Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, May 21, 2009

Blogku Ilmiah...

nota:sekarang jam menunjukkan angka 8.30 pagi.

Assalamualaikum...kite mulakan membace entry ini dengan ummul kitab al-Fatihah...
eceh,mcm nak mulakan usrah je.maklum la bekas tupperware naqibah waktu sekolah dolu2...
saya mahu menjana blog saya ini dengan ilmu..

nape tetibe ni??

Al-maklumlah,bak kate adik saya,"blog ko xmenjana minda langsung,xberilmu ".ceh,baca buku la kalu nak ilmu.tp saya rase blog ni dah cukup berilmiah dah.kalu xcaye cube bace entry lepas2.siap bagi tazkirah lagi.kalu rase cm xcukup,pasni saya akan letakkan nota programming plak kat blog ni..wah,mmg ilmiah sungguh la.tp saya jamin kawan2 musti tidak akan mem'view' blog saya kerana mereka sudah muak dengan coding.saya pasti mereka akan cakap cmni,"dibah,ko ni nape?sume bende ko nak coding.taw la ko pandai programming.tp tolonglah jgn letak coding kat blog ko.marilah memblog secara menyeluruh.secara hepi dan secara bebas.jangan belenggukan hidup ko dengan coding ni sume.cukup kat fakulti je..ye,mmg bagus untuk aplikasikan coding dalan kehidupan seharian,tapi ko kene ingat,kite ade life sendiri..".sambil tepuk2 bahu saya.betape mereka anti dengan coding ni.HAHA.mati saya kalu lecturer bace.jangan bagitahu mereka ok??saya suke programming sebenarnye.sgt2 suke.tp bile xtaw nak wat ataupun xdapat output yang diidam-idamkan,pasti akan frust menonggeng.rasenye frust bencinta pun xkan tertonggeng sampai cmtu sekali.okeh.cukup cerita pasal ini.

so,kene ilmiahkan blog ini.HAHAHA....err..ilmiah ilmiah.di manakah kamu?

psssstttt...hari ini(22 mei 2009) pertabalan MB Perak.siapakah yang kena??mengharapkan keadilan masih ada di bumi Malaysia ini..

kepada Zul yang mengaku die minat politik,sila beri pendapat anda di sini

baiklah,ilmiah xsampai plak kat kepale ni..jom kite same2 tutup entry dengan Tasbih Kafarah dan Surah An-Nasr...wassalam

Wednesday, May 20, 2009

SENARAI BARANG DAN SUSU BAYI TIDAK HALAL

ATTENTION!!!!
SENARAI NON-HALAL FOODS...!!!!

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4.. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4... Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11... Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14.. Beehon Segera Siam
15. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10... Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15.Cake Mets Vilber Punch
16 .Coklat Cake
17 .Tepung Kastard Lady's Choice
18 .Semua jenis Jelly
19 .Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang..

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref.. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked... It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088..

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what You eat.

---------------------------

Peringatan: Bagi yg bakal melahirkan dan sudah melahirkan,Diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh dan solehah.

Susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

berkaitan status halal / tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.

*SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. and please inform this to ur ‘mummy’ friends ok. Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia .. susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu ni pun quite famous.. ada di pasaran. Susu tu dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu tu pun dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

kredit : www.ohTidak.com dan anissyuhada.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

Juadah Petang dan Jiran Tetangga


menyelerakan bukan??

mai la umah saya..jika mahu merasa barang 10 20 keropok lekor,pisang goreng,popia mahupun cekodok pisang.tidak dilupakan cekodok hotdog.ni kalu time xde udang.tp jika ada udang lebih(eceh) namenye bertukar menjadi cucur udang.yeaahh!

saje nak bagi Zull terliur kerana saya tahu Zull suke makan dan die makan banyak.HAHA.
peace Zull... ^__^

Actually,saya adalah pembantu peribadi kepada mak saya di rumah.al-maklum lah,saya sorang saje anak dara tunggal keluarga ini.sayalah racun,sayalah penawar.HEHE.ayat nak hebat saje.sepanjang cuti sem ni,saya membantu mak meniaga saje.xpernah keluar rumah lagi.em,kalu keluar pun sebab pegi bukak akaun kat Bank Islam petang tadi.tu je.saya ni memang jenis lekat kat rumah.mak ayah tidak membagi dan mengajar pegi keluar sesuka hati tanpa arah tujuan.kadang2 nak keluar bersama rakan2 pun susah.mungkin kerana saya seorang saje anak gadis dalam famili ni.em,tapi tidak jugak.adik2 saya pun mmg tidak diajar begitu.kalau kami keluar dan balik lambat(xboleh balik lepas pukul 6.30petang),habislah kami...pot pet pot pet..HIHI..serammm...nanti xboleh keluar lagi.sape soh wat hal balik lambat ape sume??

meh sini meh sini
nak cite ni

Baru-baru ni terjadi 1 insiden yang tidak pernah saya lihat.saya xnak cerita tentang insiden itu kerana ia melibatkan masyarakat yang berada di sekeliling saya.apa yang saya nak tulis kat sini ialah adab berjiran.hmm..saya tengok rukun kejiranan tiada di kawasan perumahan yang saya tinggal.kebanyakan jiran2 membuat hal masing2.bermasam muka,tidak bertegur sapa dan macam2 lagi yang ntah la.pelik sangat2.tidakkah mereka tahu betapa pentingnya menjaga hati dan perasaan jiran hatta jiran kita itu tidak seagama dengan kita sekalipun??banyak terjadi insiden2 yang sepatunya tidak perlu berlaku lebih2 lagi dalam masyarakat yang mempunyai akal yang waras dan pegangan agama yang boleh dikatakan agak kuat.ya,saya bukan lah seorang yang arif tp sebagai remaja yang berada dalam kelompok itu,saya akui,saya sangat sedih.tiada kerjasama dalam masyarakat.xmacam Wonderpets.APA YANG PENTING..KERJASAMA!!mungkin mereka tak menonton Wonderpets tp xkan la xpernah dengar lagu Wonderpets yang popular itu ye tak???

berbalik kepada isu kita sebentar tadi,saya tidak mengatakan semuanye begitu.ohTIDAK!!hanya segelintir yang bersikap sebegitu rupa.ada jugak yang ok dan tersangat la ok nye.THUMBS UP!!contohnye adalah jiran sebelah rumah saya.sangat prihatin.baik hati.makcik sebelah rumah saya ni,kalu tahu emak dan ayah saya tiada di rumah dan hanya kami anak2 yang tinggal di rumah terpekik terlolong macam sawan,beliau akan menghantar nasi,lauk pauk yang enak2 untuk kami anak-anak jirannye.tidakkah itu tindakan yang mulia??walaupun beliau tahu saya ada di rumah.saya dah masak 5-6 jenis lauk pun beliau tetap menghantar lauk.oh makcik angah,terime kaseh banyak2.T___T (terharu dapat jiran cmni)

++ nape panggil makcik angah??korang ade talian ke??
-- eh,xdelah.cume jiran tetangga je.
++ dahtu nape panggil makcik angah??
-- dah die ade anak namenye angah.sebab tu panggil makcik angah.
++ angah tu sorang je ke anak die??
-- xlah.ade lagi 3 orang.along,iwan ngn afiq.
++ em,nape xpanggil makcik along ke,makcik iwan ke,makcik afiq ke....ape yang spesel sangat si angah tu??
-- em,xde spesel pun si angah tu...ntah la.cmne ntah bleh lekat name tu..HAHA....
eh eh,suke hati kitorang la nak panggil die ape pon.anak2 die yang lain xkomplen pon.yang ko nak komplen2 ni watpe??banyak tanye plak..
++ ampun ampun ya ampunnnn.....HEHE

"Tidak beriman seseorang itu jika perutnya kenyang tetapi perut jiran tetangganya dalam kelaparan"

renung-renungkan...TATA

tag lagi


1. Apakah Nama Blog Anda Sekarang Dan Kenapa Anda Pilih Nama Itu?

Cinta Sang Ratu...--nape pilih name ni??ntah la.itu yang terlintas mase nak wat blog ni.HEHE

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://adibahmad.blogspot.com--gabungan my name n my dad's name..adibah+ahmad=adibahmad.

3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
method penulisan.ikut mood.ske2 hati je nak letak ape kat cni.blog ni boleh jadik mcm2.bukan jadik power rangers.bukan.ikut suke tuan die nak letak pasal kisah hidup ke,kisah benar ke,kisah tipu ke,letak gamba die ke,letak nota programming ke ape2 je.sume peringkat umur,bangsa dan agama bleh bace blog ni.tiada diskriminasi.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
uisshhh...tidak pernah merase begitu.kalu bleh nak simpan dalam poket atau wat bantal peluk tidur malam2.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
ida??blog ida jelas menunjukkan dia adalah orang kelantan.HEHE.blog Ida best la...

