Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, September 8, 2016

My Small & Sweet Family







Friday, June 5, 2015

Tantrum?

Bismillah....

Ehem, aku belum beli hp baru lagi. Selepas dua kali dalam tahun ni update blog, tiba2 terlupa azam nak jadikan diari harian online. hehehe salahkan hp sebab takleh update.

Bulan puasa tak lama lagi kan. Setiap kali bulan puasa jadi pening sikit sebab tak tahu nak masak apa nanti. Tahun ni tak macam tahun lepas. Tahun ni ada adikku, Mamat dan suami yang akan buka puasa di rumah. Tahun lepas aku berbuka seorang je dengan anak yang baru berusia 5 bulan. Bayangkan aku berbuka hanya minum air dan makan kurma 3 biji. Kental tak? hahaha.
Suami kerja kat pusat tuisyen sebagai guru sepenuh masa dan akan berbuka di pusat tuisyen tu. Maka terkontang kanting la aku dirumah bersama anak kecil. Medina pula masa tu tak boleh letak langsung, kompem nanges. Pabila anak nanges, emak pon nanges. Medina masa bayi memang melekat dengan aku macam di gam. Em, sekarang pon sama tak boleh aku pergi dapur kejap, mesti merengek. Aduhhh penat ok. Semenjak dua ni anak aku macam manja berlebih sangat la. Adakah dah pandai tantrum?

Alamak, cerita Cheongdamdong Scandal dah start.
Stop sampai sini ye sebab cerita ni tengah konflik sekarang ni.
HAHAHA Babaiiii

Monday, May 18, 2015

Takde Motif


Bismillah...

Entry pertama dalam tahun 2015.

Semalam entah apa yang merasuk aku. Rasa rindu gila kat blog. Rindu zaman dulu-dulu yang boleh luahkan macam-macam kat blog. Sekarang pon boleh je tapi topik macam terbatas sikit la. Yelah mana taknya, aku ni seorang surirumah sepenuh masa je. Setiap hari boleh dikatakan aku mnjalani rutin yang sama. Penat tahu jadi surirumah ni. Anakku dah pandai melasak. Rumah ni selalunya macam tongkang pecah kalau ada anak kecil yang dah 'dapat kaki' ni. Aku sebagai umi yang baik redhoooo jelah. Bila aku kemas, kejap lagi anak bertuah ni 'kemas' balik. Umi ke dapur, anak bertuah pon ke dapur sama-sama membantu 'kemas' kabinet. Seronok sangat hidup umi hahaha.

Sejak anak dah pandai berjalan ni, aku senang sikit la nak bergerak, nak masak atau mengemas rumah. Kalau tak, hmmm memanjang la mengendong anak. Anak aku dapat gelaran 'overly attached' oleh adik aku aka pakngah. Memang over gila dia punya melekat tu. Ada anak kecik memang la kena banyak sabar yang memang bukan main-main punya sabar. Alhamdulillah anak aku masih menyusu badan. Seronok bila tengok anak asyik hisap susu badan aku. Tak sangka jugak masih mampu susukan anak sampai sekarang sebab perjalanan penyusuan anak aku tak mudah. Will blog about it later inshaAllah.

Aku sekarang ni dalam fasa berpantang. Pantang makan dan kadang-kadang terpantang tengok jugak hahaha. Serius nak kuruskan badan ni sebab takut sangat dengan penyakit darah tinggi. Lepas beranak pon ak masih ada darah tinggi tapi aku tak makan ubat. Aku kalau boleh taknak bergantung pada ubat sangat tapi tulah tekanan darah aku masih dalm paras bahaya. Satu-satunya cara yang aku rasa boleh kurangkan tekanan darah ni hanyalah kuruskan badan aku. Aku dalam fasa diet sekarang ni dah masuk 3 minggu. Berat baru turun sekilo. Ya Allah seksanya nak turun sekilo tu kan. Memang hormon orang yang dah beranak ni liat sikit kecuali kalau lepas beranak dan pantang betul-betul inshaAllah boleh kurus. Aku dulu pantang main-main pastu tak pakai bengkung sebab czer kan. Teringat jugak masa lepas pantang dulu berat aku turun banyak gila kot tapi aku still gemuk lagi la sebab sebelum kawen pon aku gemuk, But after 8months camtu badan aku naik balik kaw-kaw punya la. Aduhai...

