Mari Berselawat Setiap Hari
Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad
Friday, November 4, 2011
Buat Yang Tersayang
Thursday, March 31, 2011
Graduan Akhirnya!







Monday, January 31, 2011
Cahaya Yang Berpengetahuan Dan Berpengalaman
Apa yang berlaku pada hari itu? :)
23 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel di sebuah hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Di malam yang hening, kedengaran tangisan seorang bayi yang baru pertama kali menjengah dunia. Bayi comel itu diberi nama Nur Adibah yang bermaksud 'cahaya yang berpengetahuan dan berpengalaman'. Besar harapan ayah emak apabila memberikan nama itu kepada bayi tersebut.
sobs sobs sobs..isk touching la plak :P
OK. Dalam erti kata lain, 11 hari yang lalu adalah hari jadiku :) Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik, diberikan peluang untuk menghirup udara segar ciptaan yang Maha Esa dan dapat menghabiskan masa bersama keluarga setelah berhempas pulas menyelesaikan pengajian :)
HEAVEN!!
Sekarang.
Masih di rumah. Merancang untuk menjalankan perniagaan, insyaAllah. Tapi masih dalam dilema sama ada nak buat itu atau nak buat ini. Tidak tahu lagi macam mana. Bincang-bincang dengan emak. Dapat greenlight. Tapi kadang-kadang orang lama ni kejap dia OK nanti kejap lagi dia TAK OK pulak. Pening kepalaku dibuatnya. Langkah pertama harus ku ambil. Tapi bagaimana?? Ooh Allah, berikan aku jalan.
Surat daripada UTM dah sampai beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah, segala penat lelah bakal diiktiraf tidak lama lagi. Senat dengan berbesar hati menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Dua (Tinggi). Seronok bila baca surat tu. Dalam keluarga belah ayah, aku orang pertama bakal dapat ijazah. Tak sangka sebenarnya dah habis belajar ni. Kadang-kadang rasa macam tak percaya tapi percayalahh...kasihmu lama tersulam..eh eh ternyanyi pulak I. Biaselah, excited lebih :D
Konvo nanti nak pakai baju ape eh??Cant wait!
p/s : Nak bunga besar dan banyak ye! :D
Entry tamat tanpa perenggan penutup. Macam tergantung sikit la entry ni hu hu.
Monday, July 26, 2010
5 Hari Yang Membahagiakan
Wednesday, June 2, 2010
Hati Yang Amin Sakiti
Ku hanya bisa menyatakan apa yang ku rasa…
Eceh.maaf jika sumbang.Lagu Rossa ni takde kaitan pon dengan aku (buat masa sekarang lah).Harap sampai bile bile pon memang janganlah ada kaitan.Harap sangat-sangat.Sekian,TQ.
Sekarang berkumandang pula lagu Akim,Inilah Cinta.Tak tahu lah sejak bila entah aku layan lagu ni.Takpe,layan saje.Macam best jugak kan.Oh,Amin suke tiru gaya rambut si Akim ni.Die ingat hensem la kot.Takpe,layan saje walaupon macam poyo hehehehe.Amin,Happy belated birthday!
Semalam birthday Amin.Aku hanya mampu hantar mesej mengucapkan selamat bla bla bla bla.Itu saja yang mampu buat masa sekarang.Buat masa akan datang,insyaAllah la akan ade perkembangan yang lebih positif contohnya memberi hadiah,bawak bersiar-siar atau pon belanja makan.Sekarang sengkek lagi takde pendapatan kan..Dah kate surirumah,mane nak datang pendapatannya?pendapat boleh la nak bagi.Harap Amin faham :D
Amin, aku tetap sayang kan kau walaupun....
...kau suke merajuk.Cakap sikit merajuk,cakap sikit merajuk.Tak tahulah sebab apa tapi takpe,kau tetap adik aku.Mungkin ade kaitan dengan hormon [?] ataupun keturunan.haip,haip!
