Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Wednesday, August 25, 2010

Aku Percaya Pada Hukum Karma

wahai.hati.tenanglah.

nape hari ni rase nak marah sangat2 eh?tapi tahan je sebab takde sebab yang khusus nak marah.tak semena-mena nak marah.ni tanda hormon tak stabil hu hu.akibat menahan marah,airmataku tumpah T__________T

Tapi cover baik punye sebab roomate ade, malu wooo.jatuh maruah kang.abes kewibawaan aku tumbang kang ha ha

Dulu kalu aku selalu menangis,mesti bekas roomate aku tanye,"awak ok x?gaduh dengan pakwe ye?",

erk,kalu nanges memang gaduh dengan pakwe kah?ha ha.macam takde alasan kukuh yang lain je.hmm

Perlu ke aku ingat kat orang yang pernah lukakan hati ni?Perlu ke aku ambil pusing dengan ape yang dia lakukan?Perlu ke aku taw semuanya pasal dia?

Hakikatnye,itu adalah aku yang dulu.Aku setahun yang lalu.
Aku yang sekarang,sudah lain.Sudah pandai survive,pandai terima hakikat,semakin kuat.Lebih matang, pastinya.

Putus cinta bukan mudah.Lebih-lebih lagi,perhubungan yang bertahun-tahun lamanya.Ditambah pula,mak ayah kenal pasangan masing2.Mase tu,rase memang confirm la yang dia tu akan jadi suami kita.Padahal,orang berkahwin pon boleh bercerai,inikan pula takde ape2 ikatan.

Orang kate,bukan mudah nak lupakan our first love.betulkah?

Mungkin....Kalau ini yang pertama kali dalam hidup anda,memanglah sangat terase.Lagi2 kalu selalu berhubung contohnye macam selalu mesej,jumpe lepas kuliah.huh,sangat terase la kan bile secara mendadak diri ini dilupakan!padahal kalu sebelum ni,aku tak wish good morning/good night pon nak merajuk!bukan sengaja tapi terlupa kot nak wish hu hu.Orang lelaki kadang2 lupe yang sebenarnye,dia yang mengajar awek die supaya tergedik2 dan jadi wanita merimaskan.Sehari mesej sampai beratus-ratus sampaikan nak wat keje rumah yang mak suruh pon tak boleh!yang perempuan ni plak,layan jelah...kang merajuk,susah plak nak pujuk...kate kite ni tak bagi perhatian kat die.Pastu bile sampai 1 tahap die dah bosan dengan kite and kite (yang dah terbiasa diajar mesej2 sokmo ni) duk mesej die then tak di'reply2',mane awek tak melenting??wahai lelaki,andalah yang mengajar awek anda jadi pasangan yang merimaskan.

Sedih bila ditipu oleh kekasih sendiri kan?

Pada suatu hari,secara tiba-tiba si pakwe mengaku yang dia adalah seorang smoker.aik?peliklah bukan?padahal sebelum ni bukan main menidakkan lagi.konon2 tak suke perokok,tak suke bau asap rokok..tup2,mengaku yang kau merokok?sejak darjah 1 lagi tak tahan tu!Tahu tak betapa hancur hatiku ketika itu?Orang yang selama ini aku percaya,rupanya menyimpan kemas 1 rahsia besar (bagi aku ni rahsia besar).Ataukah itu hanya alasan untuk melarikan diri dariku?-tak tahulah.

Lagi bertambah sedih bila kau kata takmo couple dah.nak single2 je pastu enjoy dengan kawan2 puas2.

Aku yang lurus bendul ini pon percayalah bulat-bulat.Konon mahu berseronok bersama kawan2.Takmo kapel dengan sape2 dah.Tapi alih2,aku dapat tahu pasal kau yang cuba nak tackle kawan kepada kawan sekolah kite dulu.Kawan sekolah kite pelik,kenapa kau nak kenal dengan kawan perempuan die plak padahal kau dah ade aku?ha ha.memang kelakar sungguh bila dikenang kembali.Maaf,bukan aku yang mengorek rahsia kau,tapi semua tu Allah nak tunjuk.Sekejap je kalau Dia nak tunjuk,tak payah cari informer ke atau bertungkus lumus bukak fb kau.Baru2 ni pulak,aku dapat tahu pasal kekasih baru kau.Oh,dia sangat cantik.Semoga kalian berbahagia.

Mungkin kau tak boleh hidup dalam keadaan berjauhan dengan kekasih hati.Sebab sebelum ni,hubungan kita baik bila kita selalu dekat,belajar di sekolah dan matrik yang sama.Tapi masuk saje U,kita makin jauh.Sem1 ok lagi...kau masih sweet macam dulu.Tapi sem2?kita makin jauh sebab kau ade masalah...Aku cuba nak selami hatimu tapi engkau kate aku tak paham.Ye,lame aku bersabar bila kau terus tak mahu berhubung denganku.No message,no email,no call.Akaun friendster pon kau deleted.Kau kate,taknak buang masa,taknak main bende2 macam ni tapi tak lame lepas tu,aku sendiri dapat tahu rupanya kau ade akaun friendster lain.Kawan2 lain sumenye kau add cume aku je yang takde(jangan tanye macam mane aku dapat tahu sebab aku pon tak tahu.Tu sume Allah nak tunjuk) Punyelah aku menanges hari tu ya Allah...

Walau kau buat macam2 tapi aku selalu setia bersamamu...Aku masih mahukan kau (lebih2 lagi bila kau semacam/masih memberi harapan)...tapi tu dululah.Pernah aku terfikir,nak tunggu kau sampai bila2.Aku akan tunggu jugak!Lepas solat je,aku akan doa moga kite dipertemukan semula dalam majlis yang penuh berkah.

Tapi entah kenapa aku terfikir,perlu ke aku doa macam tu?Kalau aku doa macam tu dan Allah makbulkan,adakah kau lelaki yang selayaknye menjadi suamiku?sejak tu,aku takot nak doa macam tu lagi sebab aku taknak,Allah kabulkan doa aku sebab aku rase kau yang terbaik untukku.Ape yang aku mahu,aku nak jodoh yamg dipilih Allah untuk diriku yang walaupun pada fikiranku dia bukan yang terbaik namun,biarlah Allah yang tentukan kerana Dia saje yang tahu ape yang terbaik untuk hambaNya =)

Buat kau yang pernah bertakhta dihatiku,aku doakan semoga kau bahagia bersama dengan orang yang tersayang.Kau pernah buatkan hidup ini gembira,bahagia dan kau juga pernah menjadi sahabat baikku.Aku hargai setiap ape yang kau lakukan untukku.Aku mohon maaf jika selama perkenalan kite,aku selalu susahkan kau,buat fikiran kau kusut dan macam2 lagi.Ingatlah,jangan dilukai hati teman barumu itu kerana aku tengok,dia seorang wanita yang baik.Bimbinglah dia kelak menjadi wanita yang solehah.

p/s : Sejak dari itu,doa aku adalah (selain doa kepada ibubapa,famili,kehidupan dunia akhirat) :-
" Ya Allah,kurniakan aku seorang suami yang soleh,seorang suami yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar,yang menyayangi diriku dan menerima diriku seadanya.seorang suami yang bertanggungjawab dan berharta.Ameen"

alhamdulillah,dah jumpa seseorang ;)
(insyaAllah)

3 comments:

alya said...

sabar k dibah....jgn sedey2....kn dah jmpe seseorang...insyaAllah,moga dimakbulkan doa tu...amin~

Alwanieyusoff said...

sabar yer...
alhmdulilah dah jumpe...
semoga dibah bahagia smp akhr hayat..amin..

zulhilmi ishak said...

org baekk slalu diuji..
dibah baekkkk!!..=) hehehe
bahagia menanti anda..insyaAllah..=)