Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, May 27, 2010

Anda Bila Lagi?

Pagi Jumaat yang indah.

Bangun pagi aku sakit perut adeii.Terase angin-angin bercengkerama dalam perut ni.Mencocok-cocok ulu hati.Tak tahulah camne bleh masuk angin padahal aku makan je semalam.Lepas solat subuh bergolek-golek atas lantai dengan telekung tak bukak bukak lagi.Tak boleh jadi ni,kene buat sesuatu tapi aku malas nak sapu minyak angin.Tak suke!

Alternatif lain ialah iron.Bukan iron man mahupun zat besi tapi seterika oh!

Panaskan seterika selama beberapa saat.Pastu gosok kat perut dan belakang badan perghh.Memang sedap la..dan panas!Tapi takpe tahan tahan tahan.Tak sanggup nak biarkan angin ni bersuka ria.Aku tak sedar bile aku terlelap.Dalam pukul 7.45 aku tersedar pastu dah tak sakit dah Alhamdulillah.

See? Mudah bukan hanya perlukan iron.

Selain digunakan untuk menghilangkan kedutan pada pakaian,ia juga digunakan untuk menghilangkan angin dalam badan.(penemuan saintifik nih!)

Terase diri macam dah tua.Kalau orang tua gunakan tungku aku plak gunakan seterika.old old tapi upgrade sikit lah bukan.

-----

Cerita Semalam.

Semalam hari Khamis macam biasalah aku di sini.Di dalam home sweet home ini.Bangun pagi kemas rumah ape sume pastu menghadap laptop.Aku geram dengan Amin semalam.Aku tak sukelah bile die asyek sangat bergurau dengan Adib sampai leka bas dah nak sampai dah.Aku menjerit marah-marah macam orang gile die buat bodoh je dalam jamban tu.Dah besar tingkatan dua dah tapi perangai macam budak kecik.Paling aku geram, sebab dia lah Adib tertinggal bas sekolah!Aduhh!Aku memang tak buleh sabar dah.Last-last aku naik atas duk dalam bilik.Aku malas nak cakap ape-ape dah.Macam aku ni bukan kakak dia.Aku penatlah cakap benda yang sama setiap hari.Aku bosan dan fed-up.Nasib baiklah kau adik aku!

Mak balik dalam pukul 2 pastu hantar Adib pegi sekolah.Balik rumah lunch dengan mak.Mak ade beli gulai terung pastu goreng udang.Banyak betul mak makan semalam.Aku pon terkejut tapi buat macam biaselah kan.Tiga kali kot mak tambah hahaha.Kesian mak lapar.

Aku sakit kepala semalam.Tak tahulah kenapa.Mak cakap sebab asyek duk rumah je tak keluar-keluar.ehe.Alamak,nampak sangat lah aku tak pergi jog hehehe.Walaupon aku tak keluar rumah,tak bermakna aku tak bersenam langsung.Dalam rumah pon buleh bersenam bukan?


Ish,memang tak buleh tahan sangat-sangat kepala ni.Sakit!Dalam pukul 4 aku tidur.Hujan lebat memang best kalu dapat tidur tapi tak best bile sakit kepala.Takpelah,kifarah dosa kan.Redha je..


Menu malam semalam.Tempe,ikan bilis goreng masak cili kering.haha.Aku tak tahu lah nak bagi name ape.Aku tahu masak and makan je.Mak suh aku masak.

Mak : Mak tak tahu dah nak masak ape.Lame dah tak masak..

Aku : Masak jelah ape-ape ponnn..

Mak : Nur la masak.Nur masak sedap!(bodek di situ)

Aku : Nak masak ape?(Tetibe bersemangat.ceh,memang tak boleh dipuji sket :p)

Mak : Tempe ade tu..Mak beli tempe tu untuk Nur la..

Aku : Laa..ingtkan beli untuk Aus.Aus kan suke tempe..

Mak : Bukan Nur pon suke ke?

Aku : Erkkk..suke la jugak haha.Alia la ni!haha~


Ni pulak sayur air.Kangkung masak dengan sotong pelik ek?Mak aku cakap tak pernah dibuat orang.Takpelah mak,orang tak pernah buat,kite buatlah kan..Asalkan sedap,bleh dimakan dan kenyang perut anak-anak Mak yang debok debok ni.Mak gelak je..Adib suke kot!Asyek hirup je tak habis habis hehehe.Tak sangka pandai jugak aku masak ekkk :P
Padahal main campak-campak je pastu tinggg dah siap!dah boleh makan..Budak-budak ni lepas makan tak reti nak basuh pinggan sendiri huh!

----------

Dah pukul 11.45 lah
Mahu turun bawah dan siapkan ape yang patut.Kang tak makan plak adik-adikku yang debok debok tu.

Eh,ramai betul yang nikah hari ni.Hari nikah sedunia ke ape?Tak kesah la kan.Asalkan aku bahagia hahaha.Selamat berbahagia lah ye kepada anda anda yang kawen hari ni.Ketua tingkatan aku mase form4 pon nikah hari ni jugak.wah,macam tak percaye je aku dah besar rupenye,Ramai dah kawan-kawan yang dah kawen.Anda bile lagi?? (tanya adibah kepada diri sendiri :p )


1 comment:

alien said...

tempe sedap ooo