6. .....10 Person To Tag:
sape2 rase nak wat,teruskan niat anda.tiada siapa menghalang.

Monday, May 18, 2009

Trip to Terengganu-part 3

nak letak gmbo je...walaupun dah lapuk sbb sepatotnye dah lame publish kat sini.tp xkesah.nak letak jugak.sebabnye xtaw nak cite ape.tp nak menaip jugak.sabo jelah ye..HIHI


depan masjid Kristal.time ni hujan.so,xleh nak masuk tengok Taj Mahal.
HUHU.xpe nanti tengok Tembok Besar China bulan Jun ni k.cewah.
bukan setakat tengok,siap leh pijak2,lompat2 lagi.biar roboh.


ni kat kedai cenderahati(Bukit Puteri kalau xsilap).pinjam jap topi tu.klik klik pastu blah.
HAHA
xleh blah tol.


ni singgahsana namenye.merenung masa depan kat belah kiri.motif??xde.


wif Zaidah da Kebaboom!!pakai sweater bajet cm sejuk je.ingat ni Beijing ke?
HAHA
kat Beijing pun xpakai cmtu taw.


Okeh.gambo2 ni sume diambil semasa hari ke-3 di Terengganu.yaa..
walaupun saya sebenarnye org Terengganu,tp mcm bukan.
em,saya ke?rase2 cm bukan.mak saya la org T'ganu kite ni.
HAHA
perasan org T'ganu.
HAHA
gelakkan die.
HAHAHAHAHAHAHA...

best ke gelakkan saya??

ceh,pic sume nak kene ade muke die.ape la.ingat comel la tu.HUHU
memang xboleh disangkal lagi kecomelannye.
Ketiadaan saya di dalam gambar membuatkan gambar itu suram.
ini FAKTA.

Sunday, May 17, 2009

Pasrah

Hidup tidak selalu indah
Ia singkat dan meletihkan
so
make it sweet...

bangun dari kegagalan
bangun dari kemusnahan
jgn kecewa dengan hidup
carilah kebahagiaan...
Kebahagiaan Hakiki ada pada Tuhan...

Ya Allah...
Tabahkan hatiku...
Jauhkan aku dari kekecewaan...
Peliharalah aku Ya Allah...
Hanya padaMu hambamu berserah...
Aku PASRAH...

Thursday, May 14, 2009

PSM,VAKSIN & POLITIK

Arrrggghhhhhhhhh!!!Tension!!nak wat psm tajuk ape ni?masih mencari tajuk yg mudah dan senang.tapi ade ke?xjumpe pon.sumenye susah2.hmm..xtaw la ape nak jd..huhu.takot…psm susah.semalam dpt emel drpd Erlynda.die kate maybe praktikal sem 7.en.Shafry yg bgtaw katenye..biaw btol??hmm..xkan psm2 sem6 kot…matilah..xtaw nak wat ape.buntu..sape bleh tolong?hanye diri sendiri yang bleh tolong.doa je la banyak2 dibah ooiiiiiiiii…HUHU..tadi belek2 tajuk kat internet(ingatkan buku je bleh belek) mak aih,seram sejuk tangan gue.gue ngak pernah merasa kayak gini.biar apa pun yg terjadi,gue harus tabahkan hati.ish ish!! Mila in da house ni bising btol la.malas la dengar ko nyanyi.tukar lagu.tukar lagu.opss…maaf ya..ada gangguan sebentar td.mila ni die em xpelah.biarlah die membajet comel ke ape ke.yang penting saya hepi!hepi ke?risau ngn result ni..aduiii…td duk agak2 subjek ni dpt grade ape,subjek tu grade ape.kire punye kire punye kire..gulp!!em.malas la nak cite.

Em,nak cite ape lg ye?jap biaw saya berfikir sebentar……………….

Ha,pasal ke Beijing.HEHE..2 Jun ni kene pegi UTM KL sbb nak kene mencucukkan vaksin ke dalam diri..untuk pencegahan.kang xpasal-pasal bawak selsema babi balik Malaysia(kat Beijing ade kes ke?xde kan?).nauzubillah…jauhkan la Ya Allah..maaf la tangan saya ni agak celupar bile menaip.jgn marah saya.marah tangan saya.saya xsalah.tangan saya yang salah.haaiiippp,ape tangan ni!biase ni!macam marah budak kecik je kan?huhu..mmg tangan saya kecik pun.orang kate tangan saya kecik xsesuai dengan badan.macam cacat pun ade.eh.bukan cacat.pelik.tp xdela pelik pun.Alhamdulillah dengan anugerah Allah ni masih mampu menaip,menulis,memegang,merasa,memukul,mencubit,membasuh pinggan,mencuci baju dan banyak lagi ‘me’ dan ‘mem’ dan ‘men’.sume bleh wat.kalu tangan kiri die bleh wat 1 bende je.tangan kanan sume bleh.btol.tangan kanan saya mmg serba boleh.tahniah kepada tangan kanan saya.dah la cite pasal tangan.kite cite pasal kaki saya plak nak?xnak?nak la…haa…citenye cmni.mak saya kate tapak kaki saya kecik macam xbleh EH EH KORANG NAK PEGI MANE?meh la sini saya nak cite pasal tapak kaki saya yang kecik ni…meh la…HAHA.taw takot.malas la bace cite ko.ade ke cite pasal tapak kaki kecik die tu kan kan?bosan.jom la pegi bace blog orang lain plak…HAHA

Ok ok.saya taw perasaan anda semua.baiklah saya xkan menceritakan perihal kaki saya.just nak bagitahu kaki saya yang cedera ritu dah baik.yeay!!eh silap,Alhamdulillah…HEHE,perasan x entry kali ni saya membahasakan diri saya sebagai ‘saya’?HUHU.saya telah berubah menjadi baik.yeay!!saya mmg baik la.saya cume menjadi lebih baik.rase mcm tidak berbudi bahasa ketika menggunakan perkataan ‘aku’ dalam blog yang comel ni.betul.mulai hari ini saya akan menggunakan bahasa yang lembut.kecuali ketika saya tengah bengang+marah+mengamuk+seangkatan dengnnye.tp maybe xkan membuat begitu.sebabnye saya xnak merosakkan environment blog ni.yaaa…..blog yang suci lagi murni.HAHAHADIBAHPOYO..

selingan

Xberape nak paham dengan politik di Malaysia..saya akui saya seorang pelajar yang meminati politik.saya sangat sukakan politik.kalu ade orang yang mahu bersembang @ berdebat dengan saya amat la dialu-alukan.saya xtaw kenape saya suka politik.dan saya xpaham kenapa ada orang @ pelajar especially mahasiswa IPT yang tidak gemarkan politik dan tidak mahu bercerita tentang politik.sebagai mahasiswa,kita seharusnya mengambil tahu keadaan semasa Negara yang pada pandangan saya sungguh…ohTIDAK!!xmahu bercakap soal itu disini.mahasiswa sekarang perlu peka.kita boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah.pilihan di tangan kita.kalau balik rumah saya selalu pening mengalahkan pemimpin yang ade masalah negara.sebabnye?berita pasal politik negara.mmg bukan senang menjadi pemimpin.nak mentadbir sesebuah Negara. Ape2 pon,kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.tibe2 cite pasal politik ni nape dibah?xdelah..saje je.kate ambil subjek Hubungan Antarabangsa.mmg sesuai la dengan saya.suke dengar lecturer cite pasal Negara itu,Negara ini.nape AS xserang Iran walaupun tahu Iran ade nuclear?nape?ha…tu la,len kali ambil subjek Hubungan Antarabangsa.baru la bukak sikit minda tu.eceh.padahal selalu je ponteng.HAHA..berape kali je ko pegi kelas IR(International Relation laaaa..) dibah?mcm la kami xtaw..huhu.Zul,Fadzil,Nick,Wan ngn Ariff korang senyap2 je la.jangan nak kecoh2 plak.HAHA.

Okeh la.sume bleh bersurai sekarang.pegi la melawat blog orang lain plak ye.cian dorang tunggu korang melawat dan membaca entry dorang.saya xpe.entry ni sume untuk suke2 je.xbace pon xpe.. ;p

PAPAI

Sunday, May 10, 2009

TRUTH or DARE???

SILA HARGAI ENTRY YANG PANJANG INI

ditulis penuh kesungguhan oleh penulis

Salam alaik…

Finally,im home!!yeh….bebeh!!lama xbalik umah,rase cm lain je..ayah dah maju.dah ade _D_..dah pandai wat blog,ade facebook and ade akaun kat mudah.com.eceh.marvellous la ayah.mak makin cun,masak tetap sedap sesedap masakan mak.patut la adik2 aku yg kat umah ni makin tembam.apekah naseb aku ketika di umah skang ni??abes la diet aku..HAHA..tp Adib tetap maintain je.dah pandai baca skang ni.dulu nak ajar membaca bukan main lg.lapo la..sakit perot la..penat la..HAHA..kelakar btul la budak2 ni..baru je sehari di rumah,xde wat ape sgt sbb hari ahad mak xmeniage.so,dok je la and wat keje yg xberape nak pekdah sgt ni.HIHI.apekah keje itu??haa…itu yang kite xtaw. ;p

Semalam dok dlm bus selame lebih kurang 5jam.saket punggung aku.kalu dok dlm bus dah xde keje lain dah..tentunye TIDURRRRR….btol x?btol btol btol..jawab Ipin.terime kaseh Ipin kerana memahami kak dibah..em,lame sebenarnye xnaik bus ni.kalu xsilap dah 2sem xnaik bus.sebabnye tumpang kete Qit.tp cuti sem ni Qit ade Latihan Industri atau pun lebih dikenali sebagai PRAKTIKAL..so,lepas je abeh exam die terus balik xtunggu aku.aku pon jd pening kepale.xtaw nak kemas barang cmne sbb dah terbiase naik kete.barang tu sumbat je kat bonet.tp cuti ni xleh wat cmtu.kene kemas btol2.pening jugak sbb byk barang yg nak dibawa balik.lebih2 lagi bulan jun ni nak pg Beijing..takot xcukup baju plak.tu je.HEHE.mcm besor sgt je masalah kan?sebenarnye die yg xtaw nak mengemas.banyak cite plak dibah ni.dah dah.bosan la cite ko ni.cite bende lain.bosan taw x!!BAIK…. T___T

Ok la cite bende lain la.em,malam sabtu sebelum balik umah hari sabtu ritu.em,paham x?cmni2,hari jumaat time malam same dgn malam sabtu.kitorang taw la dibah wei~~ oo,taw ke?ingatkan xtaw.ok sambung2.pada malam tu lebih kurang pukul 8.30 malam aku,Alia,Sabrina,Wani,Ikin,Ikhwan,Fadzil,Zul dan Ayie dok lepak kat Kafe K9.makan2 borak2..sebenarnye xrancang pon.Wani dgn Ikin yang ajak join skali.kami on je.lagi pon xde keje nak wat malam tu.bes gak lepak ramai2 ni.lepas makan kitorang pg tasik plak.Aku naik motor ngn Sabrina.cian Sab kene round 2kali.Die hantar Alia dulu pastu amek aku plak..Kami bg ikan makan roti.malam2 ikan xbanyak yang timbul.xnampak la kot.HEHE..bagi ikan makan sambil posing2 wat gaya bajet cam supermodel.eceh.jurugambar kami malam tu ialah Fadzil,Ikin dan Ikhwan.clap clap.terime kaseh kepada mereka.jgn lupe aku nak gmbo2 tu nanti ye..

Selepas ber‘bajet’ sbg supermodel kami pon dok dlm bulatan and main permainan yang diberi nama TRUTH or DARE.aku xtaw sape yg bg name kepada permainan ini.aku taw main je.HEHEHEKELEH.

Manusia yang pertame skali terkena ialah :-


-- Ayie.ya…itu dia!TRUTH or DARE??DARE…ayie pilih dare and Zul soh die menari tarian ape ntah.xtaw la name die tp kelakar la.HAHA.sporting beb.

-- Wani plak terkena selepas Ayie.TRUTH or DARE?TRUTH..soalannye ialah, “Apekah kenangan paling manis anda bersama si dia?”.Eceh.soalan xbleh blah.Wani pon menjawab dgn otainye…Apekah jawapan Wani?xleh bagitaw la.ni rahsia kami. ;p

-- pastu siape yg terkena aku lupe la.tp yg pasti Fadzil pilih TRUTH dan soalannye ialah “apekah ciri2 wanita idaman anda?”..jawapan Fadzil, “siddiq,amanah,tabligh,fatanah”..HAHA.

-- Sab pilih DARE and die didenda supaya menyanyi lagu negeri Perak.nyanyilah beliau dgn bangganye.negeri dielah katekan.lagu die sebijik cm lagu negaraku.

-- Alia pulak pilih TRUTH..cian Alia mcm nak nanges je.berani korang buli Alia ye??ish ish…tp yang xbesnye Alia buli aku balik.cis.xaci la Alia ni.bukan saya yg buli awak.HUUUU…

-- TRUTH or DARE??TRUTH…yakin gile.soalannye ialah “Apekah pengalaman manis anda bersama si dia?”.same plak soalan ngn Wani tadi.aku dah jawab sket pastu tetibe Alia mencelah, “eh,eh silap.tukar soalan lain la.em,Apekah mimpi yang paling indah dalam hidup anda?hehe”.cis cis cis.how dare you??aku nak tipu xbleh sebabnye Alia taw apekah die mimpi itu.cis lagi.HUHU.terpakse la aku cerite… T___T malu wei…korang yang 8orang diatas tolong jgn cite kat orang ye?siap korang kalu aku ade bace kat blog korang ke ape..mmg nak kene la tu..

-- Ikin plak pilih TRUTH…hehe.. soalan die rahsia kerane boleh mendatangkan kontroversi..

-- Zul???ni yang paling kelakar skali.HAHAHAHAHAHA.die pilih DARE.pilih salah sorang perempuan dari kalangan kitorang ni and lamar beliau dgn penuh romantik sekali..ayat xleh blah wei..Zul mmg sporting gile la.. “oh,adibahku sayang…dibawah sinaran bulan,bintang2 dilangit menjadi saksi…di malam yang kelam ini…sudikah kau menerima aku sebagai permaisuri hatimu??” AIK??permaisuri?? “eh eh,silap.” HAHA.ni just for fun k.SUMPAH kelakar.muka Zul xbleh blah.gile sporting!!

-- last skali yang terkena ialah Ikhwan.Wan pilih DARE and disuruh melakonkan watak sebagai mak nyah sambil catwalk pastu kene pusing wat muke mnggoda and lambaian bak Miss World.Ayu you….!!kalu Nick ade mesti gmpak kan kan??

Itulah die sedikit sebanyak kenangan hari terakahir kami di UTM untuk sem ni.selepas ni xtaw la bleh lg ke lepak2 cmni.lepas ni sume orang BZ dgn PSM.final year tentunye memenatkan.usaha perlu ditingkatkan.xbleh nak malas2 cm dulu.


okeh la,TATA!!!

Thursday, May 7, 2009

Bermula sebuah perjalanan...

yeye..hari ni tamat la sudah program..berpisah la kami sume dan akan berpindah ke rumah masing2.em,bukan pindah tapi balik ke kampung halaman.rindu pada mereka yang tersayang sudah tidak dapat dibendung lagi.cuti selame lebih kurang 2bulan.insyaAllah bulan jun ni akan bertolak ke Beijing.itu pun xtaw lagi sebab skang ni dunia dihebohkan dengan wabak penyakit selsema babi.aduhai..macam2 bala yang Allah turunkan sekarang ni..mari la kite same2 berfikir nape jadi cmni.ape2pon sume nye datang dari kelemahan,kejahilan manusia itu sendiri.

ok,back to our topics,cuti nak dok umah tolong mak meniage.pastu kene cari tajuk untuk wat psm(projek sarjana muda).hmm..pejam celik pejam celik dah nak masuk 3tahun aku kat UTM ni.akan jadi senior sem depan.akan menjalani latihan industri dan merase peritnye wat psm..orang kate psm ni susah.kalu boleh xnak extend.aku nak grad on time.aku nak kawan2 aku pon grad sekali ngn aku.InsyaAllah.doa same2 ye kawan2 :)

Balik cuti ni kene mantapkan lagi skills.ade skills ade keje.pointer untuk final exam ni pon harap2 ok la.kalu boleh nak sambung wat master plak.InsyaAllah.kalu ade rezeki.doa banyak2..
Yup.banyak keje kene buat.banyak mende kene fikir.em,lapo la plak...hehe.

esok??balik gombak..
bas pukul 11 pagi.
mak ayah,jemput nur kat pudu k..

Murah Rezeki..

Alhamdulillah..selame 2 hari ni aku dapat makan free..yeye!!selame seminggu berkampung di utm (walopon dh abeh exam) aku hidup dengan penuh terseksa.sebab ape?xde duit nak makan..dalam poket aku ade seringgit bersamaan dgn 100 sen.so,bayangkan bagaimana aku menahan nafsu ku..haha..tengok orang makan,glurrpp!!telan air liur je.. ;p

Alkisah makan percume bermula apabila lecturer ku,Datin Normal menjemput aku,alia dan sabrina ke malam jamuan perpisahan senior tahun 3scv(graphics and multimedia software dinner memoirs).tujuannye adalah untuk melihat bagaimana cara menguruskan majlis..so,dengan excitednye kami pon pening kepale sebab xtaw nak pakai baju ape...tema dinner plak 'TROPIKA'..mane nak cari baju cam Hawaii ni?hehe..last2 pakai blaus je.malas nak pikir panjang.bukan majlis untuk kitorang pon...kan kan??

Maka pada malam tu(Rabu malam),bertolak la kami ke tasik UTM yang indah ini.ade ayam BBQ,sosej,nasi goreng,sate,buah,koktel and macam2 lg..wow,sedapnye!!bak kate ipin bile tgk ayam goreng...ramai gak lecturer malam tu..kami 'tolong' hidangkan ayam BBQ kat VIP(lecturer la...)..tapi,yang xtahannye bile dorang nampak muke kami,banyak betol soalan..itu ini begitu begini..ayoyo..malu tol ade lecturer cmni.haha.gurau je..

Antara dialog/soalan mereka ialah:
-aik,muke ni lagi...
-eh eh,nape korang ade kat cni?
-eh projek dah siap blum?pegi wat projek jgn dok cni
- bla bla bla...

kami hanye mampu tersengih...segan gak sebenornye tapi nak buat macam mane?dah ade yang menjemput..kan kan??bak kate Dr.Abdullah,"ape yang specialnye kamu bertiga ni?nape kamu?nape bukan orang lain?"...aiseh..susah nak jawab tu encik...kami pon xtaw nape Datin jemput kami..kami datang je la.nak nak time duit ngn kering ni..btol x?bak kate orang,rezeki jangan ditolak...hehe

kami pon makan la dengan girangnye..lalalal..sambil borak2 ngn Dr.AB..pastu Dr.Shafry pun nak menyelit..jeles la tu..haha(nape poyo sgt ni dibah??)..ampun encik Shafry,jangan potong markah AD saye.saya orang susah. ;)




gadis-gadis ayu..


The Night of Memoirs
xnampak muke aku.....btol ke aku tu??..hiii...

----------------------------
malam seterusnye,ade BBQ lagi..kali ni ngn budak2 graphics yang join program ni.makan secare banyak dan gembira dan gelojoh..hahaha.erk..xla gelojoh mane..hahahaha..aku suke makan free..2hari berturut-turut makan free..malam ni ade lagi x?hehe..

Tuesday, May 5, 2009

kau lah idaman..

Wah,sumpah rindu kat blog ni.2minggu meninggalkan blog terkontang-kanting sendirian menghadapi kehidupan di alam maya amat menyeksakan jiwa dan ragaku.tapi lagi terseksa hidupku kerana berjuang di medan peperiksaan dengan berbekalkan ilmu yang xkurang hebatnye.ewah.aku study bagaikan tiada lagi esok,lusa,tulat,esok kepada esok kepada esok kepada esok bla bla bla bla....iya iya lah~~suke dengar budak indon ckp cmni.tibe2.

today,5 mei 2009.last paper ialah pada 2 mei 2009.dah 3hari abeh exam.aku still kat utm puncak letaknya...(bangun sume berdiri tegak sambil nyanyi lagu Keunggulan Terbilang skang.jangan lupe tangan 2 yang penting ye).okeh.rase bangga kejap kat UTM.nape ni?nape?semangat patriotik bermonolog dalaman.dah dah.

--dibah,nape ko dok UTM lagi?ko xrindu ke kat mak ayah yang menantikan kepulangan anak2 di kampung halaman?
++rindu weii~sape kate xrindu meh sini aku sepuk sket muke die biar die sedar.aku dok sini ade kelas.
--kelas ape?
++kelas programming...
--programming ape?
++mcm2 programming ade.ko nak yang mane??yang besar,kecik,tinggi,rendah,comel,comot.....
--eh eh,dibah ni biaw betul?
++betul la..xcaye ke aku cakap?percayalah...
--em,susah nak percaye kalu ko yang cakap.
++eh,aku cakap lagi telus taw daripada shak ngn farahainee.dorang tu lagi la.adoi~~sakit jiwa raga ckp ngn dorang
--ha...yang tu aku percaye!!

HAHAHAHAHAHA


luka di hati siapa yang tahu

Isnin, 27 April 2009


Alhamdulillah ,pagi tadi selesai sudah paper yang ke-4.ade lagi 2 paper..harap2 semuanye ok2 saje.td aku pg amek exam dgn kaki yang terenjut-terenjut.kakiku cedera kerana………..(tidak lebih dari 20 patah perkataan).

Xleh bagitaw sebab ape.biar aku dgn kakiku saje yg tahu..HUHU..kesian kat aku kan kan?.. bak kate zaidah, “xde penyakit cari penyakit..” HAHA..mane la aku tahu nak jadi cmni..


---------------------------------------

Untuk penghargaan sila bace sampai habis

---------------------------------------


Selame 2hari aku hidup dgn kaki yang kaku ni,baru la aku sedar betapa besarnya kurniaan Allah pada aku.Nikmat yang diberikan selame ini,sangat2 la berharga walaupon pada mulanye kita sebagai manusia yang selalu lupe,xmenyedari nikmat Allah Subhana wa Taala…kite anggap ape yang kite ade skang ni belum cukup lagi padahal bile Dia tarik nikmat tu,baru la kite sedar langit tu tinggi ke rendah…skang ni aku amat menghargai kakiku..dan anggota-anggota yang lain..sangat2 bersyukur dengan ape yang ade..xkesah la orang nak kate aku ni gemuk ke,pendek ke,xcantik ke (tapi comel wooooo…),ape2 la..yang penting,aku sehat..boleh hidup dgn selesa..ade famili yang support aku..n kawan2,jiran2,saudara mara,roommate,datuk nenek moyang dan keturunan.eceh.apehal KETURUNAN plak ni??pastu ade akal yang sehat, bijak, pandai, cerdik, cergas, pintar rajin, saya bijak sekali…ALONG!!(tetibe nyanyi lagu along)..HAHA



Ok,rini aku nak bg ceramah sket ni.cara2 untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah.orang selalu tanye,bersyukur tu macam mane?cukupkah hanye dengan mengucapkan kalimah kesyukuran seperti contoh, “Alhamdulillah Ya Allah” atau pun “Terima kaseh Ya Allah”…pastu,pg wat maksiat ape sume balik..solat xcukup waktu..suke mengumpat..bergaduh ape sume..NO NO NO!! bukan begitu caranye ye kawan2..Cara kite menunjukkan kesyukuran ialah dengan AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR..yakni melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNYA…sebagai contoh, Ali(bukan nama sebenar) baru dinaikkan pangkat.dia ni bersyukur la sgt2 sbb dgn usaha die selame ni,akhirnye berjaye gak die bodek bos(tipu je ni.bukan bodek ye).sebagai tanda kesyukuran,die pon menambahkan lagi amalannya dengan melakukan solat sunat,menderma,bagi anak2 yatim makan dan banyak lagi la..dan bile kite bersyukur,Allah akan tambah lagi nikmat dalam hidup kite ni..tapi ingat ye kawan2,jika kite bersyukur tapi Allah masih xtambah nikmat mugkin Allah nak uji keimanan kite sebagai hamba2Nya..



Pengajaran yang kite dapat daripada entry ini ialah:-


-bersyukur la dgn ape yang ade..InsyaAllah nikmat kite akan sentiasa bertambah.

-jgn cari penyakit bila xde penyakit

-hargai orang yang berada di sekeliling kite..kerana mereka lah yang akan menjaga kite bile kite tidak berupaya..

-yakin la dengan diri anda..ade kaitan ke??

-jgn mengeluh bila diuji..sket je saket kaki ni..bukannye sakit jantung ke,paru-paru berair ke..

-berdoalah selalu moga jodoh berpanjangan...[?]


@~@~@~@~@~

Ok..tibe mase untuk penghargaan~~

-Alia

-Aisyah

-Zaidah

-Sabrina

Terima kasih kerana menjaga saya sepanjang kaki saya sakit.korang la tempat saya mengadu..HUHU..saya ni jauh di perantauan..famili sume jauh..jalan kaki belum tentu sampai minggu depan..dah la terenjut-enjut ni.ntah sampai bile pon xtaw..HUHU..

Terima kasih sebab sudi pg belikan makanan untuk saya.letak minyak gamat la iodine la..ape sume bagai..im very appreciate that!!

Sabrina,thanks sebab temankan aku jalan kat belakang..walaopon dah lambat nak ke dewan peperiksaan tp kite tetap COOL~~

HAHA