Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Friday, April 30, 2010

"Nape Ko Cakap Aku Laser Ek Hari Tu??"

Baru balik daripada makan tengahari buat kali kedua dan terakhir dengan staff ofis.best!
macam macam yang kami borakkan dan macam ade segmen luahan hati tapi macam tak ade.pelik bukan?

Akhirnya tadi saya telah meluahkan ape yang terbuku di hati saya selama ni.masihkah anda ingat insiden mengenai staff laser loser itu??

Rasenya die tahu yang memang saya tak puas hati dengan die atau dengan kata lain,terase hati.ok,bukan terase hati macam merajuk ke ape.bukan ye.aishh,susah la kalu nak kene explain.haha.emo tetibe.

Sebentar tadi,die kate,sape yang tak puas hati ke,ape ape lah,bagitaw la sekarang dan saya dengan berbesar hati,meluahkan ape yang terbuku.ehemm

"Nape ko cakap aku laser ek hari tu??",

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Malangnya, saya bertanya di dalam hati.pastu kat dalam kete menyesal sebab tak luahkan ketidak puasan hati ini.heh,ntah ape ape je kan?Takpelah,i dah maafkan die.biarlah itu menjadi kenangan sepanjang menjalani latihan praktikal kat Bukit Jalil ni.

Tapi tadi die kate,kalau tak bgtaw sekarang pon,bgtaw belakang belakang pon ok,bgtaw kat emel ke,facebook ke...*ade aku kesah??tak hingin aku..haha.

opss,kate dah maafkan. =p
ye,betol la dah lupekan pasal tu.
i senang hati nak balik umah ni.oh,tak sabarnye...kejap lagi mak datang ambil..makkk



Thursday, April 29, 2010

Best Ke AdaMaya??

Sekarang ni heboh pasal cerite Adamaya kat Tv3 tu.saya tak pernah tengok pon cerita ni.almaklum la...kat umah sewa ni,xde tv..xleh la nak tengok kan..tapi tergoda jugak la bile ramai orang kate cite ni best..kat twitter camtu,kat facebook pon same.siap ad group adamaya lagi uuu..jadi,start semalam,saya pon akhirnya tengok jugak cerite ni kat website tv3.ehem ehem,tengok time keje plak tu.hehehe.keje dah siap ok,jadi,tak perlu risau..tonton sahaja sampaikan mak mertua boss lalu kat belakang pon tak sedar.(actually sedar tapi wat tak tahu)

em,best ke cerita ni?saya baru tengok sampai episod 14 dan banyak jugak la yang bercanggah sebenarnye..tak taw la pengarah tak perasan atau memang saja saja je nak duga ketajaman ingatan penonton kann.eceh.maybe ramai kot yang sedar.contoh yang kite boleh nampak ialah perbezaan umur antara Shahrom dengan Shazlin.dalam episod brape ntah katenye beza umur antara dorang adalah 12 tahun (Shahrom-28tahun,Shazlin-40tahun),tapi episod yang lain,katenya 15 tahun pastu kat episod lain plak,Shazlin tu cakap die baru nak masuk 40tahun..aik???and ade lagi scent lain sebelum sebelum ni yang saya perasan tentang percanggahannya tapi em,i dah lupe ape die :D

ok lah,sebenarnye tak kesah pon pasal semua ni asalkan cerita ni menghiburkan...kan?ramai je yang minat gila gila kat cerita ni.maybe sebab ade Lisa Surihani?tapi kenapa ek aku tak suke la bila tengok ex-husband Nana berlakon?HUHUHU..padahal sebelum ni suke je..hmmm..*abaikan

oklah,tu je pon nak cakap.haha.ntah pape kan.untuk pengetahuan,semua budak budak praktikal kat ofis ni dah takde keje.bagi mengelakkan masalah kebosanan melanda,kami pon tengok la cerita kat internet ni.so,takdelah boring sangat nak tunggu habis keje kan.sangat la selamba dan tak tahu malu.takpe,boss kami sporting kot.. =p

Esok,hari bersejarah.
tak sabarnyaa...


Wednesday, April 28, 2010

Kadang-kadang Buang Masa Itu Seronok Jugak

I kena tag oleh Kak Nadia..yeaay!
disebabkan tiada benda nak tulis tapi sibuk jugak nak update blog maka, mari jawab tag ini...hehehe

go to your facebook photo files,
select the 8th photo in profile folder

&
post that photo along with the story behind it



ok,gambar ni diambil ketika saya ke Beijing tahun lepas. Mase ni singgah solat Zohor kat masjid sebelum berangkat ke pasaraya,beli cenderahati untuk di bawa balik ke Malaysia.sementara tunggu yang lain siap solat,sempat la snap snap dulu gambar kat lampu isyarat.konon-konon la kan.orang yang pergi jalan-jalan luar negara kan selalu snap gambar kat bandar-bandar,kat jalan raya la,lampu isyarat la ape semua.i pon nak jugakkk..hahaha.


challenge 8 blogging friends to do the same. :)

cik alia
cik alwani
cik shakirah
encik nicholas
cik aimi
cik nadey
cik fad

cik farahainee (makcik ni delete blog plak pastu sibok jugak nak jawab tag.xpe,bagi jelah.kesian die.hehe)

siap!
tajuk di atas juga ditiru daripada entry kak Nadia.jangan marah ye kak~~
kak Nadia garang wooo...dulu selalu takut nak tegur sebab die garang walaupun i pengawas jugak.. =p
biaselah,ketua pengawas perempuan kan..saya ingat lagi,die pernah sound budak budak Aspuri sebab bising,ganggu senior kat bilik prep nak belajar..ngee~~
"ASPURI!SENYAP SIKIT ORANG NAK STUDY!!",(sound dari bilik prep ni.perggghh)
erk,saya tak bising kak,roomate saya yang bising.

gulp!


bye-bye!(lari lari yah yah yah)

Sunday, April 25, 2010

Crazier Crazier

Baby you showed me what livin' is for
I don't wanna hide anymore
Oh Ohh

song title : crazier

Pagi Isnin,minggu terakhir latihan praktikal bagi saya,minggu pertama latihan praktikal bagi si dia.sape si dia ni?si dia lah!my dear dia..bukan deer ok.

merepek @#$%^&*()

jangan jadikan ini sebagai entry sampah ye Adibah.jangan jangan.

tak tahu nak buat ape skang ni.hati perasaan sumenye dah melayang layang ke rumah.dah tiada hati dan perasaan dah kat tempat keje ni.nak balik nak balik!!nak laksanakan misi dan visi yeaay!

misi dan visi ketika di rumah

-jogging setiap hari (1jam sehari)
-time tengok tv,buat sit up setiap kali iklan.
-minum air suam + limau nipis.
-no sugars please.
-lompat tinggi tinggi 100x sehari.

boleh ke agak agak ye??memang dah plan baik punye dengan Amin,adikku.die kene teman gi jog kat tasik sebab em,em, saya takot nak pegi sorang sorang!bahaya kot.banyak kes la kat kawasan rumah tu memang kalau nak keluar,harus sentiasa berhati-hati tahap dewa.

penah kene kan biaselah.macam trauma sikit.setiap kali berjalan mesti tengok belakang.dengar je bunyi motor mesti tengok belakang.kalau bawak beg pon siap kepit kepit beg tu and kat tangan pon pastikan tak pegang handphone atau pon beg dompet.fuhhh,memang mencabar.sebab tu saya tak suke keluar sorang sorang.mesti nak ade orang temankan.

cewah,siap highlight lagi (penjelasan la konon supaya tidak dituduh anak manja oleh Wani dan orang lain =p )

ok,berbalik kepada misi di atas,adakah saya mampu??
tolong la Adibah,kuatkan semangat kau!kau pasti boleh!

saya dah cuba Atkins Diet tapi entah la.
orang kate,kalau nak diet,kene ikot kesesuaian tubuh seseorang manusia jugak.
mungkin saya lebih sesuai dengan cara latihan latihan kecergasan macam ni sebab dulu selalu work out kat gym kolej (jalan atas treadmill je) dan memang turun la.nampak ketara.padahal dalam mase 2minggu tu,bukan pergi setiap hari pon and saya makan macam biase,tak de control control.so,secara konklusinya,saya anggap cara yang sesuai bagi saya adalah senaman dan pemakanan yang sihat.maybe saya akan combine semuanya sekali gus,Atkin's Diet + Senaman.


sekian,terime kasih.


chaiyok2!!

