Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, December 8, 2011

Motivasi Diri

Betapa unsur-unsur negatif telah menular dalam blog ini. Lantaran membaca entry yang ditaip sendiri oleh aku beberapa bulan yang lalu, membuatkan aku terfikir bahawa aku ini bukan insan yang hebat, bukan insan yang terbuka dan positif. Susah mahu menjadi positif, bukan?

Maafkan aku kerana meluahkan apa yang terbuku di hati ini dengan penuh kekecewaan. Keghairahan nak menulis sesuatu yang hebat membuak-buak. Tapi aku tidak hebat. Bagaimana ya? OK belum apa-apa lagi dah menyerah kalah.

Aku hebat. Aku baik. Aku bahagia dengan semua yang aku ada walaupun sebenarnya ia bukan milik aku. Ia milik Tuhanku. Terima kasih Ya Allah.

Friday, November 4, 2011

Buat Yang Tersayang

Apa kes la aku ni. Asal malam je emosi. Asal emosi je malam. Kadang-kadang siang pon emosi juga. Bagaimana bila hidup seorang kelak? Ditinggalkan emak dan adik-adik. Sudahlah ayah sudah tinggalkan aku. Kini ahli keluarga yang lain pulak. Tidak tahukah mereka yang aku ni gila sayang kat famili sendiri? Yelah, siapa yang tak sayang famili sendiri kan? Buktinya, alamat emel ada nama ayahku dan katalaluan pulak ada nama emakku. Bukankah comel? Terpancar kasih sayang aku pada emak dan ayah. Oh adik-adik juga.

Sejak ayah takde ni, aku selalu emo. Bila aku emo, orang sekeliling pasti merasa tempiasnya. Aku garang tahu. Dan sensitif juga. Kadang-kadang aku melampau. Emak, maafkan anakmu ini. Anakmu ini masih tak matang, buta; tak pandai menilai. Betul kata emak, aku belum layak kahwin lagi disebabkan perangai aku ini kerana dikhuatiri akan menjadi isteri derhaka(Nauzubillah mintak jauh sangat-sangat. Aku nak masuk syurga)

Emak, buat kali yang entah keberapa kali ntah, Nur mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki Nur. Halalkan makan minum Nur dan tolong la redha dengan Nur. Nur tahu banyaaaakkk sangat salah Nur kat mak. Nur pon tak tahu kenapa Nur jadi macam ni. Dalam pada Nur buat salah, dalam hati ni mesti terlintas; 'Adibah, kenapa dengan kau ni?' Istighfar banyak dalam hati ni. Nur bukan tak sayang mak tapi Nur tak pandai nak ekspresi kan sayang Nur tu. Lagi pula mak selalu dengan kesayangan mak; sampaikan bila Nur nak cerita, nak komunikasi je, pasti terbantut. Nur tahu mak kena patuh dengan dia tapi Nur ni anak mak. Walaupon Nur dah 23 tahun, Nur tetap anak yang masih perlukan perhatian daripada emaknya.

//Lap keyboard kejap. Airmata masin dah berjuraian atas keyboard
//Hembus hingus dulu.srrreeeeetttttttttt ah lega. Dah la lubang hidung aku kecik. Remaja berusia 23 tahun pon masih berhingus tahu. Ini nama dia remaja hingusan

Sambung balik.

Emak, Nur sayang mak sangat-sangat. Nur nak mak tahu yang Nur tak boleh hidup tanpa mak. Nur tak marah pun bila mak calarkan kereta Nur. Nur cool je. Mak yang gelabah hahaha comel gila. Gantirugi bila nak bayar? *gurau je

Mak nak tahu tak? Sebelum ni Nur tak perasan pun yang mak sangat cantik. Padahal kawan-kawan selalu puji yang mak cantik dan putih dan mereka ada bertanya

'Apehal muka kau tak sama dengan mak kau?'
'Sebab aku ikut muka ayah aku. Ayah aku hensem wa cakap lu..'

Pelik sangat bila kawan-kawan cakap mak cantik tapi dalam hati bangga ni walaupun tak tahu pun tang mana cantiknya mak aku ni haha. Sampai la baru-baru ni, bila dilihat dari atas bas (gila la aku duduk atas bas), dalam ramai-ramai manusia kat situ, maklah yang paling cantik sekali. Terus cakap kat Amin, cantiklah mak! (Patut la ramai yang minat - ni ayat tipu tapi betul)

Sumpah tak seronok sangat raya tahun ni. Raya yang terpaling worst sehingga menjana perangai yang sangat buruk terhadap mak. Ye Nur salah tapi harap sangat mak faham keadaan Nur masa tu. Baru dua minggu ayah pergi time tu, baru sangat. Sedih tahu. Lepas tu aaaahhh malas nak cerita la. Memang tragedi la raya tahun ni. Orang lain bergembira, aku pulak lari dari rumah. Biasalah, emosi tak stabil, sensitif pulak tu. Ditambah lagi dengan garangnya aku time tu. Aku memang taknak jumpa siapa-siapa. Bagi aku itu membebankan. Semacam mereka tidak faham dengan apa yang kami adik beradik sedang tempuhi. Hmm tapi terpaksa la juga membawa muka dan jiwa ini berkunjung ke rumah saudara-mara, jiran tetangga. Jiwa lara, muka blur. Otak aku tak dapat berfungsi dengan betul pada ketika itu. Orang cakap lain aku faham lain maka terjadilah komunikasi dua hala yang tak payah komunikasi pon takpe. Engkau faham tak ni? Engkau orang pasti tak faham.

Dalam keadaan genting begitu, secara tiba-tiba dimarahi emak yang kelam kabut sebab dapat panggilan daripada jiran;nak datang beraya kat rumah. Dengan keadaan rumah yang tidak berapa kemas tapi masih boleh dipuji, mak salahkan aku pulak. Kononnya aku tak tolong dia mengemas dan dituduh pemalas (padahal memang pon tapi time macam tu masih ada mood ke?) Selepas itu berlaku adegan mulut lepas oleh emak lalu aku tersentap! Oh aku sedih sangat masa tu sebab bagi aku itu doa sebab keluar daripada mulut wanita yang paling mulia dalam hidup aku. Aku tak boleh terima bila mak cakap macam tu. Sangat tak boleh. Lantas aku lari dari rumah dengan cara memandu kereta saga ku tanpa hala tuju. Sumpah takde hala tuju. Dengan perut lapar nya sebab aku tak makan pon hari tu tapi mak tahu ke? Ahh lupakan sajalah. 2 jam lepas itu mak pujuk aku suruh balik. Ye aku balik lepas tu sebab aku taknak keruhkan keadaan. Aku ini masih seorang anak dan mak masih seorang emak. Mak sangat berkuasa ke atas aku secara mutlak.

Aku ni pulak cepat lupa orangnya. Cepat sangat terpujuk, dalam erti kata lain, cepat sejuk (cepat marah juga). Malam kejadian, aku boleh pulak bergelak-gelak macam tiada apa yang terjadi petang itu. Aku perasan yang mak terasa dengan aku sebab bila aku cakap, dia macam merajuk. Ye aku salah lagi. Maafkan Nur, mak.

++Kejadian lari dari rumah ini berlaku di kampung belah emakku di Besut, Terengganu. (Sebab tu takde hala tuju kalau tak dah singgah Wangsa Walk dah hahaha tak lawak)

OK. Aku harap sangat mak baca entry aku ni hahaha. Entry yang tulus suci daripada aku yang bernama anak dengan ucapan, I LOVE YOU, MAK!!

I LOVE AYAH TOO. AL-FATIHAH. Rindu Ayah sangat-sangat. Tak boleh dengar lagu For The Rest of My Life nanti aku sedih. Lagu favourite Ayah.