...kau suke lawan balik cakap aku dan Mak dan Ayah dan Mamat dan Aus dan Adib.Kadang-kadang rase macam nak sepak je mulut kau tu tapi takpe,sabar sabar.perghhh,ganas kan aku?
..bile makan kau suke tak tinggal sikit untuk orang lain.Wah,berselera sungguh bila hang makan.Kalau nampak lauk tu sikit,kau pon habiskan terus ye.Tak de pon nak tanye dulu ada tak sape-sape yang belum makan lagi ke..ape ke..kau cekik sorang sorang.Takpelah,aku faham..kau kan selalu penat?
info : tagline Amin adalah "penat laa..."
...kau selalu buat aku ulang bende yang sama setiap hari.Contoh :
-lepas balik dari sekolah,ko akan mandi dengan Adib pastu wat bising kat dalam toilet tu.ish! dah la time maghrib boleh plak gurau2 dalam toilet tu.Orang cakap 10 ribu kali pon kau buat deeeekk je.Setiap kali nak mandi,aku kene ingtkan jangan bising,jangan bising!,mandi cepat!,mandi cepat! dan hasilnya...........................tetap sama.Ya Allah,beri kan aku kesabaran.
...kau selalu dengki dengan kitorang.Bile kitorang balik cuti sem atau cuti sekolah,kau pon tibe-tibe bertukar menjadi malas secara mendadak.Tak boleh Mak mintak tolong sikit,mesti dengki dengan kitorang sebab Mak tak suruh adik beradik yang lain wat keje.hahaha.Tulah,sape suruh time lahir dulu kuar ikut saluran yang salah?Kitorang sume normal. (tak de kaitan =p)
...selalu jugak tak puas hati bila tak dapat barang yang diminta.Orang lain senang-senang je dapat sebabnya yang lain duk asrama,memang lah kene beli barang-barang tu sume kan selain dibuat stok di masa kecemasan.Bila tak dapat,merajukkkk...Tulah,orang soh sekolah asrama tak nak.Kan sudah rugi??wakakaka
Ahhhh..banyak la lagi kalu nak list kan semuanya.Tak larat dah nak taip dan pikir.
Amin,jadilah matang sikit ye.Aku tengok Areep dengan Azim matang je tapi apesal kau macam budak budak lagi?Bukan aku je yang cakap camtu,kawan-kawan aku pon cakap camtu gak.Mak pon cakap macam tu.Cik Aya pon cakap macam tu.Mak Cik Angah pon cakap macam tu.Semualah cakap macam tu.Kesimpulannya,kau memang tak matang lagi.
Kalau Amin gaduh dengan Adib,hmmm...Amin nak jugak menang.Gaya tak macam abang langsung! tapi takpe,kami tetap sayangkan kau =)
Hebat lah tajuk di atas.Tajuk lagu Rossa + Amin = Rosak.
Thursday, May 27, 2010
Anda Bila Lagi?
Bangun pagi aku sakit perut adeii.Terase angin-angin bercengkerama dalam perut ni.Mencocok-cocok ulu hati.Tak tahulah camne bleh masuk angin padahal aku makan je semalam.Lepas solat subuh bergolek-golek atas lantai dengan telekung tak bukak bukak lagi.Tak boleh jadi ni,kene buat sesuatu tapi aku malas nak sapu minyak angin.Tak suke!
Alternatif lain ialah iron.Bukan iron man mahupun zat besi tapi seterika oh!
Panaskan seterika selama beberapa saat.Pastu gosok kat perut dan belakang badan perghh.Memang sedap la..dan panas!Tapi takpe tahan tahan tahan.Tak sanggup nak biarkan angin ni bersuka ria.Aku tak sedar bile aku terlelap.Dalam pukul 7.45 aku tersedar pastu dah tak sakit dah Alhamdulillah.
See? Mudah bukan hanya perlukan iron.
Selain digunakan untuk menghilangkan kedutan pada pakaian,ia juga digunakan untuk menghilangkan angin dalam badan.(penemuan saintifik nih!)
