Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, September 23, 2010

Dua Bulan Je Lagi

Minggu ni tak berapa sehat.Demam raya mungkin??he he he

Semalam baru berkesempatan ke Pusat Kesihatan.I dapat 5 jenis ubat taw - antibiotik,sakit tekak,selsema,batuk dan kahak (yeks)
mak aih,banyak betol kan..takpelah,sakit kan penghapus dosa =)

Setelah 2minggu bercuti raya,akhirnya Sabtu lepas I kembali ke pangkuan UTM. Oh,sangat 'rajin' rasenye kali ni.Mood nak siapkan kerja 'membuak-buak'.Semangat nak habiskan sem ni semakin 'kental'.Anda percaya?sila jangan percaya.

Sabar Adibah,2 bulan je lagi.2 bulan je <---- Cubaan memujuk diri sendiri

Raya kali ni tak berapa nak meriah sangat la.Duit raya pon tak banyak aish.Terase sangat diri ni dah berusia hu hu.Harap tahun depan lebih meriah.InsyaAllah.

Nak taw tak,sekarang ni UTM sibuk dengan pesta konvo.Isnin lepas I mewakili "kawan" untuk amek jubah konvo beliau.Baik tak I?he he he.Dalam keadaan tak berapa nak sehat,beratur punyelah panjang.Tapi disebabkan semangat semakin 'kental' akibat baru lepas cuti raya,I gagahkan jugak beratur kat situ 1 jam.Masa tu mulalah I meletakkan diri I dalam 'kasut' orang yang nak konvo ni.Wah,seronoknye!Feeling baling2 topi gitu ha ha.

Harap angan-angan ini jadi kenyataan.

Gambar raya?nah!


Ini bukan suami ye.Ini Pakteh saya.
Gambar bersama suami?raya tahun depan mungkin.ha ha berangan!

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & Batin

//Sedang menanti kedatangan beliau.His G-day coming
//yeay!


Wednesday, September 1, 2010

Ponteng Kuiz Iftar Balik

Sekarang ni I kat lab.Actually ade kelas oral skang ni tapi disebabkan Shak dan Ah malas nak pegi (alasan),aku pon terikot perangai malas dorang ha ha ha.Tadi ade kuiz computer games.Aku tak bace langsung kot.Bersemangat je soh orang kejut bangun awal sebab semalam sangat2 mengantok.Mintak izin kat roomate nak tido dulu eceh (tido mintak izin tu tak bleh blah!).Konon2 nak study esok awal2 pagi tapi hampeh je.Terime kaseh dan maaf buat si Tukang kejut pagi tadi sebab tolong kejutkan tapi akhirnya aku tak study jugak.Bangun2 pegi mandi,cuci baju pastu duk depan laptop.Sekali mak mesej and terus lemah + malas + takde semangat dah nak baca ape2.Perangai aku memang macam ni he he.Kalau ade exam/kuiz/test yang nak dekat2 time balik umah/cuti,memang perangai aku macam ni.Aku akan jadi manusia yang sangat redha dengan ketentuan takdir (redha dengan result exam)

Entah bila nak berubah ha ha.Perangai sejak azali beginilah.(Tapi Si Tukang Kejut jangan risau ye,kuiz tadi I boleh buat :))

Semalam Iftar lagi yeay!Kali ni dengan semua budak2 4scv (muslim).Alhamdulillah,kenyang la jugak.Tapi servis lambat macam siput.Dah la guna taktik kotor supaya kami semua kenyang!Mahu taw ape taktik yang digunakan??First,hidang air je.Biar semua orang menunggu sambil minum minum minum.Sumpah lame.Pastu kuarkan tembikai.erkkk.Ni agen pengenyang jugak ni!Aku tak nak sentuh ha ha.Aku takkan terpedaya sebab aku nak makan menu utama sampai tak larat!!Aku bayar mahal kot~~13 hengget tu ha ha

Menu utama sampai.Menu lebih kurang sama dengan iftar sebelum ni iaitu Siakap 3Rasa,udang bla bla bla bla....Sekor ikan untuk 6 orang makan.Aish,dah la aku salah port.Silap la duduk dengan budak2 pelahap seperti Ikin,Wani,Aisyah,Alia dan Aimi ni...Memang tak puas ar makan aish~~ ha ha (mampos aku lepas ni tapi memang habis licin la makanan kat tempat kitorang ni.)

Rase macam tak cukup je tapi ape kan dayaku....taktik yang digunakan oleh tuan kedai berjaya cis.cis sekali lagi cis lapan lagi cis cis cis~~

Tapi ape2 pon,4scv memang best! ;)

Petang ni dah ramai dah budak2 kelas yang akan bertolak ke kampung halaman masing2.Aku pon tak terkecuali eceh.Tak sabarnye nak balikkkkk....tapi tak excited sangt la nak raya...tak taw la kenape hu hu hu.Maybe sibok memikirkan PSM kot.Ok,cuti ni mesti siapkan thesis.Mesti!!Chaiyok2!


Balik dengan budak dari kiri dan dari kanan.
Bertolak lepas Asar petang ni.Cant wait!

//tajuk bercelaru harap maaf