Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, May 27, 2010

Anda Bila Lagi?

Pagi Jumaat yang indah.

Bangun pagi aku sakit perut adeii.Terase angin-angin bercengkerama dalam perut ni.Mencocok-cocok ulu hati.Tak tahulah camne bleh masuk angin padahal aku makan je semalam.Lepas solat subuh bergolek-golek atas lantai dengan telekung tak bukak bukak lagi.Tak boleh jadi ni,kene buat sesuatu tapi aku malas nak sapu minyak angin.Tak suke!

Alternatif lain ialah iron.Bukan iron man mahupun zat besi tapi seterika oh!

Panaskan seterika selama beberapa saat.Pastu gosok kat perut dan belakang badan perghh.Memang sedap la..dan panas!Tapi takpe tahan tahan tahan.Tak sanggup nak biarkan angin ni bersuka ria.Aku tak sedar bile aku terlelap.Dalam pukul 7.45 aku tersedar pastu dah tak sakit dah Alhamdulillah.

See? Mudah bukan hanya perlukan iron.

Selain digunakan untuk menghilangkan kedutan pada pakaian,ia juga digunakan untuk menghilangkan angin dalam badan.(penemuan saintifik nih!)

Terase diri macam dah tua.Kalau orang tua gunakan tungku aku plak gunakan seterika.old old tapi upgrade sikit lah bukan.

-----

Cerita Semalam.

Semalam hari Khamis macam biasalah aku di sini.Di dalam home sweet home ini.Bangun pagi kemas rumah ape sume pastu menghadap laptop.Aku geram dengan Amin semalam.Aku tak sukelah bile die asyek sangat bergurau dengan Adib sampai leka bas dah nak sampai dah.Aku menjerit marah-marah macam orang gile die buat bodoh je dalam jamban tu.Dah besar tingkatan dua dah tapi perangai macam budak kecik.Paling aku geram, sebab dia lah Adib tertinggal bas sekolah!Aduhh!Aku memang tak buleh sabar dah.Last-last aku naik atas duk dalam bilik.Aku malas nak cakap ape-ape dah.Macam aku ni bukan kakak dia.Aku penatlah cakap benda yang sama setiap hari.Aku bosan dan fed-up.Nasib baiklah kau adik aku!

Mak balik dalam pukul 2 pastu hantar Adib pegi sekolah.Balik rumah lunch dengan mak.Mak ade beli gulai terung pastu goreng udang.Banyak betul mak makan semalam.Aku pon terkejut tapi buat macam biaselah kan.Tiga kali kot mak tambah hahaha.Kesian mak lapar.

Aku sakit kepala semalam.Tak tahulah kenapa.Mak cakap sebab asyek duk rumah je tak keluar-keluar.ehe.Alamak,nampak sangat lah aku tak pergi jog hehehe.Walaupon aku tak keluar rumah,tak bermakna aku tak bersenam langsung.Dalam rumah pon buleh bersenam bukan?


Ish,memang tak buleh tahan sangat-sangat kepala ni.Sakit!Dalam pukul 4 aku tidur.Hujan lebat memang best kalu dapat tidur tapi tak best bile sakit kepala.Takpelah,kifarah dosa kan.Redha je..


Menu malam semalam.Tempe,ikan bilis goreng masak cili kering.haha.Aku tak tahu lah nak bagi name ape.Aku tahu masak and makan je.Mak suh aku masak.

Mak : Mak tak tahu dah nak masak ape.Lame dah tak masak..

Aku : Masak jelah ape-ape ponnn..

Mak : Nur la masak.Nur masak sedap!(bodek di situ)

Aku : Nak masak ape?(Tetibe bersemangat.ceh,memang tak boleh dipuji sket :p)

Mak : Tempe ade tu..Mak beli tempe tu untuk Nur la..

Aku : Laa..ingtkan beli untuk Aus.Aus kan suke tempe..

Mak : Bukan Nur pon suke ke?

Aku : Erkkk..suke la jugak haha.Alia la ni!haha~


Ni pulak sayur air.Kangkung masak dengan sotong pelik ek?Mak aku cakap tak pernah dibuat orang.Takpelah mak,orang tak pernah buat,kite buatlah kan..Asalkan sedap,bleh dimakan dan kenyang perut anak-anak Mak yang debok debok ni.Mak gelak je..Adib suke kot!Asyek hirup je tak habis habis hehehe.Tak sangka pandai jugak aku masak ekkk :P
Padahal main campak-campak je pastu tinggg dah siap!dah boleh makan..Budak-budak ni lepas makan tak reti nak basuh pinggan sendiri huh!

----------

Dah pukul 11.45 lah
Mahu turun bawah dan siapkan ape yang patut.Kang tak makan plak adik-adikku yang debok debok tu.

Eh,ramai betul yang nikah hari ni.Hari nikah sedunia ke ape?Tak kesah la kan.Asalkan aku bahagia hahaha.Selamat berbahagia lah ye kepada anda anda yang kawen hari ni.Ketua tingkatan aku mase form4 pon nikah hari ni jugak.wah,macam tak percaye je aku dah besar rupenye,Ramai dah kawan-kawan yang dah kawen.Anda bile lagi?? (tanya adibah kepada diri sendiri :p )


Tuesday, May 25, 2010

Terang Sungguh Hati Anak-anak Kecil

Sejak petang Ahad lagi adik bongsuku,Adib,tak sihat semacam je dia.Macam nak demam sebab asyik merengek.Isnin pulak sekolah agama ada exam so kena la paksa dia pergi sebab nampak macam tak teruk sangat.Balik je dari sekolah agama,Adib kate dia pening dan badan dia panas sangat-sangat.Amin bawak dia pegi mandi biar sejuk sikit badan tu.And petang tu,tak pergilah sekolah kebangsaan.Saya,si surirumah comel inilah yang menjaganya.Apa lagi,bertempek la dia kat saya sepanjang hari.Saya dah takut dah.Takut jangkit demam sebab memang sejak dia kecil lagi,saya mudah berjangkit dengan Adib.Mungkin sebab bila dia demam,dia suka bertempek kat saya so suhu badan dia tu menyerap kat badan saya pulak (ni saya buat formula sendiri) dan finally,saya pon turut demam.

Alhamdulillah,hari ni demam dia dah kebah sikit (puas pujuk suh makan ubat) dan saya pon lega bila saya tak demam (badan aku dah imun kah?).Esok kena lah pergi sekolah agama ye Adib.Esok exam Fekah dan Hafazan.Dan sebagai kakak yang baik,saya pon ajar la dia ayat-ayat hafazan untuk exam esok.Saya tanya, “ Surah mana ustazah suh hafal?”.Dengan selamba dia jawab, “Tak tahu, heeee”.Eh,budak ni sengih plak gigit baru taw.NGAP!

Saya pon selak satu,satu page dalam buku hafazan tahun dua tu.Baca satu,satu surah kat dia.Sampailah surah yang dia ingat ingat lupa.Hah,apa lagi saya pon suruh dia baca dan hafal.Mula-mula baca sama-sama beberapa kali dan saya tak expect pon dia akan ingat.Sekali tinggg!,lancar dah dia baca (tapi adelah gagap-gagap sikit).Bila jadi macam tu tiba-tiba dalam fikiran ni macam ,Ya Allah,terangnya hati budak kecik.Kalau saya la ntah beratus-ratus kali kot kene ulang hehehe.

Tapi memang lah kan hati budak-budak memang terang,suci lagi murni.Apa yang di ajar time ni,mudah sangat melekat kat ingatan dorang.Orang dewasa plak,bacalah seribu kali pon,kalau hati kotor,jangan harap ilmu nak lekat.Bukan itu saja malah orang pon tak sayang.Ada betul kaa??

Entry ini ditulis malam tadi tatkala penulis tidak boleh tidur dan otak beliau kerap memikirkan sesuatu.Apakah??

Sunday, May 23, 2010

Passion.Ambition.Butter

24 Mei 2010.
Maknanya dah 24 hari saya di rumah.24 hari menjadi surirumah.24 hari berlakon home alone.24 hari blablablablablablabla.

24 hari mencari cinta pergh!
Takde kaitan pon.
Jap,saya nak pastikan Amin pergi ngaji.
//turun tangga check semuanya.rumah sepi Amin takde.ok.

Ok,Amin dah pegi mengaji.Dia tu tak boleh orang leka sikit nak jugak orang ingatkan Amin,ngaji!ngaji!

