88: leh caye ke ni??
adibahmad88: kalu cmtu baik cuti 1sem tros!!
adibahmad88: hahaha
skecher_88: aku pon susa nk cye
skecher_88: smm 6 minggu tu
adibahmad88: ak rase cm sem ni postpone la
adibahmad88: ko bc katne ni??
adibahmad88: sumber bleh dipercayai x ni???
skecher_88: lme sgt
skecher_88: 6 ari aku cye
skecher_88: wei ne leh postpone
skecher_88: kte grad lmbt la cmtu
skecher_88: ntah
skecher_88: aku xcye
skecher_88: kalo rabu ne cti seminggu
skecher_88: aku cye
adibahmad88: leh percaye x ni??
adibahmad88: mane ko dpt gosip hayam ni ha??
skecher_88: anak ikanzz pon xtau mak
adibahmad88: la...dahtu mane ko taw cuti 6minggu
adibahmad88: mak xpaham noxx
skecher_88: dak jkm kp ckp
adibahmad88: die tu leh percaye ke??
skecher_88: die ckp
adibahmad88: ckp ape nox
skecher_88: dah2
skecher_88: xyah cye
skecher_88: cye yg rbu ne cuti je
adibahmad88: rabu ni pon xconfirm lagi kak oii...
adibahmad88: wei
adibahmad88: sakit perot aku ni
adibahmad88: nak balik...
adibahmad88: huhu
skecher_88: ek?
skecher_88: jom la balik
skecher_88: aku br plan
skecher_88: nk tros cuti je smpai rabu
skecher_88: haha
skecher_88: skali kne anta assignment
adibahmad88: ko ni..
adibahmad88: suke2 hati hayam je
adibahmad88: ade asemen ok
adibahmad88: dah la susah
adibahmad88: aku xwat lg ni
adibahmad88: cmne??
skecher_88: aku pon
skecher_88: cmne ek?
skecher_88: ip cmne?
skecher_88: hoho
skecher_88: weh grafik
skecher_88: aku x anta2 lg
skecher_88: adehh
skecher_88: mampos
adibahmad88: hahaha
adibahmad88: aku pon same...
adibahmad88: lalalala
adibahmad88: selambe yaya..
adibahmad88: wei
adibahmad88: btol ke cuti ni?
adibahmad88: ish...aku xleh la denga pekataan cuti ni
adibahmad88: ak sakit perot
skecher_88: asl nk sakit lakkk
skecher_88: sok selmt berkayak ek
adibahmad88: ok bebeh
adibahmad88: sakit ar sbb xsabo nak balik
adibahmad88: dh la xconfirm lg
skecher_88: sabor2 ek
skecher_88: ilek2
skecher_88: aku bwk balik jerok
skecher_88: haha
adibahmad88: bestnye...
adibahmad88: ni cyg ko ni
adibahmad88: hikhik
skecher_88: msti laa
skecher_88: anak ikanzz ingt mak hayam
adibahmad88: aww...mak suke..
skecher_88: haha
skecher_88: sengal
skecher_88: k la
skecher_88: nk packin2 ne
skecher_88: adehh
skecher_88: xlarat aku
adibahmad88: ok
adibahmad88: jumpe nnt k
adibahmad88: bye2


itulah kisahnye..(sila abaikan sindrom hayam itu)

yeeaaay!!farah bwk balik jeruk...sejak bile ntah suke jeruk ni?? T___T
ok ok.serius ni...btol ke cuti 6minggu.gle kau.tapi kalu betol pon ape salahnye...i like okey..tapi bile dipikir-pikir balik,abeh la sem ni..dah la ngah wat projek tahun akhir.kalu cuti lame sampai cmtu,ish ish ish...xtaw la nak ckp ape..cuti seminggu cukup la kot..kan??HUHU

ni lah padahnye bile tertinggal bus T__T xdapat balik umah rugi RM31.20 kau taw x? T__T
sgt bernilai ok.T___T.dah la call mak nanges2 T____T pastu mak pujuk nanti ganti balik duit tu..HUHU.gle kedekut aku ni T___T bukan sibuk pasal duit tapi sedih sebab xdapat balik.dah la siap ponteng jumpe penyelia.naseb baik penyelia baik.(puji lebih sket.i nak A+ ok PM??)
penyelia i baik ok.banyak tolong i contohnye bagi paperwork byk2 pastu ckp "jgn kate penyelia xtolong"...haa..baik kan??

ok lah,nak tdo ngantok.
esok nak bangun pagi sebab nak pegi main kayak..
shak,aku mainkan utk ko k??HAHA..aku suke status ko kat fb tu..

Monday, August 10, 2009

Khas Buat Engkau

ya engkau la yang aku maksud kan...

kepada saudara Zulkarnain, aku dah balas dah komen ko yang bertarikh 27 Mei itu.
maaf kerane lambat balas.saje je nak wat ko tertunggu-tunggu.
ke ko xtunggu??kalu xtunggu pon ko kene gak bace sebab aku menaip dengan hati.
maksud aku bukan nak bagi hati aku kat engkau.
bukan.
aku menaip dengan penuh semangat Allahuakbar.eceh.
adus.sebenarnye xnak wat blog ni jd blog politik.tp sudah terlajak perahu,xleh gostan balik..u-turn bleh kot.HUHU..

ni last warning.aku xnak dah ko komen2 ape sume.kalu nak debat sangat wat appoinment ngn aku pastu kite jumpe kat Kafe Mak Jah ke ape ikot ko la asalkan ko puas hati.ok??

lastly,terime kaseh kerana sudi respon ape yang aku taip ritu.
aku saje2 je tulis entry cmtu xsangke plak ade yang sahut cabaran nak debat ngn aku...

pautan ke entry yang sungguh epik

tahniah buat engkau Zul!!

TAKBIR!!ALLAHUAKBAR!!

Friday, August 7, 2009

Love Story in my Heart

hari ni dok ulang-ulang lagu LOVE STORY -Taylor Swift.
best...tak jemu dengar.
walaupon Alia kate intro lagu die cm lagu orang Iban ke ape aku tetap nak dengar gak..

Love Story-Taylor Swift

We were both young when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts:
I'm standing there on a balcony in summer air.

See the lights, see the party, the ball gowns.
See you make your way through the crowd
and say hello;

Little did I know
That you were Romeo; you were throwing pebbles,
And my daddy said, "Stay away from Juliet."
And I was crying on the staircase,
begging you, 'Please, don't go.'

And I said,
"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all there's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story - baby just say 'Yes.'"

So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet 'cause we're dead if they knew.
So close your eyes; escape this town for a little while.
'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter,
And my daddy said "Stay away from Juliet,"
But you were everything to me; I was begging you, 'Please, don't go,'

And I said,
"Romeo, take me somewhere we can be alone.
I'll be waiting; all there's left to do is run.
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story - baby just say 'Yes.'

Romeo save me - they're tryin' to tell me how to feel;
This love is difficult, but it's real.
Don't be afraid; we'll make it out of this mess.
It's a love story - baby just say "Yes.'"

Oh, oh.

I got tired of waiting,
Wondering if you were ever comin' around.
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town,

And I said,
"Romeo save me - I've been feeling so alone.
I keep waiting for you but you never come.
Is this in my head? I don't know what to think-"

He knelt to the ground and pulled out a ring and said,
"Marry me, Juliet - you'll never have to be alone.
I love you and that's all I really know.
I talked to your dad - go pick out a white dress;
It's a love story - baby just say 'Yes.'"

Oh, oh. Oh, oh.

'Cause we were both young when I first saw you...

----------------------------------------

hari ni jugak sepanjang hari layan cerita Love Story in Harvard..
menonton kali ke-2..sweet sangat cerite ni..sweet mcm aku.. ;P
emm,cinta mmg mengasyikkan..tp kadang2 boleh makan diri..
aku kadang2 terpikir cmne orang putus cinta hadapi hidup dorang ek??
mesti sangat2 sakit kan..
tapi biar la putus cinta dengan manusia daripada putus cinta dengan Pencipta Cinta..


Cintailah diri sendiri sebelum anda menyintai orang lain..
letakkan cinta kita pada yang berhak..
dan yang ikhlas memberi..
@--