Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Wednesday, June 30, 2010

Countdown

Cemburu melihat kebahagiaan orang lain...

ye,saya taw tak baik berfikir macam tu kan?

nak tulis blog pon takde idea sebab hidup yang tidak berapa best.Setiap hari serabai saja duduk di rumah.Semangat kan dah hilang.Harap naik sem baru nanti,semangat kembali bertakhta di hati.ceh,macam lagu Farahdhiya.Karaoke lagu ni memang feeling habis woooo.

Saya mengaku memang saya tak banyak kawan kat kawasan perumahan ni.Saya rasa mereka tak berapa suka berkawan dengan saya (bukan semua lah).Apa yang saya dah buat?saya pon tak tahu.Ini bukan reka cerita ye tapi memang saya tahu ada yang tak suka kat saya.Takpelah,saya tak kesah sangat pon sebab aku bukan rapat pon dengan kau.Sekelas masa sekolah pon tak pernah.Pastu tetibe cakap tak suka kat aku aik???macam la dia kenal saya ni macam mana.Dia tak tahu tu,berkawan dengan saya sangat best walla walla bimbeng!

Walaupon saya tak ramai kawan kat sini,tapi saya ada ramai kawan baik kat sekolah,matrik dan UTM.Dorang semua best!

Tapi dorang semua duduk jauh-jauh belaka.Saya ni pulak jenis tak berapa suka keluar rumah kecuali bila datang mood keluar jalan-jalan,habis lahhh..meroyan tak tahu nak keluar berfoya-foya dengan siapa.heh.

Lebih kurang 2minggu lagi nak mula sem baru dan insyaAllah sem yang terakhir buat saya dan kawan-kawan di UTM.Perasaan malas masih berlegar-legar tapi dalam masa yang sama,saya juga rasa seronok sebab nak jumpa kawan-kawan..happy-happy dengan dorang..kalau boleh,tak nak sedih-sedih...

.................................
.........................
...............
.........
....

Percubaan untuk upload gambar kawan-kawan bersuka ria tidak berjaya kerana masalah yang tidak dapat dikenalpasti.Harap maklum.

Buat kawan-kawanku yang membaca blog ni,semoga hubungan kita semua kekal sampai bila-bila dan kenangan bersama korang akan aku ingat sampai bila-bila.


Lots of love,

Adibah


Tuesday, June 22, 2010

Bahagian Masing-masing

Sejak 5 Jun 2010,otak saya ligat berfikir macam Ahli Fiqir.Ye,saya fikir macam-macam tahu.Apa yang saya fikirkan tu semuanya melibatkan masa depan,keluarga,pelajaran dan orang-orang tersayang.Ada masanya saya malas nak fikir sebab bukan semua yang kita fikirkan tu akan terjadi.Bila otak berfikir,secara automatiknya kita juga sedang merancang (meneka) masa depan yang kita tak tahu keadaannya.Manusia mestilah merancang sebab nakkan masa depan yang lebih baik kan.Begitu juga saya.Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang macam-macam masalah.Saya pernah terfikir nak extend tapi saya taknak!Saya nak grad on time.

Tapi saya tak tahu lah,dengan masalah yang melanda sekarang ni,adakah saya mampu untuk buat PSM2 dengan jayanya?Masalah ni takkan mempengaruhi prestasi sayakah?Mampukah?

Memang banyak sangat persoalan dalm kepala otak ni.Otak saya sentiasa ligat berfikir.

Bila masalah melanda,kita dah takde semangat nak buat apa pon.Saya perasan sangat perubahan dalam diri saya sekarang ni.Masih ingatkah anda pada seorang surirumah yang dulunya seorang software developer?Surirumah berjaya itu adalah saya tapi sekarang tak berapa nak berjaya dah.Sejak 5 Jun lalu,saya dah fail cuci pinggan lepas bangun tidur.Saya juga dah fail masak lauk untuk adik-adik.Saya dah fail kemas rumah,sapu rumah,cuci jamban apa sume.Semuanya sebab semangat dah hilang.Bukan saya saja bahkan emak juga begitu.Rumah tidak berapa teratur sejak hari itu.Nasib baik sangat ada yang memahami.

Sekarang ni,kami semua hanya berharap agar semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.Ye,Allah itukan Maha Mengetahui.Dia pasti ada perancangan yang lebih baik buat kami semua.Apa yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa,mengharapkan yang terbaik dan yang termampu kami tanggung.

Kesimpulannya,hidup di dunia ini bukan mudah.Bagi anda yang mempunyai kehidupan yang sangat lancar perjalanannya,nikmatilah ia dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan.Setiap manusia ada bahagian masing-masing.

Buat keluargaku,kasih sayang Allah itu luas.


Sunday, June 20, 2010

Someone Care

.........

Kadang-kadang saya mengaku yang saya ni memang berfikiran singkat sikit.Kadang-kadang hati ni main suka-suka je nak wat ape.Tak berapa nak rasional sangat.Mudah terpengaruh pastu pressure sebab tak tahu mane satu betul mane satu salah.

Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi bimbing dan betulkan balik diri saya ni.

Bila jadi macam ni,rase macam ya Allah,nape aku ni?rase macam sangat sangat menyusahkan orang lain.Im so sorry my dear and thanks for everything.Ye, walaupon dia cakap yang saya ni tak menyusahkan tapi still jugak rase serba salah dan saya promise dengan diri saya yang saya takkan buat keputusan yang melulu macam tu.Nasib baik saya belum bertindak lagi huhu.

..........

Semalam saya ke Pelabuhan Klang.

Rase macam nak jalan-jalan kat kawasan pantai,bau air laut yang masin tapi kat KL ni mane lah nak cari pantai kan.Saya ni pulak bukannya ada duit atau dalam erti kata lain,tidak berkemampuan dari segi kewangan nak pegi PD atau ke mana-manalah yang ada pantai.Tapi someone telah merealisasikan impian (?) saya walaupon tak dapat berjalan-jalan atas pasir di tepi pantai,takpelah kan.Dapat jugak tengok lautan.Ade kapal-kapal lagi.Nasib baik tak naik kapal pegi Indon ke Siam ke Batam ke kan kan.Nasib baik.

Bagi orang yang tiada kenderaan ni,pengangkutan awamlah yang jadi pilihan.Naik bas sampai ke KL pastu dari stesen Komuter Bank Negara,beli tiket terus ke stesen Pelabuhan Klang.Sangat mencabar perjalanan kami ni.Perjalanan yang nekad,penuh dengan semangat dan tekad.

Perjalanan daripada Bank Negara ke Port Klang ambil masa dalam sejam setengah.Masa tu pulak dah pukul 5.15 ptg so macam ragu-ragu sikit samada nak teruskan plan atau buat plan B.Masalah datang lagi bila plan B tak dapat dihasilkan sebab masing-masing blurrrr hehehehe.Tu yang nekad sungguh untuk teruskan perjalanan walau apa pon yang terjadi.Lantak lah sampai rumah pukul berapa pon.Buat pertama kalinya saya keluar bersama selain famili sampai malam.Inilah padahnya bila hati tak tenteram,tak seimbang.Semuanya dilakukan dengan penuh berani dan tanpa rasa bersalah sedikit pon.

Tak dapat dibayangkan macam mana tenangnya hati ni bila dapat tengok laut.Dengan bau air masinnya yaAllah rindu Terengganu.Raya tahun ni nak balik Terengganu la pastu setiap hari nak pegi pantai wah wah best!Biarlah hitam pon tidak peduli.Dah saya memang hitam pon kan?

--------

Ini antara kenangan yang paling bermakna dan pastinya akan sentiasa dalam ingatan.Saya tahu ada yang sayangkan saya dan sanggup buat apa saja untuk buat saya gembira dan tersenyum riang.Segala pengorbanan akan sentiasa saya ingat dan kalau saya mampu,saya pasti akan membalasnya insyaAllah.

Disebalik dugaan yang Allah turunkan,ade manis yang boleh kita kenang.Walaupon dalam masa yang singkat,tapi ianya mampu mengembalikan kembali semangat yang hampir hilang.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi,itulah pesanan dia.





Wednesday, June 9, 2010

Letaklah Tajuk Sendiri

Awal tahun 2010 memang menyeronokkan.Sebab ape?

Sebab menjalani hidup sebagai pelajar tapi macam tak belajar.Yelah,kan praktikal selama 4 setengah bulan di Bukit Jalil.Ok,bukan lah tak belajar langsung.Time praktikal pon belajar jugak ye.Apa yang saya maksudkan adalah tak payah pegi kelas,duduk dalam kuliah,duduk dalam makmal,pegi PSZ (pegi library?perghh).Time praktikal ni kita tak belajar teori dah.Kita praktikkan apa yang kita belajar sebelum ni dan juga kita belajar sesuatu yang baru contohnya macam AR.Belajar suasana bekerja dan juga belajar macam mane nak berkomunikasi dengan staff lain walaupon staffnye 2 orang je pon hehe.Nasihat saya,tak perlu melatah apabila anda diperlekehkan oleh staff lain yang sebenarnye junior anda (sebab I keje kat sini dulu!).erk,ape aku merepek ni? :))

Ok,sambung cerita.

Jadi,bila macam tu,macam tak belajar lah kan.Tiada assignment,tiada kuiz,tiada projek.Tiada pembentangan.Tiada stay up malam-malam siapkan assignment yang dateline nye esok padahal dah berbulan lecturer bagi hehe.Itulah SCV batch 01 ye,harap maklum.Oh ye,sem ini juga tiada peperiksaan yeay! Sangat menyeronokkan bukan?

Lepas je abes praktikal,duduk rumah menjadi surirumah.Sangat kasihan.Jawatan SOFTWARE DEVELOPER yang dipegang sebelum ini telah bertukar kepada SURIRUMAH PART-TIME tapi macam FULL-TIME.Tapi tidak mengapa,inikan pengalaman.Saya sedang belajar ni.Praktis lah katakan.Kalau ade rezeki dan jodoh,jadilah kenyataan kan kan.erk,ape aku merepek lagi ni?? Abaikan ye.Ini symptom penyakit yang tak dapat dikenalpasti.Harap maaf.

Sebulan dah saya duduk rumah.Dah puas berehat dan main masak-masak.Sebenarnya dalam kepala ni sibuk duk fikir pasal PSM2.Ya Allah,tak gerak ape-ape lagi ni! Hai dibah,ko nak grad on time ke tak nak?huhu.Saya takde mood lagi la nak tengok PSM tu.Niat tu ada tapi ish ish tak tahulah kenapa tak tertengok-tengok jugak.Risau jugak ni. Kawan-kawan lain ade yang dah start??

Hmmm..keriangan tahun 2010 hanya pada 6 bulan pertama.Harapnya hujung tahun ni akan ada sinar kejayaan.Ameen!

Saturday, June 5, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Hati Yang Amin Sakiti

Ku hanya bisa menyatakan apa yang ku rasa…

Eceh.maaf jika sumbang.Lagu Rossa ni takde kaitan pon dengan aku (buat masa sekarang lah).Harap sampai bile bile pon memang janganlah ada kaitan.Harap sangat-sangat.Sekian,TQ.

Sekarang berkumandang pula lagu Akim,Inilah Cinta.Tak tahu lah sejak bila entah aku layan lagu ni.Takpe,layan saje.Macam best jugak kan.Oh,Amin suke tiru gaya rambut si Akim ni.Die ingat hensem la kot.Takpe,layan saje walaupon macam poyo hehehehe.Amin,Happy belated birthday!

Semalam birthday Amin.Aku hanya mampu hantar mesej mengucapkan selamat bla bla bla bla.Itu saja yang mampu buat masa sekarang.Buat masa akan datang,insyaAllah la akan ade perkembangan yang lebih positif contohnya memberi hadiah,bawak bersiar-siar atau pon belanja makan.Sekarang sengkek lagi takde pendapatan kan..Dah kate surirumah,mane nak datang pendapatannya?pendapat boleh la nak bagi.Harap Amin faham :D

Amin, aku tetap sayang kan kau walaupun....

...kau suke merajuk.Cakap sikit merajuk,cakap sikit merajuk.Tak tahulah sebab apa tapi takpe,kau tetap adik aku.Mungkin ade kaitan dengan hormon [?] ataupun keturunan.haip,haip!

...kau suke lawan balik cakap aku dan Mak dan Ayah dan Mamat dan Aus dan Adib.Kadang-kadang rase macam nak sepak je mulut kau tu tapi takpe,sabar sabar.perghhh,ganas kan aku?

..bile makan kau suke tak tinggal sikit untuk orang lain.Wah,berselera sungguh bila hang makan.Kalau nampak lauk tu sikit,kau pon habiskan terus ye.Tak de pon nak tanye dulu ada tak sape-sape yang belum makan lagi ke..ape ke..kau cekik sorang sorang.Takpelah,aku faham..kau kan selalu penat?

info : tagline Amin adalah "penat laa..."

...kau selalu buat aku ulang bende yang sama setiap hari.Contoh :

-lepas balik dari sekolah,ko akan mandi dengan Adib pastu wat bising kat dalam toilet tu.ish! dah la time maghrib boleh plak gurau2 dalam toilet tu.Orang cakap 10 ribu kali pon kau buat deeeekk je.Setiap kali nak mandi,aku kene ingtkan jangan bising,jangan bising!,mandi cepat!,mandi cepat! dan hasilnya...........................tetap sama.Ya Allah,beri kan aku kesabaran.

...kau selalu dengki dengan kitorang.Bile kitorang balik cuti sem atau cuti sekolah,kau pon tibe-tibe bertukar menjadi malas secara mendadak.Tak boleh Mak mintak tolong sikit,mesti dengki dengan kitorang sebab Mak tak suruh adik beradik yang lain wat keje.hahaha.Tulah,sape suruh time lahir dulu kuar ikut saluran yang salah?Kitorang sume normal. (tak de kaitan =p)

...selalu jugak tak puas hati bila tak dapat barang yang diminta.Orang lain senang-senang je dapat sebabnya yang lain duk asrama,memang lah kene beli barang-barang tu sume kan selain dibuat stok di masa kecemasan.Bila tak dapat,merajukkkk...Tulah,orang soh sekolah asrama tak nak.Kan sudah rugi??wakakaka


Ahhhh..banyak la lagi kalu nak list kan semuanya.Tak larat dah nak taip dan pikir.


Amin,jadilah matang sikit ye.Aku tengok Areep dengan Azim matang je tapi apesal kau macam budak budak lagi?Bukan aku je yang cakap camtu,kawan-kawan aku pon cakap camtu gak.Mak pon cakap macam tu.Cik Aya pon cakap macam tu.Mak Cik Angah pon cakap macam tu.Semualah cakap macam tu.Kesimpulannya,kau memang tak matang lagi.


Kalau Amin gaduh dengan Adib,hmmm...Amin nak jugak menang.Gaya tak macam abang langsung! tapi takpe,kami tetap sayangkan kau =)


Hebat lah tajuk di atas.Tajuk lagu Rossa + Amin = Rosak.


Tuesday, June 1, 2010

Mampukah Aku?

………………….

Tak tahu nak mulakan bagaimana.

Rase mahu menangis sahaja sekarang ini.

Tak boleh tahan dah,memang dah menangis.

Crying…………………

Adibah,hitung kesyukuranmu,bukan kesukaranmu!! Ingat itu!

Aku manusia yang tak bersyukurkah?tidak puas dengan apa yang diberi?

ye,aku mahukan lagi lagi dan lagi!!

Aku tak sekuat yang disangkakan.Aku lemah.Aku tak macam Mak.Aku nak jadi kuat macam Mak tapi aku tak nak jadi macam Mak. Aku nak yang lebih baik.

------------

Istiqamah.Susahnya nak istiqamah.Susahnya nak buat baik.Aku perlukan seseorang untuk bantu aku,bukannya membebankan dan menyusahkan aku.Seseorang yang boleh bantu.Siapakah??Siapa yang mahu bantu?Alhamdulillah hati ni masih utuh melawan.Alhamdulillah.Adibah,kau hanya perlu istiqamah and put your trust in Allah.(I will, insyaAllah.please pray for me J)

Aku Kuat!!

Aku Tabah!!

Aku Pasti Boleh!!

Allah tak kan uji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka pikul.


Mengharap redha-Mu Ya Rabb....