Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Tuesday, May 25, 2010

Terang Sungguh Hati Anak-anak Kecil

Sejak petang Ahad lagi adik bongsuku,Adib,tak sihat semacam je dia.Macam nak demam sebab asyik merengek.Isnin pulak sekolah agama ada exam so kena la paksa dia pergi sebab nampak macam tak teruk sangat.Balik je dari sekolah agama,Adib kate dia pening dan badan dia panas sangat-sangat.Amin bawak dia pegi mandi biar sejuk sikit badan tu.And petang tu,tak pergilah sekolah kebangsaan.Saya,si surirumah comel inilah yang menjaganya.Apa lagi,bertempek la dia kat saya sepanjang hari.Saya dah takut dah.Takut jangkit demam sebab memang sejak dia kecil lagi,saya mudah berjangkit dengan Adib.Mungkin sebab bila dia demam,dia suka bertempek kat saya so suhu badan dia tu menyerap kat badan saya pulak (ni saya buat formula sendiri) dan finally,saya pon turut demam.

Alhamdulillah,hari ni demam dia dah kebah sikit (puas pujuk suh makan ubat) dan saya pon lega bila saya tak demam (badan aku dah imun kah?).Esok kena lah pergi sekolah agama ye Adib.Esok exam Fekah dan Hafazan.Dan sebagai kakak yang baik,saya pon ajar la dia ayat-ayat hafazan untuk exam esok.Saya tanya, “ Surah mana ustazah suh hafal?”.Dengan selamba dia jawab, “Tak tahu, heeee”.Eh,budak ni sengih plak gigit baru taw.NGAP!

Saya pon selak satu,satu page dalam buku hafazan tahun dua tu.Baca satu,satu surah kat dia.Sampailah surah yang dia ingat ingat lupa.Hah,apa lagi saya pon suruh dia baca dan hafal.Mula-mula baca sama-sama beberapa kali dan saya tak expect pon dia akan ingat.Sekali tinggg!,lancar dah dia baca (tapi adelah gagap-gagap sikit).Bila jadi macam tu tiba-tiba dalam fikiran ni macam ,Ya Allah,terangnya hati budak kecik.Kalau saya la ntah beratus-ratus kali kot kene ulang hehehe.

Tapi memang lah kan hati budak-budak memang terang,suci lagi murni.Apa yang di ajar time ni,mudah sangat melekat kat ingatan dorang.Orang dewasa plak,bacalah seribu kali pon,kalau hati kotor,jangan harap ilmu nak lekat.Bukan itu saja malah orang pon tak sayang.Ada betul kaa??

Entry ini ditulis malam tadi tatkala penulis tidak boleh tidur dan otak beliau kerap memikirkan sesuatu.Apakah??

No comments: