Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, February 19, 2009

Surat Cinta~~~

terima kaseh pak cik guard...
jasamu dikenang..
uwawawa... ;p

Thursday, February 12, 2009

Jom tengok Geng!!


fuh~~
minggu yang memenatkan..semalam ade 2 presentation yang dah di bentangkan n alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar.. naseb baik en.Shafry tak tanye pape..so,maknenye berjaye la presentation aku..huahua..

one more thing yang aku excited sgt2 ialah naaaaakkkk sgt2 tgk 2 budak kecik yang x tumbuh2 rambutnye...sape??
hehe...
les' copaque mmg hebat..
bangga aku menjadi warga grafik..
animasi ni dapat feed back yang bagus skali..
khai kate rendering sgt cantik..
wah,bukan senang sebenarnye nak bikin ini barang..
hanya org2 yang berada dalam bidang ni saje yang taw betapa seksanye nak wat sesuatu animasi yang menrik..3D tu..
tabik.. tabik..

ape2 pon,jom serbu panggung..
jgn lupakan karya org sendiri..
malaysia boleh!

hehe....


Sunday, February 1, 2009

Di Suatu Pagi yang Hening...

Selepas solat subuh...di sebuah kolej kediaman..

A: kite nak pegi fakulti pukul brape ni??
W: hmmm..ntah la.ko??
A: pukul 10 ok??
W: hmmm...rase cm malas la plak..hekhekhek!!
A: (gelak plak minah ni..sabo je la..semalam semangat sangat nak p awal..gedik!!)

Lebih kurang pukul 11 pagi..

A: Aku nak balik bilik ni..
W: Xpayah la balik..balik la ptg karang..
A: Xnak ar...nanti kene singgah sini amek beg sume..malas2
L: Lor...panas la kat luar 2..ko alik ptg karang jelah..xlah panas cm ni..kang demam sape yg susah?
A:nak balik jgk...hmm..
W: ko nak p fakulti ke??jom ar kite g skang...
A: ok gak..tp aku nak balik bilik dlu nak antar beg pas2 kite g fakulti k?
W: xpayah la..panas kat luar 2..nanti aku sakit kepala..
A: em,xpelah..ko dok jelah cni..aku balik bilik..
W:(rase bersalah)
A: rileks ar..macam la ak xbiase balik sorg2..
W: xpe ke??ak rase bersalah la plak...
A: xpe..oklah,aku balik dlu...bye sume!!

p.s: ni adalah kisah benar..tiada yang benar melainkan yang benar belaka..
p.p.s: ko rase bersalah??hehe...
p.p.p.s: rileks la..aku grau je..xterase pon ngn ko..poyo la lu!!

Mohon Penajaan(sila baca sampai abes) :]

-------------------------------------------------------------
Manager,
ape2 syarikat or sape2 yang bace ;)

Melalui dan Salinan:
Timbalan Naib Canselor ( HEP & ALUMNI )
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai,
Johor Darul Takzim.

(u/p : Encik Ishak Ahmad)


Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DAN PENAJAAN PROGRAM DELEGASI AKADEMIK & TEKNOLOGI KE BEIJING (BARA ’09)

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan menganjurkan sebuah program berbentuk akademik.

2. Berikut adalah butiran program:
NAMA PROGRAM : Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke ` Beijing (BARA ’09)
TEMPAT : Beijing, China
TARIKH : 6 hingga 13 Jun 2009

3. Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk melatih diri supaya memiliki kredibiliti yang tinggi, proaktif dan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Para peserta program ini terdiri daripada kalangan pemimpin pelajar UTM Skudai, Johor yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta aktif dalam persatuan dan terdiri daripada pelbagai bangsa.

4. Justeru itu, objektif program ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan usahasama antarabangsa antara UTM selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sains dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berdikari serta berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.

5. Untuk makluman Tuan, kos pengelolaan program ini berjumlah RM 106,150.00, di mana kos untuk seorang peserta adalah RM 2,500.00. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan pertimbangan daripada YAB Dato’ dapat memberi penajaan untuk membiayai sebahagian dari peruntukan bagi menjayakan program ini.

6. Semua penajaan berbentuk wang tunai bolehlah disalurkan melalui cek berpalang atas nama:-


Nama Akaun : PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
Nama Bank : BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BERHAD
Nombor Akaun : 0118-0000039-05-8
No. Telefon : 07-5530261


Untuk maklumat lanjut, YAB/YB / YBhg / Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, boleh menghubungi Encik Zulkarnain bin Azham di talian 013-2224189 atau Encik Ahmad Muiz bin Che Izham di talian 013-3537206. Segala sokongan dan jasa baik YAB/YB / YBhg / Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“ILMU TANPA SEMPADAN”


Yang benar,



ZULKARNAIN BIN AZHAM
Pengarah
Program Delegasi Akademik & Teknologi Ke Beijing (BARA ’09)
UTM Skudai,
Johor Darul Ta’zim.
No. Tel: 013-2224189


pssst: ehem2..boleh ke mintak cmtu je??harap2 sape yang bersimpati kat sy ni hulurlah sedikit bantuan :D
mintak kat inteam bleh x??k.Aini kan akauntan..hehe..mane la taw inteam nak sponsor ;P

segala sumbangan anda amat dihargai..terima kaseh :D :D


p/s: entry ini hanya untuk suke2 tp kalu ade sape2 yang berminat nak sponsor,sila la maklumkan kepada sy ...TQ


FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA
----------------------------------------------------------
1. Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Publisiti
Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program.
3. Lot Pameran
Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang.
4. Laman Web Program
Pihak Urusetia Program akan melancarkan “Laman Web Program” dan alamatnya akan disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini.
5. Iklan Buku Cenderamata
Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma dalam buku cenderamata Program.
6. Persembahan Multimedia
Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak akan dimasukkan dalam persembahan multimedia semasa upacara perasmian Program.
7. Jamuan Dengan VIP
Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa malam perasmian Program.
8. Penyampaian Cek Replika
Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan sumbangan.
9. Cenderamata dan Sijil
Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan.

berminat??inform sy ye..TQ ;D

Sunday, January 25, 2009

Kenal tak siape ini??

Dear SCVians,
anda perlu menonton klip di bawah ini kerana ade kejutan menanti...hehe
kenal x sape 2??
beliau adalah orang yang bertanggugjawab membuli kita dgn assignment games yang melambak2..
dapat teka ke??
.........................................................................................................................................................

LOADING...



LOADING...


LOADING...

....................................................................................................................................................................



opssss!!xleh nak upload la...mcm mane ni??
nak tgk jugak ke??kalu nak tgk sgt,p kat youtube pastu taip 'Dikir Perantau di Korea 3'..
anda akan melihat 1 wajah yang tidak asing lg bg student di jabatan
Graphics and Multimedia Software...

Siapa??kalu nak wat PSM tajuk games,korang bleh la nak ambil beliau sebagai penyelia...
hahaha..
ya betol!!beliau adalah Dr. Abdullah Bade...
lecturer kesayangan merangkap PA aku...
bukan Personal Assistant k...tp Penasihat Akademik...


beliau merupakan seorang yang komited dan agak 'lembut' berbicara...
namun,aku taw di dalam hati nya,beliau ingin anak2 didik nya berjaya wat games and main games macam die..hehe
and seperti biasa,cuti tahun baru cina ni kami dapat tender baru..
jengjengjeng....
sem ni aku 1 company dgn Nicholas anak Guwang
kene wat research pasal Procedural Texturing..
ape bende 2??aku pon xtaw...nick,ko dah cari ke??
aku xcari lagi....waaaaaaaaaaa

xpe2..relaks..tarik nafas~~fuuh~~
sem ni aku akan wat yang terbaik untuk setiap subjek yang aku ambil..
hahaha..
chaiyok adibah!!fighting!!


--Nicholas Guwang my partner--

///gambar terpaksa di removed atas permintaan

--Dr. Abdullah Bade--

(lecturer kesayangan ida.. ;p)

ngantok.......tata!!

~zzzZZZzzZZZzz~

updated 3September 2010 : Atas permintaan Dr,saya dah remove gambar Dr dalam blog ini.Atas sebab beliau sudah tidak berkhidmat lagi di UTM.Tak sangka beliau masih ingat lagi entry ni.Rase sedih pulak...sobsobsob


Saturday, January 24, 2009

SAVE PALESTINE!!

Let's together boycott Israel and US product....



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince.
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI.

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee mata, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan KasutJenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL .

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan CetakJenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine.
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy , Cacharel, Maybelline, Redken, lah roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel . Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputerFakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Este Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, anda Malone, lah Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, kata Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collinsnothing! kita : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel .

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van ada Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-mata, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, lah croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis , Raid, Heinz.
Lakukanlah sesuatu buat saudara2 kita di Palestin.Doakan mereka dan boikotlah barangan yahudi dan amerika..sesungguhnya kita sebagai umat Islam mampu untuk membantu mereka walaupun syahid itu bukan milik kita.Insya-Allah kita juga akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan...

Happy Belated Birthday!!

20 januari 2009...

alhamdulillah...genap lah usiaku,21 tahun pd 20 januari lalu..selame itulah juga aku masih mampu menghirup udara di bumi Allah ini...

alhamdulillah..aku seronokkkkkkkkkkkkkkk sgt2...
ak rase ni la besday yg paling bes n plg memalukan..tp ak sporting je..hehe
xpe2..sape yg bertanggungjawab ke atas ape yg terjadi ari ni,ak akn balas balik jasa kalian itu...huhu
aku dpt kezutan dr Alia..she gave me a cup cake..nyumnyum..sodap..tp xsempat nak tangkap gmbo coz ak dah abeskan...he..

alia bg ak kad yg cantik n comel skali..tq Alia 4 being my besfren...ni kad alia


" Dear Adibah,
no sweet flowers to send....
no cute graphics to forward...
just a greeting card to give...
with da loving heart saying...
HAPPY BIRTHDAY MY DEAR... "
pastu kat bwh kad 2 ade tulis perkataan ni:-
*waiting for da surprise k...jgn marah2 taw...dAa
aku yang lurus ni ingtkan xde pape la kan..rupe2nye sesuatu telah terjadi di fakulti...jengjengjeng....


Zaidah telah membuat n 'print' 1 announcement n Alia bertanggungjawab menampalnye di papan kenyataan fakulti...wawawa...
aku teramatla malunye...kerana statement yg dikarang oleh Saudari Zaidah amatlah menyentuh kalbu...

"Hello everyone!!!
today is my birthday,anyone who sees me....
please wish me luck as my birthday gift
Nothing is important than birthday wishes from u all!!!"

sabo jelah...

'sebbaik i ni sporting.....'

thanks taw Alia(4 da cake n nice card),Zaidah(4 da surprise!! n belanje mkn..nyum2!!),Aisyah(4 da RM5..hehe),Wani(ntah?? 4 da tuna mayonis;p),Ida(4 da air..nak air ape ye??),Sabrina(4 nasi ayam),Farah,Shak,Yana,Aimi,Me Han,Zul,Wan,Ariff,Sakinah,n sume la budak2 SCV..n xlupe kpd yang tersayang(ehem2)...azza,izad,lyn,mak usu,hana,maryam n my lovely mum n dad..
LOVE U ALL!!!!!!

Monday, January 12, 2009

Pilihanraya Kampus 2009

13 januari 2009,selasa

ari ni pilihanraya UTM..di sana sini berlaku perang poster.fakulti aku bersepah dgn kertas yang penuh dgn janji2 manusia...aku??niat di hati ni,ad la jgk nak masuk bertanding, tp bile memikirkan byk sgt komitmen nanti maka ak pun membatalkan niat murniku itu...

ak hanya mampu memberi sokongan dgn mengundi calon pilihan iaitu pro-mahasiswa..NO eVolusi k..(ASPIRASI dh tukar kepada eVolusi..rebranded la konon..)





p/s: ngah ak dok ber'blogging' ni tetibe je TNC UTM tegur..mak aih,terkejot den...melawat kawasan la 2..kan rini pilihanraya...baru je tadi wartawan lalu n tanye,"tempat mengundi kat mane?",hehe...popular plak rase rini

Tuesday, January 6, 2009

Pengumuman penting

Bismillahirrahmanirrahim...
selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. , kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda..
salam buat semua pengunjung blogku ini..
di sini 'saya' ade sedikit pengumuman..buat pengetahuan semua,blog 'saya' ini tidak pernah mengeluarkan ape2 bentuk @ tulisan yang menghina junjungan besar kita iaitu nabi Muhammad S.A.W...blog yang dimaksudkan adalah www.adibahahmad.blogspot.com.namun blog itu telah pun dihapuskan oleh google.harap semua bersabar dan sama2 mendoakan agar org yang bertanggungjawab menghina nabi itu bertaubat..huhu..aku agak terasa dengan ape yang berlaku ni..xterlintas langsung nak menghina manusia yang paling mulia disisi Allah itu..baginda banyak berjasa memartabatkan wanita dan juga berkorban untuk umat2 baginda..marilah bersama2 berselawat dan semoga kita semua akan mendapat syafaat nabi di akhirat kelak..insyaAllah..

Monday, December 29, 2008

UTM..im back!!

dah balik johor...waa...kejap je cuti..xbes ar..nak cuti lg..malas nak bergelumang ngn buku,assigment n projek yang bakal melambak-lambak..