Sekarang baru datang balik kesedaran nak jaga kesihatan ni. Laki aku belikan set bersalin nr untuk aku ok. hahaha dah macam orang lepas beranak pulak. Ok la anak aku dah bising ajak aku main sekali dengan dia.

Wassalam.

Monday, August 25, 2014

Enam Bulan Sudah Usianya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Anak telah tidur. Eh? Tiba-tiba telah beranak-pinak. Iyelah kan mengandung hari tu....Hari tu tu bila? Errr...ehemmm.

Lama sudah aku tidak ber-blog. Tidak sempat sejak selamat melahirkan pada 1 Februari 2014 yang lalu. OK tahun ni memang aku takde menghasilkan apa-apa entry. Ini yang pertama untuk tahun ini. Fuuuhhh. Banyak cerita tahukah anda? Entah mampu ke tak untuk diri ini mencoretkan kenangan sepanjang bergelar ummi kepada Nur Medina Safiyya, 6 bulan, di dalam blog ini. Mari kita tunggu dan lihat.

Oh ya mungkin saya boleh mulakan dengan bagaimana terhasilnya nama anak kami ini. Bagaimana terhasilnya NAMA ANAK kami ye bukan bagaimana terhasilnya ANAK kami. Ianya bermula apabila kami melihat dokumentari tentang Kota Madinah di tv. Tiba-tiba suamiku berkata,'sedap jugak kan kalau letak nama anak Madinah'. Sebagai isteri solehah (katakan ameen), saya pon menerima cadangan suami tanpa berfikir panjang. Eceh. Solehahnya aku.

Nama Safiyya pulak saya yang letak. Tak tahu nape tapi masa tu terlintas nama Safiyya je. Lagi pula maksudnya baik iaitu 'Sahabat yang baik'. Jadi boleh lah kiranya anak ini menjadi sahabat aku yang baik satu masa nanti insyaAllah. Aku juga berharap agar aku menjadi sahabat yang baik untuk dia.

Buat Nur Medina Safiyya, Ummi dan Walid harap Medina akan jadi anak yang baik, solehah, sihat dan berjaya dunia akhirat. Kami doakan Medina jadi pendukung pejuang agama Allah. Ameen ya Rabb.

Baiklah sampai sini saja coretan aku. Suami sudah mahu pulang tu.
Jumpa lagi di entry akan datang yang tak tahu lagi bila kan tiba ohhh.

Wassalam.

Monday, December 2, 2013

Cerita Bulan November

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T ini...

Bulan Disember pon sudah menjengah. Saya masih ada lebih kurang 9 minggu lagi untuk pergi serah diri ke wad bersalin. Cepat sungguh masa berlalu walaupon rasa seharian di rumah tidak mengerjakan apa-apa tersangatlah bosan, namun masa sebenarnya sangat jauh meninggalkan kita.

Awal bulan November lalu, saya menghabiskan masa di kampung mak, Besut. Suamiku tertinggal di Kuala Lumpur selama 3 minggu. Hehehe.. Kesian dia. Perasaan balik kampung dan duduk dekat dengan mak memang seronok tapi....haaa ada tapi dah kenapa pulak? Hehehe.. Yelah, orang dah bersuami..seorang isteri je tahu macam mana rasanya berjauhan dengan suami dalam jangka masa yang agak lama. Sudah la lama, jauh gile pulak tu. Gombak - Besut. Itulah dia, asyek bosannya duk rumah sorang-sorang..nak balik kampung..tiap-tiap hari saya cakap kat mak nak balik kampung sebab bosan duduk sorang-sorang kat rumah bila suami pergi kerja. Sekali bila dah balik...teringat kat laki la pulak. Dah makan ke..Tengah buat apa..

Akhirnya, selepas 3 minggu suamiku datang menjemputku di sana bersama dengan mak dan ayah mertuaku. Suamiku makin kurus cekeding masa pertama kali bertentang mata ecewah. Serius kesian sangat tengok suami makin cekeding. Dah la dah memang cekeding. Huhuhu.. Lepas ni takleh tinggal dah la..Kesian sangat tak lalu makan.