Tiada Tajuk

terase mahu tulis sesuatu tapi tak tahu nak tulis pasai apa.

think think.

ting!!

ok,sedar tak sedar,tinggal beberapa hari je lagi nak abes praktikal.tak sabarnyeeeeee...
dikala hujung hujung praktikal ni,malas betol nak siapkan kerja AR tu.memang tak sentuh langsung minggu lepas.yelah,sibuk nak siapkan log book dan report,nak hantar kat supervisor.lepas je hantar,legaaaa sangat sangat.tapi yang tak bestnya,rase macam bosan je.skang ni tunggu mase je nak dapat elaun terakhir dan berambus dari company tu.hehehe.nampak sangat memang dah tak tahan kan..

perkara yang paling merisaukan saya lepas ni adalah PSM2.masuk sem baru nanti,yang juga insyaAllah sem last,saya dan kawan kawan akan hadap projek sarjana muda 2.yang selalu buat budak budak u menangis,demi segulung ijazah!

menjadi budak sains komputer bukan mudah.kalau projek untuk budak fakulti lain,dorang banyak buat research je dan selalunye projek projek dorang tu,dah dibuat sebelum ni.tapi budak sains komputer,kena buat research,cari rujukan ape suma dan bina sistem tu sampai berjaya.kalau berjaya,Alhamdulillah.kalau tak?hmm..terpulang pada penyelia dan penilai la pulak.sama ada nak bagi lulus ke tak kannn..

ya Allah,harap harap sangat dapat grad on time!Ameen.

PSM1 memang jadi pengajaran untuk saya.be prepared!

Thursday, April 22, 2010

22 April : Hari Perasaan Bercampur Baur

Alhamdulillah,selesai sudah presentation semalam.senang hati,seronok and rase macam tak percaya je.sempoi je present kat penyelia fakulti (wakil sebenarnya).oh,memang pada mulanya presentation ditangguh ke hari isnin tp pada hari rabu,kami dapat panggilan mengejut daripada penyelia fakulti,yang dia akan wakilkan lecturer lain untuk selia presentation kitorang.yelah,bini die kan baru lepas bersalin,agaknye takde orang nak jaga kot..ok lah tu,awal sket present,merdeka!HAHAHA

ok ok masih tak merdeka sebab AR masih ade lagi storyboard yang tak siap baik baik.saya redha T___________T

lepas je abes present,boss dengan baik hatinya,benarkan kami keluar berjalan-jalan.tapi bukan jalan-jalan cari makan pegi karok melalak tak tentu pasal.keluar berjalan ada tujuan ye kawan kawan.kire macam lawatan sambil belajar lah.HAHA.sangat budak budak tapi takpe.seronok.

Kisah Lawatan

First time keluar makan dengan staff ofis.heh,ade 2 orang je pon staff nye.haip,jangan pandang rendah pada company ini.walaupon staff nye hanya 2 orang tapi kerja kat sini memang hebat hebat belaka.kirenya,kalau nak kerja kat sini,memang kene terer programming la.oh dalam erti kate lain,kalau nak praktikal kat sini pon,kene terer programming jugak.uhuk2~~angkat bakul kejap =p

jangan marah haaa.

Berbalik kepada kisah lawatan,kami seramai 8 orang staff CoRE (tetibe 6 orang budak praktikal naik pangkat) telah ke PWTC untuk '12th Defence Services Asia (DSA) Exhibition and Conference'.Macam takde kaitan kan?ade sebenarnye ye.Untuk makluman,tentera ni banyak menggunakan teknologi-teknologi untuk kegunaan seperti latihan,pertahan negara,mengesan musuh dan macam-macam lagi.kami ke sana,untuk melihat simulator-simulator yang digunakan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dalam exhibition and conference ni.canggih-canggih jugak la walaupon tak dapat tengok semua.ada simulator udara(Air Defence Simulation System,Helicopter Simulators) ,simulator air (Sea Surveillance Radar Simulator) ,simulator perang (ATacWars,Naval Warfare Simulation System) ,simulator latihan (Weapon System and Flight Training Simulators) dan macam-macam lagi lah!

Dalam masa yang sama,saya juga berpeluang pegang pistol betol (tak tahu lah model ape) ,pegang kereta kebal,pegang balai polis bergerak, pegang trak tentera,pegang itu,pegang ini.blablabla.orang yang paling seronok dan teruja tentulah SABRINA the Palapes.HEHE.thanks ye Sab bagi pinjam buku =p

Oh ye,lupe la plak nak bagitau,sebelum masuk exhibition ni,kene daftar dulu.bukan semua orang boleh masuk.hanya tentera dan wakil daripada syarikat yang berkenaan je boleh masuk.siap kene cakap lagi dari company mane.perghh.kawalan memang ketat la.macam kat airport je siap kene scan ape sume.sangat mencemaskan.

Ini gambar-gambar bukti kehadiran saya di sana.

Bukti #1

Bukti #2
tengok tu pass yang saya pakai.xjelas sangat kan.xpe,tengok gambar seterusnya.

Bukti #3
wah wah,jawatan saya : software developer.
siap ade name company lagi.
bravo bravo!

Bukti #4
Alia bukan pegang batang buluh ye -__-
tu rasenye senjata macam senapang gak tapi tak tahu ape.maaf.

Bukti #5
kereta kebal Malaysia.
ni mase pameran dari negara kita.


ok,itu saje.
entry ini ditulis malam tadi.

mood sekarang tak berapa nak best.Bye
Assalamualaikum.


Monday, April 19, 2010

Wajah Kesayangan Hamba

pecah rekod : sarapan pukul 6.45 pagi

hebat kan?

pagi pagi lagi dah terjaga dari tidur.sejak kebelakangan ni asyek terjaga pukul 5.30 pagi padahal kunci jam pukul 6.15.
pagi tadi pon same pastu macam awal je lagi kan,sambung la tidur balik.nak jugak tunggu pukul 6.15 heehh
di kala cuba nak sambung tidur,alia sibuk duk kejot.
kejap kejap kejot.kejap kejap kejot.
baiklah alia baiklah.

bangun pagi mandi gosok gigi cuci muka sabun badan solat subuh makan benjo.

pheww!

pagi pagi (6.45 - awalnye!) dah makan benjo letak mayo dan sos tomato.yummy.

----

sampai ofis tepat jam 8.30 pagi.wah,punctual gile kitorang rini!
maklumlah,ada 10 hari lagi praktikal kat sini.. :D
misi utama hari ni ialah siapkan report.(ni bab yang paling i xsuke)
kenapa tak suke?sebab leceh.
kalau diberi assignment oleh lecturer,saya lebih suke wat program (coding) berbanding wat report.selalunye,kerja kerja me'report' akan diberikan kepada rakan sekerja.eceh.tapi tak semua la.em,saya masuk sikit sikit la hehehe.

tapi,jangan la ditiru aksi ini kerana membawa padah kepada diri sendiri.
disebabkan saya tidak suka menulis report,maka,psm1 saya hancur musnah tapi tak sempat berkecai.masih boleh diselamatkan.Alhamdulillah syukur nikmat!

mood : buat report dengan bersungguh sungguh sampai rehat.

menu hari ini : ikan manis masam (sweet sour) dan sambal udang.

burrrp.
Alhamdulillah :D

-----

selepas kenyang ape sume,sambung wat report.ehem.

malangnya.saya hanya mampu tulis report dalam hati sendiri.
apa nak jadi dengan aku ni! T__________T

usah menyesali apa yang terjadi,mari gembirakan hati sendiri. :D

saya telah berjaya me'morph'kan wajah saya dengan orang orang.bukan orang orang disawah padi tapi ini orang ok, orang!


Nur Adibah + Taylor Swift

ulasan saya : comel!HAHAHA.Taylor Swift versi tembam.hey,pipi saya itu.cak cak cakkk.tak dilupakan,hidung saya jugak.

Nur Adibah + Blair (Gossip Girl)

ulasan saya : tembam jugak!pipi ini memanglah aset saya.tapi kali ni,senyuman itu milik saya.em,comel la Blair celup ni.*perasan di situ

Nur Adibah + ?????

ulasan saya : em,kenapa kali ni,pipi xberapa nak tembam?apesal gamba ni tak nampak macam morph ek??em,adakah bermaksud,muka kami memang same?? =p
orang kate,kalau muke same,maknenye ade jodoh.yeke?HEHEHEHEHEPHEPHOOORAY!


Nur Adibah + ???? (percubaan kedua)

yeaay!percubaan kedua menampakkan pipi.sangat terserlah.hidung pon adalah saya yang punya.ni baru nampak cam morph kan.tapi more to dotdot's gene lah.HAHAHA


seronok kan?
sape nak cuba kacukkan wajah anda dengan sape sape boleh la pegi morphthing.com
ekspesikan diri anda.oh ya,hari anda juga!

sebelum saya lupa,semalam laptop saya diserang.diri dah gelabah dah sebab supervisor dari UTM nak datang untuk presentation khamis ni.matilah aku!
solution saya,pegi lowyat soh dia nyah nyah that viruses.memang dah tak boleh buat apa dah.guna antivirus pon tak berkesan.saya takot segala kerja yang saya buat kat tempat praktikal ni hilang!
natijahnya,melayang 65hengget.tapi takpe,demimu wahai projek.

update : supervisor datang isnin depan sebab bini beliau bersalin.bertambah umat Muhammad.Alhamdulillah :)


Thursday, April 15, 2010

Topeng Power Rangers & Sang Loser Laser

minggu yang penuh onak dan duri serta sembilu kasih.over

currently status : baru lepas present AR (sang kancil and the crocodiles) kat client.

bertungkus lumus menyiapkan AR semalam dengan teammate (sang Alia and the Nicholas)

first time balik kerja pukul 8.30 malam.tidak pernah dalam sejarah praktikal saya,balik lambat walaupun sesaat (perghh).

info : waktu bekerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.TQ.



sinopsis minggu ini.

minggu yang sangat sangat sangat menguji kesabaran.sangat busy.tibe tibe plak ada sorang insan yang busy body.ko pesal???

gile pendek sinopsis.heh



cerita panjang dan penuh minggu ini.


isnin

hari yang indah.disebabkan sound dah settle dalam AR,diri ini hanya bersenang lenang di dalam ofis.tapi,hati tidak berapa senang pada hari itu.takpelah,malas nak ambil tahu apa yang orang duk canang pasal diri ini kat orang lain.malas.


selasa

hari yang indah kuasa dua.tibe tibe rase macam nak tahu apa yang dicanangkan merata rata itu.bila dah tahu cerite,rase macam kelakar pon ada sebab memang tak logik dan cerite itu tak betul so abaikan je orang macam tu.HAHA.oh kerja plak macam biasa,teammate masih suam suam kuku.padahal boss dah bgtaw,client nak datang jumaat ni.tapi masing masing still rileks macam HEBAT je.


rabu

hari yang tak berapa nak indah.hari ni ntah kenapa rasa macam sedih sangat sangat bila ingat balik apa yang terjadi.ditambah plak dengan banyak lagi rahsia yang kalau pikir balik,Oh,biarlah,dia memang macam tu.Akhirnya airmataku tak dapat ditahan tahan lagi,maka berlakulah pertumpahan airmata darah di hadapan kawan kawan.nanges mengongoi~~huhuhuhu

tiba tiba,datang sorang staff baru kerja 2minggu,tegur saya;

"nama kau sape??",

saya diam.(ni sebab sedih kot so,macam malas nak layan).

"nama kau sape??",dia tanye lagi.

"Adibah",jawab saya.

"laser jugak ye kau",kata dia.

"..........",

lepas tu saya balas,"kau tak tahu ape ape diam!!",

tapi saya tak tahu la dia dengar ke tak saya cakap macam tu.tangisan makin kuat.T_________T


kawan kawan dah cuak bila saya nanges makin kuat + pelik dengan perangai staff tu.


kau bayangkan bila orang yang kau xkenal tibe tibe cakap kau laser??ape masalah die??aku takde pon cakap ape ape.aku takde pon mengumpat orang ke,menghasut orang ke tapi tak semena mena orang kata aku laser???!!!


khamis.

cuba maafkan orang lain dan cuba maafkan staff itu tapi dia sangat menyampahkan.selama ni saya takde pon nak mengata pasal dia tapi lepas je kejadian mulut laser dia tu,saya jadi tak suke kat dia.sangat mengjengkelkan.sangat annoying.teammate AR semuanya dah gelabah sebab kerja tak siap lagi.masing masing pressure bila tak dapat hasil yang diinginkan.keadaan makin panas bila si staff laser ni sibuk duk main bukak tutup laci.kalau bukak slow slow tu tak kesah la kan.ni macam nak pecah laci tu dikerjakannya.tak tahulah apa yang dicari dalam laci tu.hish!!

hati ni hanya mampu bersabar je dengan kerenah staff laser tu.

dan akhirnya,semalam kami telah buat OT without elaun.HUHUHU.semata mata nak siapkan AR tu.yelah,esok kan client datang nak tengok.semua khusyuk duk hadap coding.si staff laser balik lambat sikit la.dia tegur kami tapi kami yang perempuan ni tak layan pon.nick je layan tapi macam nak tak nak je sebab nick sibok fokus kat coding model.padan muka.(aku memang jahat sikit.sikit je)


dia pon blah.


lebih kurang 15minit lepas tu,pak guard datang ketuk pintu ofis.katanya kawan kitorang accident kat garaj.ohhh....dalam fikiran,saya dapat rase dah tu si staff laser.boss pon turun la nak tengok keadaan staff baru dia tu.Alia dan Sab dah gelabah dah.tangan Alia dah sejuk dah time tu.yelah,takot jugak cedera parah berdarah darah ke kan.maka,kami pon turun la ke garaj,nak tengok keadaan si staff loser eh laser tu.em,kami nampak dia elok je.takde cedera parah mahupun ringan.yang kami nampak,sebuah kereta waja yang kemek dilanggar oleh innova staff loser itu.kesiannn.HAHA


nampak je dia ok,kami pon buat pusingan U.em,kami lapar so pegi beli makanan tanpa memikirkan hati,perasaan dan perut staff laser itu.ngeee~

jahatkah kami??dia yang patot mintak maaf kan.
takpe,aku maafkan tapi aku takkan lupakan dan aku takkan pandang muka kau,takkan cakap dengan kau,takkan layan lawak bodoh kau yang suka bodek boss!!

bluwekkk!!


jumaat.

hari yang tenang.sebab ape?sebab staff loser takde hari ni.yeaayyy!!tak perlulah aku dengar suara dia.dengar bunyi laci dibukak tutup dengan kasar.dengar cerita pasal kepala sawit what so ever~~geli.

tenang bila dah lepas present kerja.walaupun ada lagi kerja sebenarnya.tapi takpe,bak kata Nick,kite buat bende ni sehari je.so,rileks la...HAHA

kami kan HEBAT.terbukti semalam. :D

ok,lepas makan tengahari ni baru nak start dengan storyboard AR yang baru.harap harap dapat siapkan dalam masa 2minggu terakhir ni.ameen~~

teammate AR,chaiyok2!!!


Thursday, April 8, 2010

Muhasabah Cintaku

Alhamdulillah,hari ni happy sebab buka buka fb je terus ade orang tag gmba time sekolah dulu..serius cntik gile gmba tu.buat aku bertambah tambah rindu kat zaman sekolah dulu.



Ade ke patot anak dara duk kat tangga!patot la sampai sekarang takde orang masuk meminang!rupenye pernah duduk lepak lepak kat tangga,amek gamba ni.takpe takpe nasib baik gamba ni sweet gile.cube cari mane aku?? =p


Selain tu,hari ni jugak aku jumpa kembali my friend sejak sekolah rendah dulu eh eh,ke sejak tadika ek??aku lupe la.hehe.Memang rapat sangat dengan die.Sekolah agama sama,kelas sama,duduk pun sebelah sebelah je,em,kami juga adalah pengawas kat sekolah agama ini.
Sekolah kebangsaan pun sama tapi kelas lain. tidak dilupakan,kami adalah ahli kumpulan nasyid sekolah.oh ye,aku pengawas pusat sumber,die pon same!oh!

Itulah dia Siti Nadirah binti Khairudin.ambik kau aku letak nama penuh.


Si Nadirah ni aku ingat lagi mulut die becok sikit.ade je bende yg die nak cerite.aku suke kawan dengan die sebab die suke wat aku tergelak. Tapi sayang la lepas je UPSR,kitorang sekolah lain lain tempat sebab umah die kat Greenwood,aku plak kat Seri Gombak.
Perghh..lame tu xjumpe ko Nadirah oi!


Memang tercari cari gak die tapi xjumpe jumpe.


Nadirah,untuk pengetahuan ko,ko pernah lalu depan umah aku taw.time tu ko dengan kawan kawan ko taw. Tp aku tak ingat la bile kalau tak silap aku time tu kite form 2 kot.
Aku tak sempat nak panggil masa ko lalu tu pastu bila aku lari lari keluar aku tgk ko dah jauh.ko tak denga aku panggil.T_____T
Tapi takpe,sekarang kite dah jumpe walaupon hanya kat fb.


hooray!


Maybe nanti kite boleh keluar sama sama ke kan kan?
Tahniah kerana menjadi follower yang ke-100..nanti la ade rezeki aku blanje k!
Tak pon aku bagi ciuman jelah kat ko,ok tak?hehehe


oh,Jumaat yang bahagia walaupun minggu ini diuji dengan pelbagai dugaan.
Kemaafan itu sangat indah!


Esok insyaAllah balik kampung sebab Ahad ni nak pergi hantar rombongan meminang untuk Pakcikku.Kawen jugak akhirnya Pakcik aku yang sorang ni.

Tetibe teringat satu peristiwa :

Mamat : "Pakcik,bile Pakcik nak kawen??"

Pakcik : "Ko sibuk apasal?xpayah nak sibuk sibuk!"


HAHAHAHA.
Terdiam Mamat lepas tu.
Takpe Mat,lepas ni ko tak payah risau bile tanya soalan kawen kat Pakcik.
Pakcik Kayo!tetibe je.

Happy Ending.
=)

Monday, April 5, 2010

Kenangan 3 April

Sabtu lalu,pagi pagi lagi saya dah bersiap siap memasang badan dan muka serta duit.ehem.
Tujuan utama hari ini ialah untuk enjoy namun(ada namun disitu ye) perlulah mensetelkan hal-hal peribadi sebelum tujuan utama dapat dilaksanakan.


Hal peribadi 1 : destinasi pertama pada hari Sabtu yang indah ini adalah Wisma Celcom.(sebab tulah pasang duit awal awal pagi)

Hal peribadi 2 : destinasi seterusnya adalah Menara Maxis.(em,ni xperlu duit tapi perlu kesabaran jek)

Hal peribadi 3 : singgah Digi Center.(ini tipu)


Alhamdulillah.setel jugak akhirnya pasal handphone ni.T______T
Setelah berjuang,bertarung nyawa dan bertaruh duit,akhirnya pada pagi tadi sim card celcom dah tak aktif lagi.
Dengan itu,saya kembali ke takuk lama iaitu menggunakan talian maxis.Tahniah!
(ok,ni malas nak cerite.kenangan pahit)


Destinasi seterusnya adalah jeng jeng jengg...actually ada misi dan visi ye hari tu.bersemangat waja membawak diri ke Wangsa Walk.
em,misi dan visi terpaksa dirahsiakan.harap maaf.


tapi tapi tapi


Orang kata,sambil menyelam janganlah tak minum air[?]
Saya ke sana bersama jiran keSAYANGan yang juga bercita-cita waja menjayakan misi dan visi.
Actually,kami ada 2 pilihan sama ada ke The Mines atau pon Selayang Mall.
At last,Wangsa Walk menjadi pilihan kami kerana teringin nak tengok Dato' Siti.
Sekadar tengok je tak de pon nak amek gambar ke ape.Tengok,wowowowo kejap,simpan dalam hati pastu blah pegi makan.
Sweet gile wei die!


Seriously hari itu best sangat tapi sedih sebab TYB pulang ke pangkuan bahan-bahan kimia.


selingan sebentar.


All da best for ur final k.chaiyok2!! i know u can do it.. =)


ok.iklan tamat. =p


Entry pon tamat disini.
Harap terhibur.
Maaf xde gambar Tok Ti kat Wangsa Walk.
Gambo Taylor Swift minum air aku ade la."ko ade??"



hi..saya Taylor Swift celup minum air.
jemput minum.


p/s : rindu Arwah Din Beramboi.Al-fatihah.

Thursday, April 1, 2010

Time Can Heal Most Anything

Assalamualaikum.(tak jawab dosa)


Saya tidak berjaya lagi habiskan buku ni sejak dapat pada 20 Mac 2010 lalu.
Masih mencari masa untuk tenangkan fikiran,hati untuk serap segala pengisian dalam buku ini.
Tak tahu kenapa masih belum habiskan baca sebab dah lame berada dalam genggaman.
Semenjak dua menjak ni selalu je lepas balik kerja tidur awal.
Tapi yang pasti,saya akan habiskan juga baca buku ini.mesti!



Berbeza dengan 'Aku Terima Nikahnya', dalam masa 3 hari saja saya khatam buku ni. Recommended!

Selain 2 buah buku ini,ade lagi 2 buah buku daripada TYB.
Terima kasih ye!
Jangan risau taw awak.Saya pasti akan habiskan baca.pasti! ;)
2 dah khatam.ade 2 je lagi..hehehehehe

------------

Tak tahu la kenape semalam rase macam sedih je.hmm..sekarang dah ok dah.jangan wat lagi perangai macam tu sudah la.huhuhu..cengeng betol aku ni!

Dulu time sekolah,saya ada perangai pelik.em,ni perangai time form 5..
Baiklah,perangai pelik,10 terbaik!!
(macam pakcik Tonarida la plak.sape suke tgk Hagemaru??boleh geng ngn aku)

Setiap malam Rabu atau Khamis,saya pasti akan menangis.tak tahu ape sebabnye.adeii
sungguh pelik bukan?sebenarnye ade sebab tapi xperlu la bagitau kat sini kan kan?hahaha
Yang kelakarnye,Maryam sangat memahami.die dah taw dah,kalau saya tetibe landing kat katil die sambil tutup2 muka,die dah taw dah.die mesti akan tenangkan saya.pujuk saya.ayat die macam ni,"nangis la dib,nangis la..aku paham..",.Thanks my friend!

ok,tu je perangai pelik yang saya ingat setakat ni.

yeah yeah,memang tepat tekaan anda.memang i xde idea nak update blog.bagus!keep up ur good work!

T______________T

dah dah xpayah nangis!
cengeng!!

(gambar ehsan pakcik google)