Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Monday, July 26, 2010

5 Hari Yang Membahagiakan

Rabu,21 Julai 2010 - Surprise!Ade orang datang UTM tak bagitaw phewit!konon-konon nak wat kejutan la tu he he he comel je taww.Actually dia datang sebab ade show kat KTDI untuk budak2 tahun 1 yang nak daftar kelab2 kat kolej.

Jumaat,23 Julai 2010 - Balik KL rindu kat famili.Kebetulan hari jumat takde kelas,so pagi2 lagi dah berangkat pulang.Bas pukul 11pg ke Muar dulu sebab nak berhenti solat jumaat sambil jalan2 melawat Muar.Tp takdelah melawat sangat ponnn sebab nak berjalan jauh sangat he he he takpe,lain kali boleh singgah lagi k

Sabtu,24 Julai 2010 - Ade orang tu belanja makan piza hut wah bestnye!TQ! =) Hari ni jugak first time aku bawak kete.Orang tu lah yang ajar.Macam tak caye je I bawak kete taw.Nak kene cepat2 dapatkan lesen ni!

Ahad,25 Julai 2010 - Pulang ke UTM sob sob sob.Mak pesan,kalau nak balik rumah,balik je lah..tak usah risau duit ke ape sebab mak rase sunyi.kesian mak.InsyaAllah,kalu tak busy dengan assignment,psm2 and kelas memandu,anakmu pasti pulang!

Isnin,26 Julai 2010 - Birthday Mak!Happy Birthday Mak..Nur doakan semoga mak panjang umur,murah rezeki,diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat.Ameen.Oh ye,hari ni jugak birthday Alia...Alia,Happy Birthday! =)

Alhamdulillah,lepas berubat kat Darul Ruqiyyah,sakit-sakit mak dah makin berkurangan.Ustaz kat situ kate,mak kuat.Kuat ape,tu tak tahulah maybe maksudnya mak kuat melawan bende tu kot.Ape2pon,aku harap mak sembuh,aku sentiasa doakan =)

Thursday, July 15, 2010

Spell

Assalamualaikum(jawab : Waalaikumsalam)

Lame tak menulis kat sini...banyak cerita tapi tak tahu nak cerite ke tak huhu..banyak bende berlaku lately dan ini semua saya anggap sebagai ujian PSM (projek sarjana muda).

Sekarang saya kesunyian di bilik hostel.ye,saya sudah kembali ke UTM,skudai.Alhamdulillah.

Sem ini bakal menentukan sama ada saya akan grad on time atau pon extend(nauzubillah).Banyak perkara yang merisaukan saya dan saya agak takut nak berdepan dengan kenyataan berada disini,menyiapkan thesis.saya takut!fikiran saya semuanya melayang ke rumah di Gombak.Saya risaukan mak.Dalam masa yang sama,masalah ni mengganggu konsentrasi saya disini.

Semalam,saya bermimpi yang sangat pelik.Dalam mimpi tu,saya ada sorang lagi adik.Seorang budak perempuan.Adik saya tu berak dan habis basah pampers dengan tahinya.Mak suruh saya basuh tapi tahinya tu merata-rata.Budak tu hanya gelak bila saya marah dia buat kotor kat rumah.Lepas tu saya terjaga dari tidur dan otak saya asyik teringatkan mimpi tu.

Saya masih ingat,mak pernah mimpi yang dia mengandung.Esoknya,dia mimpi melahirkan dan menyusukan bayi.Jadi,mimpi saya semalam adalah kesinambungan daripada mimpi mak sebelum ni.Pelik kan?

Bila saya google,semua bende yang terjadi pada mak ada kaitan dengan sihir.Mak selalu sakit-sakit.Antara tanda-tanda yang mak alami :

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

-Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

-Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

-Mimpi yang sangat menyeramkan.

-Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,ular, singa, serigala atau tikus.

-Mimpi mengandung,melahirkan anak dan menyusukan.

-Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

-Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.


TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

-Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

-Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

-Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

-Mudah marah.

-Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.


Nauzubillah!

saya tak tahu betul ke tak tapi yang pasti,sekarang kami sedang berusaha nak sembuhkan sakit mak.Saya kat sini,sangat risau lebih2 lagi dengan PSM2.Saya pernah terfikir nak extend sem ni sebab nak selesaikan masalah kat rumah dulu + tak yakin boleh siapkan PSM dalam keadaan huru-hara macam ni tapi kawan2 pujuk,bagi galakan dan sebagainya.Thanks Zakwan and Wani.

Time cuti,setiap hari mak suruh saya sapukan minyak panas (balm) kat tempat2 sakit.Sehari boleh habis 1botol balm bayangkan!Sakit tetap tak hilang...Sabtu ni nak cube rawatan kat Darul Ruqiyyah pulak.harap2 Allah permudahkan dan sembuhkan sakit2 mak.Ameen.

Untuk PSM2 pulak,ada kemungkinan yang saya akan tukar tajuk.ye,saya tak yakin yang saya akan stabil dalam keadaan macam ni.Tak yakin boleh siapkan thesis.Dalam fikiran saya sekarang ni,hanya nak grad grad grad!Saya nak grad walau apa cara sekali pon.Walau terpaksa tukar tajuk,walau dipandang serong,walau ape sekali pon!Saya buat ni semua,ada sebabnya.

Dalam waktu2 begini,kawan2 je yang boleh wat saya gelak,gembirakan hati selain sentiasa berdoa,ngaji Quran.Tapi kawan2 bukan selalu ada.Dorang pon ada hal masing2,duduk kolej,bilik masing2.saya yang terperuk disini.Dengan roomate tak masuk2 lagi...Sangat sunyi...sooo lonely..Nasib baik ada Wana,selalu temankan..

Fikiran melayang lagi ke rumah...ya Allah...kawan2,tolong doakan yang terbaik..doakan mak sembuh dan saya dapat siapkan thesis ye =) Thanks.

p/s : maaf andai entry ni macam menagih simpati ke ape tapi bukan itu niat saya.Saya hanya mahu meluahkan ape yang terbuku dihati ni