Mari Berselawat Setiap Hari

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Ya Allah,limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad

Thursday, May 21, 2015

Kejiranan Yang Selamat, Dimanakah Anda?


Bismillah...

Sementara anak solehah melayan astro oasis ni boleh la umi update blog kejap :)

Actually kan kalau boleh nak update hari-hari je konon-konon macam diari la kan.. Sebelom tidur sambil susukan dan tidurkan anak tu nak update blog guna phone. Malangnya tak boleh sebab phone canggih kan ;p Sepatotnya phone tu patot ditukar baru dah sebab dah 4 tahun ok aku guna. Dia pon tak mampu nak hidup lama-lama kat dunia ni dah. Tunggu ajal je.

Semalam rasanya Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai Prof Dr Fauzi yang ditetak depan rumah. Seram kot. Aku tahu pasal ni pon melalui facebook tengahari semalam. Lepas tu aku terus call mak mertua tanya pasal hal ni. Rumah Dr Fauzi tu depan rumah mak mertua aku je. Rupanya masa kejadian tu pagi. Ya Allah serius takut taw sekarang ni. Kat area rumah aku ni pon memang orang meragut waktu pagi dalam pukul 10-11 pagi camtu. Masa kejadian tu pulak mak mertua aku pergi pasar, ayah mertua pulak tengah baiki paip rumah nenek sebelah rumah. Balik je dari pasar dah ramai orang depan rumah ustaz. Menurut cerita jiran dan saksi kejadian, bini ustaz tengah berborak depan rumah dengan jiran. Dalam masa yang sama bini ustaz rasa tak sedap hati sebab ternampak orang duk tengok ke rumahnya tu. Dia terus lari masuk rumah tapi orang tu sempat tarik tangan dia. Masa tulah ustaz keluar pastu ditetak parang/pedang camtu la lebih kurang. Tok imam nampak kejadian tu siap nak ambil cangkul tapi bini nya halang sebab tok imam baru lepas operation jantung. Memang masa tu ramai gak saksi tapi tak boleh buat apa la sebab diorang semua orang berumur kan..manalah nak daya lawan orang muda siap ada senjata tajam bagai.

Allah... menakutkan betul. Moga kita semua dijauhkan daripada musibah ini semua dan semoga ustaz cepat sembuh.

Bapak mertua aku siap pesan kat mak mertua,tak bagi aku pakai barang kemas. Wanita dan barang kemas manalah boleh dipisahkan pak.

Aku pon duduk rumah tak berani keluar menyapu halaman rumah pagi-pagi. Selalunya masa nak hantar suami depan rumah, masa tulah aku menyapu kejap depan rumah tu. Petang-petang pon ada jugak bawak anak keluar berjalan tapi tak selalu la, Jarang. Kawasan rumah sekarang tak sama macam dulu. Masa aku kecik dulu, kawasan rumah ni ramai budak-budak main campur dengan budak-budak nak pergi mengaji kat rumah jiran. But now, petang je mesti sunyi je kawasan rumah. Budak-budak zaman sekarang tak main kat luar dah ye? Maybe sibuk mentelaah buku kot. Tak pon sibuk main game kat hp/ipad. Hai laaa... meh la bagi makcik satu hp/ipad, nak oi.. Makcik tak mampu nak beli hp baru, nak. Hp makcik asyek lag je.

Tulah makcik, siapa suruh jadi surirumah.
Ceh, pandai menjawab eh kau.

..............


No comments: