Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Sunday, October 31, 2010

Tak Faham


Aku wanita biasa...
Kalau aku buat salah,tegur aku elok-elok.
Nasihat dengan penuh berhikmah.
Jangan marah-marah aku.
Aku susah nak terima dan aku selalu tak faham.
Aku wanita biasa...

Wednesday, October 27, 2010

20.10.2010 - 27.10.2010

Di malam yang hening....ewah!

Semangat hilang la.Hari ni sehari suntuk duk kat Bangunan Canselor sebab nak memeriahkan dan juga present final project games.Sepatotnya pagi tadi pegi interview dengan TMS company tapi entah kenapa tak pegi.Kan dah kata tadi semangat dah hilang.Semua bende pon pandang ringan padahal peluang bukan selalu dapat.Project tak siap pon masih takde perasaan bersalah mahupon bimbang.ya Allah entah kenapa....

Rindu diri yang dulu.Siapkan assignment dengan penuh dedikasi dan semangat.Selagi tak siapkan assignmet/project,selagi tulah kepala duk pikir cane nak solve error.Makan pikir coding,mandi pikir logik,nak tido duk pikir algorithm.Memang tak senang duduk!

Tapi sekarang kenapa aku jadi macam ni?

Dimana salahnye?(ewah)

Adakah kerana praktikal selama satu sem,takde assignment,malam-malam relaks pastu tido,maka sem ni aku jadi malas sebab dah terbiasa.Yeke sebab tu?

Atau sebab aku memang pemalas? erk~

Atau sebab aku ade masalah aku sendiri yang orang lain tak tahu apa rasenye.Aku sorang je tahu macam mane rasa perasaan yang tiada rasa itu.Orang tengok luar nampak ok,padahal orang tak tahu dalam aku macam mane.Orang boleh bercakap tanpa menilai dulu masalah orang lain.Yang tanggungnye aku.Pahit,manis,masam,kelat.Semuanya aku yang rasa.Aku terpaksa telan sebenarnya.

--------

Syukur bila ada insan yang faham dan cuba faham.
Selalu bagi nasihat,kata-kata semangat dan sokongan.
Selalu ada bila diperlukan.
Selalu bagi pertolongan walaupon aku tak mintak.
Selalu sayang aku :)

--------

20.10.2010

Ramai yang nak jadikan tarikh ni sebagai tarikh yang bersejarah.Kata mereka,nak cipta sejarah atau sesuatu yang membahagiakan supaya menjadi kenangan yang terindah dan mudah diingat.Aku tak pernah terfikir nak jadikan tarikh ni sebagai tarikh keramat.Yelah,Allah merancang segalanya...Dijadikan Nya hari itu sebagai hari yang akan dikenang sampai bila-bila oleh aku dan adik-adikku.

Aku sangka diri aku kuat.Khabar yang diterima rupanya memberi kejutan hebat buat aku.Terus tak boleh nak buat ape pon malam tu.Draft untuk public speaking pon tak siap.Esok ada kelas pulak.Dah la ade test.Masa tu aku tak pikir ape dah.Lantak la test ke,draft nak kene hantar ke,assignmet ke,PSM ke,semuanya aku tinggalkan.Esoknya tak pergi kelas Oral.Pegi Seri Puteri,cari tiket,beli,naik bas terus balik KL.Kesian pulak kat Hajar.Aku ingat yang kelas Oral ade test tapi aku betul-betul lupa yang test tu melibatkan orang lain jugak.Nasib baik Hajar ade partner.em,sori Hajar.

Alhamdulillah,balik rumah aku tengok semua orang ok.Aku jadi lega tapi dalam masa yang sama,aku bimbang/bingung/risau memikirkan masa depan.Masa depan yang belum pasti.Takpelah,Allah kan ada :)

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahu Akbar.

-------------

Em,aku dah tukar windows ori he he he sebab windows tak ori diserang virus dan rosak tak boleh load...
PSM O PSM....

------------

Esok ada public speaking!
Jom tido! (padahal tak praktis lagi ni wey.....ngantok!)
zzzzzZZZZZZZZzzzzzz

Tuesday, October 19, 2010

PSM dan Airmata

Entry ini terhasil setelah tuan punye blog menitiskan airmata beliau kerana Final Year Project!

*lap airmata*

Mata,jangan la nanges lagi.
Kepala,jangan la saket berdenyut-denyut lagi.
Hati,jangan la malas lagi.
Semangat,jangan la cepat sangat patah.

*lap airmata lagi*

Tak tahulah kenapa tiba-tiba tumpas malam ni.Tadi duk menghadap laptop nak wat keje.Ingat nak wat draft untuk public speaking (subjek Oral Communication) sebab tak nak tengok PSM dah sebabnye bila tengok coding je termuntah.bile tengok lagi terus pengsan.gile tipu

Sekali buku Oral tu takde aik?Mane menghilangnye...oh baru teringat yang ritu ade budak pinjam masa dalam kelas sebab die tak bawak buku cisss!Macam mane nak wat keje ni??Nak rujuk ape ni??Aaaaaaaaaaaarrrrgghhh!!!

Lek luuuuuuuu! (nada suara macam Cat dalam filem Semerah Cinta Stiletto)

Ok.Mari fikir nak wat ape selain menghadap coding PSM.

thinking...thinking....thinking.....

Last last aku bukak fb.Baik lah saya memang dah addicted to fb!padahal macam takde ape pon kat situ tapi tak tahu nape nak kene bukak jugak aisshh.Duk menghadap laptop sampai kepala berdenyut-denyut.Sakit sangat sangat!Aku kena buat spek ke ni??Sakit kepala tak boleh tahan dah ni!

Akhirnye kepala ku disorongkan bantal.Tido tido ayam kejap selama 15minit.Mase ni dah pukul 1130 malam.Fikir punye fikir baik aku tido je sebab PSM ni confirm tak jalan gak malam ni.Otak gile serabot.Tido lah Dibah tido lah engkau.Shut down laptop pastu pegi toilet dulu buat ape yang patot pastu landing atas katil paksa mata pejam.Paksa?wah wah wah.

Magik betol bile mata ni tak boleh nak pejam.Mungkin pagi toilet tadi kene air terus segar bugar.Kepala hotak berpusing-pusing memikirkan ape pon aku tak tahu.Suddenly rase sunyi gile.Rase macam hei,ape nak jadi dengan aku ni??Terbayang macam mane agaknye kalu tak dapat siapkan projek ni.Macam mane nak hadapi semuanya.Semua aku nak pikir.Semua bende nak berlegar-legar dalam kepala ni ahhh serabut you know!Aku nak buat ape ni??nak buat ape?Nak hadap laptop sakit kepala.Nak wat PSM dah tak tahu dah macam mane nak pikir logik ape sume tu.Daripada 16 error jadi 127 error!Hei,ko main main dengan aku ke ape ni ha??Jangan cabar aku boleh tak? T___________T

Tumpas wei tumpas gile.Mengadu kat roomate pastu airmata meleleh.Roomate kate InsyaAllah boleh,jangan risau.Pastu mesej Wani cakap Penat penat penat!! Wani soh aku tido. Macam mane nak tido kalu mata tak ngantok pastu otak ligat?

pastu Wani soh tulis blog sebab nanti die boleh bace ha ha ha.Ok Wani ni aku siapkan entry panjang berjela supaya ko bace dengan aman (sape Aman?? bagitau E_ _ i ha ha.Tak lawak la nenek)

Dah la called mak masuk voice mail.Called lagi masuk voice mail lagi.Pastu Called Mamat masuk voice mail jugak!Abes kredit aku kene tolak!Nasib baik called Aus boleh.Cakap dengan Aus selama 2:47 minit je pon.Kredit tolak sampai dua ringgit lebih ggrrrrrr!Cuba called mak lagi.Masuk voice mail jugak.Akhirnya aku hanya mampu texted mesej je kat mak.Makkk..bla bla bla bla ntah ape aku meroyan ya Allah!Aku mintak mak doakan aku boleh wat projek tahun akhir ni.Doa mak kan mudah termakbul.Ameen~~

Setelah bergolek beberapa saat di atas katil,aku pegi kat meja study,on laptop bukak coding.Ubah sikit-sikit pastu arrrggghhh error macam tu jugak last-last terhasil entry tunjuk perasaan ni.Ni betol betol tunjuk perasaan ni!Rase nak hentak-hentak laptop ni hah

*tarik nafasssss............fuuuhhh*

Aku kena rileks.Aku kene sabar.Aku kene kuat.

Bukan senang wei nak wat Degree!
Masters,PhD ape tah lagi!
Bile jadi macam ni,wat aku berfikir.........betol ke aku nak sambung masters lepas ni??
Takot tak mampu.....................................


20.10.2010/1:30 pagi

Monday, October 18, 2010

Tak Payah Baca

Menurut kajian aku selama ni :

Orang yang namanya bermula dengan huruf Z adalah pandai

Nak letak nama anak starting huruf Z lah! erkk
Ini kajian aku eh.Kalu nak lagi mantap,gabungkan A dengan Z sekali.InsyaAllah anak anda akan lebih pandai daripada Zack (Zakwan?Zaid?Zakiah?)

ape-apelah -_-

Abaikan kajian tersebut sebab tu bukan PSM aku pon.PSM ntah budak fakulti mane ntah (ade ke?).

Penat PEnat PENat PENAt PENAT!!!

Nak pegi jerit kat balai cerap,ramai plak orang kat sane.chek malu...kalu jerit dalam bilik nanti orang ingat ade budak histeria plak.Dahtu guane?

Moh le kite ke sejid.

------------

Abaikan repekan ku ini.
Kan dah tulis kat atas tu tak payah baca.
Degil la korang ni.........

TAMMAT



Sunday, October 10, 2010

Pastikan...

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


Allah memberikan hambaNya apa yang mereka perlukan,bukan apa yang mereka inginkan.

Apa yang aku perlukan??

Aku pon tak tahu...Allah Maha Tahu.

Aku redha dengan apa yang bakal aku terima dan bersyukur dengan apa yang dikurnia.

Sabar? Jalan terbaik.Berdiam diri lebih baik.

Allah Maha Tahu.

Allah Sangat Baik.


Saturday, October 9, 2010

Rabun Ayam

Aduh,sakit kepalaku!

Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni asyek sakit kepala je...Adakah aku dah rabun??aaarrrrggghhh tidak!!!

Beberapa hari lepas ade check mata dengan Wani,Ikin dan Alia kat SUB.
em,akak tu tanya,"Adik pakai spek tak??",
aku jawab,"Tak pakai",
akak : " Ooo ni kene pakai ni..",(sambil tangan dia hulurkan kertas kepadaku)

Aku pon tengok la ape yang tercatit kat situ.Sebelah 100,sebelah lagi 150.Besar ye???dah kene pakai spek ek kalu camtu??hu hu hu.Tak mboh~~~

Tapi serius sakit sangat kepala ni.Wani pon same gak power rabun die dengan aku.Tadi Wani ajak gi buat spek alahai.Nak wat ke tak??Adakah bila pakai spek,power makin turun??rasenye makin naik adelah kan~~

Macam manelah muke aku bila pakai spek nanti ha ha ha
confirm kelakar.

kecik-kecik dulu suke dan teringin sangat nak pakai spek.Konon-konon macam budak pandai la kan.Dulu kan orang selalu cakap kalu budak pakai spek ni mesti pandai sebab banyak membaca.yelah tu! <- ha ha statement jeles sebab orang tak cakap aku pandai :p

Aduh,sakit kepalaku!
Bye!

Wednesday, October 6, 2010

Jemputan Pernikahan =)

Setiap hari bukak blog ni tapi takde hati nak update.Bukak blog pon sebab nak tengok and baca entry orang yang update blog die kat blog list he he he.Dalam masa genting sekarang ni,tak tahu dah nak cerita ape kat sini.Sangat-sangat busy!(tapi kadang2 macam xsedar diri ha ha)

Bayangkan dalam mase 20hari je budak-budak SCV ni ade 3 projek besar yang perlu disiapkan iaitu PSM2,projek akhir games dan projek akhir multimedia networking!(wahhhh)

*baru sedar banyak gile keje tapi gatai pegi jalan2 ape sume hu hu.

takpe,lupakan sebentar keje2 tu sume,meh kite release tension jap (release tension bukan bermakna pergi karaoke ye kawan2 <-- ni tujukan kat sape neh??? ha ha)

tumpang lalu wani

----------------------

Oh ye,First time taw time konvo pegi DSI,Isnin lepas.Dengan hujan lebatnya masyaAllah,tak mematahkan semangat jua hatiku ini.Berbekalkan sejambak bunga dan seorang peneman,berjalanlah kami menuju ke destinasi yeah yeah...puncak cinta tertinggi yeah yeah (tetibe nyanyi lagu Siti)

Aku menunggumu......aku takkan jemu.....tetibe penggali kubur sambung nyanyi ha ha ape aku merepek neh???

dah,cerita konvo tamat.Mane bleh cerita lebih2.

-----------------------

PSM2??erkk
thesis dah siap??erkkk
em,tukar cite lain bleh tak?tadi kate nak release tension ape dahhhhh...

----------------------

haaa..Ahad lepas g rumah makcik Wana kat Mutiara Rini.Besar oh rumah tu,murah plak tu tapi skang dah naik harganye.Family makcik ni baik sangat n sangat peramah.Nampak la dorang memang sayang anak2 dorang walaupon anak2nye dah besar sumenye.Anak2 dorang pon nampak baik je dengan parents dorang...bahagia kan?? *suke2

Makcik Wana hidangkan Nasi Ayam yam yam yam.Sedap oooo.....


Nasi Ayam sedap

close up ayam :)

Ini Wana sedang senduk nasi

Lepas makan,kami duk bergambar kat wakaf sebelah rumah Makcik Wana ni.Photographer of coz la Ilya ya ya yaaa...

Post macam dalam majalah Mingguan Wanita kan ha ha

lakonan semata-mata

Wana dan Mak Lang nye

Ilya dan saya (ehem)


Lepas solat Maghrib kat rumah Makcik Wana,kami ke Danga Bay.

Feeling cite Stairway to Heaven


Sarang-heyo
----------------------

Nak sambung Master ke tak eh??????

---------------------

Esok 10/10/2010.
Angkasawan negara kawen.
Junior sekolah aku pon kawen.
Ah,malas la nak pikir! (tetibe)

ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

*muke siyes tapi gelak

p/s : maaf Ila sebab tak dapat attend majlis Ila esok.Akak busy sangat2 kat sini.Semalam memang nyaris2 nak balik tapi tetibe dapat kesedaran supaya duduk UTM ni jangan balik buat keje siapkan PSM projek ape sume!

Selamat Pengantin Baru...
Moga kekal hingga ke Syurga...Ameen