Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad
Showing posts with label grad. Show all posts
Showing posts with label grad. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Graduan Akhirnya!

Waaahhhh macam tak percaya je dah konvo! Rasa tak puas la. Ahad lepas rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je rasa taw. Nak luangkan masa dengan famili dan dalam masa yang sama, nak berkumpul dengan kawan-kawan jugak. Sekali, terlepas sesi bergambar dengan coursemate depan Bangunan Canselori T___T

Hidup mesti diteruskan.

Khamis lalu, aku dan Wani bergerak menuju UTM puncak letaknya. Hanya kami berdua di dalam sebuah kereta mewah milik kakak Wani. Sudah la kereta itu besar, selesa, mahal dan sejuk. Aku dah menggigil-gigil, si Wani pulak duk cakap panasss, panasss. Tak paham aku. Oh ye, merasa la aku bawak kereta atas highway he he he. Auto. Tekan minyak dengan brek je. Senang :P

Tempat pertama yang kami jejakkan kaki sesampainya di Skudai adalah Jusco, Taman U. Ikin dan Nadia tunggu di situ. Apa lagi, terus pergi mendapatkan CoolBlog. Nikmat gila lah. Punyelah jauh nak dapatkan CoolBlog ni, macam kat KL ni takde pulak kan ha ha ha. Then, kami berempat ke Pesta Konvo sebab Ikin dan Nadia tak makan lagi. Aku dan Wani dah makan nasi ayam kat R&R Pagoh so takdelah lapar sangat. namun, disebabkan Wani yang asyek-asyek panasss,panasss; kami pon pergi kat Taman U balik. Pekena nasi ayam penyet :D Mantap!

Malam tu kat rumah Ikin, budak-budak ni plan baik punya. Nak pergi situlah, sinilah. Aku memang dah tak larat sangat sebab tidur 2 jam je malam sebelum tu. Last-last, aku tidur. Lantak korang la nak plan macam mane pon. Aku on je. Esoknya, apa yang dorang plan tak jadi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hmmm aku dah kata dah, jangan plan kang tak jadi ha ha ha. Lepas amek jubah konvo, petang tu kami ber-photoshoot kat kawasan istana Johor. Petang tu jugak, Shak sampai dari Seremban. Malamnya pulak, makan steambot dengan Apak & famili. Semua tong-tong duit belanja famili Apak sebab selama ni Apak selalu belanja kami :D

Mari lihat hasil yang berjaya ditangkap semasa di kawasan istana.


Gambar haruslah dimulakan dengan muka perempuan yang cantik (cakap cantik 40 kali)

Perempuan-perempuan cantik

Perempuan cantik yang rakus dan perempuan cantik yang lemas

Perempuan cantik yang bajet cantik

//Gambar hasil rembatan di FB Wani

Sabtu yang damai. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Desaru. Dalam hati, ada rasa bimbang. Takot tsunami hu hu tapi tawakal je. Sampai je sana, ombak memang kuat betul la Masya-Allah! Takot woo.. Tunggu lama jugak la nak turun main air. Aku tak main air eh. Pakai baju kurung kot. Lagipon aku tak suke sangat mandi pantai. Kalau air terjun atau sungai, aku OK :) Dahtu sapa yang main air? haaaa...adelah ha ha. Orang yang mula-mula bersungguh-sungguh kata tak dapat datang konvo sebab ada kursus. Memang dia ada kursus pon, setiap minggu plak tu dan kursus yang sangat penting. Apa-apa pon aku kene la faham kan. Bukan sengaja taknak datang. Alih-alih, ada kat Skudai. Ehh??? mula-mula tak dapat terima sebab dah redha sangat dah yang dia tak dapat datang ha ha. Akhirnya, terpaksalah aku menerima hakikat yang manusia itu ada di muka bumi UTM ini. :D Jadi, beliaulah yang main air sorang-sorang. 15 minit je pon sebab aku tengok ombak yang dah sedia kuat tu menjadi semakin ganas secara tiba-tiba. Terus aku panggil dia naik. Dah macam mak orang pulak berkelakuan begitu. Lantak lah, asalkan kami selamat daripada ombak yang ganas itu ha ha (suke pikir bukan-bukan)

Ahad yang best. Tengahari tu dah round satu UTM sebab cari famili. Sampai nanges-nages la aku ni haa ha ha macam budak-budak. Memang betul-betul jadi la apa yang aku nak iaitu ; Masa konvo, aku nak nanges!

Huh, bukan nanges sebab segala penat lelah selama ni terbalas tapi nanges sebab penat jalan kaki cari famili ha ha ha. Miscommunication. T_________T

OK, layan gambar konvo pulak :D

Sebelum masuk dewan

Semasa dalam dewan

Bersama Sabrina lepas majlis selesai

//gambar hasil rembatan dari FB teman-teman

Ni baru gambar daripada official photographer. Tak sangka ada OP sendiri masa konvo. Hal ini berlaku secara tiba-tiba. Thanks Ilya!


Gambar haruslah dimulakan dengan memeluk OP kiteww!*gediksss

Mommy ku sayang. OK lah. Emakku sayang :D

One happy family at home. Tapi tak lengkap sebab tak cukup 2 orang.

Gambar kegemaranku. Kalau lagi 2 orang ada, mesti lagi cantik :D

Oh ye, bunga adalah hasil pemberian famili, Ilya&Wana dan TYB. Thanks! Suke-suke!

Parents. Kejayaan ini untuk anda.

Daddy. Waliku kelak. *tetibe

Mak comel sangat

Em, comel la jugak :P

Ni Sumpah comel! :D

Si Wana yang vogue. Susah-susah je datang :D Thanks sebab bagi tumpang bilik untuk semalaman.

Fly high! InsyaAllah :)

Selama 3 tahun setengah bertungkus-lumus. Hasil dah dapat cuma belum dituai lagi. Cepat-cepat la dapat kerja, ameen!

Akhirnya, GRAD ON TIME!
Alhamdulillah.




Wednesday, March 9, 2011

Gerenti Beres!

Segala kerja berkaitan konvo sudah gerenti beres!

Sudah bayar yuran
Sudah print segala borang
Belum sudah hantar maklumat kajian pengesanan pelajar. Esok baru sudah hantar guna pos laju (lebih selamat dan dijamin sampai.....esok)

Apa yang belum sudah??

-Baju untuk hari konvo. Tak tahu nak beli baju baru atau pakai je apa yang ada :D

-Duit untuk perbelanjaan di Johor nanti terutama sekali duit nak hilangkan keinginan makanan yang sedap-sedap kat sana macam ayam penyet pinang, roti tisu, mee kari, ayam penyet pinang, coolblog, sotong goreng pak ali, nasi lemak agus, ayam penyet pinang dan ayam penyet pinang! Gile craving kat ayam penyet ha ha ha sedih.

-
-
-

Tu je kot? OK tu je.

Baiklah,selamat malam. Mahu habiskan nonton cerita jepun, mei-chan no shitsuji.

Monday, January 31, 2011

Cahaya Yang Berpengetahuan Dan Berpengalaman

11 hari sudah berlalu sejak 20 januari 2011 yang lalu...

Apa yang berlaku pada hari itu? :)

23 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Di malam yang hening, kedengaran tangisan seorang bayi yang baru pertama kali menjengah dunia. Bayi comel itu diberi nama Nur Adibah yang bermaksud 'cahaya yang berpengetahuan dan berpengalaman'. Besar harapan ayah emak apabila memberikan nama itu kepada bayi tersebut.

sobs sobs sobs..isk touching la plak :P

OK. Dalam erti kata lain, 11 hari yang lalu adalah hari jadiku :) Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang untuk menghirup udara segar ciptaan yang Maha Esa dan dapat menghabiskan masa bersama keluarga setelah berhempas pulas menyelesaikan pengajian :)

HEAVEN!!

Sekarang.
Masih di rumah. Merancang untuk menjalankan perniagaan, insyaAllah. Tapi masih dalam dilema sama ada nak buat itu atau nak buat ini. Tidak tahu lagi macam mana. Bincang-bincang dengan emak. Dapat greenlight. Tapi kadang-kadang orang lama ni kejap dia OK nanti kejap lagi dia TAK OK pulak. Pening kepalaku dibuatnya. Langkah pertama harus ku ambil. Tapi bagaimana?? Ooh Allah, berikan aku jalan.

Surat daripada UTM dah sampai beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah, segala penat lelah bakal diiktiraf tidak lama lagi. Senat dengan berbesar hati menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua (Tinggi). Seronok bila baca surat tu. Dalam keluarga belah ayah, aku orang pertama bakal dapat ijazah. Tak sangka sebenarnya dah habis belajar ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya tapi percayalahh...kasihmu lama tersulam..eh eh ternyanyi pulak I. Biaselah, excited lebih :D

Konvo nanti nak pakai baju ape eh??Cant wait!

p/s : Nak bunga besar dan banyak ye! :D

Entry tamat tanpa perenggan penutup. Macam tergantung sikit la entry ni hu hu.

Friday, December 17, 2010

Percayalah PadaNya

17 Disember 2010 <--Tarikh keramat.

Hari kemenangan. Hari kesyukuran.

Selamat sudah tesis ku dihantar.Terima kasih penyelia dan kawan2 yang banyak beri bantuan dan sokongan. Kita semua saling sokong menyokong. Inilah yang aku suke dengan budak2 kelas ni. Takde sifat pentingkan diri. Saling mendoakan yang terbaik buat semua. Alhamdulillah. Serius sayang 4SCV



Inilah benda yang susah sangat nak buat. Banyak betul dugaan nak lepas ni haa..tapi takpe, ni semua dugaan kot he he. Alhamdulillah, dapat lalui semuanya dengan baik dan lancar. Sistem pon OK. Terima kasih Ayie :)

Serius aku nak nanges mase konvo nanti! Alia pon nampaknye nak join kite nanges, Wani!ha ha ha ha meh la join meh meh

Em, macam tak percaye je dah hantar. Bile teringat balik, penilai utama siap suruh aku extend lagi tapi dengan tegasnye aku cakap, 'saya nak grad',perghhh..padahal hati dah berderai dah time tuh. Memang serius gila la penilai utama soh extend. Pantang betol la aku ha ha ha. Puan cabar saya neyy ha ha ha. Takpe puan, saya cube dulu,kalu tak boleh jugak,baru saya extend.

Agaknye aku ni kene wat keje dalam situasi yang sangat2 mendesak kot. Kene work under pressure la konon ha ha. Pressure yang mmg takleh nak pikir sampai mintak tolong Ayie ha ha. Tumpang lalu Ayie.

Dah sape soh ko wat bende yang orang jarang buat?
Takpe,pengalaman kan.

Tahniah buat diri sendiri, Alia, Farah Nab, Ah dan Zakwan.
Buat Aisyah dan Efa, chaiyok2! Korang boleh punye!

p/s : lepas ni dah boleh KAWEN eh silap KEJE la ha ha ha (tapi rase macam tak puas berehat la)