Friday, October 21, 2011

Housemate. Anyone?

Serabut betul rasanya hidup sejak kebelakangan ni. Otak, emosi selalu tak menentu. Otak berfikir, emosi mentafsir. Sedih, pedih, marah, duka, ceria dan macam-macam perasaan bercampur baur, silih berganti. Sekarang, balik dari kerja masih ada mak dan adik beradik menanti di rumah. Kalau lapar, mak ada. Tapi tak lama je lagi mak dan adik adik nak pindah Terengganu. Tak boleh bayangkan macam mana balik rumah, takde orang sambut. Mesti sunyi sangat :(

Ajak Wani duduk sekali, segan katanya. Apelah yang nak disegankan. Aku pon tak paham. Ye, mungkin sebab jauh nak ulang alik dari Gombak-Putrajaya-Gombak setiap hari. Takpelah, aku faham. Takkan nak paksa kot kan. Aku selalu jugak fikir, macam mana nanti ni...Boleh ke aku duduk sorang-sorang, boleh ke aku itu-ini. Mak suruh kahwin tapi entah la. Kahwin? Tak perlulah berharap apa-apa. Kalau anak je yang semangat tapi parents macam tak support, lupakan jelah niat murni kau tu Dibah. Pintu hati tak buka lagi nak terima menantu. Tak tahulah samada tak berkenan atau tak bersedia. Redha je.

Dalam otak duk fikir macam macam ni, mesti teringat kat arwah ayah. Sedih sangat rasa. Sejak ayah pergi, sekali je aku pernah mimpi ayah. Walaupun sekali, dah buat aku rasa gembira sebab dalam mimpi tu ayah senyummmmm je. Pastu ayah lambai tangan kat aku and then ayah pergi. Seronok kan? and sedih :( Aku mimpi ayah masa lepas sahur. Kiranya masa azan subuh camtu. Sebelum sahur tu, aku ada wat solat Tahajjud. Tak sangka mimpi ayah lepas tu. Ayah, Nur rindu ayah sangat-sangat-sangat.

Sejak ayah takde, aku jarang keluar dating. Kalau keluar pon mesti bawak Adib or Amin. Aku takot segala perbuatan aku, ayah yang kena. Ye, memanglah aku takde pegang-pegang dengan dia tapi kalau jumpa je pon dah dosa dah. Aku taknak ayah terseksa dalam kubur disebabkan perbuatan aku. Sedangkan mak ayah ajar aku perlakuan yang baik-baik je. Kalau mesej pon dah kurang lagha-lagha semua T____T Harap aku akan terus istiqamah.

Esok nak balik kampung Jelebu. Nak tengok baby Pakcik and sekali harung bawak balik borang untuk Atok. Banyak lagi hal tak settle lagi pasal harta pusaka ayah. Rasa agak terbeban sebab aku anak sulung. Bukan senang jadi pemegang amanah untuk adik-adik walaupun takdelah banyak pun yang ayah tinggalkan. Susah kan jadi anak sulung ni?huhuhu..

Macam mana lah nanti adoiyai....(mengeluh je aku ni huh)

**Sedih ayah tak sempat merasa naik kereta aku. 2hari lepas ayah pergi baru dapat kereta. Perasaan? Takde! Tak happy. Blurr lagi adalah.

Wednesday, September 21, 2011

36 Hari Ditinggalkan Cinta

Makin lama makin malas update blog. Hari-hari pon menaip coding di office. Sebab itu mungkin jadi malas menaip di blog sendiri. Blog minta perhatian, aku tak bagi tumpuan. Banyak cerita, banyak kisah yang berlaku..

16 Ramadhan yang lalu, aku kehilangan seorang pembaca blogku yang setia. Beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Ayahku, Ahmad Saifuddin bin Mohd Yusof. Pemergian arwah secara mengejut sangat memberi tamparan buatku dan adik-adik. Aku jarang bercerita dengan ayah. Aku tak berapa rapat dengan ayah. Tapi sejak aku bekerja ni, aku yang selalu bersama ayah, berbanding adik-adik yang lain. Masa yang diluangkan dalam teksi ayah semasa menghantarku ke tempat kerja dan menjemputku pulang ke rumah, dihabiskan dengan cerita-cerita lama ayah. Tentang kerja dia di Telekom, pasal kerja adik-adiknya merangkap pakcik dan makcik ku, pasal anak-anak..macam-macamlah. Kadang-kadang hubungan aku dengan ayah OK, terkadang tak berapa OK. Itu yang aku kesalkan. Terasa betapa aku ni bukan anak yang baik. Selalu je melawan cakap ayah, memberontak ,mem-itu dan mem-ini. Aku sedar, aku bukan anak yang baik. Kalau boleh, aku nak tebus balik apa yang terjadi. Tapi mana mungkin bukan? Apa yang mampu aku lakukan sekarang, DOA. SEDEKAH. ITU SAJE. Semuanya buat arwah ayahku. Mudah-mudahan Allah terima doa dan sedekahku ini dan sampaikan kepada ayah di sana. Ameen...

Wednesday, July 20, 2011

Bilakah Mulanya Saya Bertudung?

Lamenye tak menulis kat blog ni..berhabuk bagai ni.kadang-kadang terpikir gak,untuk ape aku wat blog ni eh?Dahla banyak merepek haha. Actually baru lpas baca entry Kak Nadia pasal ‘Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung’. Best baca cerita orang lain kan? Aku pon ada cerita aku sendiri….

Zaman kanak-kanak dulu aku selalu pakai skirt and seluar pendek. Sampai darjah 3 ke darjah 4 (ntah,tak ingat) aku masih lagi pakai skirt tapi pergi sekolah pakai baju kurung,tak pakai pinafore. Nak buat macam mane kan, dah mak ayah yang belikan pakaian hehe. Dulu selalu merajuk dengan mak, taknak pakai seluar pendek bila keluar jalan-jalan or main-main dengan kawan sebab kawan aku takde pon yang pakai seluar pendek. Tapi rajuk tak kemane pon sebab memang takde seluar panjang pon. Terpaksa pakai seluar pendek jugak huhu. First time pakai tudung masa hari raya (umur 6 tahun). Masa tu takde tudung bawal, semua tudung jenis ikat-ikat bawah tu..memang pendek betol la. Siap pakai anak tudung manik-manik lagi haha. Rase cantik sangat la bila pakai camtu masa tu. Haa tula kali pertama dalam hidupku memakai tudung. Esok-esok pegi raya rumah orang lain, pakai skirt balik haha.


*Raya tahun 1994
Fesyen tudung zaman itu....nampak tak anak tudung manik-manik tu? :P


OK, start belajar mengaji masa darjah 1,tu pon dah lambat dah sebab kawan-kawan lain start ngaji masa tadika. Pergi mengaji, kenala pakai tudung kan. Time tu fesyen hujung tudung ikat belakang pastu sangkut kat tengkuk. Boleh bayangkan tak? Kadang-kadang, pusing-pusing gulung-gulung hujung tudung sampai ke atas, pastu letak atas kepala pastu ikat. Korang ingat tak fesyen ni?

Tudung pertama ke sekolah pulak masa hari kedua darjah 4. Masa akhir tahun darjah 3, dah janji dengan geng nak pakai tudung masa darjah 4. So, nanti ramai-ramai pakai tudung masa hari pertama persekolahan darjah 4. Bersemangat la aku ni duk remind mak aku supaya beli tudung. Mak cakap, mintak je tudung lama Kak Intan, anak jiran sebelah (aku taknak pakai tudung sekolah agama sebabnya kain dia kain getah tu..tak cantik..nak tudung yang budak sekolah menengah pakai haha). Akibat asyik bertangguh je, masa first day persekolahan, aku tak pakai tudung. Sampai je sekolah, tengok geng-geng pakai tudung. Alamak, aku rasa malu. Bukan malu sebab tak tutup aurat,tapi ntah nape malu. Yelah,budak-budak kan poyo sikit kan..kalau geng sendiri pakai atau ada sesuatau, kita pon nak jugak haha. Balik je sekolah, terus cakap kat mak, “nak pakai tudung jugak… nak jugak nak jugak!”. Mak pon pegi mintak kat jiran sebelah haha lawak betol. Esoknya, hari ke-2 persekolahan, aku pon pakai tudung…..Sejak tu, aku tak pernah buka tudung masa pergi sekolah walaupun ada geng yang on off dan ada jugak yang dah tak pakai terus. Pada aku, aku selesa dengan keadaan aku masa tu. Even memang la kalau keluar jalan-jalan dengan family still lagi tak bertudung tapi bila aku tengok mak aku bertudung, dalam diri ni ada rasa nak bertudung. Mak tak pernah suruh atau paksa aku pakai tudung. Itu kehendak aku sendiri sehinggalah satu hari….

-------

Satu hari, makcik saudara belah ayah ada kenduri kahwin. Kami sekeluarga bersiap-siap nak pergi kenduri kat Seremban. Time ni entah kenapa aku nak pakai tudung pulak. Bila sampai je kat rumah pengantin, aku nampak arwah Wan aku tengah tengok pengantin bersanding. Aku pon pergilah kat Wan, berdiri kat belakang dia. Kalau tak silap aku, time tu aku letak tangan kot kat bahu Wan, pastu Wan pandang. Aku senyum je. Wan balas senyuman aku and tengok pengantin bersanding balik. Aku pon buat macam biaselah kan. Sekali Wan aku toleh balik, tenung aku lama-lama and cakap, " Laaa Nur ke?? ingat siapelah tadi...Wan tak cam pulak bila pakai tudung..", Mati-mati aku ingatkan Wan cam aku..Rupenye die dok pikir, sapelah aweks cun yang suke-suke hati letak tangan atas bahu die tak bagi salam ni hahaha.


Sejak dari itulah, aku bertudung. Masa tu aku baru darjah 5. Pergi mana-mana pon dengan tudung taw. Bila tak pakai,rasa macam lain macam je. Pernah sekali tu, nak pergi kedai beli barang sikit. Nak pakai tudung tapi pikir malas plak sebab dekat je kedai tu tambah lagi time tu malam. So aku pikir takpelah, gelap-gelap ni mane ade orang nampak. Aku pon pergila kedai dengan adik. Baru berape langkah, dah terase lain macam. Aishh, tak sedap ati la tak pakai tudung ni..Gila laju aku jalan balik rumah. Tak tahu nak explain macam mana rasenye.. Malu...even tak terserempak dengan siapa-siapa pon waktu tu. Masa tu kalau tak silap, tingkatan 2 ke 3.


Itulah kisahnya.....sehainggalah sekarang, aku masih dengan tudung-tudungku dan moga aku akan terus istiqamah bersamanya Ameen..


Tuesday, May 10, 2011

Cerita Pasal Kerja Untuk Wani

Pada hari ini,genap seminggu aku disini. Di mana? Di tempat kerja lah,mana lagi! Disebabkan masih tidak diberikan tugasan, maka aku pon rasa teringin nak mengarang di blog kesayangan ramai ini (?) <-- sila muntah

Apa perasaan anda setelah bekerja ini?

Oh, rasa macam tidak percaya! Betul ke aku dah kerja ni? Betul ke? Macam tak percaya sedang melalui alam pekerjaan sekarang ini. Aku rasa diri ni macam budak-budak lagi ha ha ha. Tidak sedar diri punye olang!


Bagaimana hari pertama anda bekerja?


Em, pada hari pertama lagi aku sudah diberikan ruang bekerja sendiri, access card sendiri dan emel company sendiri. Bukankah bangga melihat jawatan sendiri pada access card? Namun dalam masa yang sama, perasaan takot pon ada juga. Mampukah aku memikul tanggungjawab ini? Layak kah aku? Macam mana kalau aku tak dapat laksanakan kerja dengan sebaiknya? Fuh, begitulah kata hati aku pada ketika itu.

Rama-rama berterbangan dalam perut saya. Itulah hari pertama.

Bukan itu saja, tekanan sangat menekan. Bayangkan jarak Gombak dengan Subang Jaya. Panjang mana? Panjang sungguh... Masa perjalanan pada hari pertama ke tempat kerja saja sudah lebih kurang 2 jam. Mau mood aku tak hilang? ha ha ha. Pastu dalam hati ; aku patot pergi Cyberjaya...aku patot pergi Cyberjaya.. (Hati merintih)
Kesimpulannya, hari pertama yang panjang.


Bagaimana hari kedua anda bekerja?

Hari kedua, guna laluan yang lain. Kali ni, perjalanan ke Subang Jaya ambil masa dalam 1 jam. Oh, tak syak lagi! Inilah jalan yang aku tunggu-tunggu selama ini! Terima kasih NKVE. Sekarang, Subang tu dekat je rasanya taw!


Apakah kenderaan yang anda naiki untuk ke tempat kerja?

Teksi!
Ye, teksi!
Teksi bapak aku. Ape nak heran? :D
Terima kasih bapak.


Pernah kerja lebih masa?

Pernah balik lewat padahal takde kerja pon. Saja tunjuk-tunjuk rajin. Sampai senior pon macam : eh, you tak balik lagi? : terkejot tengok aku ada lagi kat opis. Alah, takdelah lebih masa sangat pon. Lebih 15-20 minit je :P Bila senior cakap, you can leave now, lumah awak jauh, baru aku balik :P

Berlakon itu perlu :D



Apa yang best kat tempat kerja?

Em, takdelah best mana pon. Cuma kadang-kadang bila tengok bangunan Heitech Village tu, rasa macam tak percaya kerja kat sini + bangga la jugak. Memandangkan aku masih baru dan perwatakan fizikal aku nampak macam budak uni lagi, pak guard selalu tahan aku pastu tanya, tingkat berapa? Secara automatik aku jawab, tingkat 5 sambil tunjuk access card. Sekarang ni, aku akan pastikan access card digantung di batang leherku bagi mengelakkan pak guard banyak soal :P

Disebabkan jam time balik kerja, ayahku akan datang lambat sikit sebab gerak awal ke lambat ke, sama saja masanya sampai rumah. Sementara menunggu ayah sampai, haruslah bersiar-siar mencuci mata di Summit Subang. First time dalam hidup pergi Summit. Yelah, sebelah je dengan bangunan Heitech tu. Lunch pon selalu makan kat situ setakat ni. Pada aku, Summit tu, biase biaseee saje (nada David Teo)



OKlah, tu je kot nak cerita. Lama kelamaan, aku dah boleh sesuaikan diri dengan tempat ni. Apa yang pasti, aku harap ini adalah keputusan yang terbaik buatku. Aku terima ini sebagai perancangan Allah buat hambaNya. Mudah-mudahan aku dapat laksanakan kerja dengan cemerlang.

Ini adalah permulaan hidup.


*Entry ini ditaip secara berselang selang. Banyak masa yang diambil untuk menaip kerana penaip berlakon sibuk :P

Friday, April 29, 2011

Sebulan Selepas Graduasi

....Minggu ini adalah minggu yang penuh kesyukuran...Alhamdulillah :D

Perkara pertama : Aku sudah dapat kerja.

Perkara kedua : Bakal menerima kunjungan beberapa pihak.

Perkara ketiga : Bakal menghadiri kursus.

