Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Monday, September 3, 2012

Ijab Qabul

2 Jun 2012, kami di ijab kabulkan di kediaman keluarga saya. Tiga bulan sudah menjadi isteri kepada seorang suami. Tiga bulan menjalani rutin hidup yang berbeza tapi awesome! Tak percaya? Kahwinlah kamu :)

Peristiwa itu masih terbayang. Di pagi yang indah itu, saya dibawa ke satu dunia fantasi yang selama ini menjadi pertanyaanku, bagaimanakah situasi dan keadaannya? Apakah perasaannya? Bagaimana aku melaluinya? Setelah dimekapkan oleh mak andam, daku menanti rombongan encik tunang dengan penuh sabar. Debaran di dada jangan cakaplah. Jadual pernikahan kami sepatutnya pada jam 11 pagi. Rombongan lelaki sampai jam 10.30 pagi. Tok kadi? Pukul 12.30 baru sampai hahaha. Bayangkan perasaan pengantin lelaki. Nervous semua dah hilang sebab tunggu tok kadi lama sangat. Rupanya, ramai sangat nikah hari tu dan kami merupakan pasangan yang terakhir. Takpelah asalkan semuanya selamat. Aku risau Tok kadi tak datang je. Tak ke naya?


Alhamdulillah, kami sah menjadi suami isteri jam 1 petang. Perasaan masih biasa. Macam tak percaya pon ada sebab peristiwa yang berlaku sangat pantas. Lepas sah, nanges tak? Erm, tak nanges tapi masa tadah tangan baca doa, adik ipar nanges pulak. So, aku pon ada rasa nak ternanges huhuhu.



Suami selesai solat sunat, upacara penyerahan mas kahwin beserta sebentuk cincin (untuk suami) dan seutas gelang tangan (untuk isteri) dijalankan. Fuhh, siapa pernah jadi pengantin je tahu apa yang kami lalui. Menjadi perhatian memang sukar. Bayangkan semua tertumpu pada anda siap dengan kamera masing-masing. Sudah la pula dipaksa melakukan aksi berpegangan tangan, berpelukan dan berkucupan di khalayak ramai. Malu tapi mahu hekhekhek.

Ringkasan pernikahan kami :

1. Sah hanya dengan sekali lafaz.
2. 7 hantaran berbalas 9.
3. Makanan dimasak dengan bantuan saudara mara. Menu yang menjadi pertanyaan tetamu malah keluarga mertua ialah rumpai laut. Bentuk macam suhun/meehun tapi sebenarnya rumpai laut. Sedap.
4. Majlis pernikahan diadakan di Kg. Alor Lintang, Besut, Terengganu.
5. Kos untuk pelamin, persalinan pengantin, mekap, hiasan meja pengantin dan hiasan bilik tidur hanyalah RM 2 ribu. Kalau kat KL? Pheww!
6. Mak andam bawa 4 pasang persalinan tapi pengantin hanya pakai 2 pasang. Sebab utama? Penat lalu pengantin surrender. Sayang betol..
7. OP pengantin ialah rakan sekelas di UTM, ZullZulkhairy. Harga kawan la kan hahaha. Dia sorang cover untuk satu majlis bagi aku, OK lah.
8. Majlis pernikahan dan kenduri diadakan serentak pada Sabtu yang damai itu.
9. Baju pernikahan adalah yang paling dicintai. Bukan hanya cantik bagi pengantin, ia juga adalah baju yang dibeli dan ditempah jahit sendiri oleh pengantin. Malah, ia juga dijadikan baju raya pada hari raya pertama kami sebagai suami isteri.




Tiga bulan yang indah, dan semoga terus indah hingga ke akhir nyawa.

No comments: