Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Monday, December 2, 2013

Cerita Bulan November

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T ini...

Bulan Disember pon sudah menjengah. Saya masih ada lebih kurang 9 minggu lagi untuk pergi serah diri ke wad bersalin. Cepat sungguh masa berlalu walaupon rasa seharian di rumah tidak mengerjakan apa-apa tersangatlah bosan, namun masa sebenarnya sangat jauh meninggalkan kita.

Awal bulan November lalu, saya menghabiskan masa di kampung mak, Besut. Suamiku tertinggal di Kuala Lumpur selama 3 minggu. Hehehe.. Kesian dia. Perasaan balik kampung dan duduk dekat dengan mak memang seronok tapi....haaa ada tapi dah kenapa pulak? Hehehe.. Yelah, orang dah bersuami..seorang isteri je tahu macam mana rasanya berjauhan dengan suami dalam jangka masa yang agak lama. Sudah la lama, jauh gile pulak tu. Gombak - Besut. Itulah dia, asyek bosannya duk rumah sorang-sorang..nak balik kampung..tiap-tiap hari saya cakap kat mak nak balik kampung sebab bosan duduk sorang-sorang kat rumah bila suami pergi kerja. Sekali bila dah balik...teringat kat laki la pulak. Dah makan ke..Tengah buat apa..

Akhirnya, selepas 3 minggu suamiku datang menjemputku di sana bersama dengan mak dan ayah mertuaku. Suamiku makin kurus cekeding masa pertama kali bertentang mata ecewah. Serius kesian sangat tengok suami makin cekeding. Dah la dah memang cekeding. Huhuhu.. Lepas ni takleh tinggal dah la..Kesian sangat tak lalu makan.

Mak dan ayah mertuaku datang sekali sebab mak saya nak buat majlis doa selamat dan solat hajat untuk saya dan adik-adik saya. Semoga dipermudahkan dan selamat bersalin untuk saya, semoga berjaya dalam SPM untuk Amin dan juga doa selamat untuk Adib yang akan bersunat. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan saudara mara. Suamiku diberi tanggungjawab untuk menjadi imam solat hajat tersebut. Lagi berkat kata mereka..Amiin..

Esoknya kami pulang ke Gombak. Puas duduk kampung? Hehehe.. bolehla..

Sebenarnya saya tak berapa sihat masa di kampung sehinggalah pulang ke Gombak. Batuk,selesema dan demam on off. Memang perit sangat waktu tu..dugaan masa mengandung..Setibanya di rumah, saya terharu sangat-sangat sebab susun atur perabot dah berubah. Katil baby dah pasang yeay! Pandai suamiku kemas rumah ye.. tak sangka betol.. Tq lagi sekali sayang..

Episod baru dalam hubungan kami bermula...(macam suspen je kan?)

Malam itu, saya batuk tersangat lah kuat. Kuat dan teruk sampai terkencing dalam seluar. Baby dah makin besar so beri tekanan pada pundi kencing. Suami ajak pergi hospital tapi saya berdegil mengenangkan esok suami nak kerja. Tengah malam pergi kecemasan memang takde harapan la balik cepat. Suami ajak pergi jugak dan akhirnya saya mengalah..tak tahan sangat dah..keluar masuk bilik air..termuntah-muntah..saya takut tekanan darah naik..Dipendekkan cerita, kami pergi ke kecemasan dan saya akhirnya di masukkan ke wad. Hmmm pergi hospital sebab demam batuk-batuk, tapi masuk wad sebab tekanan darah tinggi. Tak ke lawak? Yang paling tak best, nak pergi bilik air pon nurse tak bagi..Nurse datang masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Sakit wooo sabooo jelah.

Nurse monitor tekanan darah saya dan periksa denyut jantung baby setiap 2 jam. Oh ya paling tak boleh dilupakan, saya disuntik dengan 2 dos suntikan yang sangat sangat sangat sakit aku tak tahu nak cakap macam mana huhuhu.. Sampai sekarang terasa macam ada lagi jarum tu dicucuk kat pinggang ni kalau saya bersin atau batuk. Suntikan itu adalah untuk matangkan paru-paru baby,sebagai persediaan kalau-kalau tekanan darah saya masih tinggi tak turun-turun, so doktor terpaksa keluarkan baby dari dalam kandunganku. Fuhhh.. masa tu baru 25minggu kot. Berat baby baru 800gram tahu? Alhamdulillah tekanan darah OK dan saya dibenarkan balik ke rumah. Seram je bila pikir balik pasal ni. Baby duk dulu dalam ni ya.. Bila mak cakap keluar,baru keluar OK?

*tendang pundi kencing- arghhh saje je baby ni hehehe

Lepas keluar wad, mak mertua ajak duduk rumahnya dulu. Dah betul-betul sihat baru balik Gombak. 4 hari jugak la saya duduk goyang kaki kat sana. Bukan sengaja nak goyang kaki. Dah memang tak larat. Mungkin kesan daripada pengambilan ubat.Terima kasih mak mertua dan ayah mertuaku.

Alhamdulillah sekarang saya dah sihat cuma biasa la orang mengandung ni imunisasi tak berapa kuat. But its OK..berjihad kan? :)

Wassalam.



Friday, October 4, 2013

Antenatal Check-up and Maternity Pillow

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Rabu lepas saya dan suami ke KKIA Gombak Setia untuk antenatal checkup. Macam biasalah bila pergi klinik kerajaan, kena la tunggu lama sikit.Walaupon tunggu lama tapi hati ni rasa seronok je bila staff dan juga doktor yang bertugas melayan bakal-bakal ibu dengan mesra dan baik kan? Orang mengandung ni, macam-macam perasaan yang melanda mereka. Kalau salah sikit je, dah boleh buat kami terasa. Em, ke aku je yang emosi lebih?hahaha.

Setiap kali kedatangan saya ke KKIA mesti bacaan tekanan darah tinggi naik. Dan setiap kali itulah nurse akan cakap, " Awak ni kena tahan wad ni..", Setiap kali begitulah situasinya. Bila check BP kat farmasi, tekanan darah ni OK je. Bila pergi KK, mesti tinggi. Ke aku gemuruh bila pergi klinik?

Sepanjang kehamilan ini, saya dibekalkan dengan ubat darah tinggi yang selamat untuk wanita hamil iaitu Methyldopa. Doktor kata selamat sebab ubat ni tidak diserap oleh plasenta bayi. Untuk kesekian kalinya, dos ubat ditambah lagi menjadikan 3biji ubat dimakan sebanyak 3 kali sehari! Hidupku dikelilingi ubat...demi kamu, anak! Ibu sanggup! Kalau tak makan ubat lagi bahaya sebab bila tekanan darah naik, ibu boleh kena sawan dan ini akan membahayakan anak di dalam kandungan. Boleh membawa maut! Nauzubillah... Cukup la sekali ibu kehilangan abang/kakak kamu..

Oh ya, rabu lepas jugak la pertama kali saya melihat my little caliph ini dah sempurna sifatnya. Nampak kaki, tangan, kepala dan jantung yang berdegup itu. Masya-Allah! Ada orang dalam perut ini. Kuasa Allah sangat agung..Tak sabar menunggu kelahiran kamu walaupon kamu selalu tendang ibu. hehehe.. Ibu tahu kamu baik-baik saja dalam ni. Allah jaga kamu. Alhamdulillah..

Malam-malamku selalu saja diganggu dengan ketidakselesaan. Lenguh la,,tak boleh lelap la..sakit ulu hati la..dan macam-macam lagi. Posisi tidur yang betul memang sangat-sangat diperlukan. Bantal kena ada banyakkkkk..selalu berebut dengan suami.hehehe..tapi bermula hari ni,dah tak payah berebut bantal dah. Suami dah boleh guna semua bantal tu dah. Saya dah ada maternity pillow! yeay! Sangat selesa.. Wani dan Ikin..korang mesti jeles kan?hahaha..nanti kalau nak jugak bantal ni, PM aku taw korang.


Ginilah ghopenye..besau..

Jangan lepas ni saya berebut benda alah ni dengan laki saya sudah.... :)

Tuesday, September 3, 2013

Dua Kupang

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Petang semalam tepat jam 5.30 petang, dapat mesej daripada Alia. Katanya :

" Salam awak. Nak bgtau harga minyak naik malam ni pas kul 12.Dia baru nak umum ptg ni berita.kul 6.Sempat lg awk nak isi.Hihihi"

Alia, ini tak lawak. Kenapa perlu ada hihihi ? pasghah dan ghedho...

Maka, berpusu-pusu la rakyat marhaen memenuhkan tangki minyak kereta masing-masing pada malam itu.

Oh, saya terkecuali. Saya di rumah memikirkan apa hikmahnya yang bakal diterima. Macam yang saya bagitahu semalam, saya sudah berhenti kerja atas arahan suami. Bila jadi perkara macam ni, tetiba rasa aku tak patut berhenti kerja! Huuuu kesian encik suami. Malam tadi masa balik kerja muka dia macam risau je. Alamak. Ini bukan macam apa yang saya bayangkan. Ku sangka kan panas sampai ke petang... rupanya malam tu minyak naik harga...

Harga minyak naik, lepas ni harga barang pon naik. Dengar khabar tarif elektrik pon akan naik jugak. Em, cukai GST pon akan dilaksanakan? Ya Tuhan!

Darah ada macam naik tinggi jugak tadi malam. Darah tinggi naik, bukan naik darah.
Jangan pengsan, Adibah.
Bersabarlah.

Pasti ada rezeki yang Allah tetapkan untuk kamu, si kecil.

Wassalam.

Sunday, September 1, 2013

Kembali Mewarnai

Bismillahir Rahmanir Rahim...

Apa khabar, blog? Sihat? Lama sungguh tak menconteng arang di muka kamu ye blog?
Rasanya sudah tiba masanya untukku kembali mewarnai arena blog tanah air. Yeay!

....................

Disebabkan ini adalah entry pembukaan untuk tahun ini, mari kita sama-sama mengimbas kembali biodata penulis blog yang perasan sibuk ini.

Nama : Nur Adibah.
Usia : Sweet 25.
Status : Berkahwin.
Nama Suami : Mohd Kamal.
Pendidikan : Sarjana Muda Perisian Grafik dan Multimedia, UTM.
Hobi : ............(takde yang spesifik,asalkan memenuhi masa terluang)
Cita-cita : Suri rumah yang berjaya, kaya dan bermaya.

Cukup sampai di sini saja perkenalan kita. Blog ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. *mengikut kelapangan dan kerajinan penulis.

O ya, hari ni hari pertama saya bergelar suri rumah. See? Cita-cita macam dah nak tercapai, kan? Mudah-mudahan....akan menjadi suri rumah yang berjaya,kaya dan bermaya. *makbulkan lah Ya Tuhan.

Ada sebabnya saya berhenti kerja. Ini juga atas arahan suami. Kita cerita lain kali OK?
InshaaAllah saya akan selalu update. Saya harap kawan-kawan saya yang selalu suruh update blog berpuas hati dengan janji manis ku ini. OK kawan-kawan, semoga sihat selalu, bahagia dan membahagiakan ya!

Wassalam.