Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Sunday, May 23, 2010

Passion.Ambition.Butter

24 Mei 2010.
Maknanya dah 24 hari saya di rumah.24 hari menjadi surirumah.24 hari berlakon home alone.24 hari blablablablablablabla.

24 hari mencari cinta pergh!
Takde kaitan pon.
Jap,saya nak pastikan Amin pergi ngaji.
//turun tangga check semuanya.rumah sepi Amin takde.ok.

Ok,Amin dah pegi mengaji.Dia tu tak boleh orang leka sikit nak jugak orang ingatkan Amin,ngaji!ngaji!

Penat betul jadi surirumahtangga tak bertauliah ni.huh

-----

Seri Gombak hari ni takde air la pulok.Dari pukul 10 pagi ni sampai 3 petang kang.Saya pagi-pagi lagi dah masak Tom Yam yam yam yam.Tapi saya tak tahulah kenapa hari ni macam blurrr sikit.eh,macam banyak pon ada.Buktinya,Tom Yam saya hanya semata-mata rencah tom yam,ayam dan cili padi.Ntah kenapa macam blurrr lah.Takde pon bawang besar dan bawang putih.Serai,tomato dan kobis apetah lagi.Lagipon memang takde stok pon benda-benda tu dalam peti sejuk.Bila dah siap masak,saya baru terperasan, 'eh aku tak letak bawang eh eh nak letak bendi bleh tak ek?' sebab tu je yang ade dalam peti -.-"

Ah,tak kesah la kan.Asalkan ade rase tom yam yam yam betol tak?(Tidak mengaku kalah)


Ini bukan tom yam tapi sup ayam juadah pagi,tengahari dan malam jumaat lepas.
Teringin nak buat kek la tapi kat rumah ni takde oven yang elok.Yang ade skang ni pon oven yang bile guna je mesti asyek tendang karen je.(hebat gila la oven ni boleh tendang karen)

huh!

Terase seperti mahu berlakon cerita Julie & Julia.Bon Appetit!

1 comment:

Anonymous said...

sdpnye tom yam..