Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Sunday, June 20, 2010

Someone Care

.........

Kadang-kadang saya mengaku yang saya ni memang berfikiran singkat sikit.Kadang-kadang hati ni main suka-suka je nak wat ape.Tak berapa nak rasional sangat.Mudah terpengaruh pastu pressure sebab tak tahu mane satu betul mane satu salah.

Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi bimbing dan betulkan balik diri saya ni.

Bila jadi macam ni,rase macam ya Allah,nape aku ni?rase macam sangat sangat menyusahkan orang lain.Im so sorry my dear and thanks for everything.Ye, walaupon dia cakap yang saya ni tak menyusahkan tapi still jugak rase serba salah dan saya promise dengan diri saya yang saya takkan buat keputusan yang melulu macam tu.Nasib baik saya belum bertindak lagi huhu.

..........

Semalam saya ke Pelabuhan Klang.

Rase macam nak jalan-jalan kat kawasan pantai,bau air laut yang masin tapi kat KL ni mane lah nak cari pantai kan.Saya ni pulak bukannya ada duit atau dalam erti kata lain,tidak berkemampuan dari segi kewangan nak pegi PD atau ke mana-manalah yang ada pantai.Tapi someone telah merealisasikan impian (?) saya walaupon tak dapat berjalan-jalan atas pasir di tepi pantai,takpelah kan.Dapat jugak tengok lautan.Ade kapal-kapal lagi.Nasib baik tak naik kapal pegi Indon ke Siam ke Batam ke kan kan.Nasib baik.

Bagi orang yang tiada kenderaan ni,pengangkutan awamlah yang jadi pilihan.Naik bas sampai ke KL pastu dari stesen Komuter Bank Negara,beli tiket terus ke stesen Pelabuhan Klang.Sangat mencabar perjalanan kami ni.Perjalanan yang nekad,penuh dengan semangat dan tekad.

Perjalanan daripada Bank Negara ke Port Klang ambil masa dalam sejam setengah.Masa tu pulak dah pukul 5.15 ptg so macam ragu-ragu sikit samada nak teruskan plan atau buat plan B.Masalah datang lagi bila plan B tak dapat dihasilkan sebab masing-masing blurrrr hehehehe.Tu yang nekad sungguh untuk teruskan perjalanan walau apa pon yang terjadi.Lantak lah sampai rumah pukul berapa pon.Buat pertama kalinya saya keluar bersama selain famili sampai malam.Inilah padahnya bila hati tak tenteram,tak seimbang.Semuanya dilakukan dengan penuh berani dan tanpa rasa bersalah sedikit pon.

Tak dapat dibayangkan macam mana tenangnya hati ni bila dapat tengok laut.Dengan bau air masinnya yaAllah rindu Terengganu.Raya tahun ni nak balik Terengganu la pastu setiap hari nak pegi pantai wah wah best!Biarlah hitam pon tidak peduli.Dah saya memang hitam pon kan?

--------

Ini antara kenangan yang paling bermakna dan pastinya akan sentiasa dalam ingatan.Saya tahu ada yang sayangkan saya dan sanggup buat apa saja untuk buat saya gembira dan tersenyum riang.Segala pengorbanan akan sentiasa saya ingat dan kalau saya mampu,saya pasti akan membalasnya insyaAllah.

Disebalik dugaan yang Allah turunkan,ade manis yang boleh kita kenang.Walaupon dalam masa yang singkat,tapi ianya mampu mengembalikan kembali semangat yang hampir hilang.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi,itulah pesanan dia.





4 comments:

_naJw@_~. said...

huhu yup3..keje gler tu la yg kte igt smp bler2..nekad ha?haha bgos btol awk ni adventurous la..;)

AISHA SAAD said...

shoknyaa!
bila sedih ade jekk orang nak hepykann.
but.... i'm here!! bosan sesangatt! huaaa~

cinta sang ratu... said...

_naJw@_~.

hehe tetibe jd adventerous.mmg kenangan la :)

cinta sang ratu... said...

Aisha,

meh meh saya hepikan awk ye..jgn sedih2 taw :)