Mak dan ayah mertuaku datang sekali sebab mak saya nak buat majlis doa selamat dan solat hajat untuk saya dan adik-adik saya. Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin untuk saya, semoga berjaya dalam SPM untuk Amin dan juga doa selamat untuk Adib yang akan bersunat. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan saudara mara. Suamiku diberi tanggungjawab untuk menjadi imam solat hajat tersebut. Lagi berkat kata mereka..Amiin..

Esoknya kami pulang ke Gombak. Puas duduk kampung? Hehehe.. bolehla..

Sebenarnya saya tak berapa sihat masa di kampung sehinggalah pulang ke Gombak. Batuk,selesema dan demam on off. Memang perit sangat waktu tu..dugaan masa mengandung..Setibanya di rumah, saya terharu sangat-sangat sebab susun atur perabot dah berubah. Katil baby dah pasang yeay! Pandai suamiku kemas rumah ye.. tak sangka betol.. Tq lagi sekali sayang..

Episod baru dalam hubungan kami bermula...(macam suspen je kan?)

Malam itu, saya batuk tersangat lah kuat. Kuat dan teruk sampai terkencing dalam seluar. Baby dah makin besar so beri tekanan pada pundi kencing. Suami ajak pergi hospital tapi saya berdegil mengenangkan esok suami nak kerja. Tengah malam pergi kecemasan memang takde harapan la balik cepat. Suami ajak pergi jugak dan akhirnya saya mengalah..tak tahan sangat dah..keluar masuk bilik air..termuntah-muntah..saya takut tekanan darah naik..Dipendekkan cerita, kami pergi ke kecemasan dan saya akhirnya di masukkan ke wad. Hmmm pergi hospital sebab demam batuk-batuk, tapi masuk wad sebab tekanan darah tinggi. Tak ke lawak? Yang paling tak best, nak pergi bilik air pon nurse tak bagi..Nurse datang masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Sakit wooo sabooo jelah.

Nurse monitor tekanan darah saya dan periksa denyut jantung baby setiap 2 jam. Oh ya paling tak boleh dilupakan, saya disuntik dengan 2 dos suntikan yang sangat sangat sangat sakit aku tak tahu nak cakap macam mana huhuhu.. Sampai sekarang terasa macam ada lagi jarum tu dicucuk kat pinggang ni kalau saya bersin atau batuk. Suntikan itu adalah untuk matangkan paru-paru baby,sebagai persediaan kalau-kalau tekanan darah saya masih tinggi tak turun-turun, so doktor terpaksa keluarkan baby dari dalam kandunganku. Fuhhh.. masa tu baru 25minggu kot. Berat baby baru 800gram tahu? Alhamdulillah tekanan darah OK dan saya dibenarkan balik ke rumah. Seram je bila pikir balik pasal ni. Baby duk dulu dalam ni ya.. Bila mak cakap keluar,baru keluar OK?

*tendang pundi kencing- arghhh saje je baby ni hehehe

Lepas keluar wad, mak mertua ajak duduk rumahnya dulu. Dah betul-betul sihat baru balik Gombak. 4 hari jugak la saya duduk goyang kaki kat sana. Bukan sengaja nak goyang kaki. Dah memang tak larat. Mungkin kesan daripada pengambilan ubat.Terima kasih mak mertua dan ayah mertuaku.

Alhamdulillah sekarang saya dah sihat cuma biasa la orang mengandung ni imunisasi tak berapa kuat. But its OK..berjihad kan? :)

Wassalam.



Friday, October 4, 2013

Antenatal Check-up and Maternity Pillow

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Rabu lepas saya dan suami ke KKIA Gombak Setia untuk antenatal checkup. Macam biasalah bila pergi klinik kerajaan, kena la tunggu lama sikit.Walaupon tunggu lama tapi hati ni rasa seronok je bila staff dan juga doktor yang bertugas melayan bakal-bakal ibu dengan mesra dan baik kan? Orang mengandung ni, macam-macam perasaan yang melanda mereka. Kalau salah sikit je, dah boleh buat kami terasa. Em, ke aku je yang emosi lebih?hahaha.

Setiap kali kedatangan saya ke KKIA mesti bacaan tekanan darah tinggi naik. Dan setiap kali itulah nurse akan cakap, " Awak ni kena tahan wad ni..", Setiap kali begitulah situasinya. Bila check BP kat farmasi, tekanan darah ni OK je. Bila pergi KK, mesti tinggi. Ke aku gemuruh bila pergi klinik?

Sepanjang kehamilan ini, saya dibekalkan dengan ubat darah tinggi yang selamat untuk wanita hamil iaitu Methyldopa. Doktor kata selamat sebab ubat ni tidak diserap oleh plasenta bayi. Untuk kesekian kalinya, dos ubat ditambah lagi menjadikan 3biji ubat dimakan sebanyak 3 kali sehari! Hidupku dikelilingi ubat...demi kamu, anak! Ibu sanggup! Kalau tak makan ubat lagi bahaya sebab bila tekanan darah naik, ibu boleh kena sawan dan ini akan membahayakan anak di dalam kandungan. Boleh membawa maut! Nauzubillah... Cukup la sekali ibu kehilangan abang/kakak kamu..

Oh ya, rabu lepas jugak la pertama kali saya melihat my little caliph ini dah sempurna sifatnya. Nampak kaki, tangan, kepala dan jantung yang berdegup itu. Masya-Allah! Ada orang dalam perut ini. Kuasa Allah sangat agung..Tak sabar menunggu kelahiran kamu walaupon kamu selalu tendang ibu. hehehe.. Ibu tahu kamu baik-baik saja dalam ni. Allah jaga kamu. Alhamdulillah..

Malam-malamku selalu saja diganggu dengan ketidakselesaan. Lenguh la,,tak boleh lelap la..sakit ulu hati la..dan macam-macam lagi. Posisi tidur yang betul memang sangat-sangat diperlukan. Bantal kena ada banyakkkkk..selalu berebut dengan suami.hehehe..tapi bermula hari ni,dah tak payah berebut bantal dah. Suami dah boleh guna semua bantal tu dah. Saya dah ada maternity pillow! yeay! Sangat selesa.. Wani dan Ikin..korang mesti jeles kan?hahaha..nanti kalau nak jugak bantal ni, PM aku taw korang.


Ginilah ghopenye..besau..

Jangan lepas ni saya berebut benda alah ni dengan laki saya sudah.... :)

Tuesday, September 3, 2013

Dua Kupang

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Petang semalam tepat jam 5.30 petang, dapat mesej daripada Alia. Katanya :

" Salam awak. Nak bgtau harga minyak naik malam ni pas kul 12.Dia baru nak umum ptg ni berita.kul 6.Sempat lg awk nak isi.Hihihi"

Alia, ini tak lawak. Kenapa perlu ada hihihi ? pasghah dan ghedho...

Maka, berpusu-pusu la rakyat marhaen memenuhkan tangki minyak kereta masing-masing pada malam itu.

Oh, saya terkecuali. Saya di rumah memikirkan apa hikmahnya yang bakal diterima. Macam yang saya bagitahu semalam, saya sudah berhenti kerja atas arahan suami. Bila jadi perkara macam ni, tetiba rasa aku tak patut berhenti kerja! Huuuu kesian encik suami. Malam tadi masa balik kerja muka dia macam risau je. Alamak. Ini bukan macam apa yang saya bayangkan. Ku sangka kan panas sampai ke petang... rupanya malam tu minyak naik harga...

Harga minyak naik, lepas ni harga barang pon naik. Dengar khabar tarif elektrik pon akan naik jugak. Em, cukai GST pon akan dilaksanakan? Ya Tuhan!

Darah ada macam naik tinggi jugak tadi malam. Darah tinggi naik, bukan naik darah.
Jangan pengsan, Adibah.
Bersabarlah.

Pasti ada rezeki yang Allah tetapkan untuk kamu, si kecil.

Wassalam.

Sunday, September 1, 2013

Kembali Mewarnai

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Apa khabar, blog? Sihat? Lama sungguh tak menconteng arang di muka kamu ye blog?
Rasanya sudah tiba masanya untukku kembali mewarnai arena blog tanah air. Yeay!

....................

Disebabkan ini adalah entry pembukaan untuk tahun ini, mari kita sama-sama mengimbas kembali biodata penulis blog yang perasan sibuk ini.

Nama : Nur Adibah.
Usia : Sweet 25.
Status : Berkahwin.
Nama Suami : Mohd Kamal.
Pendidikan : Sarjana Muda Perisian Grafik dan Multimedia, UTM.
Hobi : ............(takde yang spesifik,asalkan memenuhi masa terluang)
Cita-cita : Suri rumah yang berjaya, kaya dan bermaya.

Cukup sampai di sini saja perkenalan kita. Blog ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. *mengikut kelapangan dan kerajinan penulis.

O ya, hari ni hari pertama saya bergelar suri rumah. See? Cita-cita macam dah nak tercapai, kan? Mudah-mudahan....akan menjadi suri rumah yang berjaya,kaya dan bermaya. *makbulkan lah Ya Tuhan.

Ada sebabnya saya berhenti kerja. Ini juga atas arahan suami. Kita cerita lain kali OK?
InshaaAllah saya akan selalu update. Saya harap kawan-kawan saya yang selalu suruh update blog berpuas hati dengan janji manis ku ini. OK kawan-kawan, semoga sihat selalu, bahagia dan membahagiakan ya!

Wassalam.

Tuesday, October 16, 2012

'3 Hadiah'


Semalam try buat pavlova. Teringin sangat nak makan padahal tak pernah makan pon. Disebabkan keinginan + birthday si dia, maka saya pon memulakan pencarian resepi pavlova ini. Ok, resipi rujuk sini.

Ada cerita di sebalik pembakaran kek ni. Start buat jam 2 petang, nak makannya malam karang! uish,banyak masa lagi ni..senang je nak buat kek ni alahai..bajet pro! Bahan-bahan nak buat memang mudah ye puan-puan tapi nak buatnya alahai lagi la kacang! :P

Yang pertama, serius cantik gila kek saya. Dalam hati mesti suami puji-puji cantiknya kek Sayang..sedapnya kek Sayang! Namun, oven itu telah menghanguskan pavlova ku...mungkin suhu yang digunakan ialah jenis yang genggam bara api biar sampai jadi arang. Takpe, kau ingat haku ni jenis putus asa ke ha oven? Kau bukan saja telah membakar kek itu malah telah membakar semangat haku!

Jam sudah menunjukkan pukul 3.40 petang. Ok saya mengaku ada sikit gigil dalam hati. Sebab hati sangat kuat,dia tak terjejas sangat dengan ancaman masa. Boleh lagi ni, boleh. Lalu saya ulang semula proses sebelum pembakaran dengan harapan,jadi cantik macam yang pertama. Punyalah nampak sangat gelabah saya ni sampai asingkan putih telur dengan kuning telur pon hmmm .Oh, ada sikit je kuning telor termasuk dalam bekas mixer ni..takde pape kot..(punyalah sayang telur hahaha)

Sekali.....

Tolong faham ye apa yang berlaku. Tak nak cakap pasal perenggan di atas ni dah.

Next! Percubaan yang ke-3. Kan dah cakap tadi, saya tak cepat putus asa. Punyalah nak makan benda ni hahaha. Ok buat balik walaupon masa dah cemburu tahap masalah. Selawat banyak-banyak, doa mintak Ya Allah, tolong la bagi kek ni jadi..aku nak bagi suami aku makan,nak dia happy..

Dalam masa yang sama, kalau yang ni tak jadi jugak,kau pergi beli jelah kek kat kedai tu dibah. Habis cerita yang sedih sangat ni T______T

Namun, cerita sedih bertukar jadi gembira. Saya berjaya akhirnya dengan izinNya, untuk melihat benda yang hodoh itu bertukar menjadi pavlova yang lova lova! Alhamdulillah yeay!

 


Sumpah hodoh kalau tak letak whipped cream kat atas benda ni...