Sekarang bukan nak cerita pasal perkara kedua dan ketiga. Perkara pertama adalah yang terpaling penting sekali sekarang ini dan tentulah yang paling dinanti-nantikan selain perkara kedua dan ketiga :P

Tapi kan,walaupon aku seronok dengan perkara pertama, dalam masa yang sama, aku rasa bersalah jugak. Antara kepentingan diri dan persahabatan. Kadang-kadang kita perlu pentingkan diri jugak, bukan? Maafkan aku teman. Namun, aku mengharapkan yang engkau akan join company tu jugak sama dengan aku. Aku harap sangat ko pegi interview tu. Dan aku doakan ko dapat kerja ni so kita boleh berangan lagi macam masa kita dapat kerja kat company Cyberjaya dua hari yang lalu. Di sini, aku ingin pujuk ko sekali lagi. Antara sebab yang ko patut terima company kat Subang adalah ; Gaji lagi tinggi, company stabil, permanent, banyak benefit contohnya nak beli kereta, rumah pon senang. Walaupon kita sangat berbangga dengan company kat Cyberjaya, namun aku masih merasakan yang kat Subang lebih baik. Oh ye, yang paling penting, kat Subang ada aku :D

Adakah engkau masih berbangga lagi dengan company yang dimiliki oleh orang putih itu? Ye aku tahu itu company antarabangsa tapi bila memikirkan yang kita ni masih fresh, adalah lebih baik menimba ilmu dengan company yang sudah stabil dan ramai pekerja senior yang boleh dijadikan tempat untuk bertanya. Sudahlah company Cyberjaya itu masih baru di Malaysia ini, kita ni first batch pulak tu. Nak tanya kat siapa nanti kalau tak tahu buat? Lagi pula kita di sana hanya kontrak selama setahun. Entah selepas itu menjadi pekerja tetap atau tidak.

Walau apa pon Wani, aku terima segala keputusan ko. Aku pon mengharapkan yang terbaik untuk ko. Ko dah dapat peluang ni, so kalau boleh janganlah lepaskan ye ;)

Dunia ini betol betol pelik lah. Masa aku duk tertunggu-tunggu dapat kerja, takde satu pon menjengah. Bila dah dapat satu offer, tiba-tiba datang plak offer lain dan kena buat pilihan pulak tu. Nasib baik dua company je kalau banyak? Eceh.

Buat kesekian kalinya, aku nak mintak maaf lagi kat ko, Wani.(plz pergi interview tu ye)



Monday, April 18, 2011

Macam Mana Nak Kurus Macam Dulu-dulu?


Hoyehh..topik kita pada hari ini ye kawan-kawan adalah, 'Macam mana nak kurus macam dulu-dulu?' --padahal takdelah kurus mana pon. tembam jugak cuma takdelah macam sekarang ni haaa...

Nak tengok aku yang dulu?



Ni pulak gambar kat Teknik Gombak masa form 4. Aku pakai baju hitam ye.


Ni pulak masa form 5. Aku kat belah kanan sekali. Putih macam tepong gomak, bukan? Masa ni zaman pakai temulawak. Boleh dikatakan, satu dorm tu pakai temulawak ni taw. Memang lawak la. Akibatnye, aku selalu dicop sebagai 'budak yang pegi sekolah pakai mekap' oleh budak-budak lelaki dalam kelas aku. Padahal aku pakai bedak talkum je. Yelah, nak buat cmne kan, dah memang cantik semulajadi (tolong la jangan perasan)

OK, berbalik kepada topik yang kita bincangkan hari ni, macam mana nak kurus macam dulu-dulu??? Pleaseeeee la bagi cadangan


Yang memerlukan bantuan,

ADIBAH

Thursday, April 14, 2011

Rawak

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Dalam hati berkobar-kobar nak tulis dalam blog tapi bila dah sampai rumah, on laptop, pap! terus takde mood nak menaip. Antara perkara rawak yang berlaku adalah ; seorang pekerja part-time yang masih hingusan memberanikan diri memberi cadangan kepada tuan kedai secara direct iaitu berhadapan dengan beliau. Pada mulanya cadangan tersebut macam tak boleh diterima pakai namun tuan kedai mengakui kebijaksaan pekerja part-time hingusan tersebut dan akhirnya cadangan tersebut diterima dan digunakan! Ada can naik pangkat jadi pengurus tak? (Perasan)

Perkara rawak lain; Balik kerja, aku dan mak singgah di butik pakaian sebab mak nak beli baju nikah(?). Keluar je daripada kereta, ternampak pasangan India naik motor menjerit. Rupanya kena ragut. Terkejut kejap tengok adegan yang tak menjadi tu. Pakcik India tu berhenti betol-betol dekat kereta mak aku. Nasib baik makcik tu tak jatuh dan peragut tu pon tak dapat rantai emas makcik tu. Kesian makcik tu abes luka leher dia. Pakai smart naik motor, meragut ghopenye?? Apa nak jadi la dorang ni..takde kesedaran sivik. Mungkin dulu matapelajran sivik tak diajar kat sekolah. Sekarang subjek sivik dah ada, so harapnya generasi akan datang tebal la sikit kesedaran sivik dorang tu ye. Tetibe plak aku ni hoh

Perkara rawak lain ; Isnin yang lalu-lalu, aku ditugaskan untuk menjemput adikku iaitu Adib, balik dari sekolah. Tahu jelah kan, petang-petang jalan jem macam mane. Orang balik kerja lagi, amek anak balik sekolah lagi. Aduhai... Aku yang punya lesen 'P' ini pon gelabah pegi tunggu awal-awal kat depan sekolah sebab takot jem. Adib kuar sekolah je, terus bawak kete dengan penuh hati-hati. Cuak. Banyak sangat kereta. Dah la jalan kat Sri Gombak tu berbukuit-bukuau (tumpang lalu David Teo). Boleh bayang tak gelabah aku macam mana?HA HA HA. Dengan tekad yang teguh, sampailah aku di depan pagar rumah. Nampak kereta kat depan, aku nak masuk parking ni haa. Aku sangkakan yang diri ini dah expert masuk parking dalam rumah, rupenya masih tak brape reti nak bajet( sebenarnya stereng tak abeh pusing + masuk parking laju sangat :P ). Masa masuk tu macam OK. Sekali amek kau! Langgar pagar umah ish ish ish. Terkejut beruk Adib. Dia pon ingatkan lepas... Malu weiii HA HA HA. Jiran ramai kat luar woo.. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, lebih baik langgar pagar rumah sendiri daripada langgar pagar rumah orang lain, kan? Apa-apa pon, pagar tersebut masih elok cuma kemek sikit la. Housing signal belah kiri pulak hancus berderai. Malam itu, aku tak boleh tidur sebab rasa macam LOSER dan USELESS gile. Siap bersumpah lepas ni nak beli kereta auto padahal takde kaitan pon HA HA HA HA HA HA HA HA HA

OK cukup la sampai disini saja cerita rawak. Akhir kata, mari kita cuci mata dengan gambar-gambar rawak yang di ambil semasa Wana dan Ilya balik cuti. Kami berjimba kat Wangsa Walk and then pergi main layang-layang kat Taman Metropolitan, Kepong. Zull, jangan jeles OK :P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
..

Alaaaaaaaaaaaaa. Takleh upload la. Mesti taknak bagi Zull jeles ni. Takpe-takpe, next entry la ye (InsyaAllah)..

Selamat Malam.
ZzzzZzzzZzzzZzzzZ...Krooh krooh~


Thursday, March 31, 2011

Graduan Akhirnya!

Waaahhhh macam tak percaya je dah konvo! Rasa tak puas la. Ahad lepas rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je rasa taw. Nak luangkan masa dengan famili dan dalam masa yang sama, nak berkumpul dengan kawan-kawan jugak. Sekali, terlepas sesi bergambar dengan coursemate depan Bangunan Canselori T___T

Hidup mesti diteruskan.

Khamis lalu, aku dan Wani bergerak menuju UTM puncak letaknya. Hanya kami berdua di dalam sebuah kereta mewah milik kakak Wani. Sudah la kereta itu besar, selesa, mahal dan sejuk. Aku dah menggigil-gigil, si Wani pulak duk cakap panasss, panasss. Tak paham aku. Oh ye, merasa la aku bawak kereta atas highway he he he. Auto. Tekan minyak dengan brek je. Senang :P

Tempat pertama yang kami jejakkan kaki sesampainya di Skudai adalah Jusco, Taman U. Ikin dan Nadia tunggu di situ. Apa lagi, terus pergi mendapatkan CoolBlog. Nikmat gila lah. Punyelah jauh nak dapatkan CoolBlog ni, macam kat KL ni takde pulak kan ha ha ha. Then, kami berempat ke Pesta Konvo sebab Ikin dan Nadia tak makan lagi. Aku dan Wani dah makan nasi ayam kat R&R Pagoh so takdelah lapar sangat. namun, disebabkan Wani yang asyek-asyek panasss,panasss; kami pon pergi kat Taman U balik. Pekena nasi ayam penyet :D Mantap!

Malam tu kat rumah Ikin, budak-budak ni plan baik punya. Nak pergi situlah, sinilah. Aku memang dah tak larat sangat sebab tidur 2 jam je malam sebelum tu. Last-last, aku tidur. Lantak korang la nak plan macam mane pon. Aku on je. Esoknya, apa yang dorang plan tak jadi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hmmm aku dah kata dah, jangan plan kang tak jadi ha ha ha. Lepas amek jubah konvo, petang tu kami ber-photoshoot kat kawasan istana Johor. Petang tu jugak, Shak sampai dari Seremban. Malamnya pulak, makan steambot dengan Apak & famili. Semua tong-tong duit belanja famili Apak sebab selama ni Apak selalu belanja kami :D

Mari lihat hasil yang berjaya ditangkap semasa di kawasan istana.


Gambar haruslah dimulakan dengan muka perempuan yang cantik (cakap cantik 40 kali)

Perempuan-perempuan cantik

Perempuan cantik yang rakus dan perempuan cantik yang lemas

Perempuan cantik yang bajet cantik

//Gambar hasil rembatan di FB Wani

Sabtu yang damai. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Desaru. Dalam hati, ada rasa bimbang. Takot tsunami hu hu tapi tawakal je. Sampai je sana, ombak memang kuat betul la Masya-Allah! Takot woo.. Tunggu lama jugak la nak turun main air. Aku tak main air eh. Pakai baju kurung kot. Lagipon aku tak suke sangat mandi pantai. Kalau air terjun atau sungai, aku OK :) Dahtu sapa yang main air? haaaa...adelah ha ha. Orang yang mula-mula bersungguh-sungguh kata tak dapat datang konvo sebab ada kursus. Memang dia ada kursus pon, setiap minggu plak tu dan kursus yang sangat penting. Apa-apa pon aku kene la faham kan. Bukan sengaja taknak datang. Alih-alih, ada kat Skudai. Ehh??? mula-mula tak dapat terima sebab dah redha sangat dah yang dia tak dapat datang ha ha. Akhirnya, terpaksalah aku menerima hakikat yang manusia itu ada di muka bumi UTM ini. :D Jadi, beliaulah yang main air sorang-sorang. 15 minit je pon sebab aku tengok ombak yang dah sedia kuat tu menjadi semakin ganas secara tiba-tiba. Terus aku panggil dia naik. Dah macam mak orang pulak berkelakuan begitu. Lantak lah, asalkan kami selamat daripada ombak yang ganas itu ha ha (suke pikir bukan-bukan)

Ahad yang best. Tengahari tu dah round satu UTM sebab cari famili. Sampai nanges-nages la aku ni haa ha ha macam budak-budak. Memang betul-betul jadi la apa yang aku nak iaitu ; Masa konvo, aku nak nanges!

Huh, bukan nanges sebab segala penat lelah selama ni terbalas tapi nanges sebab penat jalan kaki cari famili ha ha ha. Miscommunication. T_________T

OK, layan gambar konvo pulak :D

Sebelum masuk dewan

Semasa dalam dewan

Bersama Sabrina lepas majlis selesai

//gambar hasil rembatan dari FB teman-teman

Ni baru gambar daripada official photographer. Tak sangka ada OP sendiri masa konvo. Hal ini berlaku secara tiba-tiba. Thanks Ilya!


Gambar haruslah dimulakan dengan memeluk OP kiteww!*gediksss

Mommy ku sayang. OK lah. Emakku sayang :D

One happy family at home. Tapi tak lengkap sebab tak cukup 2 orang.

Gambar kegemaranku. Kalau lagi 2 orang ada, mesti lagi cantik :D

Oh ye, bunga adalah hasil pemberian famili, Ilya&Wana dan TYB. Thanks! Suke-suke!

Parents. Kejayaan ini untuk anda.

Daddy. Waliku kelak. *tetibe

Mak comel sangat

Em, comel la jugak :P

Ni Sumpah comel! :D

Si Wana yang vogue. Susah-susah je datang :D Thanks sebab bagi tumpang bilik untuk semalaman.

Fly high! InsyaAllah :)

Selama 3 tahun setengah bertungkus-lumus. Hasil dah dapat cuma belum dituai lagi. Cepat-cepat la dapat kerja, ameen!

Akhirnya, GRAD ON TIME!
Alhamdulillah.




Saturday, March 19, 2011

Anggur Baru Nak Berbuah

BUSY KERJA. PART TIME KAT KEDAI BUKU SERI GOMBAK.
....DEMI SESUAP NASI AYAM PENYET...MASA KONVO NANTI :D

Banyak nak cerita tapi nanti dulu ye. Sakit kepala pulak. Esok ke lusa ke kalau sempat boleh tulis berjela-jela untuk sesiapa yang sudi baca. Yang tak sudi, boleh la main jauh-jauh, tak pon pegi baca buku. Hamboi, mentang-mentang kerja kat kedai buku, suruh orang baca buku ye. Dahtu,takkan nak suruh dorang pegi photostat, binding mahupon check stock? Ini sama macam kerja aku kat kedai buku tu je? Em, ada siapa-siapa mahu jadi cashier?

.........

p/s : Wani, terimalah alasan aku dah lama tak ON YM. Harap plan kita khamis ni masih ON.

p/s/s : Tudung sudah banyak laku ka???

Sekian, terima kasih.


Wednesday, March 9, 2011

Gerenti Beres!

Segala kerja berkaitan konvo sudah gerenti beres!

Sudah bayar yuran
Sudah print segala borang
Belum sudah hantar maklumat kajian pengesanan pelajar. Esok baru sudah hantar guna pos laju (lebih selamat dan dijamin sampai.....esok)

Apa yang belum sudah??

-Baju untuk hari konvo. Tak tahu nak beli baju baru atau pakai je apa yang ada :D

-Duit untuk perbelanjaan di Johor nanti terutama sekali duit nak hilangkan keinginan makanan yang sedap-sedap kat sana macam ayam penyet pinang, roti tisu, mee kari, ayam penyet pinang, coolblog, sotong goreng pak ali, nasi lemak agus, ayam penyet pinang dan ayam penyet pinang! Gile craving kat ayam penyet ha ha ha sedih.

-
-
-

Tu je kot? OK tu je.

Baiklah,selamat malam. Mahu habiskan nonton cerita jepun, mei-chan no shitsuji.

Saturday, March 5, 2011

Mimpi Kahwin...

...dengan Yusry KRU

Apehal la pulak mimpi kawen Yusry KRU padahal tak pernah minat pon dengan dia. Em tapi tak nafikan macam best la mimpi aku tu semalam ha ha ha. Aku hanya mimpi part basuh pinggan mangkuk dengan dia je kiranya baru selesai kenduri la kot. Norman pon ada tapi bukan Norman Hakim OK. Norman KRU la abang Yusry ha ha kesian dia kena buli dengan mak aku. Mak aku suruh buat itulah, buat inilah. Muka pasrah je dia. Sampai sekarang bila pikir-pikir, aku masih tak faham macam mana boleh mimpi sampai sebegitu rupa.HEH.

Hari ini aku di rumah macam biasalah, menguruskan kerja-kerja rumah yang sampai bila-bila pon takkan selesai. Pagi, masak nasi goreng untuk Adib. Amin pulak ke sekolah, ada latihan nasyid. Mak meniaga kat Kepong. Sepatotnya aku ikot mak meniaga hari ni, tapi disebabkan Amin ada latihan kat sekolah, kenalah duduk rumah jaga Adib. Kalau tidak, sape pulak nak bagi makan kat dia. Adib kuat betol makan sekarang ni. Ada can jadi macam kami semua ha ha.

Hari ni Atok, Pakteh and Along datang rumah. Lama tak jumpa Atok. Atok tanya, dah kerja belom, bila konvo dan macam-macam lagilah. Aku serba salah pulak nak ajak Atok pergi konvo aku. Bukan apa, takot tak muat kereta je tapi kalau dia nak ikot, pandai-pandailah plan nanti. Yelah, mungkin Atok pon teringin nak tengok cucu sulung dia naik pentas kan sebab aku yang pertama dalam keluarga. Atok tak merasa tengok ayah, pak-pak sedara dan mak usu pegang ijazah. Masa nak balik tadi, Atok hulur duit kat kami adik beradik.HAISH, malu pulak aku. Patotnya aku yang bagi dia duit ha ha. Takpelah, belom rezeki lagi.

Tadi sementara tunggu Atok, Pakteh dan Along sampai, aku basuh gelas yang mak keluarkan dari tempat persembunyian. Masa nak terak (camni ke ejaan dia?) gelas tu, terlepas plak dari tangan aku sebab licin. Aku cuba tangkap dan berjaya. Berjaya mendapatkan luka sepanjang 1inci dan tak tahulah sedalam mana. Aduh! Yang pastinya, memang banyak gila darah kau tahu tak! Lama jugak nak bagi itu darah stop. Kebas dan lenguh. Tu yang aku rasa sampai sekarang ni. Agaknya terpotong urat ke salur darah ke aku tak tahulah.

Nak tengok? Tak perlulah kot. Scary i tell u.

Tadi dok godek-godek FB. Sekali ternampak video klip munajat cinta. Best lirik lagu ni kan. Aku suka part yang ni :

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya....

OK teringat kat Wani pulak dah. Dia suka sangat mainkan lagu ni kalau buat kerja.

Selalu sangat teringat kat kawan-kawan sekarang ni. Diorang ingat tak kat aku? Ingat kat Alia, Ikin, Nadia, Wana, Ilya, Shak, Farah, Zul, Aimi (senang cerita budak SCV la)...dan ramai lagi la.
Rasa macam nak buat entry khas untuk diorang :D

OKlah, mau tidur sudah.
Selamat malam sayang...

p/s : Tidak dilupakan, rindu pada Dato' K.


Tuesday, March 1, 2011

Di Sebalik Lagu 'Doa Seorang Kekasih'

Doa Seorang Kekasih

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


......................


Allahu Akbar...Lagu ataupon doa ni kalau didengar berkali-kali pon takkan jemu. Bila kita selalu ucapkan dibibir, mudah-mudahan dimakbulkan oleh Allah. Sebenarnya lagu atau doa ni mempunyai kisah disebaliknya...


Dulu, aku ni peminat setia kumpulan inteam. Aku tak tahu kenapa aku minat sangat-sangat ha ha. Walaupon pada masa tu ramai jugak yang tak suka lagu-lagu hits yang dorang nyanyikan adalah lagu bertemakan cinta, aku punya hujah tersendiri. Bagi aku, apa salahnya muzik nasyid dimasukkan elemen sedemikian kan. Itukan lumrah alam. Sebenarnya, mereka-mereka yang tak suka tu, bukan beli pon album inteam kan. Dalam album tu banyak lagi lagu-lagu dakwah dan bukan hanya cinta kepada manusia.


Oleh sebab terlalu minat, aku join forum sahabat hijjaz. Kat forum tu ada banyak topik yang dibincangkan contohnya berkaitan wanita, petua, tazkirah dan macam-macam lagilah. Masa aku tingkatan dua (tahun 2002), aku post doa seorang kekasih (masa tu aku letak tajuk dia 'doa buat kekasih') kat ruangan wanita. Dalam masa tiga hari lepas tu, aku dapat emel daripada Abg Faizal Osman. Dia mintak izin nak amik doa tu dan buat lagu. Bayangkanlah punya seronoknya aku kan ha ha! Masa tu, aku harap sangat-sangat biar lagu tu inteam yang nyanyi :P


Agak lama la aku tunggu lagu tu keluar. Mula-mula aku ingatkan lagu 'Nur Kasih' tu lah lagunya. Sebab lagu tu pon doa jugak kan tapi aku pelik la kenapa pendek je padahal panjang kot doa yang aku bagi tu. Dalam tahun 2004, barulah keluar lagu / doa ni. Masa tu aku dah tingkatan empat dah! Lama betol la tunggu lagu ni keluar tapi tak kesahlah kan asalkan inteam yang nyanyi :D


Kalau korang yang beli kaset inteam '04 dan baca kat bawah lirik lagu ni, mesti korang akan perasan yang description dia macam ni :


Lagu : Abai Os

Lirik gubahan semula : Abai Os


Nampak? Secara keseluruhannya, lirik tu tak banyak sangat perubahannya. Kalau beli CD, tak tulis pulak lirik gubahan semula tu. Aku tak pasti la sampai sekarang ni masih macam tu ke tak cetakannya. Rasanya cetakan awal je kot yang tulis 'lirik gubahan semula' tu.


Sekarang, bila aku ingat-ingat balik, rasa macam rugi pulak aku tak mintak royalti ha ha ha. Kalau nak bangkitkan perkara ni pon, aku takde bukti sebabnya emel lama aku dah tak guna - kalau tak,boleh la tunjuk bukti emel Abg Faizal Hijjaz pastu claim royalti he he. Apa-apa pon, aku takkan lupakan kenangan ni. Walaupon tak dapat royalti, aku hanya harap sesiapa yang dengar lagu ni dan amalkan doa ni, aku pon turut kena tempiasnya. Boleh jugak buat saham kat akhirat nanti :D


OK pergi baca doa ni sekarang!


Jom beli tudung kat sini



Sunday, February 27, 2011

Sedetik Lebih Selepas Dapat Lesen

Saya suka lagu ni tapi tak suka Anuar Zain :D

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


Lagu ni sangat sesuai untuk melayan perasaan. Ya, hanya melayan perasaan. Jangan mengharap apa-apa.


------------


Sejak lulus ujian memandu Selasa lalu, aku tak rasa excited pon. Biasa je rasanya. Selalunya orang baru dapat lesen ni kan tak sabar-sabar nak lenjan kereta mak bapak sendiri tapi aku tak pulak. Kecut mungkin. Heh, memang pon ha ha. Tapi apa-apa pon, syukur Alhamdulillah pass ujian memandu ritu. Fuhh, nasib baik tak kena ulang ke apa. Kesian jugak kat budak lain yang aku jumpa kat sana, kali kedua test pon tak lepas jugak. Kesian sey. Syukur sangat-sangat la aku lepas. Kalu tak, tak pasal-pasal je membazir kan nanti. Terima kasih abang dan kakak JPJ yang baik! Mak aku cakap, susah nak dapat JPJ baik. Memang rezeki aku la.. :D


Khamis lepas hantar Mak dengan Adib kat Greenwood sebab dorang nak balik Terengganu. Bayangkan aku kecut perut wey. Kejap-kejap pegi toilet ha ha. Mak aku heart attack masa aku drive. Gila la kaki dia plak duk gerak-gerak konon-konon tekan brek. Heh. Percayalah sikit pada anakmu ini wahai emakku!


OK, pada sesiapa yang pernah lalu dan kenal sangat Greenwood tu, anda memang tahu la kan macam mana jalan dia. Sesak, kenderaan berat-berat sokmo kat situ. Manelah mak aku tak sakit jantung ha ha. Tula nak aku hantar lagi kan..Alhamdulillah semuanya selamat. Nothing happened. Masa ni rasa seronok gila kau! Siap berangan lagi nak pegi lunch dengan Dato' K (ha ha ha ha)


Dengan konfidennya aku mesej Dato' K, ajak makan sekali kalau aku ade kekutan nak drive. Agak lama jugak mengumpul kekuatan itu. Siap boleh sauna lagi kau ha ha (OK, aku beli sauna pants Rabu lepas. Faham-faham la nak konvo kan :P) Lepas tu, terus decide, pegi! sebab lapar gile wey. Tak makan dari pagi.


Maka, dengan penuh tekad, aku pon memandulah kereta milik emakku itu sampai ke Giant Batu Caves. OK ni pon jalan dia advanture jugak tahu. Kalau tak tahu, pergi cuba sendiri tengok. Tapi kalu anda dah expert memandu, tak payah la kan. Ni untuk beginner macam aku je ha ha. Tak aci OK kalu korang main auto ni. Aku main kereta manual je ha ha ha T______T


Disingkatkan cerita, lunch lah kami berdua di KFC. Akhirnya, dapat gak lunch dengan Dato' K sama-sama. First time OK sejak dia kerja padahal nak setahun dah dia kerja kat kawasan situ T_____T Better late than never kan :D pandai-pandai je aku ni :))


Bagi aku, ni kejayaan la. Drive sorang-sorang kat tempat yang sesak, kereta laju-laju belaka. Fuhh. Mencabar OK tapi sangat puas! Tak sia-sia bak kata mak aku ha ha. Mak ingat Nur ni lembap sangat ke T_____T


Pencapaian demi pencapaian.


Semalam (Sabtu), hantar Amin ke sekolah. Then ke petrol pam, isi minyak. Biasalah kan, typical beginner driver - takot minyak habis tengah jalan. Janganlah gelak! Dah kat situ meter dia macam nak cecah tanah dah. Aku ni kan biasalah cepat gelabah. Pass isi minyak yeay! Balik rumah dengan hati yang sudah tidak risau lagi :D


Sampai-sampai depan rumah, ingat nak park depan umah je. Pastu Cik Ros (jiran selang 2buah rumah), tanya,nak bukak pagar ke? Aku jawab la takpe, park sini je. Dia kata, belajar la masuk parking dalam pagar. Cik Man (jirang sebelah rumah) pon ada jugak masa tu - ada ke dia ingat aku pegi jual tudung ha ha. Berbekalkan semangat daripada Cik Ros dan Cik Man, aku pon cuba la. Alhamdulillah, berjaya! Macam tak percaya kau! ha ha ha. Terima kasih Cik Ros dan Cik Man :D


Kesimpulannya, kalau kita nak mahir memandu ni, kita kenelah berani, konfiden dan yang paling penting sekali, selalu praktis supaya mudah ingat steps yang cikgu memandu kita ajar. Bila dah selalu drive, lama-lama mudah je. Betol tak? Bak kata mak aku, brek je kalu apa-apa :))


Itu saja cerita minggu ini. Kesian, terima kasih.

:D


Macam biasa, silalah melawat blogshop saya : NUR FASHION STYLE



Tuesday, February 22, 2011

22 Februari 2011

Tarikh : 22 Februari 2011
Perkara : Lulus ujian memandu

OK tu je nak tulis :D

meh meh beli tudung kat Nur Fashion Style!

Monday, February 14, 2011

Mari Beli Tudung Cantik @ My Blogshop!

Mari mari mari mari! Beli beli beli beli!
Tudung tudung tudung tudung! Cantik cantik cantik cantik!

Salam & Hi semua!

Ye ye dah lama tak update I tahu itu ha ha. Dah la tak update pastu soh orang beli tudung cantik pulak dia ni,kata anda di dalam hati. Jangan la begitu,biaselah orang bisnes yang busy kan ha ha ha. Macam la korang kesah I update blog ke tak kan =.=

OK lah,nak bagitahu ni haaaaa

I dah ada blogshop taw taw. Macam biasa untuk kawan-kawan yang dah lama kenal I, mestilah I jual tudung. Bukan tudung periuk atau tudung saji. Tapi ni tudung ekspress nama dia :P

Contoh tudung adalah seperti berikut :




Tudung Syria nama dia :D


Tudung Batu (?)



Tudung thai silk corak


Tudung paddlepop + labuh + cantik!

Ok cukup sudah.

Nak cuci-cuci mata,boleh pegi blogshop I ye :D



Happy Shopping dan Salam Maulidur Rasul! :D
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Monday, January 31, 2011

Cahaya Yang Berpengetahuan Dan Berpengalaman

11 hari sudah berlalu sejak 20 januari 2011 yang lalu...

Apa yang berlaku pada hari itu? :)

23 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Di malam yang hening, kedengaran tangisan seorang bayi yang baru pertama kali menjengah dunia. Bayi comel itu diberi nama Nur Adibah yang bermaksud 'cahaya yang berpengetahuan dan berpengalaman'. Besar harapan ayah emak apabila memberikan nama itu kepada bayi tersebut.

sobs sobs sobs..isk touching la plak :P

OK. Dalam erti kata lain, 11 hari yang lalu adalah hari jadiku :) Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang untuk menghirup udara segar ciptaan yang Maha Esa dan dapat menghabiskan masa bersama keluarga setelah berhempas pulas menyelesaikan pengajian :)

HEAVEN!!

Sekarang.
Masih di rumah. Merancang untuk menjalankan perniagaan, insyaAllah. Tapi masih dalam dilema sama ada nak buat itu atau nak buat ini. Tidak tahu lagi macam mana. Bincang-bincang dengan emak. Dapat greenlight. Tapi kadang-kadang orang lama ni kejap dia OK nanti kejap lagi dia TAK OK pulak. Pening kepalaku dibuatnya. Langkah pertama harus ku ambil. Tapi bagaimana?? Ooh Allah, berikan aku jalan.

Surat daripada UTM dah sampai beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah, segala penat lelah bakal diiktiraf tidak lama lagi. Senat dengan berbesar hati menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua (Tinggi). Seronok bila baca surat tu. Dalam keluarga belah ayah, aku orang pertama bakal dapat ijazah. Tak sangka sebenarnya dah habis belajar ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya tapi percayalahh...kasihmu lama tersulam..eh eh ternyanyi pulak I. Biaselah, excited lebih :D

Konvo nanti nak pakai baju ape eh??Cant wait!

p/s : Nak bunga besar dan banyak ye! :D

Entry tamat tanpa perenggan penutup. Macam tergantung sikit la entry ni hu hu.

Wednesday, January 19, 2011

TEST TEST TEST

fuuhh~~penatnya!

Baru balik daripada DUA interview. Amboi tamaknya haku ha ha ha. Bukan tamak, tapi mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah..kalau takde, tak mengape..

Interview kali ni memang mencabar sungguh!

Ade TEST ok~~ha ha dahla tak prepare ape-ape kan. Tula, main-main lagi kau ye ha ha. Prepare sebenarnya tapi tak la prepare macam nak pegi exam kan. Gitu-gitu je~~

Company pertama, kat Kajang. Not bad la environment dia. Nampak la suasana kerja tu kan. Interviewer baik, laki bangsa cina. Sampai-sampai je kene isi form la kan macam biasa pastu bagi resume kat die. Test kat company ni mencabar gak la sebab test coding kot. Sumpah LUPE! ha ha ha. Main bantai je jawab tadi. Sejam kemudian, interviewer ni datang balik nak check jawapan. SUMPAH malu! sebab jawap macam ntah pape je ha ha. Pastu die kate sebenarnye company tu sedang mencari programmer untuk .NET. Laa..aku mane reti ha ha. Tak pernah gune lagi. Katanya, its OK if you have ZERO knowledge about .NET but you have to learn if I give you this job. Auww~~

Tapi tapi tapi kannnn

Macam takde harapan je ha ha ha. Pengalaman kan :P

Company kedua, kat PJ. Sesampainya aku di depan bangunan ni, memang cuak la. Takot sebab nampak gah sangat ha ha. Nak naik lif pon kene ade Pass Card barula bleh tekan floor ape.Perghh hebat tak hebat? Aku orang pertama sampai. Pastu macam biaselah, isi form. Boring la. Ntah bile la nak isi form kawen aku pon tak tahu (?) HA HA HA HA HA

OK sila serius.

Lepas isi form, sampai lagi sorang candidates. Perempuan melayu. Akak ni dah pernah kerja sebelum ni, kire adelah pengalaman kan nak dibandingkan dengan aku yang zero ni haaa. Tanpa disangka-sangka, kat sini pon ade test jugak. Buat la aku dengan kusyuknye ha ha. Masa tengah buat tu, datang sorang lagi mamat cina. Dia datang lambat, siap dulu test daripada kitorang ni ish ish. Hebat gile kau ni mamat cine!

Tapi tapi tapi kannn

Sayang seribu kali sayang. Mamat cine tu tak lepas jawab test tu ha ha ha. Samelah aku pon ha ha ha. Akak tu pin same ha ha ha. Kesimpulannya, tiga-tiga tak payah la proceed to next level ye. Sila tinggalkan bangunan ini sekarang juga :P

----------

Itulah kisah sedikit sebanyak apa yang berlaku padaku hari ni. Kisah di ambang ulang tahun ewah! Macam poyo sangat bunyi nye!

Thanks to my daddy yang menjadi pemandu untukku sehari suntuk. Interview punye pasal. OK takde lesen kan biaselah ha ha.

:: Dalam perjalanan balik ke rumah, lalu la Batu Caves pastu ternampak suatu lembaga yang dikalungkan bunga pada lehernya. Apekah lembaga itu? Besar kot..Same besar dengan patung warna emas kat Batu Caves tu ish ish. Nasib baik tak jem tadi fuhh~

::Nak taw gambar ape? haa ini klu nya. 1MALAYSIA :)

Wednesday, January 12, 2011

Jasa Yang Perlu Di Balas

25 hari menjalani hidup sebagai seorang penganggur berjaya.

Hati ni dah tak sabar-sabar nak kerja. Rasa macam lama sangat dah duk kat rumah ni. Padahal sebelum ni bukan main lagi nak berehat kat rumah lama-lama,puas-puas pastu baru gi kerja hehe (berlagak macam anak orang kaya kau ye!). Selain membesarkan apa yang sudah sedia besar, menonton TV dan memenuhi masa lapangku yang bagai tiada nilainya, aktivitiku di rumah adalah mencari peluang pekerjaan lah.

Semalam sudah habis aku belek-belek kerja kosong kat jobstreet. Semua kerja berkaitan programming melibatkan C++ dan C# aku mohon. Kalau bahasa lain, aku abaikan hu hu. Bukan ape, aku pon tak tahulah kenapa aku tak minat buat web, php, html dan blablabla. Sebelum ni ada interview company buat web, memang takde perasaan la pegi interview tu. Pergi sebab nak amek pengalaman je sebab sebelum ni tak pernah lagi pegi mane-mane interview. Lagi satu, kalu tak pegi kang mak aku marah ha ha ha.

Tapi memang banyak jugak la yang aku belajar masa interview tu. Nasib baik pegi. Pikir panjang jugak sama ada nak ke tak kerja situ, tp bila pikir-pikir balik, better aku cari kerja yang aku minat. Barulah ada semangat nak bekerja kan. Walaupun memang aku akui la susah kot hu hu. Takpe, tak cube tak tahu kan. Esoknya pulak terus aku tulis balik resume, betolkan apa yang patut biar bagi jelas dan dengan penuh tekad, mohon kerja yang berkaitan C++ dan C#.

Alhamdulillah.

Setakat ni ada respons dari company kat PJ dan Cyberjaya. Tengoklah nanti, ade rezeki tak ke mana semua tu kan. Doa jelah banyak-banyak.

Harapnya, semua akan berjalan lancar. Nak bayar duit pinjaman belajar lagi ni haa hu hu. Ai, muda-muda lagi dah terlibat dengan hutang-piutang ni. Silap haribulan boleh bankrap. Nauzubillah~~

Semoga dikuatkan hati ini dan dipermudahkan perjalanan hidupku. Banyak jasa yang perlu dibalas. Banyak hati yang perlu dijaga. Banyak perut yang perlu diberi makan. Banyak memang banyak.

Sunday, January 9, 2011

Tolong Ingatkan Aku

OK sila jangan marah ye ANA RAFALI menang. Best ape lagu ni. Hayatilah lirik nye...

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

//Best kan? macam doraemon kan siap ade penyeluk saku.
OK bye nak tido.esok ade interview

Saturday, January 8, 2011

Nak Duit Nak Kawen

Oh...dalam dilema!

Nak keje ke nak jadi usahawan.ececeh.

Baik buruk kerja as a 'programmer' :-
1. gaji banyak
2. kene pandai solve problem (otak kene ligat)
3. tension yang banyaaaaakk
4. macam takde life sangat

Baik buruk berniaga :-
1. kalu usaha lebih wang pon banyak masyukk
2. kerja dari rumah
3. tak tension sangat 'kot' :P
4. takde office hour coz im da boss (ha ha ha)

hahh mane satu ni ye..kang aku sambung masters kang haa. em,master? trauma lagi ah hu hu.


Sunday, January 2, 2011

Menjaga Budak Lelaki Kacak Di Rumah

Salam~~

Permulaan tahun baru yang sangat emmm tak tahu ha ha ha. Di rumah sekarang ini menjaga budak lelaki kacak. Kesian kene 'ciken pok' la plak. Habis sudah tidak kacak :D

Persembahkan.....

Muaz!
OK memang tak tau name penuh budak kacak ini.Maaflah

Sepatutnya budak sekecil ini diletakkan di bawah jagaan taska namun malangnya tidak boleh berbuat begitu kerana nanti boleh mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak kacak dan jelita yang lain. Oleh yang demikian, marilah hantar budak ini ke rumah yang terdapat kakak yang baik lagi budiman,dalam erti kata lain,masih tiada pekerjaan dan menganggur di awal tahun yeay!

Siapakah kakak itu?
.
.
.
.
.
.
.

lagi mau tanya kah? T_________T

Untuk pengetahuan,kakak ini sedang mencari kerja dan menunggu diri ini dipelawa untuk ditemuduga. Sesiapa mau mencari pekerja,boleh lah menghubungi kakak yang baik ini.TQ


Happy New Year 2011!
:D