Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Sunday, February 1, 2009

Mohon Penajaan(sila baca sampai abes) :]

-------------------------------------------------------------
Manager,
ape2 syarikat or sape2 yang bace ;)

Melalui dan Salinan:
Timbalan Naib Canselor ( HEP & ALUMNI )
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai,
Johor Darul Takzim.

(u/p : Encik Ishak Ahmad)


Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DAN PENAJAAN PROGRAM DELEGASI AKADEMIK & TEKNOLOGI KE BEIJING (BARA ’09)

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor akan menganjurkan sebuah program berbentuk akademik.

2. Berikut adalah butiran program:
NAMA PROGRAM : Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke ` Beijing (BARA ’09)
TEMPAT : Beijing, China
TARIKH : 6 hingga 13 Jun 2009

3. Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada mahasiswa untuk melatih diri supaya memiliki kredibiliti yang tinggi, proaktif dan cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Para peserta program ini terdiri daripada kalangan pemimpin pelajar UTM Skudai, Johor yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta aktif dalam persatuan dan terdiri daripada pelbagai bangsa.

4. Justeru itu, objektif program ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan usahasama antarabangsa antara UTM selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sains dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berdikari serta berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.

5. Untuk makluman Tuan, kos pengelolaan program ini berjumlah RM 106,150.00, di mana kos untuk seorang peserta adalah RM 2,500.00. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dan pertimbangan daripada YAB Dato’ dapat memberi penajaan untuk membiayai sebahagian dari peruntukan bagi menjayakan program ini.

6. Semua penajaan berbentuk wang tunai bolehlah disalurkan melalui cek berpalang atas nama:-


Nama Akaun : PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
Nama Bank : BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BERHAD
Nombor Akaun : 0118-0000039-05-8
No. Telefon : 07-5530261


Untuk maklumat lanjut, YAB/YB / YBhg / Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, boleh menghubungi Encik Zulkarnain bin Azham di talian 013-2224189 atau Encik Ahmad Muiz bin Che Izham di talian 013-3537206. Segala sokongan dan jasa baik YAB/YB / YBhg / Tan Sri / Dato’ Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“ILMU TANPA SEMPADAN”


Yang benar,



ZULKARNAIN BIN AZHAM
Pengarah
Program Delegasi Akademik & Teknologi Ke Beijing (BARA ’09)
UTM Skudai,
Johor Darul Ta’zim.
No. Tel: 013-2224189


pssst: ehem2..boleh ke mintak cmtu je??harap2 sape yang bersimpati kat sy ni hulurlah sedikit bantuan :D
mintak kat inteam bleh x??k.Aini kan akauntan..hehe..mane la taw inteam nak sponsor ;P

segala sumbangan anda amat dihargai..terima kaseh :D :D


p/s: entry ini hanya untuk suke2 tp kalu ade sape2 yang berminat nak sponsor,sila la maklumkan kepada sy ...TQ


FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA
----------------------------------------------------------
1. Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
2. Publisiti
Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program.
3. Lot Pameran
Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang.
4. Laman Web Program
Pihak Urusetia Program akan melancarkan “Laman Web Program” dan alamatnya akan disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini.
5. Iklan Buku Cenderamata
Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma dalam buku cenderamata Program.
6. Persembahan Multimedia
Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak akan dimasukkan dalam persembahan multimedia semasa upacara perasmian Program.
7. Jamuan Dengan VIP
Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa malam perasmian Program.
8. Penyampaian Cek Replika
Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan sumbangan.
9. Cenderamata dan Sijil
Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan.

berminat??inform sy ye..TQ ;D

No comments: