Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, July 30, 2009

Projek Sakaratul Maut(PSM)

takut x baca tajuk di atas??kalau ye sila mengucap sekarang jugak......
ok dah.anda sudah mengingatkan diri anda tentang kematian.dan telah memperbaharui syahadah anda.Alhamdulillah.sebenarnya tajuk di atas tiada kaitan dengan ape yang akan dicoretkan di sini.tiada pertumpahan darah ataupon akan kehilangan org yg tersayang ataupon sakit misteri ke ape semua.ape ntah aku merepek ni.

PSM...PSM...saya dah ade penyelia.beliau sebaya dengan ayah saya.sempoi,rileks,dari jauh sy sudah taw ini bau beliau.HEHE.beliau selalu suruh saya drop kalau xboleh nak buat PSM ngn die.setiap kali jumpe soh drop.asyik2 drop.kang aku drop betul-betul baru padan dengan muka aku.T___T ..

Tajuk PSM saya susah wooo...perlu mengadakan jalinan kerjasama antara Jabatan Graphics Multimedia(FSKSM) dengan Jabatan Remote Sensing(FKSG).pheeeww!!oleh itu,saya ade 2 penyelia.ambik kau!!Penyelia utama ialah PM Sarudin Kari dari jabatan grafik dan penyelia bersama ialah PM Dr.Ibrahim Busu dari jabatan remote sensing.pastu nanti dalam bulan 9 tetibe ade 3 penyelia.sebabnye penyelia utama akan berangkat ke Saudi Arabia..Dr Ghazali Sulong plak ganti.apehal la bnyk sgt penyelia aku ni??susah sgt ke nak selia aku??HUHU...ambik kau sekali lagi!


ini serius...!!
(sila nyanyi lagu wonderpet)
tajuk PSM saya ialah...Simulasi dan Sintesis Imej berdasarkan Kamera Maya.masih lagi mencari paper work yang berkaitan dengan Virtual Camera dan Image Synthesis.ape yang saya taw setakat ni,saya perlu process data dan kene visualize data atmosfera kat Malaysia ni.kene wat simulasi pastu sintesis kan imej tu.risaunye...harap2 ok je.nak lari dari Image Processing sebenarnye..sekali,ambik kau!!(dah berape kali ambik kau??)xboleh lari.hadapilah kenyataan...
hidup memang memeritkan dan memenatkan.sebab itulah hidup ini diciptakan..
-Imam Syafie

Saturday, July 25, 2009

hari minggu di Jusco


Assalamualaikum..tak jawab dosa mati seksa.eceh.tetibe bukak entry trus ckp pasal mati seksa.tapi kematian itu pasti.seksaan di sana pon pasti.move on!!hari ni pegi jusco lagi..yeaay!!setiap minggu bertandang ke jusco.setiap minggu menyidai muka di jusco.setiap minggu shopping di jusco.HAHA.ayat mcm banyak sgt duit dalam bank..hakikatnye...T___T

Seperti biase,apabila mahasiswa(poyo la gune mahasiswa) bosan berada di dalam universiti,mereka akan pergi mencari tempat persinggahan sementara di luar..berpoya-poya bersama rakan2.rakan sejenis ok..yang xsame jenis xpayah nak masuk campur sekali.bagi saya,cukuplah sekadar berjalan-jalan di jusco taman u.tu dah kire jauh dah.paling jauh pon pegi Angsana la..em,tu cite minggu lepas.HEHE.xsuke pegi City Square(CS).tetibe hangin..HAHA.xdelah.selame semester ini dibuka,setiap minggu saya menjejakkan kaki ke Jusco.Ini bermakna,selame 3minggu di UTM,sudah 3 kali saya berpoya-poya di Jusco.bukan buat ape pon.jalan2...makan2..biase la life budak U cmtu la.HEHE.life aku la xtaw la budak2 lain cmne yedak??

macam bosan la plak cite ni kan??xpe,kite layan gmbar jelah ye...lame xsidai muka kat blog sendirik..HEHE.padahal setiap kali pon sidai muke..



ini ialah Alia.today is her birthday..
Happy Birthday darling!!
May Allah bless u..muaahh!!

Wani dan birthday girl..
talk to da hand!!tetibe je.HAHA


Birthday girl bersame personaliti TV3.. ;p


Wani xmelepaskan peluang bergambar bersame idolanya..
tetibe rase cm geli.HAHA


Wani,peminat setiaku...

Gambar ini diambil semasa berkunjung ke Jusco minggu lalu bersama Sabrina da Palapes..
Duta susu Anlene akan datang..ntah tahun bile xtaw la kan.
HAHA
Sabrina dan Alia sedang mencari Anlene Gold..HAHA
Itu cerite kegembiraan di Jusco bersame rakan2 pada minggu-minggu lalu.Cite sem ini.cite sem lepas pon ade..nak taw kami wat ape??HAHA.dah xde keje sangat.time tu nak lepak2..hilangkan tension..bosan la dok kat bilik je.ha...Jusco ade jawapannye...KAHKAHKAH.lepas ni aku xjadi duta Jusco memang ah.

Alia and me..cube teka kat mane??

dapat teka x??cube la skali lagi...


dah dapat??HEHE..

ya betol!!kat dalam fitting room..
ni la namenye XDE KEJE!!


muka bahagia dapat posing pakai baju free..
last pic untuk hari ni.
best x??xbest la entry ni kan..sebenarnye xtaw nak tulis pasal ape.nak sambung cite pasal Beijing,malas la plak..nanti I letak gamba je lah.xpayah cite.senang..HAHA.macam la ramai sangat nak tengok gamba die..lepas ni nak wat Photo Album la.xpayah ade blog pon xpe.KIHKIHKIH.jgn marah ha...sape yg rase cm buang mase je melayan entry ni sila la datang lg untuk membuang masa anda semua.HAHA.and lastly,izinkan saya menyidai muka sekali lagi...

ok ok.ni last dah ni.
BYE!!

Sunday, July 19, 2009

Suatu Masa Dulu.....

ini luahan hatiku..tidak penting pon so xpayah la baca.cume diri ini terase seperti mahu meluahkan segalanya disini.maaf kepada sesiape yang tidak berkenan..
ini kisah hidupku..
ape yang sy rasa,ape yang sy alami..
kebahagiaanku,kekesalanku,kekecewaanku,kejayaanku,kecintaanku..
semua menjadi satu...

AKU merindukan diriku di masa lalu..AKU mahu putarkan semula kisah-kisah yang lalu..semasa di bangku sekolah..seorang budak yang suci..aku bahagia dengan masaku yang lalu..dianugerahkan Allah akal fikiran yang pintar,Alhamdulillah dengan keputusan peperiksaan membanggakan melayakkan aku melanjutkan pelajaran di Matrikulasi.Kehidupan di Matrikulasi amat menyeksakan.belajar gile laju kau.seminggu khatam 3 bab kali dengan 3 matapelajaran(matematik+fizik+kimia).tak ke gile tu??naseb baik aku xsakit jiwa.walaupon sebenarnye aku bukan study sangat pon.tapi Alhamdulillah keputusan peperiksaan masih melayakkan aku melanjutkan pelajaran ke Universiti dalam jurusan pilihan.bagi pelajar sekolah teknik seperti aku,belajar di Universiti Teknologi Malaysia adalah 1 kebanggaan kerana kebanyakan budak teknik (kat sekolah aku la..) simpan cita2 nak sambung pengajian di UTM...

bile difikir-fikirkan kembali,Allah banyak beri nikmat kepada aku.Alhamdulillah segala apa yang aku inginkan selalunye akan diperolehi tidak kira la dalam mase yang cepat atau pon lambat..tapi kadang2 aku terleka dengan nikmatnya.iman manusia ada naik dan ada turunnya...namun,aku bersyukur kerana Dia tidak pernah melupakan aku..ada saje peristiwa yang berlaku ketika kealpaan melanda diri ini.mungkin Dia ingin mengingatkan..Jangan Kau lupakan aku Ya Rabbi..

Sepanjang aku hidup di muka bumi ini,banyak pengalaman hidup yang aku perolehi..antaranye,pengalaman diri sendiri,keluarga,rakan-rakan,orang sekeliling dan juga melalui pembacaan..Kini aku sedang mengajar diriku menjadi seorang yang tabah..aku sebenarnye bukanlah seorang wanita yang kuat hatinya,cekal jiwanya namun pengalaman dan masa banyak mengajar aku erti KETABAHAN.kadang2 aku tewas..aku menangis..hanya Dia tempat aku mengadu dan minta kekuatan..selama ini,aku menjadi kuat dan tabah kerana Dia makbulkan doaku..Dia yang memberi ketabahan itu.Dia selalu ada dalam susah dan senangku...aku yang selalu lupakan Dia bila masa senang menjengahku..Ya Allah..maafkan aku..

Dulu masa kecik2,diri ni suci sesuci-sucinye...aku boleh dikategorikan sebagai budak baik.HAHA.apesal gelak??sambung balik.kawan2 selalu kate aku ni SKEMA..pastu asyik2 dengar lagu nasyid.semua taw yang aku ni suke lagu nasyid xsuke lagu omputih.sampai sekarang cmtu.HAHA.kat sekolah dulu jadi naqibah.bagi tazkirah la ape sume.sekarang ni aktiviti tu sume dah xde.aku yang xmencari.bukannye kat UTM ni xde bende2 cmtu.Kat sekolah dulu time budak2 laki pegi solat jumaat,budak pompuan ade usrah kat surau..pastu solat zohor jemaah.aku la yang selalu jadi imam.sekarang??jarang sangat2...tu pon kadang2 kawan2 tepuk belakang baru la jadi imam..

Kadang2 aku terfikir,nape aku jadi macam ni?semua orang bile dah dewasa macam ni ke hidup dorang??tapi aku sangat2 bersyukur kerana walaupun aku dah xmacam dulu,sekurang-kurangnye aku masih ade kawan2 yang baik hati dan yang selalu menasihati aku.sentiase bersama aku walau susah mahupun sonang..

Aku sedang memperbaiki diriku..
Aku mahu jadi seperti dahulu..
Aku sedang melangkah ke arah itu..
Doakan aku...

Mak saya pernah cakap,"Mak tengok Nur ni tabah..kuat..".
Saya jawab,"Sebab mak pun tabah dan kuat sebab tu anak mak pun jadi cmtu".


Usah Risau Jika Belum Berpunya

Kredit to:bingkisanurani.blogspot.com

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
"Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah."

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.

Waallahu’alam…

Friday, July 17, 2009

kulihat HIJAU...

jumaat,17 julai 2009-best.sebab ape?tiada kelas berlangsung pada hari ini.yeaay!!bertambah cuti di hujung mingguku...sepanjang hari ni aktiviti saya ialah tidur sahaja.em,bukanlah setiap waktu tapi bleh dikatakanlah..HEHE.oleh itu,untuk menyelakkan masalah ketiduran melanda lagi,kami(Alia n me) keluar berjalan-jalan menghirup udara segar di UTM nan indah ini...

Jalan-jalan sampai la ke Pusat Ko-Q.kat sane sedang berlangsung Karnival SUKAM.ade jual pakaian,makanan,aksesori,game n mcm2 lagi..sikit je gerai yang bukak.kami pun pi la belek2 baju di setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak.eh,tetibe plak nyanyi lagu dewa.ulang sekali lagi.kami pun pi la belek2 baju di setiap gerai yang menjual baju berdetak-detak[?].ade yang berkenan di mata namun jauh di hati.ade yang dekaaat di hati.HEHE.dan saya pon terrrrbeli sehelai baju kotak-kotak berwarna ungu.tetibe cam best je tengok baju tu.tengok tanda harga mak aih,48 hengget!boleh tawar ni..confident je saya ni.ingat ni Beijing ke?HAHA.dengan penuh keyakinan,saya pun pi lah kat tokey kedai dengan harapan dapat kurangkan sket harganye.pastu akak tu pun kate,"baju ni dah last dah ni,akak bagi 28 je".erk.terkejut beruk aku.terus angguk2 tanda setuju.HAHA.

itulah ceritanye..em,ape kaitan dengan tajuk di atas?patutnye ku lihat ungu bukan hijau.hmm..sabo la.cmni,tadi saya terrrbekenan kat sehelai baju yang berwarna hijau.cantiknye baju tu...tapi xtaw la nape ngn saya sekarang ni.sume bende berwarna hijau mesti saya suka.pelik la.padahal sebelum ni xpernah pun suke warna itu.mungkin saya sudah melangkah ke alam yang baru kot.transformasi.yeaah!!bukan reformasi ye.bukan bukan.esok nak beli la baju berwarna hijau itu.nanti nyesal nanges-nanges sape nak pujuk??

Tuesday, July 14, 2009

Kolej oh Kolej...

Petang tadi dalam pukul 2.30,Alia kejutkan saya dari tidur siang yang best.katenye,kami dapat KTR(Kolej Tun Razak).petang tu jugak bleh masuk bilik dan delete name kat Kolej 9..maka,tanpa membuang masa,kami bergegas ke pejabat K9..tunggu punya tunggu..lame la plak cik Emma bincang ngn org kat dlm bilik die...kami pun decide untuk kemas barang dulu..kemas punye kemas punye kemas..dah siap.HEHE.pastu kami pun pegi pejabat K9 balik....jumpe cik Emma dan pulangkan kunci bilik.keluar je dari pejabat,saya terus call pakcik teksi..penat punggah barang..2kali pusing amek barang kat K9.HUHU..melayang rm20 bayor teksi..xpelah,dah rezeki pakcik tu..kan kan??

sesampainye di KTR,kami pon terus angkat barang masuk dlm bilik..dah le tingkat 3.nak patah pinggang angkat kotak buku..HUHU.maklum la,orang rajin bijak pandai.HAHA.sempat lagi puji diri sendiri.ape kaitan angkat barang dengan rajin bijak pandai??cube jawab...ermm..next!!

lepas bersihkan diri dan solat asar,saya dengan bersemangat waja terus mengeluarkan laptop dari dalam beg dengan harapan,dapat online..HEHE.semangat ni..xsabar nak wat keje image processing.ceh,nampak sangat tipu.padahal nak jenguk blog.HAHA.bile niat dah xbetul,lain yang kite dapat...betul x?contohnye saya la...sedih gile sebab xdapat online..wireless lembab gile nak #$%^%& !! sabar sabar...denagn penuh rase sedih dan pilu...saya dan Alia terus ke kafe.pegi bukak puasa.rase cm menyesal je tukar taw!!dah la penat angkat barang,kitorang dah la puasa..HUHU..tapi makan tetap makan.HIHI..

balik je bilik,kami pon bincang mcm mane nak wat..nak tukar kolej lain lagi la,nak beli beruk-band la..ntah ape2 ntah.HAHA..last2,saya dengan confident nye berjalan menuju ke meja dan terus je search image processing...HAH!!dapat la Alia!!yeye dapat!HAHAHA...

nampak x?kalu nak cari pasal belaja,terus je dapat tp kalu nak ym asyik2 try again asyik2 try again..HEHE..so,sekarang ni kami bahagia...harap2 ok jelah...terus ade semangat nak wat Image Processing..HEHE..alasan!!

Saturday, July 11, 2009

Wanita


Aku Wanita punya hati nurani
yang xdapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini....

Cintaku ini anugerah terindah
dari yang Maha Kuasa
cintaku padamu xpernah berubah
meskipun kita berbeza

Oh apakah salah jika kau menyinta
Apakah salah jika enkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini...

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati
belahan jiwaku ini...

Wanita....


p/s:saje2 je ni..suke lagu ni.tu je.HAHA.alasan untuk menyidai muka sendirik.tp xpelah,blog sape ni kan??xde sape pon nak tengok...

Berkelah kat Chamang


Hutan Lipur Chamang ialah sebuah hutan yang terdapat air terjun di dalamnye.aik??betullah kan..Chamang ialah name tempat yang diberi oleh penduduk kampung.HAHA.saya main taip je ni.lantak la ye...
mungkin benar dan mungkin salah.agak2 sape yang bagi name Chamang tu?
%^*@%#^(&)(*#^&#$%%%

ok ok jangan la marah.Tercetusnye idea untuk pegi berkelah ini ialah dari Azza.xtaw cmne die dapat idea ni.HAHA
beliau telah meng'text'kan sms kepadaku menjemput datang ke majlis perkelahan itu.
saya dengan sukacitanye meng'confirm'kan kepergianku ke sana bersama-sama dengan Izad,Farhan,Hafiz dan Maryam dengan menaiki Innova milik ayah Hafiz.
bukan die punye pon.motif??tiada.HEHE
peace encik Hafiz..

Dipendekkan cerite,kitorang pon sampai la kat sane..mende pertame yang kami buat ialah:


Cari tapak untuk lepak+makan+mandi
lame jugak la round2 kat situ..last2 jumpe la tempatnye..
strategik!!
kuarkan segala perkakas untuk membina pondok.
gergaji,tukul,paku,kayu,gam,gunting,kertas dan lain-lain..
arkitek kami iaitu Azza n da geng serius di tapak projek.
masing2 dengan tugas masing2.
eh,jap jap yeke ni dibah??

korang percaye ke??
kalau pegi bekelah kene wat cmni sumpah aku xpegi!!
bentang tikar jelah..HEHE

mende kedua yang kami semua buat ialah memasukkan makanan ke dalam mulut dan terus menuju ke perut...


Hero Malaya tengah khusyuk dan tawadu' makan xhengat dunia..


Mende ketiga yang kami buat ialah memasukkan diri ke dalam air..deras jugak airnye.

Aksi-aksi yang mendebarkan..HAHA.poyo je.



dari kiri:Maryam,me


Dah puas menjadi badak berendam selame lebih kurang 2jam.kami pun balik...sebelum balik tangkap gambo ramai2 dulu..

SEMUA!!


Kami Wanita punya hati nurani yang xdapat dibohongi..

Itulah die sedikit sebanyak cerite perkelahan saya dan rakan2 sekolah dolu2.thanks kawan2 kerana telah mewarnai hidup ini.tanpa kalian,hidup aku xbermakna,xceria.aku happy sangat2 dapat kenal dengan korang.Korang sume(Maryam,Hafiz,Izad,Farhan dan Azza) memang best! kawan2 sejak dulu lagi dan xpernah lost contact pon ngn dorang.Harap2 akan terus bersama sampai hujung nyawa..
Buat semua rakan-rakanku..terima kasih aku ucapkan..

FRIENDS FOREVER......with love.

AWARD



Terima kaseh kepada WANI

Award di atas wajib diberikan kepada sekurang-kurangnye 3 blogger..
Sape2 rase cm blog die tu best,bleh la amek award ni.ikhlas dari saye...HEHE

Tuesday, July 7, 2009

Kembara Beijing

Ini laporan daripada saya yang baru pulang dari Beijing(padahal dah 3 minggu balik Malaysia).seminggu di sana menjayakan Delegasi Akademik dan Teknologi ke Beijing 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Komputer(PERSAKA) UTM Skudai.Alhamdulillah objektif program ini berjaya dicapai.Kami seramai 30 orang peserta bersama-sama 2 pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ke Peking University, Embassy of Malaysia dan beberapa tempat menarik seperti Great Wall of China, Forbidden City, Summer Palace dan pasar-pasar yang menawarkan harga yang sungguh WOW!!ulang sekali lagi..WOW!!menyesal xbawak duit banyak2..HUHU…

SILA SERIUS

Kami bertolak pada hari selasa(9 jun 2009) menaiki pesawat MH370 jam 12 tengah malam dan tiba di Beijing lebih kurang jam 6 pagi waktu tempatan.Tempat pertama yang kami lawati ialah Forbidden City.

Forbidden City—berusia 600 tahun.Dinasti Ming yang punye…besar tempatnye.mmg sakit kaki berjalan di sini.ade banyak pintu yang besar2.Maharaja tukar baju kat tempat lain,mandi tempat lain,bilik baca tempat lain,makan,tido,pejabat tempat lain2.jauh pulak tu.Setelah berjalan lebih kurang 2jam di sini akhirnye kami sampai juga ke pintu terakhir.xlarat dah…

Oh ye,mase ngah sibuk2 nak snap gmbo si Zakwan ngn si Saiful(dorang ni mmg semangat sikit tangkap gmbo.HEHE) adelah sekawan[?] pakcik cina ckp apelah kat saya.saya tak faham.rupe2nye salah sorang daripada mereka mahu bergambar bersama saya.phewit!!HAHA..menurut kate abg ape-ntah-name-die(ejen kami),pakcik cina tu ckp muka saya sama seperti muka anaknya..kesimpulannye,saya dah jumpe kembar yang ntah-ke-berapa-malas-nak-kira di Beijing.HAHAHAHAHA..

Destinasi ke-2 kami pada hari itu ialah ke kilang sutera.cantik kain2nye tapi saya xbeli pon.sangat mahal la.simpan duit.HAHA.tiru ayat Ah Hua.(info:Ah Hua ialah pemandu pelancong kami selame seminggu di Beijing)

Untuk pengetahuan anda semua,Beijing 5 kali lebih besar daripada Kuala Lumpur dan 12 kali lebih besar daripada Hong Kong.Beijing mempunyai penduduk seramai 18juta orang.20 ribu daripadanya ialah orang muslim.em,yang xmenariknye ialah masyarakat muslim disini minum arak.so,tidak hairan la jika ke restoran makanan halal pon mereka masih menyajikan arak sebagai minuman.Waktu di Beijing sama dengan di Malaysia.Cuma waktu solat mereka lebih cepat.Subuh di Beijing ialah pada jam 2.44 pagi.Zohor –12.14 tengahari,Asar –4.13 petang,Maghrib—7.43 petang,Isyak—9.36 malam.

Beijing ialah sebuah Negara 4 musim di mana sekarang ni musim panas.tapi panas die ok la.xpanas sgt pon.Buah-buahan musim panas di Beijing ialah laici dan strawberi.selain tu,ade jugak ceri,beri dan peach.buah peach mahal sket(sebiji = 10yuan).oh ye,satu lagi perkara penting di sini ialah anda perlu berhati-hati apabila membeli barang yang dijual di tepi jalan kerana mereka akan memulangkan duit palsu sebagai baki.jadi,apabila membeli barang di tepi jalan,anda hendaklah memberi duit yang secukupnye.xpayah baki2 ni…



Kami ber-5 yg selalu bersama walau di mana jua kami berada..
lihatlah barisan beg yg tersusun indah di atas ini.
beg siapakah yg mmg berniat ke Beijing hanya untuk menjayakan program dan berharap agar objektif tercapai??
bukan semata-mata ke sana untuk bershopping sakan??
its mine!!
yang lain semua pikir shopping je!!HAHA...
(padahal xpuas ati)


Sesampai di Beijing terus tangkap gmbo gile banyak mcm lepas ni kene terus amek flight balik Malaysia balik..HAHA
sampaikan Pengarah Program terpaksa mententeramkan kami.katanya,
"Korang ni rileks dulu...ade seminggu lagi kat sini.airport je pon.lepas ni nak pegi Great Wall lagi ape sume..adoi,xpaham btol la aku ngn korang ni"..
sambil menggeleng-gelengkan kepala...


Forbidden City

masih di Forbidden City..gile penat berjalan kat sini..


