Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Wednesday, June 9, 2010

Letaklah Tajuk Sendiri

Awal tahun 2010 memang menyeronokkan.Sebab ape?

Sebab menjalani hidup sebagai pelajar tapi macam tak belajar.Yelah,kan praktikal selama 4 setengah bulan di Bukit Jalil.Ok,bukan lah tak belajar langsung.Time praktikal pon belajar jugak ye.Apa yang saya maksudkan adalah tak payah pegi kelas,duduk dalam kuliah,duduk dalam makmal,pegi PSZ (pegi library?perghh).Time praktikal ni kita tak belajar teori dah.Kita praktikkan apa yang kita belajar sebelum ni dan juga kita belajar sesuatu yang baru contohnya macam AR.Belajar suasana bekerja dan juga belajar macam mane nak berkomunikasi dengan staff lain walaupon staffnye 2 orang je pon hehe.Nasihat saya,tak perlu melatah apabila anda diperlekehkan oleh staff lain yang sebenarnye junior anda (sebab I keje kat sini dulu!).erk,ape aku merepek ni? :))

Ok,sambung cerita.

Jadi,bila macam tu,macam tak belajar lah kan.Tiada assignment,tiada kuiz,tiada projek.Tiada pembentangan.Tiada stay up malam-malam siapkan assignment yang dateline nye esok padahal dah berbulan lecturer bagi hehe.Itulah SCV batch 01 ye,harap maklum.Oh ye,sem ini juga tiada peperiksaan yeay! Sangat menyeronokkan bukan?

Lepas je abes praktikal,duduk rumah menjadi surirumah.Sangat kasihan.Jawatan SOFTWARE DEVELOPER yang dipegang sebelum ini telah bertukar kepada SURIRUMAH PART-TIME tapi macam FULL-TIME.Tapi tidak mengapa,inikan pengalaman.Saya sedang belajar ni.Praktis lah katakan.Kalau ade rezeki dan jodoh,jadilah kenyataan kan kan.erk,ape aku merepek lagi ni?? Abaikan ye.Ini symptom penyakit yang tak dapat dikenalpasti.Harap maaf.

Sebulan dah saya duduk rumah.Dah puas berehat dan main masak-masak.Sebenarnya dalam kepala ni sibuk duk fikir pasal PSM2.Ya Allah,tak gerak ape-ape lagi ni! Hai dibah,ko nak grad on time ke tak nak?huhu.Saya takde mood lagi la nak tengok PSM tu.Niat tu ada tapi ish ish tak tahulah kenapa tak tertengok-tengok jugak.Risau jugak ni. Kawan-kawan lain ade yang dah start??

Hmmm..keriangan tahun 2010 hanya pada 6 bulan pertama.Harapnya hujung tahun ni akan ada sinar kejayaan.Ameen!

2 comments:

IsabeLLa CuppyCake said...

ahahaha....
aku ske part "itulah scv batch 01"...!!!

bellar0ssa said...

huhu suri rumah tu tanda nak kawen ke =P