Malam itu, bukan saja suami happy, malah mertua dan adik ipar pon seronok! Em, saya agak je tapi harap-harap dorang pon happy macam saya jugak :)

And now, tak sabar nak tunggu 'mata' baru suami siap. Hadiah birthday untuk dia sebab jadi budak baik hahaha. Sayang, tolong ingat kenangan 15 Oktober 2012 ni ye. Priceless~~

Oh ye, semoga cepat sembuh :)
Demam pulak dia. Em, bukan sebab pavlova kan???

Monday, September 3, 2012

Ijab Qabul

2 Jun 2012, kami di ijab kabulkan di kediaman keluarga saya. Tiga bulan sudah menjadi isteri kepada seorang suami. Tiga bulan menjalani rutin hidup yang berbeza tapi awesome! Tak percaya? Kahwinlah kamu :)

Peristiwa itu masih terbayang. Di pagi yang indah itu, saya dibawa ke satu dunia fantasi yang selama ini menjadi pertanyaanku, bagaimanakah situasi dan keadaannya? Apakah perasaannya? Bagaimana aku melaluinya? Setelah dimekapkan oleh mak andam, daku menanti rombongan encik tunang dengan penuh sabar. Debaran di dada jangan cakaplah. Jadual pernikahan kami sepatutnya pada jam 11 pagi. Rombongan lelaki sampai jam 10.30 pagi. Tok kadi? Pukul 12.30 baru sampai hahaha. Bayangkan perasaan pengantin lelaki. Nervous semua dah hilang sebab tunggu tok kadi lama sangat. Rupanya, ramai sangat nikah hari tu dan kami merupakan pasangan yang terakhir. Takpelah asalkan semuanya selamat. Aku risau Tok kadi tak datang je. Tak ke naya?


Alhamdulillah, kami sah menjadi suami isteri jam 1 petang. Perasaan masih biasa. Macam tak percaya pon ada sebab peristiwa yang berlaku sangat pantas. Lepas sah, nanges tak? Erm, tak nanges tapi masa tadah tangan baca doa, adik ipar nanges pulak. So, aku pon ada rasa nak ternanges huhuhu.



Suami selesai solat sunat, upacara penyerahan mas kahwin beserta sebentuk cincin (untuk suami) dan seutas gelang tangan (untuk isteri) dijalankan. Fuhh, siapa pernah jadi pengantin je tahu apa yang kami lalui. Menjadi perhatian memang sukar. Bayangkan semua tertumpu pada anda siap dengan kamera masing-masing. Sudah la pula dipaksa melakukan aksi berpegangan tangan, berpelukan dan berkucupan di khalayak ramai. Malu tapi mahu hekhekhek.

Ringkasan pernikahan kami :

1. Sah hanya dengan sekali lafaz.
2. 7 hantaran berbalas 9.
3. Makanan dimasak dengan bantuan saudara mara. Menu yang menjadi pertanyaan tetamu malah keluarga mertua ialah rumpai laut. Bentuk macam suhun/meehun tapi sebenarnya rumpai laut. Sedap.
4. Majlis pernikahan diadakan di Kg. Alor Lintang, Besut, Terengganu.
5. Kos untuk pelamin, persalinan pengantin, mekap, hiasan meja pengantin dan hiasan bilik tidur hanyalah RM 2 ribu. Kalau kat KL? Pheww!
6. Mak andam bawa 4 pasang persalinan tapi pengantin hanya pakai 2 pasang. Sebab utama? Penat lalu pengantin surrender. Sayang betol..
7. OP pengantin ialah rakan sekelas di UTM, ZullZulkhairy. Harga kawan la kan hahaha. Dia sorang cover untuk satu majlis bagi aku, OK lah.
8. Majlis pernikahan dan kenduri diadakan serentak pada Sabtu yang damai itu.
9. Baju pernikahan adalah yang paling dicintai. Bukan hanya cantik bagi pengantin, ia juga adalah baju yang dibeli dan ditempah jahit sendiri oleh pengantin. Malah, ia juga dijadikan baju raya pada hari raya pertama kami sebagai suami isteri.




Tiga bulan yang indah, dan semoga terus indah hingga ke akhir nyawa.