Penat betul jadi surirumahtangga tak bertauliah ni.huh

-----

Seri Gombak hari ni takde air la pulok.Dari pukul 10 pagi ni sampai 3 petang kang.Saya pagi-pagi lagi dah masak Tom Yam yam yam yam.Tapi saya tak tahulah kenapa hari ni macam blurrr sikit.eh,macam banyak pon ada.Buktinya,Tom Yam saya hanya semata-mata rencah tom yam,ayam dan cili padi.Ntah kenapa macam blurrr lah.Takde pon bawang besar dan bawang putih.Serai,tomato dan kobis apetah lagi.Lagipon memang takde stok pon benda-benda tu dalam peti sejuk.Bila dah siap masak,saya baru terperasan, 'eh aku tak letak bawang eh eh nak letak bendi bleh tak ek?' sebab tu je yang ade dalam peti -.-"

Ah,tak kesah la kan.Asalkan ade rase tom yam yam yam betol tak?(Tidak mengaku kalah)


Ini bukan tom yam tapi sup ayam juadah pagi,tengahari dan malam jumaat lepas.
Teringin nak buat kek la tapi kat rumah ni takde oven yang elok.Yang ade skang ni pon oven yang bile guna je mesti asyek tendang karen je.(hebat gila la oven ni boleh tendang karen)

huh!

Terase seperti mahu berlakon cerita Julie & Julia.Bon Appetit!

Thursday, May 20, 2010

Emakku Bukan Emakmu

Hujan rintik-rintik..air bergelora...
(Disebabkan home alone dan hujan lebat membasahi bumi,I dah macam tak betul dah melalak-lalak dalam bilik.harap jiran tak complain)


I dah faham perasaan anak yang ditinggalkan keseorangan di rumah T_______T
Sungguh sedih menusuk kalbu.Selama ni I ingatkan best bila parents pegi keje and anak uruskan sendiri semuanya kat umah.Dulu time kecik-kecik tak pernah merasa macam tu.Semua mak yang buatkan.Balik umah mak dah masak nasi and tunggu nak suap je.Pastu kalau lambat terhegeh-hegeh bersiap mak pon menjerit, hey hey cepat bas nak datang dah ape ni tak siap-siap lagi!Dalam hati ni macam, laa..rileks la lambat lagi kecoh je..ish ishhhh...teruk kan?(kecoh je tu takdelah.tu nak bagi sedap ayat haha)


Pastu berangan-angan macam manelah kalau mak aku bekerja ek.Mesti best sebab takde orang nak hey hey! kat kite.Nak bising-bising ape semua sebab kita rase macam, tahu lah tahu lah!(Padahal diri sendiri yang tak betul..hehh)


Seingat aku,mak start meniaga depan rumah sejak aku darjah tiga kot.sorry im not so sure.Lebih kurang macam tulah.Mak meniaga pisang goreng,keropok lekor air,ice-blended dan macam-macam lagilah dan sampailah awal tahun ni.Selalunya yang tolong beliau mestilah anak daranya yang sorang ni kan.my pleasure...hehe.Kadang-kadang tu geram jugak sebab asyek-asyek Nur!asyek-asyek Nur! Manelah tak geram kan bila adik-adik laki yang dah besar panjang bukan nak tolong skali.dush dush! Tapi adelah jugak tolong cuma tak selalu.Boleh dikira dengan jari kot.(dengki gile siot! wakakakah)


Sekarang ni dah besar panjang gemuk hitam ape sume,mak pon melibatkan diri dalam bisnes penjualan tudung and selalu takde kat rumah.Aku rase lonely.Macam kosong je.Rumah dah tak macam dulu dah (Tapi still bising bila Amin dengan Adib balik dari sekolah).Bukan tak appreciate ape yang mak buat tapi tulah,cari rezeki kan..aku bukan orang senang pon.Aku tahu itu.


Cuma aku rase macam tak tahu nak cerita kat siape,nak borak dengan siape bila mak takde kat rumah (jenis suke bercerita rakyat rupenye aku ni).Aku pon tak nak la kacau mak sebab mestilah dia penat balik kerja semua kan.Kalau aku ade adik perempuan takpelah jugak.Ni dah la takde adik perempuan,kawan-kawan baik pon jauh.Aku pulak bukan jenis yang suke keluar rumah jumpa kawan,bersosial ke ape.Susah nak keluar ni.haihh..


ponnn ponnnnn!!


hah,Mak dah balik yeay!
Tak keseorangan lagi di rumah ini T___________T


Ya Allah Ya Tuhanku,Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,berkatilah mereka,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi.Ameen~~

Thanks Mak..i love u.


Wednesday, May 19, 2010

Allah Knows Best!

Rase sunyi sangat.Tak suke perasaan ni sebab rase macam diri tak berguna.Keep thinking same issues.What will happen to me after this?dah tak tahu macam mane nak tenangkan hati ni.Kalu tak sebab Allah bagi cuti,dah lame baca Quran tu untuk tenangkan hati ni.Hati ni berbisik, sabar..sabar..ni bahagian die,bahagian aku ade yang lain dan mungkin lebih baik.Allah knows best!


Orang selalu cakap aku ni berani,kuat dan tabah.Aku tak tahu kenapa dorang cakap macam tu.Bila aku tanye nape?dorang tak cakap plak..aishh,tak faham aku.Boleh tak tolong terangkan nape korang cakap camtu?nampak macam aku menderita ke?haha.Aku rase aku dah cukup happy go lucky dah.Kalau aku ade masalah,memang aku takkan tunjuk kat orang.Aku bukan jenis yang moody secara tidak bertempat.Maksudnya,kalau aku tengah marah kat seseorang,aku takkan libatkan orang lain dalam perasaan aku.Aku takkan secara tak tentu hala bermasam muka pada kawan yang takde kaitan dengan kemarahan aku.Bayangkan perasaan kawan kita bile secara tibe-tibe kawan sendiri bermasam muka kat die?Of coz sedih kan.dan secara tak pasal-pasal akan terase hati.I know that feel sebab pernah berlaku pada aku sendiri.Tapi tulah,just fikir positif dan cuba faham la mood kawan tu kan.Manusia tak sempurna.Aku pon tak sempurna.


Aku percaya dengan quote,'WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK'.


Bila kita layan orang dengan baik,orang akan treat kita dengan baik jugak.
Bila kita benci kat orang tak tentu pasal,orang akan benci kat kita tak tentu pasal jugak.
Bila kita sayang kat orang,orang akan sayang kita.

Kesimpulannya,lu pikir la sendiri.
Assalamualaikum.


**entry ini adalah tiada kaitan dengan sesiapa.ia hanyalah luahan hati penulis yang kebosanan di rumah dan menderita akibat sesungut.TQ


Home Alone !@#$%^&*()_+

Panas!Panas!Masih lagi panas!
Ifa Raziah plak tetibe gelek gelek kat sini.berambus skang!

Panas sungguh rasanya sekarang ni walaopun petang-petang hujan sokmo.I yang kat rumah ni terboring-boring melayan perasaan sendirian.yelah,takde sape nak layan i,i layan diri lah.Setiap hari macam berlakon cerita home alone cuma watak antagonis je takde.nasib baik fuhh!bayangkan kalu ade watak jahat tu,agak agak i bleh survive macam Kevin tak?hancur kot umah ni.ok,lepas ni i fikir strategi -_-"

Bila duduk sorang-sorang,mulalah ade je yang tak kena.Sekarang ni i lapar n kat rumah takde menatang yang nak dikunyah.ciss!nak berkunjung ke rumah jiran,malu...HAHAHA.apesal macam pengemis ni?sangat menyedihkan hidup begini T_______T

Segala perancangan untuk cuti sem kali ni hancusss sehancusss hancusss nya.Plan #1 yang nak jog everyday tu masih berjalan lancar walopun bukanlah berjog setiap hari pon.heh.kadang kadang je tapi kire ok lah bukan daripada tak langsung!(percubaan untuk cover.harap berjaya :)))

Plan seterusnya pulak ialah nak belajar memandu dan dapatkan lesen memandu.Malangnya impian nak belajar kereta dan dapatkan lesen dalam tempuh cuti sem ni tidak akan tercapai kerana MASA YANG SUNTUK.Saya perlu peruntukkan 3bulan(sekurang-kurangnya) bagi membolehkan saya mendapat lesen P.Maybe jadual padat sangat kot.ramai sangat la pulak yang amek lesen time cuti ni.sibuk je la!orang nak amek lesen die pon nak !@#$%^&*()_+

HAHAHA
emo tetibe.abaikan je.

I memang suke emo.bukan emo yang mekap mata dengan celak tebal tebal tu bukan bukan.haish.

emo balik.abaikan lagi.
errkk..laparrrrrrrr



Friday, May 14, 2010

Malaysia Kalah Sebab Penyokong?


ish ish ish...sabar ye warganegara Malaysia
*dialog rekaan semata-mata khas buat Taylor Swift


Tadi saya terrrrbuka tv9 and terrrrtengok siaran secara langsung Piala Thomas.Malaysia vs China.perrggghh.Perlawanan sebelum ni tak tengok pon sebab tak tahu.haha.sangat bawah tempurung kan.And tadi dah alang alang terrrbukak tv9,tengok jelah ye dak..and tak sangka plak start time maghrib.Saya nak kate bersungguh-sungguh menyokong tu takdelah tapi sokong la jugak kan (Kesian Lee Chong Wei kan?sabar ye)

Tapi pelik betol bila tengok penyokong kat stadium tu kan.Bersemangat sungguh duk gendang-gendang.hehh.Tak solat maghrib ke abang-abang?pakcik-pakcik?kakak-kakak?em,Datuk Seri dengan Datin Seri pon tak solat ke?ohh..Kak Ros cuti kott..hehehe.

Kesimpulannye,Malaysia kalah sebab penyokong TIDAK MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB.

Sekian laporan edisi Piala Thomas daripada saya.
Kembali ke blog masing-masing.

p/s : Kak Liya,minggu depan insyaAllah parcel sampai ye.harap akak suka =) maaf sangat2 sebab lambat bagi =D


Thursday, May 6, 2010

Kawan Farah Kata...

Semalam saya tengok cerita 'Farah'.ehem,bukan Farahainee ye.Farahainee cerita lain(cerita kanak kanak :D)

sambung.

kata Farah : "Dalam 10 orang yang kenal kita,mesti ade 1,2 orang yang tak suke kat kita.Bukan senang nak buat orang suka kat kita dan buat orang puas hati kat kita."

kawan Farah plak respon : "Tapi yang 1,2 orang tu lah yang pandai tulis blog dan akan mempengaruhi 8 orang yang suka kat kita jadi tak suka kat kita."


hurmmm..


Betulkah??

Pada pandangan saya,ada betulnya apa yang kawan Si Farah tu cakap.Kebanyakan orang yang suka tak suka kat orang mesti ada kelebihan untuk menarik orang untuk percaya padanya dan buat orang lain pon tak suka kat orang yang dia tak suka.fuhh..paham tak??

ok ok,berbalik kepada ayat kawan Si Farah tu,dia kata 'orang macam tu pandai tulis blog untuk mempengaruhi orang lain' kan?

makna 'pandai tulis blog' tu luas ye.

contoh :

pandai tulis blog = pandai bercakap
pandai tulis blog = pandai mengampu orang
pandai tulis blog = pandai memanipulasi orang lain
pandai tulis blog = pandai mempengaruhi orang lain dengan kata-kata,perbuatan ataupon dalam bentuk tulisan.


Haa, jangan kata ni entry perli ke hentam ke ape k.

Tak suke taw! =p


Wednesday, May 5, 2010

Isteri-isteri Sentiasa Dara

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsi sesuatu yang saya dapat dari blog seseorang tapi saya tak ingat blog mane sebab dah lame dalam simpanan.hehehe.takpe,perkongsian yang bermanfaat perlu disebarkan walaupon tanpa pengetahuan orang yang memberitahu,betol tak??

Baiklah,para isteri sekalian,mari amalkan petua sentiasa dara ini ye.
wah,macam dah kawen je aku ni.HAHA.eh,ameen!

Usatazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.

Abqaro bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Ayat ini elok diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya :

Lepas solat Isya',ambil air segelas,baca Al-Fatihah sekali,Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum.Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36)Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37)
Yang tetap mencintai jodohnya,serta yang sebaya umurnya,(56.38)
(Semua itu disediakan) bagi puak kanan.

Wallahu 'alam