Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Wednesday, July 20, 2011

Bilakah Mulanya Saya Bertudung?

Lamenye tak menulis kat blog ni..berhabuk bagai ni.kadang-kadang terpikir gak,untuk ape aku wat blog ni eh?Dahla banyak merepek haha. Actually baru lpas baca entry Kak Nadia pasal ‘Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung’. Best baca cerita orang lain kan? Aku pon ada cerita aku sendiri….

Zaman kanak-kanak dulu aku selalu pakai skirt and seluar pendek. Sampai darjah 3 ke darjah 4 (ntah,tak ingat) aku masih lagi pakai skirt tapi pergi sekolah pakai baju kurung,tak pakai pinafore. Nak buat macam mane kan, dah mak ayah yang belikan pakaian hehe. Dulu selalu merajuk dengan mak, taknak pakai seluar pendek bila keluar jalan-jalan or main-main dengan kawan sebab kawan aku takde pon yang pakai seluar pendek. Tapi rajuk tak kemane pon sebab memang takde seluar panjang pon. Terpaksa pakai seluar pendek jugak huhu. First time pakai tudung masa hari raya (umur 6 tahun). Masa tu takde tudung bawal, semua tudung jenis ikat-ikat bawah tu..memang pendek betol la. Siap pakai anak tudung manik-manik lagi haha. Rase cantik sangat la bila pakai camtu masa tu. Haa tula kali pertama dalam hidupku memakai tudung. Esok-esok pegi raya rumah orang lain, pakai skirt balik haha.


*Raya tahun 1994
Fesyen tudung zaman itu....nampak tak anak tudung manik-manik tu? :P


OK, start belajar mengaji masa darjah 1,tu pon dah lambat dah sebab kawan-kawan lain start ngaji masa tadika. Pergi mengaji, kenala pakai tudung kan. Time tu fesyen hujung tudung ikat belakang pastu sangkut kat tengkuk. Boleh bayangkan tak? Kadang-kadang, pusing-pusing gulung-gulung hujung tudung sampai ke atas, pastu letak atas kepala pastu ikat. Korang ingat tak fesyen ni?

Tudung pertama ke sekolah pulak masa hari kedua darjah 4. Masa akhir tahun darjah 3, dah janji dengan geng nak pakai tudung masa darjah 4. So, nanti ramai-ramai pakai tudung masa hari pertama persekolahan darjah 4. Bersemangat la aku ni duk remind mak aku supaya beli tudung. Mak cakap, mintak je tudung lama Kak Intan, anak jiran sebelah (aku taknak pakai tudung sekolah agama sebabnya kain dia kain getah tu..tak cantik..nak tudung yang budak sekolah menengah pakai haha). Akibat asyik bertangguh je, masa first day persekolahan, aku tak pakai tudung. Sampai je sekolah, tengok geng-geng pakai tudung. Alamak, aku rasa malu. Bukan malu sebab tak tutup aurat,tapi ntah nape malu. Yelah,budak-budak kan poyo sikit kan..kalau geng sendiri pakai atau ada sesuatau, kita pon nak jugak haha. Balik je sekolah, terus cakap kat mak, “nak pakai tudung jugak… nak jugak nak jugak!”. Mak pon pegi mintak kat jiran sebelah haha lawak betol. Esoknya, hari ke-2 persekolahan, aku pon pakai tudung…..Sejak tu, aku tak pernah buka tudung masa pergi sekolah walaupun ada geng yang on off dan ada jugak yang dah tak pakai terus. Pada aku, aku selesa dengan keadaan aku masa tu. Even memang la kalau keluar jalan-jalan dengan family still lagi tak bertudung tapi bila aku tengok mak aku bertudung, dalam diri ni ada rasa nak bertudung. Mak tak pernah suruh atau paksa aku pakai tudung. Itu kehendak aku sendiri sehinggalah satu hari….

-------

Satu hari, makcik saudara belah ayah ada kenduri kahwin. Kami sekeluarga bersiap-siap nak pergi kenduri kat Seremban. Time ni entah kenapa aku nak pakai tudung pulak. Bila sampai je kat rumah pengantin, aku nampak arwah Wan aku tengah tengok pengantin bersanding. Aku pon pergilah kat Wan, berdiri kat belakang dia. Kalau tak silap aku, time tu aku letak tangan kot kat bahu Wan, pastu Wan pandang. Aku senyum je. Wan balas senyuman aku and tengok pengantin bersanding balik. Aku pon buat macam biaselah kan. Sekali Wan aku toleh balik, tenung aku lama-lama and cakap, " Laaa Nur ke?? ingat siapelah tadi...Wan tak cam pulak bila pakai tudung..", Mati-mati aku ingatkan Wan cam aku..Rupenye die dok pikir, sapelah aweks cun yang suke-suke hati letak tangan atas bahu die tak bagi salam ni hahaha.


Sejak dari itulah, aku bertudung. Masa tu aku baru darjah 5. Pergi mana-mana pon dengan tudung taw. Bila tak pakai,rasa macam lain macam je. Pernah sekali tu, nak pergi kedai beli barang sikit. Nak pakai tudung tapi pikir malas plak sebab dekat je kedai tu tambah lagi time tu malam. So aku pikir takpelah, gelap-gelap ni mane ade orang nampak. Aku pon pergila kedai dengan adik. Baru berape langkah, dah terase lain macam. Aishh, tak sedap ati la tak pakai tudung ni..Gila laju aku jalan balik rumah. Tak tahu nak explain macam mana rasenye.. Malu...even tak terserempak dengan siapa-siapa pon waktu tu. Masa tu kalau tak silap, tingkatan 2 ke 3.


Itulah kisahnya.....sehainggalah sekarang, aku masih dengan tudung-tudungku dan moga aku akan terus istiqamah bersamanya Ameen..


Tuesday, May 10, 2011

Cerita Pasal Kerja Untuk Wani

Pada hari ini,genap seminggu aku disini. Di mana? Di tempat kerja lah,mana lagi! Disebabkan masih tidak diberikan tugasan, maka aku pon rasa teringin nak mengarang di blog kesayangan ramai ini (?) <-- sila muntah

Apa perasaan anda setelah bekerja ini?

Oh, rasa macam tidak percaya! Betul ke aku dah kerja ni? Betul ke? Macam tak percaya sedang melalui alam pekerjaan sekarang ini. Aku rasa diri ni macam budak-budak lagi ha ha ha. Tidak sedar diri punye olang!


Bagaimana hari pertama anda bekerja?


Em, pada hari pertama lagi aku sudah diberikan ruang bekerja sendiri, access card sendiri dan emel company sendiri. Bukankah bangga melihat jawatan sendiri pada access card? Namun dalam masa yang sama, perasaan takot pon ada juga. Mampukah aku memikul tanggungjawab ini? Layak kah aku? Macam mana kalau aku tak dapat laksanakan kerja dengan sebaiknya? Fuh, begitulah kata hati aku pada ketika itu.

Rama-rama berterbangan dalam perut saya. Itulah hari pertama.

Bukan itu saja, tekanan sangat menekan. Bayangkan jarak Gombak dengan Subang Jaya. Panjang mana? Panjang sungguh... Masa perjalanan pada hari pertama ke tempat kerja saja sudah lebih kurang 2 jam. Mau mood aku tak hilang? ha ha ha. Pastu dalam hati ; aku patot pergi Cyberjaya...aku patot pergi Cyberjaya.. (Hati merintih)
Kesimpulannya, hari pertama yang panjang.


Bagaimana hari kedua anda bekerja?

Hari kedua, guna laluan yang lain. Kali ni, perjalanan ke Subang Jaya ambil masa dalam 1 jam. Oh, tak syak lagi! Inilah jalan yang aku tunggu-tunggu selama ini! Terima kasih NKVE. Sekarang, Subang tu dekat je rasanya taw!


Apakah kenderaan yang anda naiki untuk ke tempat kerja?

Teksi!
Ye, teksi!
Teksi bapak aku. Ape nak heran? :D
Terima kasih bapak.


Pernah kerja lebih masa?

Pernah balik lewat padahal takde kerja pon. Saja tunjuk-tunjuk rajin. Sampai senior pon macam : eh, you tak balik lagi? : terkejot tengok aku ada lagi kat opis. Alah, takdelah lebih masa sangat pon. Lebih 15-20 minit je :P Bila senior cakap, you can leave now, lumah awak jauh, baru aku balik :P

Berlakon itu perlu :D



Apa yang best kat tempat kerja?

Em, takdelah best mana pon. Cuma kadang-kadang bila tengok bangunan Heitech Village tu, rasa macam tak percaya kerja kat sini + bangga la jugak. Memandangkan aku masih baru dan perwatakan fizikal aku nampak macam budak uni lagi, pak guard selalu tahan aku pastu tanya, tingkat berapa? Secara automatik aku jawab, tingkat 5 sambil tunjuk access card. Sekarang ni, aku akan pastikan access card digantung di batang leherku bagi mengelakkan pak guard banyak soal :P

Disebabkan jam time balik kerja, ayahku akan datang lambat sikit sebab gerak awal ke lambat ke, sama saja masanya sampai rumah. Sementara menunggu ayah sampai, haruslah bersiar-siar mencuci mata di Summit Subang. First time dalam hidup pergi Summit. Yelah, sebelah je dengan bangunan Heitech tu. Lunch pon selalu makan kat situ setakat ni. Pada aku, Summit tu, biase biaseee saje (nada David Teo)



OKlah, tu je kot nak cerita. Lama kelamaan, aku dah boleh sesuaikan diri dengan tempat ni. Apa yang pasti, aku harap ini adalah keputusan yang terbaik buatku. Aku terima ini sebagai perancangan Allah buat hambaNya. Mudah-mudahan aku dapat laksanakan kerja dengan cemerlang.

Ini adalah permulaan hidup.


*Entry ini ditaip secara berselang selang. Banyak masa yang diambil untuk menaip kerana penaip berlakon sibuk :P

Friday, April 29, 2011

Sebulan Selepas Graduasi

....Minggu ini adalah minggu yang penuh kesyukuran...Alhamdulillah :D

Perkara pertama : Aku sudah dapat kerja.

Perkara kedua : Bakal menerima kunjungan beberapa pihak.

Perkara ketiga : Bakal menghadiri kursus.

Sekarang bukan nak cerita pasal perkara kedua dan ketiga. Perkara pertama adalah yang terpaling penting sekali sekarang ini dan tentulah yang paling dinanti-nantikan selain perkara kedua dan ketiga :P

Tapi kan,walaupon aku seronok dengan perkara pertama, dalam masa yang sama, aku rasa bersalah jugak. Antara kepentingan diri dan persahabatan. Kadang-kadang kita perlu pentingkan diri jugak, bukan? Maafkan aku teman. Namun, aku mengharapkan yang engkau akan join company tu jugak sama dengan aku. Aku harap sangat ko pegi interview tu. Dan aku doakan ko dapat kerja ni so kita boleh berangan lagi macam masa kita dapat kerja kat company Cyberjaya dua hari yang lalu. Di sini, aku ingin pujuk ko sekali lagi. Antara sebab yang ko patut terima company kat Subang adalah ; Gaji lagi tinggi, company stabil, permanent, banyak benefit contohnya nak beli kereta, rumah pon senang. Walaupon kita sangat berbangga dengan company kat Cyberjaya, namun aku masih merasakan yang kat Subang lebih baik. Oh ye, yang paling penting, kat Subang ada aku :D

Adakah engkau masih berbangga lagi dengan company yang dimiliki oleh orang putih itu? Ye aku tahu itu company antarabangsa tapi bila memikirkan yang kita ni masih fresh, adalah lebih baik menimba ilmu dengan company yang sudah stabil dan ramai pekerja senior yang boleh dijadikan tempat untuk bertanya. Sudahlah company Cyberjaya itu masih baru di Malaysia ini, kita ni first batch pulak tu. Nak tanya kat siapa nanti kalau tak tahu buat? Lagi pula kita di sana hanya kontrak selama setahun. Entah selepas itu menjadi pekerja tetap atau tidak.

Walau apa pon Wani, aku terima segala keputusan ko. Aku pon mengharapkan yang terbaik untuk ko. Ko dah dapat peluang ni, so kalau boleh janganlah lepaskan ye ;)

Dunia ini betol betol pelik lah. Masa aku duk tertunggu-tunggu dapat kerja, takde satu pon menjengah. Bila dah dapat satu offer, tiba-tiba datang plak offer lain dan kena buat pilihan pulak tu. Nasib baik dua company je kalau banyak? Eceh.

Buat kesekian kalinya, aku nak mintak maaf lagi kat ko, Wani.(plz pergi interview tu ye)



Monday, April 18, 2011

Macam Mana Nak Kurus Macam Dulu-dulu?


Hoyehh..topik kita pada hari ini ye kawan-kawan adalah, 'Macam mana nak kurus macam dulu-dulu?' --padahal takdelah kurus mana pon. tembam jugak cuma takdelah macam sekarang ni haaa...

Nak tengok aku yang dulu?



Ni pulak gambar kat Teknik Gombak masa form 4. Aku pakai baju hitam ye.


Ni pulak masa form 5. Aku kat belah kanan sekali. Putih macam tepong gomak, bukan? Masa ni zaman pakai temulawak. Boleh dikatakan, satu dorm tu pakai temulawak ni taw. Memang lawak la. Akibatnye, aku selalu dicop sebagai 'budak yang pegi sekolah pakai mekap' oleh budak-budak lelaki dalam kelas aku. Padahal aku pakai bedak talkum je. Yelah, nak buat cmne kan, dah memang cantik semulajadi (tolong la jangan perasan)

OK, berbalik kepada topik yang kita bincangkan hari ni, macam mana nak kurus macam dulu-dulu??? Pleaseeeee la bagi cadangan


Yang memerlukan bantuan,

ADIBAH

Thursday, April 14, 2011

Rawak

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Dalam hati berkobar-kobar nak tulis dalam blog tapi bila dah sampai rumah, on laptop, pap! terus takde mood nak menaip. Antara perkara rawak yang berlaku adalah ; seorang pekerja part-time yang masih hingusan memberanikan diri memberi cadangan kepada tuan kedai secara direct iaitu berhadapan dengan beliau. Pada mulanya cadangan tersebut macam tak boleh diterima pakai namun tuan kedai mengakui kebijaksaan pekerja part-time hingusan tersebut dan akhirnya cadangan tersebut diterima dan digunakan! Ada can naik pangkat jadi pengurus tak? (Perasan)

Perkara rawak lain; Balik kerja, aku dan mak singgah di butik pakaian sebab mak nak beli baju nikah(?). Keluar je daripada kereta, ternampak pasangan India naik motor menjerit. Rupanya kena ragut. Terkejut kejap tengok adegan yang tak menjadi tu. Pakcik India tu berhenti betol-betol dekat kereta mak aku. Nasib baik makcik tu tak jatuh dan peragut tu pon tak dapat rantai emas makcik tu. Kesian makcik tu abes luka leher dia. Pakai smart naik motor, meragut ghopenye?? Apa nak jadi la dorang ni..takde kesedaran sivik. Mungkin dulu matapelajran sivik tak diajar kat sekolah. Sekarang subjek sivik dah ada, so harapnya generasi akan datang tebal la sikit kesedaran sivik dorang tu ye. Tetibe plak aku ni hoh

Perkara rawak lain ; Isnin yang lalu-lalu, aku ditugaskan untuk menjemput adikku iaitu Adib, balik dari sekolah. Tahu jelah kan, petang-petang jalan jem macam mane. Orang balik kerja lagi, amek anak balik sekolah lagi. Aduhai... Aku yang punya lesen 'P' ini pon gelabah pegi tunggu awal-awal kat depan sekolah sebab takot jem. Adib kuar sekolah je, terus bawak kete dengan penuh hati-hati. Cuak. Banyak sangat kereta. Dah la jalan kat Sri Gombak tu berbukuit-bukuau (tumpang lalu David Teo). Boleh bayang tak gelabah aku macam mana?HA HA HA. Dengan tekad yang teguh, sampailah aku di depan pagar rumah. Nampak kereta kat depan, aku nak masuk parking ni haa. Aku sangkakan yang diri ini dah expert masuk parking dalam rumah, rupenya masih tak brape reti nak bajet( sebenarnya stereng tak abeh pusing + masuk parking laju sangat :P ). Masa masuk tu macam OK. Sekali amek kau! Langgar pagar umah ish ish ish. Terkejut beruk Adib. Dia pon ingatkan lepas... Malu weiii HA HA HA. Jiran ramai kat luar woo.. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, lebih baik langgar pagar rumah sendiri daripada langgar pagar rumah orang lain, kan? Apa-apa pon, pagar tersebut masih elok cuma kemek sikit la. Housing signal belah kiri pulak hancus berderai. Malam itu, aku tak boleh tidur sebab rasa macam LOSER dan USELESS gile. Siap bersumpah lepas ni nak beli kereta auto padahal takde kaitan pon HA HA HA HA HA HA HA HA HA

OK cukup la sampai disini saja cerita rawak. Akhir kata, mari kita cuci mata dengan gambar-gambar rawak yang di ambil semasa Wana dan Ilya balik cuti. Kami berjimba kat Wangsa Walk and then pergi main layang-layang kat Taman Metropolitan, Kepong. Zull, jangan jeles OK :P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
..
.
.
..

Alaaaaaaaaaaaaa. Takleh upload la. Mesti taknak bagi Zull jeles ni. Takpe-takpe, next entry la ye (InsyaAllah)..

Selamat Malam.
ZzzzZzzzZzzzZzzzZ...Krooh krooh~


Thursday, March 31, 2011

Graduan Akhirnya!

Waaahhhh macam tak percaya je dah konvo! Rasa tak puas la. Ahad lepas rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je rasa taw. Nak luangkan masa dengan famili dan dalam masa yang sama, nak berkumpul dengan kawan-kawan jugak. Sekali, terlepas sesi bergambar dengan coursemate depan Bangunan Canselori T___T

Hidup mesti diteruskan.

Khamis lalu, aku dan Wani bergerak menuju UTM puncak letaknya. Hanya kami berdua di dalam sebuah kereta mewah milik kakak Wani. Sudah la kereta itu besar, selesa, mahal dan sejuk. Aku dah menggigil-gigil, si Wani pulak duk cakap panasss, panasss. Tak paham aku. Oh ye, merasa la aku bawak kereta atas highway he he he. Auto. Tekan minyak dengan brek je. Senang :P

Tempat pertama yang kami jejakkan kaki sesampainya di Skudai adalah Jusco, Taman U. Ikin dan Nadia tunggu di situ. Apa lagi, terus pergi mendapatkan CoolBlog. Nikmat gila lah. Punyelah jauh nak dapatkan CoolBlog ni, macam kat KL ni takde pulak kan ha ha ha. Then, kami berempat ke Pesta Konvo sebab Ikin dan Nadia tak makan lagi. Aku dan Wani dah makan nasi ayam kat R&R Pagoh so takdelah lapar sangat. namun, disebabkan Wani yang asyek-asyek panasss,panasss; kami pon pergi kat Taman U balik. Pekena nasi ayam penyet :D Mantap!

Malam tu kat rumah Ikin, budak-budak ni plan baik punya. Nak pergi situlah, sinilah. Aku memang dah tak larat sangat sebab tidur 2 jam je malam sebelum tu. Last-last, aku tidur. Lantak korang la nak plan macam mane pon. Aku on je. Esoknya, apa yang dorang plan tak jadi disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hmmm aku dah kata dah, jangan plan kang tak jadi ha ha ha. Lepas amek jubah konvo, petang tu kami ber-photoshoot kat kawasan istana Johor. Petang tu jugak, Shak sampai dari Seremban. Malamnya pulak, makan steambot dengan Apak & famili. Semua tong-tong duit belanja famili Apak sebab selama ni Apak selalu belanja kami :D

Mari lihat hasil yang berjaya ditangkap semasa di kawasan istana.


Gambar haruslah dimulakan dengan muka perempuan yang cantik (cakap cantik 40 kali)

Perempuan-perempuan cantik

Perempuan cantik yang rakus dan perempuan cantik yang lemas

Perempuan cantik yang bajet cantik

//Gambar hasil rembatan di FB Wani

Sabtu yang damai. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke Desaru. Dalam hati, ada rasa bimbang. Takot tsunami hu hu tapi tawakal je. Sampai je sana, ombak memang kuat betul la Masya-Allah! Takot woo.. Tunggu lama jugak la nak turun main air. Aku tak main air eh. Pakai baju kurung kot. Lagipon aku tak suke sangat mandi pantai. Kalau air terjun atau sungai, aku OK :) Dahtu sapa yang main air? haaaa...adelah ha ha. Orang yang mula-mula bersungguh-sungguh kata tak dapat datang konvo sebab ada kursus. Memang dia ada kursus pon, setiap minggu plak tu dan kursus yang sangat penting. Apa-apa pon aku kene la faham kan. Bukan sengaja taknak datang. Alih-alih, ada kat Skudai. Ehh??? mula-mula tak dapat terima sebab dah redha sangat dah yang dia tak dapat datang ha ha. Akhirnya, terpaksalah aku menerima hakikat yang manusia itu ada di muka bumi UTM ini. :D Jadi, beliaulah yang main air sorang-sorang. 15 minit je pon sebab aku tengok ombak yang dah sedia kuat tu menjadi semakin ganas secara tiba-tiba. Terus aku panggil dia naik. Dah macam mak orang pulak berkelakuan begitu. Lantak lah, asalkan kami selamat daripada ombak yang ganas itu ha ha (suke pikir bukan-bukan)

Ahad yang best. Tengahari tu dah round satu UTM sebab cari famili. Sampai nanges-nages la aku ni haa ha ha macam budak-budak. Memang betul-betul jadi la apa yang aku nak iaitu ; Masa konvo, aku nak nanges!

Huh, bukan nanges sebab segala penat lelah selama ni terbalas tapi nanges sebab penat jalan kaki cari famili ha ha ha. Miscommunication. T_________T

OK, layan gambar konvo pulak :D

Sebelum masuk dewan

Semasa dalam dewan

Bersama Sabrina lepas majlis selesai

//gambar hasil rembatan dari FB teman-teman

Ni baru gambar daripada official photographer. Tak sangka ada OP sendiri masa konvo. Hal ini berlaku secara tiba-tiba. Thanks Ilya!


Gambar haruslah dimulakan dengan memeluk OP kiteww!*gediksss

Mommy ku sayang. OK lah. Emakku sayang :D

One happy family at home. Tapi tak lengkap sebab tak cukup 2 orang.

Gambar kegemaranku. Kalau lagi 2 orang ada, mesti lagi cantik :D

Oh ye, bunga adalah hasil pemberian famili, Ilya&Wana dan TYB. Thanks! Suke-suke!

Parents. Kejayaan ini untuk anda.

Daddy. Waliku kelak. *tetibe

Mak comel sangat

Em, comel la jugak :P

Ni Sumpah comel! :D

Si Wana yang vogue. Susah-susah je datang :D Thanks sebab bagi tumpang bilik untuk semalaman.

Fly high! InsyaAllah :)

Selama 3 tahun setengah bertungkus-lumus. Hasil dah dapat cuma belum dituai lagi. Cepat-cepat la dapat kerja, ameen!

Akhirnya, GRAD ON TIME!
Alhamdulillah.




Saturday, March 19, 2011

Anggur Baru Nak Berbuah

BUSY KERJA. PART TIME KAT KEDAI BUKU SERI GOMBAK.
....DEMI SESUAP NASI AYAM PENYET...MASA KONVO NANTI :D

Banyak nak cerita tapi nanti dulu ye. Sakit kepala pulak. Esok ke lusa ke kalau sempat boleh tulis berjela-jela untuk sesiapa yang sudi baca. Yang tak sudi, boleh la main jauh-jauh, tak pon pegi baca buku. Hamboi, mentang-mentang kerja kat kedai buku, suruh orang baca buku ye. Dahtu,takkan nak suruh dorang pegi photostat, binding mahupon check stock? Ini sama macam kerja aku kat kedai buku tu je? Em, ada siapa-siapa mahu jadi cashier?

.........

p/s : Wani, terimalah alasan aku dah lama tak ON YM. Harap plan kita khamis ni masih ON.

p/s/s : Tudung sudah banyak laku ka???

Sekian, terima kasih.


Wednesday, March 9, 2011

Gerenti Beres!

Segala kerja berkaitan konvo sudah gerenti beres!

Sudah bayar yuran
Sudah print segala borang
Belum sudah hantar maklumat kajian pengesanan pelajar. Esok baru sudah hantar guna pos laju (lebih selamat dan dijamin sampai.....esok)

Apa yang belum sudah??

-Baju untuk hari konvo. Tak tahu nak beli baju baru atau pakai je apa yang ada :D

-Duit untuk perbelanjaan di Johor nanti terutama sekali duit nak hilangkan keinginan makanan yang sedap-sedap kat sana macam ayam penyet pinang, roti tisu, mee kari, ayam penyet pinang, coolblog, sotong goreng pak ali, nasi lemak agus, ayam penyet pinang dan ayam penyet pinang! Gile craving kat ayam penyet ha ha ha sedih.

-
-
-

Tu je kot? OK tu je.

Baiklah,selamat malam. Mahu habiskan nonton cerita jepun, mei-chan no shitsuji.

Saturday, March 5, 2011

Mimpi Kahwin...

...dengan Yusry KRU

Apehal la pulak mimpi kawen Yusry KRU padahal tak pernah minat pon dengan dia. Em tapi tak nafikan macam best la mimpi aku tu semalam ha ha ha. Aku hanya mimpi part basuh pinggan mangkuk dengan dia je kiranya baru selesai kenduri la kot. Norman pon ada tapi bukan Norman Hakim OK. Norman KRU la abang Yusry ha ha kesian dia kena buli dengan mak aku. Mak aku suruh buat itulah, buat inilah. Muka pasrah je dia. Sampai sekarang bila pikir-pikir, aku masih tak faham macam mana boleh mimpi sampai sebegitu rupa.HEH.

Hari ini aku di rumah macam biasalah, menguruskan kerja-kerja rumah yang sampai bila-bila pon takkan selesai. Pagi, masak nasi goreng untuk Adib. Amin pulak ke sekolah, ada latihan nasyid. Mak meniaga kat Kepong. Sepatotnya aku ikot mak meniaga hari ni, tapi disebabkan Amin ada latihan kat sekolah, kenalah duduk rumah jaga Adib. Kalau tidak, sape pulak nak bagi makan kat dia. Adib kuat betol makan sekarang ni. Ada can jadi macam kami semua ha ha.

Hari ni Atok, Pakteh and Along datang rumah. Lama tak jumpa Atok. Atok tanya, dah kerja belom, bila konvo dan macam-macam lagilah. Aku serba salah pulak nak ajak Atok pergi konvo aku. Bukan apa, takot tak muat kereta je tapi kalau dia nak ikot, pandai-pandailah plan nanti. Yelah, mungkin Atok pon teringin nak tengok cucu sulung dia naik pentas kan sebab aku yang pertama dalam keluarga. Atok tak merasa tengok ayah, pak-pak sedara dan mak usu pegang ijazah. Masa nak balik tadi, Atok hulur duit kat kami adik beradik.HAISH, malu pulak aku. Patotnya aku yang bagi dia duit ha ha. Takpelah, belom rezeki lagi.

Tadi sementara tunggu Atok, Pakteh dan Along sampai, aku basuh gelas yang mak keluarkan dari tempat persembunyian. Masa nak terak (camni ke ejaan dia?) gelas tu, terlepas plak dari tangan aku sebab licin. Aku cuba tangkap dan berjaya. Berjaya mendapatkan luka sepanjang 1inci dan tak tahulah sedalam mana. Aduh! Yang pastinya, memang banyak gila darah kau tahu tak! Lama jugak nak bagi itu darah stop. Kebas dan lenguh. Tu yang aku rasa sampai sekarang ni. Agaknya terpotong urat ke salur darah ke aku tak tahulah.

Nak tengok? Tak perlulah kot. Scary i tell u.

Tadi dok godek-godek FB. Sekali ternampak video klip munajat cinta. Best lirik lagu ni kan. Aku suka part yang ni :

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya....

OK teringat kat Wani pulak dah. Dia suka sangat mainkan lagu ni kalau buat kerja.

Selalu sangat teringat kat kawan-kawan sekarang ni. Diorang ingat tak kat aku? Ingat kat Alia, Ikin, Nadia, Wana, Ilya, Shak, Farah, Zul, Aimi (senang cerita budak SCV la)...dan ramai lagi la.
Rasa macam nak buat entry khas untuk diorang :D

OKlah, mau tidur sudah.
Selamat malam sayang...

p/s : Tidak dilupakan, rindu pada Dato' K.


Tuesday, March 1, 2011

Di Sebalik Lagu 'Doa Seorang Kekasih'

Doa Seorang Kekasih

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


......................


Allahu Akbar...Lagu ataupon doa ni kalau didengar berkali-kali pon takkan jemu. Bila kita selalu ucapkan dibibir, mudah-mudahan dimakbulkan oleh Allah. Sebenarnya lagu atau doa ni mempunyai kisah disebaliknya...


Dulu, aku ni peminat setia kumpulan inteam. Aku tak tahu kenapa aku minat sangat-sangat ha ha. Walaupon pada masa tu ramai jugak yang tak suka lagu-lagu hits yang dorang nyanyikan adalah lagu bertemakan cinta, aku punya hujah tersendiri. Bagi aku, apa salahnya muzik nasyid dimasukkan elemen sedemikian kan. Itukan lumrah alam. Sebenarnya, mereka-mereka yang tak suka tu, bukan beli pon album inteam kan. Dalam album tu banyak lagi lagu-lagu dakwah dan bukan hanya cinta kepada manusia.


Oleh sebab terlalu minat, aku join forum sahabat hijjaz. Kat forum tu ada banyak topik yang dibincangkan contohnya berkaitan wanita, petua, tazkirah dan macam-macam lagilah. Masa aku tingkatan dua (tahun 2002), aku post doa seorang kekasih (masa tu aku letak tajuk dia 'doa buat kekasih') kat ruangan wanita. Dalam masa tiga hari lepas tu, aku dapat emel daripada Abg Faizal Osman. Dia mintak izin nak amik doa tu dan buat lagu. Bayangkanlah punya seronoknya aku kan ha ha! Masa tu, aku harap sangat-sangat biar lagu tu inteam yang nyanyi :P


Agak lama la aku tunggu lagu tu keluar. Mula-mula aku ingatkan lagu 'Nur Kasih' tu lah lagunya. Sebab lagu tu pon doa jugak kan tapi aku pelik la kenapa pendek je padahal panjang kot doa yang aku bagi tu. Dalam tahun 2004, barulah keluar lagu / doa ni. Masa tu aku dah tingkatan empat dah! Lama betol la tunggu lagu ni keluar tapi tak kesahlah kan asalkan inteam yang nyanyi :D


Kalau korang yang beli kaset inteam '04 dan baca kat bawah lirik lagu ni, mesti korang akan perasan yang description dia macam ni :


Lagu : Abai Os

Lirik gubahan semula : Abai Os


Nampak? Secara keseluruhannya, lirik tu tak banyak sangat perubahannya. Kalau beli CD, tak tulis pulak lirik gubahan semula tu. Aku tak pasti la sampai sekarang ni masih macam tu ke tak cetakannya. Rasanya cetakan awal je kot yang tulis 'lirik gubahan semula' tu.


Sekarang, bila aku ingat-ingat balik, rasa macam rugi pulak aku tak mintak royalti ha ha ha. Kalau nak bangkitkan perkara ni pon, aku takde bukti sebabnya emel lama aku dah tak guna - kalau tak,boleh la tunjuk bukti emel Abg Faizal Hijjaz pastu claim royalti he he. Apa-apa pon, aku takkan lupakan kenangan ni. Walaupon tak dapat royalti, aku hanya harap sesiapa yang dengar lagu ni dan amalkan doa ni, aku pon turut kena tempiasnya. Boleh jugak buat saham kat akhirat nanti :D


OK pergi baca doa ni sekarang!


Jom beli tudung kat sini