Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Tuesday, October 16, 2012

'3 Hadiah'


Semalam try buat pavlova. Teringin sangat nak makan padahal tak pernah makan pon. Disebabkan keinginan + birthday si dia, maka saya pon memulakan pencarian resepi pavlova ini. Ok, resipi rujuk sini.

Ada cerita di sebalik pembakaran kek ni. Start buat jam 2 petang, nak makannya malam karang! uish,banyak masa lagi ni..senang je nak buat kek ni alahai..bajet pro! Bahan-bahan nak buat memang mudah ye puan-puan tapi nak buatnya alahai lagi la kacang! :P

Yang pertama, serius cantik gila kek saya. Dalam hati mesti suami puji-puji cantiknya kek Sayang..sedapnya kek Sayang! Namun, oven itu telah menghanguskan pavlova ku...mungkin suhu yang digunakan ialah jenis yang genggam bara api biar sampai jadi arang. Takpe, kau ingat haku ni jenis putus asa ke ha oven? Kau bukan saja telah membakar kek itu malah telah membakar semangat haku!

Jam sudah menunjukkan pukul 3.40 petang. Ok saya mengaku ada sikit gigil dalam hati. Sebab hati sangat kuat,dia tak terjejas sangat dengan ancaman masa. Boleh lagi ni, boleh. Lalu saya ulang semula proses sebelum pembakaran dengan harapan,jadi cantik macam yang pertama. Punyalah nampak sangat gelabah saya ni sampai asingkan putih telur dengan kuning telur pon hmmm .Oh, ada sikit je kuning telor termasuk dalam bekas mixer ni..takde pape kot..(punyalah sayang telur hahaha)

Sekali.....

Tolong faham ye apa yang berlaku. Tak nak cakap pasal perenggan di atas ni dah.

Next! Percubaan yang ke-3. Kan dah cakap tadi, saya tak cepat putus asa. Punyalah nak makan benda ni hahaha. Ok buat balik walaupon masa dah cemburu tahap masalah. Selawat banyak-banyak, doa mintak Ya Allah, tolong la bagi kek ni jadi..aku nak bagi suami aku makan,nak dia happy..

Dalam masa yang sama, kalau yang ni tak jadi jugak,kau pergi beli jelah kek kat kedai tu dibah. Habis cerita yang sedih sangat ni T______T

Namun, cerita sedih bertukar jadi gembira. Saya berjaya akhirnya dengan izinNya, untuk melihat benda yang hodoh itu bertukar menjadi pavlova yang lova lova! Alhamdulillah yeay!

 


Sumpah hodoh kalau tak letak whipped cream kat atas benda ni...

Malam itu, bukan saja suami happy, malah mertua dan adik ipar pon seronok! Em, saya agak je tapi harap-harap dorang pon happy macam saya jugak :)

And now, tak sabar nak tunggu 'mata' baru suami siap. Hadiah birthday untuk dia sebab jadi budak baik hahaha. Sayang, tolong ingat kenangan 15 Oktober 2012 ni ye. Priceless~~

Oh ye, semoga cepat sembuh :)
Demam pulak dia. Em, bukan sebab pavlova kan???

Monday, September 3, 2012

Ijab Qabul

2 Jun 2012, kami di ijab kabulkan di kediaman keluarga saya. Tiga bulan sudah menjadi isteri kepada seorang suami. Tiga bulan menjalani rutin hidup yang berbeza tapi awesome! Tak percaya? Kahwinlah kamu :)

Peristiwa itu masih terbayang. Di pagi yang indah itu, saya dibawa ke satu dunia fantasi yang selama ini menjadi pertanyaanku, bagaimanakah situasi dan keadaannya? Apakah perasaannya? Bagaimana aku melaluinya? Setelah dimekapkan oleh mak andam, daku menanti rombongan encik tunang dengan penuh sabar. Debaran di dada jangan cakaplah. Jadual pernikahan kami sepatutnya pada jam 11 pagi. Rombongan lelaki sampai jam 10.30 pagi. Tok kadi? Pukul 12.30 baru sampai hahaha. Bayangkan perasaan pengantin lelaki. Nervous semua dah hilang sebab tunggu tok kadi lama sangat. Rupanya, ramai sangat nikah hari tu dan kami merupakan pasangan yang terakhir. Takpelah asalkan semuanya selamat. Aku risau Tok kadi tak datang je. Tak ke naya?


Alhamdulillah, kami sah menjadi suami isteri jam 1 petang. Perasaan masih biasa. Macam tak percaya pon ada sebab peristiwa yang berlaku sangat pantas. Lepas sah, nanges tak? Erm, tak nanges tapi masa tadah tangan baca doa, adik ipar nanges pulak. So, aku pon ada rasa nak ternanges huhuhu.



Suami selesai solat sunat, upacara penyerahan mas kahwin beserta sebentuk cincin (untuk suami) dan seutas gelang tangan (untuk isteri) dijalankan. Fuhh, siapa pernah jadi pengantin je tahu apa yang kami lalui. Menjadi perhatian memang sukar. Bayangkan semua tertumpu pada anda siap dengan kamera masing-masing. Sudah la pula dipaksa melakukan aksi berpegangan tangan, berpelukan dan berkucupan di khalayak ramai. Malu tapi mahu hekhekhek.

Ringkasan pernikahan kami :

1. Sah hanya dengan sekali lafaz.
2. 7 hantaran berbalas 9.
3. Makanan dimasak dengan bantuan saudara mara. Menu yang menjadi pertanyaan tetamu malah keluarga mertua ialah rumpai laut. Bentuk macam suhun/meehun tapi sebenarnya rumpai laut. Sedap.
4. Majlis pernikahan diadakan di Kg. Alor Lintang, Besut, Terengganu.
5. Kos untuk pelamin, persalinan pengantin, mekap, hiasan meja pengantin dan hiasan bilik tidur hanyalah RM 2 ribu. Kalau kat KL? Pheww!
6. Mak andam bawa 4 pasang persalinan tapi pengantin hanya pakai 2 pasang. Sebab utama? Penat lalu pengantin surrender. Sayang betol..
7. OP pengantin ialah rakan sekelas di UTM, ZullZulkhairy. Harga kawan la kan hahaha. Dia sorang cover untuk satu majlis bagi aku, OK lah.
8. Majlis pernikahan dan kenduri diadakan serentak pada Sabtu yang damai itu.
9. Baju pernikahan adalah yang paling dicintai. Bukan hanya cantik bagi pengantin, ia juga adalah baju yang dibeli dan ditempah jahit sendiri oleh pengantin. Malah, ia juga dijadikan baju raya pada hari raya pertama kami sebagai suami isteri.




Tiga bulan yang indah, dan semoga terus indah hingga ke akhir nyawa.

Wednesday, June 13, 2012

Love Story

Hmm..nak start dari mana ye? Semuanya bermula dengan Yahoo Messenger...

Pada suatu malam yang hening, ketika saya sedang sibuk study (ewah), tiba-tiba dapat satu mesej dari YM yang memaksa saya untuk menerima dia dalam senarai kawan alam maya. Bila saja membaca namanya, saya tersentak seketika. Kamal? penggali kubur tu ke?,.. monolog dalaman.
Saya kenal dia sejak zaman sekolah lagi. Kami sama-sama bersekolah di SM Teknik Gombak tapi dia tak kenal saya. Saya? mestilah kenal sebab dia agak famous tapi tak capub (cari publisiti -- ayat budak asrama). Dia merupakan senior saya; seorang pengawas, pengerusi surau, Biro agama dan juga penggali kubur.eh?

Walaupun dia agak famous, budak baik dan juga hensem, saya tak pernah nak rasa suka atau minat pada dia. Masa tu saya minat kawan dia hahaha. Sekarang dah kantoi. Maafkan lah isterimu ini sayang kerana membuat awak jeles :P Kami tak pernah bercakap atau bertentang mata di sekolah dulu sehingga lah kes YM tersebut berlaku kira-kira 3 tahun lepas...

Salam perkenalan dihulur oleh si dia. Waktu itu saya memang sangat redha dengan apa saja yang akan berlaku dalam hidup kerana putus cinta. Oh cerita lama lupakan saja. Kami pon berchatting sampai pukul 4 pagi tapi dalam hati ni masih tak percaya apa yang berlaku. Kebetulan, dia tinggal dekat dengan rumah mak saudara dan sebab itulah saya tahu cerita tentang dia kerja gali kubur masa tunggu keputusan SPM. Oh, kecil betul dunia ini. Saya masih ingat, selepas kami selesai ber-ym, saya terus ambil wudu' dan buat solat hajat. Ye, solat hajat adalah kunci kepada hubungan kami yang seterusnya. 

Kerana Allah itu Maha Baik, Dia telah memberikan sedikit ujian kepada saya supaya saya kembali mendahulukan-Nya walau dalam apa saja keputusan atau jalan yang saya pilih. Saya akan selalu menunggu dia mulakan bicara maya dahulu. Jika tidak, saya tak akan sapa dia sebab pada fikiran saya, biarlah lelaki yang mulakan dulu. Ye, setiap kali dia on ym, dialah yang akan mulakan perbualan dan dari situ saya dapat rasakan jawapan kepada solat hajat saya.

Petang Sabtu - 31 Oktober 2009. Entry semanis kurma yang sangat manis.

Entry susulan - 12 November 2009. Ini permulaan kepada suatu hubungan yang serius. Pada tarikh itulah, pertama kali kami bertemu ditemani oleh sahabatku, Nurul Alia. Saya mahu dia tengok bagaimana rupa fizikal saya dan barulah hubungan ini boleh dipanjangkan. Masya-Allah, pertemuan yang singkat namun memberikan kenangan yang cukup hebat pada petang itu. Malamnya pula, dia telah menyatakan kesudiannya untuk menerima saya dalam hidupnya. Alhamdulillah.

Selamat pengantin baru...

Sepanjang perkenalan ini, banyak yang terjadi. Kami pada mulanya rancang nak bernikah selepas itu namun dihalang oleh keluarga. Bukan sebab mereka tak restu, tapi sebab kami masih muda. Lagi pula masing-masing anak sulung. Tanggungjawab anak sulung, memang sangat berat. Apa yang boleh kami buat, adalah bersabar dan cuba buktikan yang kami sudah layak untuk pikul komitmen berumahtangga.

Kadang-kadang hubungan ni berjalan dengan baik, seronok, gembira...macam entry suara sedap boleh buat gugur jantung ni. Kadang-kadang rasa tak best pon ada sebab suka sangat tanya soalan pelik-pelik macam ni ; jodoh pertemuan ajal maut .

Bilaku tercipta dari tulang rusukmu...


Apa-apa pon, dialah yang selalu berada disisi saya waktu susah dan senang. Masa dapat panggilan dari Pakteh berkenaan arwah ayah pada pukul 3pagi ramadhan lepas, dialah orang pertama yang saya call sebab tak tahu nak minta tolong dekat siapa. Ajaibnya, dia pon terjaga dari tidur pada masa yang sama saya sedang perlukan dia. Ya Allah! Saya tahu dia bukan orang yang mudah terjaga dari tidur. Mungkin kami ada telepati? :')

Dia ambil emergency leave semata-mata untuk ringankan beban saya . Dialah yang drive kereta bawa saya, Amin dan Adib ke hospital. Dia yang drive ke kampung Jelebu sama-sam iringi jenazah arwah ayah untuk disemadikan di sana. Dia yang berdiri solat jenazah untuk ayah saya. Dia yang bertungkus lumus sama-sama membantu gali liang lahad untuk ayah saya. Dia yang banyak sabarkan saya dan selalu nasihat sedekahkan ayat suci banyak-banyak untuk arwah ayah. Semua itu sudah cukup membuatkan diri dan hati saya tetap pada dia. Saya tahu dia cukup terkilan bila ayah pergi. Dia hanya sempat berjumpa ayah 2-3 kali sahaja. Kali terakhir adalah pada hari konvokesyen saya.


Mr. Right sudah ada di depan mata. Apa lagi yang saya mahu?

Kini, saya telah sah menjadi suri hidupnya. Saya tahu dia ada ramai peminat disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya, rupa, budi pekerti  dan sifat yang baik. Saya kenal suami saya dan saya tahu dialah yang terbaik untuk saya. Saya, Nur Adibah binti Ahmad Saifuddin adalah yang terbaik untuk Mohd Kamal bin Othman.

Sayang, I love you sampai syurga.

Thursday, June 7, 2012

Percayalah Isteriku...

Alhamdulillah...selesai sudah semuanya. Hanya dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Mohd Kamal bin Othman. Perasaan tak percaya dah jadik 'orang rumah' masih berleluasa di sanubari ini. Susah sangat nak percaya tapi kata sang suami, "Percayalah isteriku....", 

Aku masih menunggu gambar daripada adik yang tengah busy exam. Terima kasih adik-adikku yang banyaaaaaakk sangat tolong masa majlis kakak tunggal mereka ini. Siap bawak 3 buah kereta yang penuh dengan kawan-kawan untuk cuci pinggan! Thanks budak-budak UMT!

OK lah, nanti update lagi. InsyaAllah..
Lagipun bukan ada orang baca pon hehehe

Bersama Atok..pengganti arwah ayah sebagai waliku..

Thursday, May 3, 2012

Teaser Baju Nikah

Alhamdulillah segala dokumen berkaitan nikah telah selamat dihantar Isnin lepas kat pejabat agama daerah Besut, Terengganu. Dah boleh nikah? 30 hari lagi insyaAllah...

Nak share sikit gamba baju nikah aku :)

Baju ni diinspirasikan daripada jubah yang pernah dibelikan oleh encik tunang kira-kira 2 tahun lalu..


Serius tak sabar nak pakai baju ni!


Wednesday, March 28, 2012

Bridezilla mood : ON!

Semalam aku ponteng kerja.Heh.Best betul duduk rumah tapi sunyi sebab home alone.Perasaan rindu pada mak membuak-buak sampai rasa stress betullah dengan kerja.Rasa macam nak amek tindakan drastik je;berhenti kerja,balik kampung.wahh!

Kalaulah ada kekuatan nak buat macam tu...

Nak buat catatan sket pasal persiapan kahwin.Auww,best betol rasa!Baju nikah dah siap. Lengkap dengan veil dan tudung. Tak sabar betol nak pakai baju tu nanti siap dengan mekap dan bunga tangan oh! Memang selalu berangan la sejak baju nikah tu siap hehehe. Maaf la,orang yang duduk sorang ni memanglah begitu. Pantang ada masa lapang, berangan je aku ni. Baju nikah ikut design macam jubah yang pernah tunang bagi masa raya 2tahun lepas.

Selain itu(macam rumusan pulak dah ahahaha), semalam dah tengok contoh kad kahwin yang tunang reka. Pandai pulak dia buat walaupun sebenarnya aku nak simple je tapi kena hargailah usaha tunang kan(Ya Allah mesti awak bersyukur sangat dapat tunang macam saya kan?haha). So sweet la u~~ tolong jangan muntah haha. Proceed dengan design dia jelah.

In addition(tetibe), gift untuk tetamu,pelamin,baju,aksesori,hiasan bilik tidur dan makanan juga telah selesai. Dahtu, ape yang tak siap lagi? Hah,dokumen kebenaran kahwin. Perkara paling penting sekali selain ujian HIV. Test HIV dah lame dah buat hehe semangat kan?

66 hari lagi,insyaAllah...jangan la PRU13 masa tu..kalau ye,memang tak mengundi la aku..Oh! Kahwin lagi penting kan?hahahahahahahahahahaha(gelak tanpa rasa bersalah)

Thursday, March 22, 2012

Row, row, row your boat..

Row, row, row your boat,Gently down the stream.
Merrily, merrily, merrily, merrily,Life is but a dream.

Graduan segar yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan masih tidak tahu bagaimana onak duri bergelar orang dewasa yang bekerja. Alam pekerjaan memang menyeronokkan tapi tak se'seronok' alam belajar. Yelah, dapat duit hasil titik peluh sendiri. Bila dah ada duit sendiri, boleh beli macam-macam yang kita nak dan juga tidak lupa mengumpul aset. Masa ni baru merasa, oh susahnya nak hidup di dunia yang fana ini. Tanggungjawab yang semakin banyak menjadikan duit semakin susut. So, tanggungjawab perlu meningkat seiring dengan duit.

Menghitung 71 hari lagi.InsyaAllah.

Thursday, January 26, 2012

Doa Dipermudahkan Urusan dan Hajat

ya Allah ya Tuhan kami,kurniakan kami rahmat dari sisiMu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk,Mudahkanlah urusan kami ya Allah,permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan,segala yang susah adalah mudah bagiMu.ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatMu, ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Thursday, January 19, 2012

Sweet 24

Happy Birthday to me~
Happy Birthday to me~
Happy Birthday to me~
Happy Birthday to me~

HAHA nyanyi untuk diri sendiri? Sangatlah Ucop Wilcha diri ini. Yelah,sekarang dah takde siapa nak nyanyikan lagu Happy Birthday Monkey untuk aku. Selalunya arwah ayah nyanyikan tapi tahun ni tak ade dah. Sedih!

Hmmm its OK. Tahun ni, sambut (tapi takde sambutan pon) ulangtahun sebagai tunangan orang. Pencapaian di usia 24 tahun? Lambat sebenarnya sebab target kahwin aku adalah pada usia 23 tahun. Ye, siapalah manusia yang merancang. Hakikatnya Tuhan yang menentukan.

Tahukah anda bahawa mak menjadi isteri orang pada usia 24 Tahun? Jadi anaknya pula bagaimana?HAHA

'Happy Birthday to you..
You were born in the zoo..
With the monkeys and kangaroo..
Happy Birthday to you..'

- Birhday song yang ayah selalu nyanyikan untuk anak-anak. :')


Azam tahun ini adalah menjadi manusia yang lebih baik.cliche no? It is not actually.