Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Graduan Akhirnya!

Waaahhhh macam tak percaya je dah konvo! Rasa tak puas la. Ahad lepas rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je rasa taw. Nak luangkan masa dengan famili dan dalam masa yang sama, nak berkumpul dengan kawan-kawan jugak. Sekali, terlepas sesi bergambar dengan coursemate depan Bangunan Canselori T___T

Hidup mesti diteruskan.

Khamis lalu, aku dan Wani bergerak menuju UTM puncak letaknya. Hanya kami berdua di dalam sebuah kereta mewah milik kakak Wani. Sudah la kereta itu besar, selesa, mahal dan sejuk. Aku dah menggigil-gigil, si Wani pulak duk cakap panasss, panasss. Tak paham aku. Oh ye, merasa la aku bawak kereta atas highway he he he. Auto. Tekan minyak dengan brek je. Senang :P

Tempat pertama yang kami jejakkan kaki sesampainya di Skudai adalah Jusco, Taman U. Ikin dan Nadia tunggu di situ. Apa lagi, terus pergi mendapatkan CoolBlog. Nikmat gila lah. Punyelah jauh nak dapatkan CoolBlog ni, macam kat KL ni takde pulak kan ha ha ha. Then, kami berempat ke Pesta Konvo sebab Ikin dan Nadia tak makan lagi. Aku dan Wani dah makan nasi ayam kat R&R Pagoh so takdelah lapar sangat. namun, disebabkan Wani yang asyek-asyek panasss,panasss; kami pon pergi kat Taman U balik. Pekena nasi ayam penyet :D Mantap!

Malam tu kat rumah Ikin, budak-budak ni plan baik punya. Nak pergi situlah, sinilah. Aku memang dah tak larat sangat sebab tidur 2 jam je malam sebelum tu. Last-last, aku tidur. Lantak korang la nak plan macam mane pon. Aku on je. Esoknya, apa yang dorang plan tak jadi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hmmm aku dah kata dah, jangan plan kang tak jadi ha ha ha. Lepas amek jubah konvo, petang tu kami ber-photoshoot kat kawasan istana Johor. Petang tu jugak, Shak sampai dari Seremban. Malamnya pulak, makan steambot dengan Apak & famili. Semua tong-tong duit belanja famili Apak sebab selama ni Apak selalu belanja kami :D

Mari lihat hasil yang berjaya ditangkap semasa di kawasan istana.


Gambar haruslah dimulakan dengan muka perempuan yang cantik (cakap cantik 40 kali)

Perempuan-perempuan cantik

Perempuan cantik yang rakus dan perempuan cantik yang lemas

Perempuan cantik yang bajet cantik

//Gambar hasil rembatan di FB Wani

Sabtu yang damai. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Desaru. Dalam hati, ada rasa bimbang. Takot tsunami hu hu tapi tawakal je. Sampai je sana, ombak memang kuat betul la Masya-Allah! Takot woo.. Tunggu lama jugak la nak turun main air. Aku tak main air eh. Pakai baju kurung kot. Lagipon aku tak suke sangat mandi pantai. Kalau air terjun atau sungai, aku OK :) Dahtu sapa yang main air? haaaa...adelah ha ha. Orang yang mula-mula bersungguh-sungguh kata tak dapat datang konvo sebab ada kursus. Memang dia ada kursus pon, setiap minggu plak tu dan kursus yang sangat penting. Apa-apa pon aku kene la faham kan. Bukan sengaja taknak datang. Alih-alih, ada kat Skudai. Ehh??? mula-mula tak dapat terima sebab dah redha sangat dah yang dia tak dapat datang ha ha. Akhirnya, terpaksalah aku menerima hakikat yang manusia itu ada di muka bumi UTM ini. :D Jadi, beliaulah yang main air sorang-sorang. 15 minit je pon sebab aku tengok ombak yang dah sedia kuat tu menjadi semakin ganas secara tiba-tiba. Terus aku panggil dia naik. Dah macam mak orang pulak berkelakuan begitu. Lantak lah, asalkan kami selamat daripada ombak yang ganas itu ha ha (suke pikir bukan-bukan)

Ahad yang best. Tengahari tu dah round satu UTM sebab cari famili. Sampai nanges-nages la aku ni haa ha ha macam budak-budak. Memang betul-betul jadi la apa yang aku nak iaitu ; Masa konvo, aku nak nanges!

Huh, bukan nanges sebab segala penat lelah selama ni terbalas tapi nanges sebab penat jalan kaki cari famili ha ha ha. Miscommunication. T_________T

OK, layan gambar konvo pulak :D

Sebelum masuk dewan

Semasa dalam dewan

Bersama Sabrina lepas majlis selesai

//gambar hasil rembatan dari FB teman-teman

Ni baru gambar daripada official photographer. Tak sangka ada OP sendiri masa konvo. Hal ini berlaku secara tiba-tiba. Thanks Ilya!


Gambar haruslah dimulakan dengan memeluk OP kiteww!*gediksss

Mommy ku sayang. OK lah. Emakku sayang :D

One happy family at home. Tapi tak lengkap sebab tak cukup 2 orang.

Gambar kegemaranku. Kalau lagi 2 orang ada, mesti lagi cantik :D

Oh ye, bunga adalah hasil pemberian famili, Ilya&Wana dan TYB. Thanks! Suke-suke!

Parents. Kejayaan ini untuk anda.

Daddy. Waliku kelak. *tetibe

Mak comel sangat

Em, comel la jugak :P

Ni Sumpah comel! :D

Si Wana yang vogue. Susah-susah je datang :D Thanks sebab bagi tumpang bilik untuk semalaman.

Fly high! InsyaAllah :)

Selama 3 tahun setengah bertungkus-lumus. Hasil dah dapat cuma belum dituai lagi. Cepat-cepat la dapat kerja, ameen!

Akhirnya, GRAD ON TIME!
Alhamdulillah.




Sunday, February 27, 2011

Sedetik Lebih Selepas Dapat Lesen

Saya suka lagu ni tapi tak suka Anuar Zain :D

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Lagu ni sangat sesuai untuk melayan perasaan. Ya, hanya melayan perasaan. Jangan mengharap apa-apa.


------------


Sejak lulus ujian memandu Selasa lalu, aku tak rasa excited pon. Biasa je rasanya. Selalunya orang baru dapat lesen ni kan tak sabar-sabar nak lenjan kereta mak bapak sendiri tapi aku tak pulak. Kecut mungkin. Heh, memang pon ha ha. Tapi apa-apa pon, syukur Alhamdulillah pass ujian memandu ritu. Fuhh, nasib baik tak kena ulang ke apa. Kesian jugak kat budak lain yang aku jumpa kat sana, kali kedua test pon tak lepas jugak. Kesian sey. Syukur sangat-sangat la aku lepas. Kalu tak, tak pasal-pasal je membazir kan nanti. Terima kasih abang dan kakak JPJ yang baik! Mak aku cakap, susah nak dapat JPJ baik. Memang rezeki aku la.. :D


Khamis lepas hantar Mak dengan Adib kat Greenwood sebab dorang nak balik Terengganu. Bayangkan aku kecut perut wey. Kejap-kejap pegi toilet ha ha. Mak aku heart attack masa aku drive. Gila la kaki dia plak duk gerak-gerak konon-konon tekan brek. Heh. Percayalah sikit pada anakmu ini wahai emakku!


OK, pada sesiapa yang pernah lalu dan kenal sangat Greenwood tu, anda memang tahu la kan macam mana jalan dia. Sesak, kenderaan berat-berat sokmo kat situ. Manelah mak aku tak sakit jantung ha ha. Tula nak aku hantar lagi kan..Alhamdulillah semuanya selamat. Nothing happened. Masa ni rasa seronok gila kau! Siap berangan lagi nak pegi lunch dengan Dato' K (ha ha ha ha)


Dengan konfidennya aku mesej Dato' K, ajak makan sekali kalau aku ade kekutan nak drive. Agak lama jugak mengumpul kekuatan itu. Siap boleh sauna lagi kau ha ha (OK, aku beli sauna pants Rabu lepas. Faham-faham la nak konvo kan :P) Lepas tu, terus decide, pegi! sebab lapar gile wey. Tak makan dari pagi.


Maka, dengan penuh tekad, aku pon memandulah kereta milik emakku itu sampai ke Giant Batu Caves. OK ni pon jalan dia advanture jugak tahu. Kalau tak tahu, pergi cuba sendiri tengok. Tapi kalu anda dah expert memandu, tak payah la kan. Ni untuk beginner macam aku je ha ha. Tak aci OK kalu korang main auto ni. Aku main kereta manual je ha ha ha T______T


Disingkatkan cerita, lunch lah kami berdua di KFC. Akhirnya, dapat gak lunch dengan Dato' K sama-sama. First time OK sejak dia kerja padahal nak setahun dah dia kerja kat kawasan situ T_____T Better late than never kan :D pandai-pandai je aku ni :))


Bagi aku, ni kejayaan la. Drive sorang-sorang kat tempat yang sesak, kereta laju-laju belaka. Fuhh. Mencabar OK tapi sangat puas! Tak sia-sia bak kata mak aku ha ha. Mak ingat Nur ni lembap sangat ke T_____T


Pencapaian demi pencapaian.


Semalam (Sabtu), hantar Amin ke sekolah. Then ke petrol pam, isi minyak. Biasalah kan, typical beginner driver - takot minyak habis tengah jalan. Janganlah gelak! Dah kat situ meter dia macam nak cecah tanah dah. Aku ni kan biasalah cepat gelabah. Pass isi minyak yeay! Balik rumah dengan hati yang sudah tidak risau lagi :D


Sampai-sampai depan rumah, ingat nak park depan umah je. Pastu Cik Ros (jiran selang 2buah rumah), tanya,nak bukak pagar ke? Aku jawab la takpe, park sini je. Dia kata, belajar la masuk parking dalam pagar. Cik Man (jirang sebelah rumah) pon ada jugak masa tu - ada ke dia ingat aku pegi jual tudung ha ha. Berbekalkan semangat daripada Cik Ros dan Cik Man, aku pon cuba la. Alhamdulillah, berjaya! Macam tak percaya kau! ha ha ha. Terima kasih Cik Ros dan Cik Man :D


Kesimpulannya, kalau kita nak mahir memandu ni, kita kenelah berani, konfiden dan yang paling penting sekali, selalu praktis supaya mudah ingat steps yang cikgu memandu kita ajar. Bila dah selalu drive, lama-lama mudah je. Betol tak? Bak kata mak aku, brek je kalu apa-apa :))


Itu saja cerita minggu ini. Kesian, terima kasih.

:D


Macam biasa, silalah melawat blogshop saya : NUR FASHION STYLE



Thursday, September 23, 2010

Dua Bulan Je Lagi

Minggu ni tak berapa sehat.Demam raya mungkin??he he he

Semalam baru berkesempatan ke Pusat Kesihatan.I dapat 5 jenis ubat taw - antibiotik,sakit tekak,selsema,batuk dan kahak (yeks)
mak aih,banyak betol kan..takpelah,sakit kan penghapus dosa =)

Setelah 2minggu bercuti raya,akhirnya Sabtu lepas I kembali ke pangkuan UTM. Oh,sangat 'rajin' rasenye kali ni.Mood nak siapkan kerja 'membuak-buak'.Semangat nak habiskan sem ni semakin 'kental'.Anda percaya?sila jangan percaya.

Sabar Adibah,2 bulan je lagi.2 bulan je <---- Cubaan memujuk diri sendiri

Raya kali ni tak berapa nak meriah sangat la.Duit raya pon tak banyak aish.Terase sangat diri ni dah berusia hu hu.Harap tahun depan lebih meriah.InsyaAllah.

Nak taw tak,sekarang ni UTM sibuk dengan pesta konvo.Isnin lepas I mewakili "kawan" untuk amek jubah konvo beliau.Baik tak I?he he he.Dalam keadaan tak berapa nak sehat,beratur punyelah panjang.Tapi disebabkan semangat semakin 'kental' akibat baru lepas cuti raya,I gagahkan jugak beratur kat situ 1 jam.Masa tu mulalah I meletakkan diri I dalam 'kasut' orang yang nak konvo ni.Wah,seronoknye!Feeling baling2 topi gitu ha ha.

Harap angan-angan ini jadi kenyataan.

Gambar raya?nah!


Ini bukan suami ye.Ini Pakteh saya.
Gambar bersama suami?raya tahun depan mungkin.ha ha berangan!

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin

//Sedang menanti kedatangan beliau.His G-day coming
//yeay!


Wednesday, September 1, 2010

Ponteng Kuiz Iftar Balik

Sekarang ni I kat lab.Actually ade kelas oral skang ni tapi disebabkan Shak dan Ah malas nak pegi (alasan),aku pon terikot perangai malas dorang ha ha ha.Tadi ade kuiz computer games.Aku tak bace langsung kot.Bersemangat je soh orang kejut bangun awal sebab semalam sangat2 mengantok.Mintak izin kat roomate nak tido dulu eceh (tido mintak izin tu tak bleh blah!).Konon2 nak study esok awal2 pagi tapi hampeh je.Terime kaseh dan maaf buat si Tukang kejut pagi tadi sebab tolong kejutkan tapi akhirnya aku tak study jugak.Bangun2 pegi mandi,cuci baju pastu duk depan laptop.Sekali mak mesej and terus lemah + malas + takde semangat dah nak baca ape2.Perangai aku memang macam ni he he.Kalau ade exam/kuiz/test yang nak dekat2 time balik umah/cuti,memang perangai aku macam ni.Aku akan jadi manusia yang sangat redha dengan ketentuan takdir (redha dengan result exam)

Entah bila nak berubah ha ha.Perangai sejak azali beginilah.(Tapi Si Tukang Kejut jangan risau ye,kuiz tadi I boleh buat :))

Semalam Iftar lagi yeay!Kali ni dengan semua budak2 4scv (muslim).Alhamdulillah,kenyang la jugak.Tapi servis lambat macam siput.Dah la guna taktik kotor supaya kami semua kenyang!Mahu taw ape taktik yang digunakan??First,hidang air je.Biar semua orang menunggu sambil minum minum minum.Sumpah lame.Pastu kuarkan tembikai.erkkk.Ni agen pengenyang jugak ni!Aku tak nak sentuh ha ha.Aku takkan terpedaya sebab aku nak makan menu utama sampai tak larat!!Aku bayar mahal kot~~13 hengget tu ha ha

Menu utama sampai.Menu lebih kurang sama dengan iftar sebelum ni iaitu Siakap 3Rasa,udang bla bla bla bla....Sekor ikan untuk 6 orang makan.Aish,dah la aku salah port.Silap la duduk dengan budak2 pelahap seperti Ikin,Wani,Aisyah,Alia dan Aimi ni...Memang tak puas ar makan aish~~ ha ha (mampos aku lepas ni tapi memang habis licin la makanan kat tempat kitorang ni.)

Rase macam tak cukup je tapi ape kan dayaku....taktik yang digunakan oleh tuan kedai berjaya cis.cis sekali lagi cis lapan lagi cis cis cis~~

Tapi ape2 pon,4scv memang best! ;)

Petang ni dah ramai dah budak2 kelas yang akan bertolak ke kampung halaman masing2.Aku pon tak terkecuali eceh.Tak sabarnye nak balikkkkk....tapi tak excited sangt la nak raya...tak taw la kenape hu hu hu.Maybe sibok memikirkan PSM kot.Ok,cuti ni mesti siapkan thesis.Mesti!!Chaiyok2!


Balik dengan budak dari kiri dan dari kanan.
Bertolak lepas Asar petang ni.Cant wait!

//tajuk bercelaru harap maaf

Thursday, August 19, 2010

Catatan (Bukan Cacatan) Lagi


dib dib

dibahhhhhhhhhhhhh

Buzz!!!

Ko ngah watpe?

Oit

Buzz!!!

//

Neh sape punye keje neh??mengganggu tidur siangku je.Dahla sakit kepala ni + loya tekak + rase nak muntah.aik??simptom pelik neh T_____T

Tapi mood tiba-tiba berubah menjadi sehat bila Wani,orang yang buat keje Buzz!!! diatas, ajak saya balik rumah minggu ni hoyehhh. Bukan minggu lepas kate nak balik umah ke?oh,tak jadi…pastu menyesal tak balik T_____T

Entry sedih ke apa neh?jom senyummmmm =))

Baiklah,minggu ni punye cerita,em,takde yang menarik sangat pon.Mood aku lebih banyak kepada tidur tidur dan tidur. Dah 8hari berpuasa,dalam 5hari kot tidur kalau dijumlahkan he he he.ok ok 4 setengah hari la lebih kurang kan.Buruk dan busuk sangat nampaknye perangai minggu neh.Cuba tingkatkan lagi minggu depan ye Adibah. Baik baik(jawab dalam hati)

Nak cite ape neh Wani??Entry ni terjadi atas dorongan Wani ye.Tanpa segan silunye beliau telah memujuk rayu saya supaya update blog neh.tidak percaya??neh bukti :



Percaye skang wiwit!ha ha ha

Baiklah,tanpa menghampakan permintaan Wani a.k.a Si Hijau(?),mari kita mulakan entry ni.aik?tak mula lagi kah?dah setengah perenggan dah ni,kata anda di dalam hati.

Khamis yang lalu,saya telah menduduki peperiksaan undang-undang berkomputer.Cuak wa cakap sama lu...Almaklum la,umur dah 22tahun tapi baru nak amek lesen kete..malu sikit eh!ha ha ha.but its ok sebab lulus cemerlang you~~~Alhamdulillah,49/50 and saya salah satu soalan di bahagian A.fuhhh~~nasib baik lepas.insyaAllah Ahad depan,akan pegi kelas teori dan amali plak pastu dapat lesen L yeay!ha ha lesen L je pon...tu pon nak kecoh,kata anda lagi di dalam hati.

Selain itu,minggu ini juga saya busy menyiapkan assignment games.(tapi sebenarnye takdelah busy sangat pon hu hu).Terime kaseh kepada Nicholas,Zul dan Farahainee kerana game kita memang hebat.Setiap seorang daripada kami perlu siapkan environment untuk setiap level.Saya sepatotnye buat level 2 and design yg saya wat tu sangat la simple.Alih-alih bila dah bagi kat Nick and Zul,jadi level 5 plak pastu gila hebat ah wowowowo..sampai bila aku main je asyek kalah je ho ho ho memang aku takde bakat main games.I kan perempuan melayu terakhir you~

Selain itu,minggu ni asyek tidur tidur dan tidur.eh,dah cite kan kat atas?ok,skip perenggan ni.

Selain itu jugak,minggu ni banyak sangat keluar dengan kawan-kawan.Dengan wana la,wani la,wanu la,wano la eh eh alia la ekin la kawan sekolah la and macam2 lagi la kawan-kawan saya.Kadang-kadang rase macam pelik,selame 3tahun aku disini,sem ni la aku paling aktif sekali makan luar.Dahla pegi dengan si Wana yang baru sebulan masuk UTM ni tapi die plak yang bawak aku jalan-jalan Johor ha ha.Macam pelik tapi tulah realitinye.Sem ni bru aku taw name kedai-kedai,restoran-restoran yang best kat luar wohoooo.Alhamdulillah,dapat jugak merase walaopon macam dah terlambat kan.Sepatotnye waktu-waktu sekarang ni perlu dihabiskan dengan menyiapkan PSM2.Namun,masa yang singkat ini digunakan untuk berjalan-jalan sekitar Johor.ish ish ish...Dalam masa sehari,sempat pegi Air Terjun Kota Tinggi,Desaru dan Jusco Tebrau lagi you~~sila bangga (--")

Rasenye tu je kot aktiviti aku minggu neh.Tidur,wat assignment,fb,bace blog orang tapi blog sendiri malas nak update,puasa,buka puasa,terawih,kalu penat terawih kat bilik je,tidur lagi,wat assignment,fb,bace blog orang,borak-borak dengan roomate,pegi bazaar,buka puasa kat kfc,buka puasa kat bilik wani pastu hujan order pizza hut pastu macam-macam lagi ah.Tapi main point dia adalah TIDUR.

Aktiviti yang sangat tak sehat.Jangan tiru ye.

p/s : Wani,raye ni ko pakai baju kurung ke kebaya ke cheongsam?aku nak pakai jubah ah.Mane nak carik jubah cantik2 neh?Ade orang nak tengok.ops,malu I


Wednesday, August 4, 2010

Minggu Ini Juga

rindunye kat blog!tapi tak tahu nak menaip ape sebab busy gile kot ha ha.yeke?iye...busy dengan assignment,setting2 laptop untuk PSM2 dan macam-macamlah lagi!akibat sangat busy,agenda kelas memandu tergendala seketika.Nak amek test undang2 asyek kene hold je sebab tak tahu nak bajet mase free kat mane.Bila dah dapat waktu free,kene tangguh lagi pulakkk.sebabnya akak kat pusat memandu tu mesej,myeg offline pulak dah.die tanye amek haru sabtu ok tak??sabtu??aih,taknak la aku...mesti lame gile kot nak tunggu turn.confirm ramai gile orang amek test hari tu dah la komputer ade 3buah jekk..nanti kalu ade borang kaji selidik,aku nak bagi cadangan supaya tambah banyak lagi komputer tu eh.johor kaya kot ha ha.akhirnye,test untuk esok terpaksa ditunda ke minggu depan.harap2 lulus la ameen~~

Setelah 2minggu bertungkus lumus,akhirnya dapat jugak run coding untuk PSM2 ni haa.alhamdulillah.actually takdelah sampai 2minggu tapi aku duk peram je tu yang jadi lame tu.kalu ikotkan kiraan yang tepat,4hari je dah siap he he tapi yelah,paham2 la kan bila dah try sekali tak dapat,jadi macam malas la sket kan.tunggu lame sket baru wat lagi pastu bile tak dapat lagi,tunggu lagi pastu baru cuba lagi dan akhirnye dapat la jugak..kalau buat betol2,dah lame siap kot!ntah pape la aku ni kan hu hu.tapi ade lagi next stage taw,jangan risau ye geng,PSM2 aku xsiap lagi harap maklum =p

Hari ni kelas agak penuh la dari 8pg smpai la ke 4ptg.Kelas computer games,dapat assignment lagi hu hu.dah la banyak yang nak dibuat,mase yg diberi 2minggu je alahaii..aku tak berapa faham la.nape la banyak sangat assignment kitorang ni.dengan PSMnye lagi..dah tak tahu nak buat mane dulu dah ni.agak tertekan disitu.ni aku rase macam nak bagi cadangan ni,ape kate 1sem tu wat psm je kan...haaa..ok gak tu.takdelah mengganggu sangat kan =p Bagus tak idea aku ni?Kalaulah idea aku ni digunapakai satu hari nanti??oh,sudah terlambat...aku dah grad kot time tu ha ha(insyaAllah)

oklah,dah masuk waktu solat maghrib bagi kawasan KTHO dan yang sama waktu dengannya ni.jom solat jom!!

notakaki:teringat plak time kelas oral communication tadi.adess,malunye la!gugup + gemuruh wa cakap sama luuu...tadi kene bercakap secara spontan berdasarkan topik yang diberi.Aku dapat topik 'The most serious disease today'.mak aih,memang bile baca tu,oh,senang je ni tapi bila menghadap kawan2,terus err errr..ape ntah aku ni duk ulang2 bende same je hu hu.tapi takpe,yang penting kene confident!betul tak wani??eh wani,bleh tak aku nak join gi library same2 dgn ko??boleh tak??boleh laaa...he he
(hokeh panjang sungguh nota kaki ni =p)


Monday, July 26, 2010

5 Hari Yang Membahagiakan

Rabu,21 Julai 2010 - Surprise!Ade orang datang UTM tak bagitaw phewit!konon-konon nak wat kejutan la tu he he he comel je taww.Actually dia datang sebab ade show kat KTDI untuk budak2 tahun 1 yang nak daftar kelab2 kat kolej.