Terase diri macam dah tua.Kalau orang tua gunakan tungku aku plak gunakan seterika.old old tapi upgrade sikit lah bukan.
-----
Cerita Semalam.
Semalam hari Khamis macam biasalah aku di sini.Di dalam home sweet home ini.Bangun pagi kemas rumah ape sume pastu menghadap laptop.Aku geram dengan Amin semalam.Aku tak sukelah bile die asyek sangat bergurau dengan Adib sampai leka bas dah nak sampai dah.Aku menjerit marah-marah macam orang gile die buat bodoh je dalam jamban tu.Dah besar tingkatan dua dah tapi perangai macam budak kecik.Paling aku geram, sebab dia lah Adib tertinggal bas sekolah!Aduhh!Aku memang tak buleh sabar dah.Last-last aku naik atas duk dalam bilik.Aku malas nak cakap ape-ape dah.Macam aku ni bukan kakak dia.Aku penatlah cakap benda yang sama setiap hari.Aku bosan dan fed-up.Nasib baiklah kau adik aku!
Mak balik dalam pukul 2 pastu hantar Adib pegi sekolah.Balik rumah lunch dengan mak.Mak ade beli gulai terung pastu goreng udang.Banyak betul mak makan semalam.Aku pon terkejut tapi buat macam biaselah kan.Tiga kali kot mak tambah hahaha.Kesian mak lapar.
Aku sakit kepala semalam.Tak tahulah kenapa.Mak cakap sebab asyek duk rumah je tak keluar-keluar.ehe.Alamak,nampak sangat lah aku tak pergi jog hehehe.Walaupon aku tak keluar rumah,tak bermakna aku tak bersenam langsung.Dalam rumah pon buleh bersenam bukan?
Ish,memang tak buleh tahan sangat-sangat kepala ni.Sakit!Dalam pukul 4 aku tidur.Hujan lebat memang best kalu dapat tidur tapi tak best bile sakit kepala.Takpelah,kifarah dosa kan.Redha je..
Menu malam semalam.Tempe,ikan bilis goreng masak cili kering.haha.Aku tak tahu lah nak bagi name ape.Aku tahu masak and makan je.Mak suh aku masak.
Mak : Mak tak tahu dah nak masak ape.Lame dah tak masak..
Aku : Masak jelah ape-ape ponnn..
Mak : Nur la masak.Nur masak sedap!(bodek di situ)
Aku : Nak masak ape?(Tetibe bersemangat.ceh,memang tak boleh dipuji sket :p)
Mak : Tempe ade tu..Mak beli tempe tu untuk Nur la..
Aku : Laa..ingtkan beli untuk Aus.Aus kan suke tempe..
Mak : Bukan Nur pon suke ke?
Aku : Erkkk..suke la jugak haha.Alia la ni!haha~
Ni pulak sayur air.Kangkung masak dengan sotong pelik ek?Mak aku cakap tak pernah dibuat orang.Takpelah mak,orang tak pernah buat,kite buatlah kan..Asalkan sedap,bleh dimakan dan kenyang perut anak-anak Mak yang debok debok ni.Mak gelak je..Adib suke kot!Asyek hirup je tak habis habis hehehe.Tak sangka pandai jugak aku masak ekkk :P
Padahal main campak-campak je pastu tinggg dah siap!dah boleh makan..Budak-budak ni lepas makan tak reti nak basuh pinggan sendiri huh!
----------
Dah pukul 11.45 lah
Mahu turun bawah dan siapkan ape yang patut.Kang tak makan plak adik-adikku yang debok debok tu.
Eh,ramai betul yang nikah hari ni.Hari nikah sedunia ke ape?Tak kesah la kan.Asalkan aku bahagia hahaha.Selamat berbahagia lah ye kepada anda anda yang kawen hari ni.Ketua tingkatan aku mase form4 pon nikah hari ni jugak.wah,macam tak percaye je aku dah besar rupenye,Ramai dah kawan-kawan yang dah kawen.Anda bile lagi?? (tanya adibah kepada diri sendiri :p )