DAY 2

Pagi2 lagi dah bersiap untuk ke Tembok Besar China.Sebelum ke sana,kami melawat ke Jade Store dan juga Crystal Store.Cantik sangat..rasenye xlengkap kalu tidak membeli Jade kalu anda berada di China.ye tak??Ole2 untuk diri sendiri dan emak tersayang…

Perjalanan diteruskan menuju ke The Great Wall of China.Panjang Tembok Besar ni ialah 6700 km.kalau jalan boleh sampai Mongolia.Tak sangka akhirnye dapat juga saya memijak-mijak Tembok Besar itu.tangga die mak aih…bapak tinggi.bapak pon xtinggi macam tu.HAHA.sumpah penat dan gayat.takot…xtaw la macam mane la orang dulu2 boleh wat bende ni..menurut Ah Hua,hanya 5 orang daripada ntah berapa ribu orang(xingat) sahaja yang balik dengan selamat setelah pembinaan Great Wall ni siap..FUUHHH…xtaw nak cakap ape.ilmu kejuruteraan sangat tinggi la ini orang..

Setelah penat memanjat Great Wall,petang itu kami makan di Restoran yang menghidangkan makanan Tibet.okeylah jugak makanan die..kalau dah lapar,ape pon bleh..HEHE.

Balik hotel,bersihkan diri,bergolek atas katil sambil tengok TV..HAHA.kebetulan TV kat sane menyiarkan cerita Korea kesukaan saya iaitu My Sassy Girl Chun Hyang..bestnye..comelnye Mong-Ryong…cantiknye Chun Hyang…suke suke suke!!



saya sedang memijak Great Wall sambil melompat-lompat di atasnye dengan niat supaya ia runtuh..tapi sayang...ia masih megah berdiri di atas sana...


DAY 3

Hari ke-3 di Beijing bermulalah objektif delegasi kami iaitu melawat ke Peking University. Ia adalah Universiti Nasional Pertama di China yang dulunya dikenali sebagai Imperial University of Peking.Dibuka pada tahun 1898,Peking University telah mengalami banyak Revolusi bagi meletakkan university ini sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.Kami telah dibawa ke bilik persidangan yang sangat cantik dan university ini masih mengekalkan ciri2 tradisi masyarakt cina dari segi pembinaan fakulti,pendidikan dan persekitaran pembelajaran.Sesi dialog diadakan selama lebih kurang 1jam setengah.



Peking University..sangat cantik tempatnye..


setelah tamat sesi dialog di Peking University,kami ke Summer Palace..tempat ni sangat besar dan sangat cantik..bak kate Shak kalu tempat tu besar,cantik dan ade kaitan dengan Dinasti ape2 pun,mesti penat berjalan..HEHE
itulah kesimpulan yg kami dapat buat...


bersambung..........

Monday, July 6, 2009

Keunggulan Terbilang

tetibe rase nak nyanyi lagu UTM...hehe
mari nyanyi bersama-sama...
1..2...3!

Bersama kita menjulang
keunggulan terbilang
ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
cendekiawan beriman
cekal bersama takwa
menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman,Perjuangan,Takwa dan Iman...

Ke arah kecemerlangan
Perundingan penulisan
Pengajaran penyelidikan
perkhidmatan kepada watan

Disini kami berdiri
Setia pada janji
bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM......sanjungan bangsa

okeh...dah abes dah.semangat dah ni nak start sem.HAHA.dah selamat sampai dah pun kat UTM,Skudai ni...sem baru,semangat baru,muka baru...ya,junior masuk..Tahniah2.anda berjaya memboloskan diri ke dalam Universiti ini.semoga berjaya ya...semoga kita semua berjaya.ameen.

em,rini dah dapat kerja dah.kene wat essay pasal Image Processing.brape page??lagi banyak lagi bagus!!HAHA..padan muka!kan bersemangat sgt tadi kan kan?? ;p

okeh la.bye2.nak dengar cite budak2 ni.cite sedih dan menyayat yang berlaku baru2 ini di asrama UTM.sape bace surat khabar taw la citenye...waa..kolej aku tu!!takut...budak2 ni saje je nak wat suspen taw...ssshhh...bye~~