Jumaat,23 Julai 2010 - Balik KL rindu kat famili.Kebetulan hari jumat takde kelas,so pagi2 lagi dah berangkat pulang.Bas pukul 11pg ke Muar dulu sebab nak berhenti solat jumaat sambil jalan2 melawat Muar.Tp takdelah melawat sangat ponnn sebab nak berjalan jauh sangat he he he takpe,lain kali boleh singgah lagi k

Sabtu,24 Julai 2010 - Ade orang tu belanja makan piza hut wah bestnye!TQ! =) Hari ni jugak first time aku bawak kete.Orang tu lah yang ajar.Macam tak caye je I bawak kete taw.Nak kene cepat2 dapatkan lesen ni!

Ahad,25 Julai 2010 - Pulang ke UTM sob sob sob.Mak pesan,kalau nak balik rumah,balik je lah..tak usah risau duit ke ape sebab mak rase sunyi.kesian mak.InsyaAllah,kalu tak busy dengan assignment,psm2 and kelas memandu,anakmu pasti pulang!

Isnin,26 Julai 2010 - Birthday Mak!Happy Birthday Mak..Nur doakan semoga mak panjang umur,murah rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.Ameen.Oh ye,hari ni jugak birthday Alia...Alia,Happy Birthday! =)

Alhamdulillah,lepas berubat kat Darul Ruqiyyah,sakit-sakit mak dah makin berkurangan.Ustaz kat situ kate,mak kuat.Kuat ape,tu tak tahulah maybe maksudnya mak kuat melawan bende tu kot.Ape2pon,aku harap mak sembuh,aku sentiasa doakan =)

Sunday, June 20, 2010

Someone Care

.........

Kadang-kadang saya mengaku yang saya ni memang berfikiran singkat sikit.Kadang-kadang hati ni main suka-suka je nak wat ape.Tak berapa nak rasional sangat.Mudah terpengaruh pastu pressure sebab tak tahu mane satu betul mane satu salah.

Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi bimbing dan betulkan balik diri saya ni.

Bila jadi macam ni,rase macam ya Allah,nape aku ni?rase macam sangat sangat menyusahkan orang lain.Im so sorry my dear and thanks for everything.Ye, walaupon dia cakap yang saya ni tak menyusahkan tapi still jugak rase serba salah dan saya promise dengan diri saya yang saya takkan buat keputusan yang melulu macam tu.Nasib baik saya belum bertindak lagi huhu.

..........

Semalam saya ke Pelabuhan Klang.

Rase macam nak jalan-jalan kat kawasan pantai,bau air laut yang masin tapi kat KL ni mane lah nak cari pantai kan.Saya ni pulak bukannya ada duit atau dalam erti kata lain,tidak berkemampuan dari segi kewangan nak pegi PD atau ke mana-manalah yang ada pantai.Tapi someone telah merealisasikan impian (?) saya walaupon tak dapat berjalan-jalan atas pasir di tepi pantai,takpelah kan.Dapat jugak tengok lautan.Ade kapal-kapal lagi.Nasib baik tak naik kapal pegi Indon ke Siam ke Batam ke kan kan.Nasib baik.

Bagi orang yang tiada kenderaan ni,pengangkutan awamlah yang jadi pilihan.Naik bas sampai ke KL pastu dari stesen Komuter Bank Negara,beli tiket terus ke stesen Pelabuhan Klang.Sangat mencabar perjalanan kami ni.Perjalanan yang nekad,penuh dengan semangat dan tekad.

Perjalanan daripada Bank Negara ke Port Klang ambil masa dalam sejam setengah.Masa tu pulak dah pukul 5.15 ptg so macam ragu-ragu sikit samada nak teruskan plan atau buat plan B.Masalah datang lagi bila plan B tak dapat dihasilkan sebab masing-masing blurrrr hehehehe.Tu yang nekad sungguh untuk teruskan perjalanan walau apa pon yang terjadi.Lantak lah sampai rumah pukul berapa pon.Buat pertama kalinya saya keluar bersama selain famili sampai malam.Inilah padahnya bila hati tak tenteram,tak seimbang.Semuanya dilakukan dengan penuh berani dan tanpa rasa bersalah sedikit pon.

Tak dapat dibayangkan macam mana tenangnya hati ni bila dapat tengok laut.Dengan bau air masinnya yaAllah rindu Terengganu.Raya tahun ni nak balik Terengganu la pastu setiap hari nak pegi pantai wah wah best!Biarlah hitam pon tidak peduli.Dah saya memang hitam pon kan?

--------

Ini antara kenangan yang paling bermakna dan pastinya akan sentiasa dalam ingatan.Saya tahu ada yang sayangkan saya dan sanggup buat apa saja untuk buat saya gembira dan tersenyum riang.Segala pengorbanan akan sentiasa saya ingat dan kalau saya mampu,saya pasti akan membalasnya insyaAllah.

Disebalik dugaan yang Allah turunkan,ade manis yang boleh kita kenang.Walaupon dalam masa yang singkat,tapi ianya mampu mengembalikan kembali semangat yang hampir hilang.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi,itulah pesanan dia.





Thursday, April 15, 2010

Topeng Power Rangers & Sang Loser Laser

minggu yang penuh onak dan duri serta sembilu kasih.over

currently status : baru lepas present AR (sang kancil and the crocodiles) kat client.

bertungkus lumus menyiapkan AR semalam dengan teammate (sang Alia and the Nicholas)

first time balik kerja pukul 8.30 malam.tidak pernah dalam sejarah praktikal saya,balik lambat walaupun sesaat (perghh).

info : waktu bekerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.TQ.



sinopsis minggu ini.

minggu yang sangat sangat sangat menguji kesabaran.sangat busy.tibe tibe plak ada sorang insan yang busy body.ko pesal???

gile pendek sinopsis.heh



cerita panjang dan penuh minggu ini.


isnin

hari yang indah.disebabkan sound dah settle dalam AR,diri ini hanya bersenang lenang di dalam ofis.tapi,hati tidak berapa senang pada hari itu.takpelah,malas nak ambil tahu apa yang orang duk canang pasal diri ini kat orang lain.malas.


selasa

hari yang indah kuasa dua.tibe tibe rase macam nak tahu apa yang dicanangkan merata rata itu.bila dah tahu cerite,rase macam kelakar pon ada sebab memang tak logik dan cerite itu tak betul so abaikan je orang macam tu.HAHA.oh kerja plak macam biasa,teammate masih suam suam kuku.padahal boss dah bgtaw,client nak datang jumaat ni.tapi masing masing still rileks macam HEBAT je.


rabu

hari yang tak berapa nak indah.hari ni ntah kenapa rasa macam sedih sangat sangat bila ingat balik apa yang terjadi.ditambah plak dengan banyak lagi rahsia yang kalau pikir balik,Oh,biarlah,dia memang macam tu.Akhirnya airmataku tak dapat ditahan tahan lagi,maka berlakulah pertumpahan airmata darah di hadapan kawan kawan.nanges mengongoi~~huhuhuhu

tiba tiba,datang sorang staff baru kerja 2minggu,tegur saya;

"nama kau sape??",

saya diam.(ni sebab sedih kot so,macam malas nak layan).

"nama kau sape??",dia tanye lagi.

"Adibah",jawab saya.

"laser jugak ye kau",kata dia.

"..........",

lepas tu saya balas,"kau tak tahu ape ape diam!!",

tapi saya tak tahu la dia dengar ke tak saya cakap macam tu.tangisan makin kuat.T_________T


kawan kawan dah cuak bila saya nanges makin kuat + pelik dengan perangai staff tu.


kau bayangkan bila orang yang kau xkenal tibe tibe cakap kau laser??ape masalah die??aku takde pon cakap ape ape.aku takde pon mengumpat orang ke,menghasut orang ke tapi tak semena mena orang kata aku laser???!!!


khamis.

cuba maafkan orang lain dan cuba maafkan staff itu tapi dia sangat menyampahkan.selama ni saya takde pon nak mengata pasal dia tapi lepas je kejadian mulut laser dia tu,saya jadi tak suke kat dia.sangat mengjengkelkan.sangat annoying.teammate AR semuanya dah gelabah sebab kerja tak siap lagi.masing masing pressure bila tak dapat hasil yang diinginkan.keadaan makin panas bila si staff laser ni sibuk duk main bukak tutup laci.kalau bukak slow slow tu tak kesah la kan.ni macam nak pecah laci tu dikerjakannya.tak tahulah apa yang dicari dalam laci tu.hish!!

hati ni hanya mampu bersabar je dengan kerenah staff laser tu.

dan akhirnya,semalam kami telah buat OT without elaun.HUHUHU.semata mata nak siapkan AR tu.yelah,esok kan client datang nak tengok.semua khusyuk duk hadap coding.si staff laser balik lambat sikit la.dia tegur kami tapi kami yang perempuan ni tak layan pon.nick je layan tapi macam nak tak nak je sebab nick sibok fokus kat coding model.padan muka.(aku memang jahat sikit.sikit je)


dia pon blah.


lebih kurang 15minit lepas tu,pak guard datang ketuk pintu ofis.katanya kawan kitorang accident kat garaj.ohhh....dalam fikiran,saya dapat rase dah tu si staff laser.boss pon turun la nak tengok keadaan staff baru dia tu.Alia dan Sab dah gelabah dah.tangan Alia dah sejuk dah time tu.yelah,takot jugak cedera parah berdarah darah ke kan.maka,kami pon turun la ke garaj,nak tengok keadaan si staff loser eh laser tu.em,kami nampak dia elok je.takde cedera parah mahupun ringan.yang kami nampak,sebuah kereta waja yang kemek dilanggar oleh innova staff loser itu.kesiannn.HAHA


nampak je dia ok,kami pon buat pusingan U.em,kami lapar so pegi beli makanan tanpa memikirkan hati,perasaan dan perut staff laser itu.ngeee~

jahatkah kami??dia yang patot mintak maaf kan.
takpe,aku maafkan tapi aku takkan lupakan dan aku takkan pandang muka kau,takkan cakap dengan kau,takkan layan lawak bodoh kau yang suka bodek boss!!

bluwekkk!!


jumaat.

hari yang tenang.sebab ape?sebab staff loser takde hari ni.yeaayyy!!tak perlulah aku dengar suara dia.dengar bunyi laci dibukak tutup dengan kasar.dengar cerita pasal kepala sawit what so ever~~geli.

tenang bila dah lepas present kerja.walaupun ada lagi kerja sebenarnya.tapi takpe,bak kata Nick,kite buat bende ni sehari je.so,rileks la...HAHA

kami kan HEBAT.terbukti semalam. :D

ok,lepas makan tengahari ni baru nak start dengan storyboard AR yang baru.harap harap dapat siapkan dalam masa 2minggu terakhir ni.ameen~~

teammate AR,chaiyok2!!!


Thursday, March 25, 2010

kancil salai



Sang Kancil dah melompat-lompat...

YEAAAYYY!!


suke suke suke!!

Wednesday, March 24, 2010

jodoh pertemuan ajal maut

.....semuanya ditentukan Allah s.w.t


pernahkah anda terfikir,bila anda menyayangi seseorang,anda berharap agar ada jodoh antara kalian?

saya pernah dan sentiasa berharap.em,maksud berharap adalah berdoa.


pernahkah jugak anda terfikir,bahawa hubungan anda dengan orang yang anda sayang itu,akan terhenti buat selama-lamanya?

seriously,saya tak pernah terfikir!!
bagi saya,ajal maut jodoh pertemuan ditentukan tuhan.
kadang2,kite tgk orang tu sihat je tapi tup tup dapat berita kematian dia.jadi,sehat xmemberi apa2 makna sebenarnye.kerana maut menjenguk kita setiap hari.
tak semestinye kita ada penyakit kronik,akan mati cepat.tapi bagi saya tu bonus la kan supaya kita sentiasa bersedia dan ingat mati.
sehat pula adalah nikmat dan kadang2 boleh melalaikan kita daripada mengingati mati.


em,ape yang anda akan jawab bila anda ditanya oleh orang yang anda sayang,

"apa yang awak akan buat bila ditakdirkan saya dipanggil menghadap Ilahi?apa plan awak?"


jawapan saya : "saya redha.insyaAllah".


Tuesday, March 9, 2010

Pening Super Saiya

pening kepala memikirkan urusan kewangan untuk sem depan.dush!

maybe nak kene pegi UTM minggu ni.nak kene uruskan permohonan ptptn untuk sem depan.
dalam perjanjian dulu ptptn bagi pinjaman selama 3tahun saje.
sem ni lah berakhirnye perjanjian itu.sem depan xde dh ptptn adeiii..

hah hah!

jangan pikir bende pelik2 plak ek.
ade yang kene sekeh nanti.heh


saya bukan kene extend ok.(harap2 grad on time.ameen)
course 'perisian grafik dan multimedia' kat UTM,skudai ni adalah selama 3 setengah tahun atau dalam erti kata lain,selame 7sem!


pelik kan??


tu la pasal...

jangan mempertikaikan kepelikkan masa yang diambil untuk belajar course ini yeh.
3tahun adalah masa belajar manakala setengah(1sem) lagi adalah masa untuk latihan praktikal.


1 sem praktikal = 20 minggu praktikal


baik,sgt lama.


jadi,disebabkan berada jauh di tempat praktikal (kuala lumpur) maka perlu balik ke UTM (skudai) untuk uruskan ptptn sem depan.
kalu x,abes la sem depan kering la wei dah la PSM2 mesti banyak nak gune duit + busy lagi dush!dush!


pening.


pening pikir + pening tengok coding.


p/s : jom jumpe penggali kubur nak??hehehehehhe...opss,bukan penggali kubur tp engineer kimia ok..ameen

p/s/s : tp awak kate nak jadi lecturer??

Saturday, February 27, 2010

Benarlah Kata Hagemaru

sebelum tu,kite perkenal kan pelakon utama:

saya - mangsa (pelakon utama wanita)
adib - pemangsa (pelakon utama lelaki)
mak - pelakon pembantu wanita
mamat - pelakon pembantu lelaki



oh,sungguh seronok dapat balik rumah mak ayah berbanding rumah sewa yang sungguh bosan itu.niat di hati,minggu ni nak duduk rumah sewa,xnak balik gombak..sekaliii...ambek kau..bosan nak mampos la duduk sane dah la xde tv ke ape naseb baik ade beruk-band tapi tu pon masih bosan xtaw nape.heh.

last2 malam tu call mak,"mak,nak balik.amek la nur"
mak jawab,"banyak cntik muke kau",(actually lupe mak jawab ape..hehe)
pastu mak sambg,"esok la..esok"

hehehehe......

esoknya pagi2 lagi ayah dah dtg jemput kat bukit jalil.pastu g breakfast.

ohh..seronok gile duk umah.nikmat tak terkata ok.


apesal intro panjang sangat ni??


baiklah,kesah minggu ini~~(gaya ala2 Pakcik Tonarida dgn Kak Butsu dalam cite Hagemaru)


malang tidak berbau...(suara ala2 Hagemaru)


malang 1

sesampai di rumah,saya menonton TV dengan bahagia sekali.sambil tunggu nasik masak atas dapur( i masak nasik manual ok).Adib,sedang bermain sepak2 botol coke kosong.saya di dalam hati bermonolog,'haiissh,kalau la botol tu terkena aku......'

Si Adib ni dah la sepak botol tu bukan main kuat lagi.dari kecik mmg suke main bola sepak.tp disebabkan bola dah kempis,die gune la botol.kreatif kreatif.

sedang saya khusyuk menonton...tibe-tibe...

PANGGG!! (lebih kurang cmtu lah bunyi die.xtaw nak wat cne)

aduddududuiiii...sakit...tp control macho beb.

botol yang disepak dengan kekuatan berpadu itu terkena mulutku...abes dah xseksi bibirku ini...sumpah sakit woooo...

Adib,"nur,sakit ke??hehehe..."

Saya,"...............,"

(senyap menahan kesakitan.dalam hati rase nak lempang laju2.hissh..sabar2)

patotnye, awal2 lagi saya kasi warning sama die,kalau botol tu kene kak nur,siap la kauuu!!



malang 2

malam tu,mak ajak saya pegi ATM nak masukkan duit untuk mamat.saya hanya menurut perintah.si Adib ni plak,suke ikot kakaknye.pegi masukkan duit pon nak ikot pastu sibok2 nak amek resit la,amek kad la..kakaknye pegi farmasi nak beli ubat sakit tekak untuk mak pon die nak ikot turun kereta jugak.sesampainye di rumah,nak bukak pagar la kan,nak parking kereta.saya,kakak mithali,segera keluar dari kereta lalu menutup pintu depan kereta.
tanganku masih di pintu itu dan tibe- tibe........

PANGGG!! (sound effect lebih kurang begitu)

"adoiiiii...bukak pintu cepat..",dan si Adib pon bukak pintu depan, "bukan ni..bukan ni.."

lalu dengan muke cuak,si Adib pon bukak pintu belakang..

akhirnye jariku dapat dilepaskan..sedih..abes kemek...huhuhu

jari kelingking dan jari manisku tersepit dipintu belakang kereta yang ditutup oleh adikku,si Adib yang suke ikot kakaknye ke mane sahaja...tatkala tanganku masih berada dipintu hadapan kereta.

huhuhuhuhuu...
masuk rumah terus naik atas nanges2 sebab sakit.waahh..jangan la patah..jangan la patah..

air mata memercik2 keluar.. T______________________T


merajuk dengan adib.tak nak kawan.


hari malang.
27 Februari 2010.


Monday, February 8, 2010

Sudu dan Garfu

signboard R&R..ade surau,sudu dan garfu??hehe

Kejadian berlaku pada waktu malam, selepas balik dari mandi manda di jeram toi.

dalam kereta.

Adib : Nur,td adib xsemayang lagi..

Aku : Adib xsemayang maghrib lg?nape?

Adib : a'ah, td dah terlepas masjid.

Aku : ooo...xpelah,semayang kat umah k.nak smpai dh ni.bagusnye adik Nur ni..selame ni xmacam ni pon?hehe..

tetibe ayah menyampuk...

Ayah : yelah,td die nmpak sudu dgn garfu..

Mak : sudu ngan garfu??

Ayah : haiii...xkan xpaham2 lagi?kan signboard R&R ade gmba surau dgn sudu garfu...

Mak : hahahahaha...patot la...

Aku : cess,sabo jelah adik aku ni..patot la cm pelik je..hahaha

Adib : *sengih2...kantoi plak...

-------------------------

time ni si Amin merajuk,xtaw la sebab ape.die ni mmg suke merajuk..biaselah,remaja..suke memberontak xtentu pasal..ak pon cmtu gak dulu.heh

masih dalam kereta.


Ayah : xpayah la,Amin kan dah ade handphone...watpe nak beli yg lain?

Amin : *senyap jee....

Ayah : cube ckp kat ayah,Amin nak ape?

tetibe Adib menyampuk,

Adib : bukan lah,die nak pegang kopok ni...ngap ngap..(sambil mkn kopok toki)

selamba katak je die cakap cmtu.

semua gelak,dgn Amin2 skali gelak..wakaka..Adib ni lawak la..


kosa kata Adib time kecik2 dulu :

merowong = terowong

pelakam arr = kelakar la

stokin bontot = underwear *hahahaha

em,ape lagi ek?
nnt kalu ade lagi,aku bgtaw..hehe..
rindu la kat Adib..dah besar dah die skang.. =)


Wednesday, January 20, 2010

lisa surihani sambut birthday

Woha!
tajuk nak hebat je...
tp serius sgt hari mmg rase cm artis..hehe
yelah,birthday la katekan..
22tahun dah aku...tua dah...huhu

lame xletak pic kat blog...hehe


mari potong kek!!


susah la bile dh popular ni..ramai yg nak bergambo..hehe


sedapnye strawberi ni...nyum2~~


shak makan xhengat~~
ni kes kebuluq la ni....


alolololo...comelnye nick ngn farah..sedap?hehe..

inilah kek yg dibeli oleh rakan2 di CoRE
thanks taw!
em,kek telah dipotong untuk membodek diberikan kepada boss dan staff lain..(^^)



Kisah malam sebelumnye...
setelah jam menunjukkan pukul 12tengah mlm,20 januari 2010..
ak ngah syok online,budak2 ni tutup lampu bilik..
xpelah,dorang nak tido dh kot..ak wat bodoh je la en..xpandang pon muke dorang..
sombong gile...
tibe2 sayup2 kedengaran suara comel 2 orang gadis sunti mendendangkan lagu dengdang~~permainan baru happy besday to you~~hehe



ni kek die..haha..sedap~~
cocopie kiri kanan tu adalah hadiah dr Shak n Alia..
thanks.. =)


Party!!hehe..mkn megi je..tp sedap taw!
mcm bibik je gmba ni..


perjumpaan bibik2 sedunia =p



Megi sedap!!
slurrrrrrpppppppp!!



Akhir kata,terime kaseh buat semua..surprise korang mmg menjadi!terharu mak~~

=)

~~suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke suke~~

Thursday, January 7, 2010

Diari 1:hari kontroversi


Assalamualaikum..salam sejahtera..kepada anda semua moga bahagia~~



ehem2.sedap x?sedap x?
disebabkan terlalu penat duk di ofis wat programming memanjang(yelah)..blog ini sudah lame tidak ber update.selalunye balik umah terus golek2 kat tilam best wooo...pastu g masak2 untuk mkn malam..lepas isyak smbg golek2 smbil main game.sebenarnye nak update blog tp xtaw nak tulis ape.xde idea sgt2..


oleh itu,disebabkan xnak blog ni terlalu usang dan bersawang,ak akan update aktiviti harian aku la mulai hari ni.kire mcm dairi online la..ngeh3~~ak je pon nak baca bile dh tua nnt...boleh la tunjuk kat anak2,cucu cicit ape sume..dorang pon mesti ckp,oh so sweet atuk ngn nenek..haha.tetibe je.(sweet macam kurma kot??)


baiklah,aktiviti aku untuk hari ni:


1- macam biasa pagi2 bgn,mandi n siap2 pegi keje..sarapan dengan air milo+roti sapu mentega kacang.oh,dah 8.10!cepat2..kite dh lambat ni..


2- bila dah sampai ofis,mcm biase bende pertama yg akan dibuat adalah on ym dan facebook.hehehe.tapi perlu diingatkan...tu sume just untuk hilangkan tension je..bile dh penat wat keje,bru la bleh ym or fb..pastu dh rilekss sket,start main ngn coding balik..



3-rehat td mkn nasi+kacang panjang+ikan goreng+sambal belacan..aih,hari ni mkn nasi la pulok...cmno nak diet ni aih...



4-smbg keje mcm biasa.hari ni hari terhangat di fb.status meletopzz nyah...105 komen ak dapat taw...hahaha..scvians,rindu korang sgt2!!




5- balik pukul 5.30 tetibe dpt idea nak pg carrefour..bedezup!smpai sane naik kete farah..thanks farah..beli2 barang ape sume,balik umah,kemaskan diri..duk depan laptop wat entry ni haa...huhu


p/s : apesal la aku rase mcm xsesuai je wat entry ni.em,maybe nak wat blog ni sebagai dairi online akan difikirkan semula..huhu.