Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Tuesday, July 7, 2009

Kembara Beijing

Ini laporan daripada saya yang baru pulang dari Beijing(padahal dah 3 minggu balik Malaysia).seminggu di sana menjayakan Delegasi Akademik dan Teknologi ke Beijing 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Sains Komputer(PERSAKA) UTM Skudai.Alhamdulillah objektif program ini berjaya dicapai.Kami seramai 30 orang peserta bersama-sama 2 pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ke Peking University, Embassy of Malaysia dan beberapa tempat menarik seperti Great Wall of China, Forbidden City, Summer Palace dan pasar-pasar yang menawarkan harga yang sungguh WOW!!ulang sekali lagi..WOW!!menyesal xbawak duit banyak2..HUHU…

SILA SERIUS

Kami bertolak pada hari selasa(9 jun 2009) menaiki pesawat MH370 jam 12 tengah malam dan tiba di Beijing lebih kurang jam 6 pagi waktu tempatan.Tempat pertama yang kami lawati ialah Forbidden City.

Forbidden City—berusia 600 tahun.Dinasti Ming yang punye…besar tempatnye.mmg sakit kaki berjalan di sini.ade banyak pintu yang besar2.Maharaja tukar baju kat tempat lain,mandi tempat lain,bilik baca tempat lain,makan,tido,pejabat tempat lain2.jauh pulak tu.Setelah berjalan lebih kurang 2jam di sini akhirnye kami sampai juga ke pintu terakhir.xlarat dah…

Oh ye,mase ngah sibuk2 nak snap gmbo si Zakwan ngn si Saiful(dorang ni mmg semangat sikit tangkap gmbo.HEHE) adelah sekawan[?] pakcik cina ckp apelah kat saya.saya tak faham.rupe2nye salah sorang daripada mereka mahu bergambar bersama saya.phewit!!HAHA..menurut kate abg ape-ntah-name-die(ejen kami),pakcik cina tu ckp muka saya sama seperti muka anaknya..kesimpulannye,saya dah jumpe kembar yang ntah-ke-berapa-malas-nak-kira di Beijing.HAHAHAHAHA..

Destinasi ke-2 kami pada hari itu ialah ke kilang sutera.cantik kain2nye tapi saya xbeli pon.sangat mahal la.simpan duit.HAHA.tiru ayat Ah Hua.(info:Ah Hua ialah pemandu pelancong kami selame seminggu di Beijing)

Untuk pengetahuan anda semua,Beijing 5 kali lebih besar daripada Kuala Lumpur dan 12 kali lebih besar daripada Hong Kong.Beijing mempunyai penduduk seramai 18juta orang.20 ribu daripadanya ialah orang muslim.em,yang xmenariknye ialah masyarakat muslim disini minum arak.so,tidak hairan la jika ke restoran makanan halal pon mereka masih menyajikan arak sebagai minuman.Waktu di Beijing sama dengan di Malaysia.Cuma waktu solat mereka lebih cepat.Subuh di Beijing ialah pada jam 2.44 pagi.Zohor –12.14 tengahari,Asar –4.13 petang,Maghrib—7.43 petang,Isyak—9.36 malam.

Beijing ialah sebuah Negara 4 musim di mana sekarang ni musim panas.tapi panas die ok la.xpanas sgt pon.Buah-buahan musim panas di Beijing ialah laici dan strawberi.selain tu,ade jugak ceri,beri dan peach.buah peach mahal sket(sebiji = 10yuan).oh ye,satu lagi perkara penting di sini ialah anda perlu berhati-hati apabila membeli barang yang dijual di tepi jalan kerana mereka akan memulangkan duit palsu sebagai baki.jadi,apabila membeli barang di tepi jalan,anda hendaklah memberi duit yang secukupnye.xpayah baki2 ni…



Kami ber-5 yg selalu bersama walau di mana jua kami berada..
lihatlah barisan beg yg tersusun indah di atas ini.
beg siapakah yg mmg berniat ke Beijing hanya untuk menjayakan program dan berharap agar objektif tercapai??
bukan semata-mata ke sana untuk bershopping sakan??
its mine!!
yang lain semua pikir shopping je!!HAHA...
(padahal xpuas ati)


Sesampai di Beijing terus tangkap gmbo gile banyak mcm lepas ni kene terus amek flight balik Malaysia balik..HAHA
sampaikan Pengarah Program terpaksa mententeramkan kami.katanya,
"Korang ni rileks dulu...ade seminggu lagi kat sini.airport je pon.lepas ni nak pegi Great Wall lagi ape sume..adoi,xpaham btol la aku ngn korang ni"..
sambil menggeleng-gelengkan kepala...


Forbidden City

masih di Forbidden City..gile penat berjalan kat sini..


DAY 2

Pagi2 lagi dah bersiap untuk ke Tembok Besar China.Sebelum ke sana,kami melawat ke Jade Store dan juga Crystal Store.Cantik sangat..rasenye xlengkap kalu tidak membeli Jade kalu anda berada di China.ye tak??Ole2 untuk diri sendiri dan emak tersayang…

Perjalanan diteruskan menuju ke The Great Wall of China.Panjang Tembok Besar ni ialah 6700 km.kalau jalan boleh sampai Mongolia.Tak sangka akhirnye dapat juga saya memijak-mijak Tembok Besar itu.tangga die mak aih…bapak tinggi.bapak pon xtinggi macam tu.HAHA.sumpah penat dan gayat.takot…xtaw la macam mane la orang dulu2 boleh wat bende ni..menurut Ah Hua,hanya 5 orang daripada ntah berapa ribu orang(xingat) sahaja yang balik dengan selamat setelah pembinaan Great Wall ni siap..FUUHHH…xtaw nak cakap ape.ilmu kejuruteraan sangat tinggi la ini orang..

Setelah penat memanjat Great Wall,petang itu kami makan di Restoran yang menghidangkan makanan Tibet.okeylah jugak makanan die..kalau dah lapar,ape pon bleh..HEHE.

Balik hotel,bersihkan diri,bergolek atas katil sambil tengok TV..HAHA.kebetulan TV kat sane menyiarkan cerita Korea kesukaan saya iaitu My Sassy Girl Chun Hyang..bestnye..comelnye Mong-Ryong…cantiknye Chun Hyang…suke suke suke!!



saya sedang memijak Great Wall sambil melompat-lompat di atasnye dengan niat supaya ia runtuh..tapi sayang...ia masih megah berdiri di atas sana...


DAY 3

Hari ke-3 di Beijing bermulalah objektif delegasi kami iaitu melawat ke Peking University. Ia adalah Universiti Nasional Pertama di China yang dulunya dikenali sebagai Imperial University of Peking.Dibuka pada tahun 1898,Peking University telah mengalami banyak Revolusi bagi meletakkan university ini sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.Kami telah dibawa ke bilik persidangan yang sangat cantik dan university ini masih mengekalkan ciri2 tradisi masyarakt cina dari segi pembinaan fakulti,pendidikan dan persekitaran pembelajaran.Sesi dialog diadakan selama lebih kurang 1jam setengah.



Peking University..sangat cantik tempatnye..


setelah tamat sesi dialog di Peking University,kami ke Summer Palace..tempat ni sangat besar dan sangat cantik..bak kate Shak kalu tempat tu besar,cantik dan ade kaitan dengan Dinasti ape2 pun,mesti penat berjalan..HEHE
itulah kesimpulan yg kami dapat buat...


bersambung..........

No comments: