Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Monday, April 19, 2010

Wajah Kesayangan Hamba

pecah rekod : sarapan pukul 6.45 pagi

hebat kan?

pagi pagi lagi dah terjaga dari tidur.sejak kebelakangan ni asyek terjaga pukul 5.30 pagi padahal kunci jam pukul 6.15.
pagi tadi pon same pastu macam awal je lagi kan,sambung la tidur balik.nak jugak tunggu pukul 6.15 heehh
di kala cuba nak sambung tidur,alia sibuk duk kejot.
kejap kejap kejot.kejap kejap kejot.
baiklah alia baiklah.

bangun pagi mandi gosok gigi cuci muka sabun badan solat subuh makan benjo.

pheww!

pagi pagi (6.45 - awalnye!) dah makan benjo letak mayo dan sos tomato.yummy.

----

sampai ofis tepat jam 8.30 pagi.wah,punctual gile kitorang rini!
maklumlah,ada 10 hari lagi praktikal kat sini.. :D
misi utama hari ni ialah siapkan report.(ni bab yang paling i xsuke)
kenapa tak suke?sebab leceh.
kalau diberi assignment oleh lecturer,saya lebih suke wat program (coding) berbanding wat report.selalunye,kerja kerja me'report' akan diberikan kepada rakan sekerja.eceh.tapi tak semua la.em,saya masuk sikit sikit la hehehe.

tapi,jangan la ditiru aksi ini kerana membawa padah kepada diri sendiri.
disebabkan saya tidak suka menulis report,maka,psm1 saya hancur musnah tapi tak sempat berkecai.masih boleh diselamatkan.Alhamdulillah syukur nikmat!

mood : buat report dengan bersungguh sungguh sampai rehat.

menu hari ini : ikan manis masam (sweet sour) dan sambal udang.

burrrp.
Alhamdulillah :D

-----

selepas kenyang ape sume,sambung wat report.ehem.

malangnya.saya hanya mampu tulis report dalam hati sendiri.
apa nak jadi dengan aku ni! T__________T

usah menyesali apa yang terjadi,mari gembirakan hati sendiri. :D

saya telah berjaya me'morph'kan wajah saya dengan orang orang.bukan orang orang disawah padi tapi ini orang ok, orang!


Nur Adibah + Taylor Swift

ulasan saya : comel!HAHAHA.Taylor Swift versi tembam.hey,pipi saya itu.cak cak cakkk.tak dilupakan,hidung saya jugak.

Nur Adibah + Blair (Gossip Girl)

ulasan saya : tembam jugak!pipi ini memanglah aset saya.tapi kali ni,senyuman itu milik saya.em,comel la Blair celup ni.*perasan di situ

Nur Adibah + ?????

ulasan saya : em,kenapa kali ni,pipi xberapa nak tembam?apesal gamba ni tak nampak macam morph ek??em,adakah bermaksud,muka kami memang same?? =p
orang kate,kalau muke same,maknenye ade jodoh.yeke?HEHEHEHEHEPHEPHOOORAY!


Nur Adibah + ???? (percubaan kedua)

yeaay!percubaan kedua menampakkan pipi.sangat terserlah.hidung pon adalah saya yang punya.ni baru nampak cam morph kan.tapi more to dotdot's gene lah.HAHAHA


seronok kan?
sape nak cuba kacukkan wajah anda dengan sape sape boleh la pegi morphthing.com
ekspesikan diri anda.oh ya,hari anda juga!

sebelum saya lupa,semalam laptop saya diserang.diri dah gelabah dah sebab supervisor dari UTM nak datang untuk presentation khamis ni.matilah aku!
solution saya,pegi lowyat soh dia nyah nyah that viruses.memang dah tak boleh buat apa dah.guna antivirus pon tak berkesan.saya takot segala kerja yang saya buat kat tempat praktikal ni hilang!
natijahnya,melayang 65hengget.tapi takpe,demimu wahai projek.

update : supervisor datang isnin depan sebab bini beliau bersalin.bertambah umat Muhammad.Alhamdulillah :)


No comments: