Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Wednesday, October 27, 2010

20.10.2010 - 27.10.2010

Di malam yang hening....ewah!

Semangat hilang la.Hari ni sehari suntuk duk kat Bangunan Canselor sebab nak memeriahkan dan juga present final project games.Sepatotnya pagi tadi pegi interview dengan TMS company tapi entah kenapa tak pegi.Kan dah kata tadi semangat dah hilang.Semua bende pon pandang ringan padahal peluang bukan selalu dapat.Project tak siap pon masih takde perasaan bersalah mahupon bimbang.ya Allah entah kenapa....

Rindu diri yang dulu.Siapkan assignment dengan penuh dedikasi dan semangat.Selagi tak siapkan assignmet/project,selagi tulah kepala duk pikir cane nak solve error.Makan pikir coding,mandi pikir logik,nak tido duk pikir algorithm.Memang tak senang duduk!

Tapi sekarang kenapa aku jadi macam ni?

Dimana salahnye?(ewah)

Adakah kerana praktikal selama satu sem,takde assignment,malam-malam relaks pastu tido,maka sem ni aku jadi malas sebab dah terbiasa.Yeke sebab tu?

Atau sebab aku memang pemalas? erk~

Atau sebab aku ade masalah aku sendiri yang orang lain tak tahu apa rasenye.Aku sorang je tahu macam mane rasa perasaan yang tiada rasa itu.Orang tengok luar nampak ok,padahal orang tak tahu dalam aku macam mane.Orang boleh bercakap tanpa menilai dulu masalah orang lain.Yang tanggungnye aku.Pahit,manis,masam,kelat.Semuanya aku yang rasa.Aku terpaksa telan sebenarnya.

--------

Syukur bila ada insan yang faham dan cuba faham.
Selalu bagi nasihat,kata-kata semangat dan sokongan.
Selalu ada bila diperlukan.
Selalu bagi pertolongan walaupon aku tak mintak.
Selalu sayang aku :)

--------

20.10.2010

Ramai yang nak jadikan tarikh ni sebagai tarikh yang bersejarah.Kata mereka,nak cipta sejarah atau sesuatu yang membahagiakan supaya menjadi kenangan yang terindah dan mudah diingat.Aku tak pernah terfikir nak jadikan tarikh ni sebagai tarikh keramat.Yelah,Allah merancang segalanya...Dijadikan Nya hari itu sebagai hari yang akan dikenang sampai bila-bila oleh aku dan adik-adikku.

Aku sangka diri aku kuat.Khabar yang diterima rupanya memberi kejutan hebat buat aku.Terus tak boleh nak buat ape pon malam tu.Draft untuk public speaking pon tak siap.Esok ada kelas pulak.Dah la ade test.Masa tu aku tak pikir ape dah.Lantak la test ke,draft nak kene hantar ke,assignmet ke,PSM ke,semuanya aku tinggalkan.Esoknya tak pergi kelas Oral.Pegi Seri Puteri,cari tiket,beli,naik bas terus balik KL.Kesian pulak kat Hajar.Aku ingat yang kelas Oral ade test tapi aku betul-betul lupa yang test tu melibatkan orang lain jugak.Nasib baik Hajar ade partner.em,sori Hajar.

Alhamdulillah,balik rumah aku tengok semua orang ok.Aku jadi lega tapi dalam masa yang sama,aku bimbang/bingung/risau memikirkan masa depan.Masa depan yang belum pasti.Takpelah,Allah kan ada :)

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahu Akbar.

-------------

Em,aku dah tukar windows ori he he he sebab windows tak ori diserang virus dan rosak tak boleh load...
PSM O PSM....

------------

Esok ada public speaking!
Jom tido! (padahal tak praktis lagi ni wey.....ngantok!)
zzzzzZZZZZZZZzzzzzz

2 comments:

shakirah samsudin said...

ok lah tu ada orang nak dengar luahan perasaan. ada tempat nak share masalah. ada orang lagi teruk takde tempat nak luahkan (macam aku. haha) lagi terseksa dalaman tau. :(

cinta sang ratu... said...

Alhamdulillah..mungkin aku xsekuat ko?sbb tu aku dikurniakan seseorang yg baik,yg faham supaya aku dapat ringankan sikit bebanan yg ditanggung? :')