Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Saturday, February 20, 2010

Ku Serahkan Cinta

Dikala aku terleka,Engkau datang mengingatkanku..
Dikala aku berdosa,Engkau datang bersama rahmatMu..
Dikala aku meminta,Engkau kabulkan permintaanku...

Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan Cinta hambaMu yg mencintaiMu...
Ya Allah...terima kasih atas segala kurniaanMu...
Ya Allah..terima kasih atas kasih sayangMu kepadaku dan keluargaku...

Walaupun hambaMu ini selalu berdosa,selalu terleka,namun Engkau Maha Pengasih,Maha Penyayang..
Engkau berikan kepadaku segala-galanya kerana Engkau Maha Mendengar...Engkau mendengar rintihanku selama ini Ya Allah...

Di Malam Yang Hening...HambaMu Bersujud PadaMu...
Dosa-dosa yang lalu,menggamit jiwaku...
Airmata yang luruh,dibiarkan membasahi kelopak mata..
Agar ia menjadi saksi di sana..atas segala kekecewaanku..
atas segala penyesalanku...kerana berlaku engkar padaMu..

Terimalah taubatku Ya Allah...
Kurniakan aku dan keluargaku HidayahMu...

Ameen..